24/10/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Dewan Undangan telah dibubarkan. Gendang PRN sudah dipalu. Kini tanggungjawab ada di tangan kita semua , sama ada kita mahu Sabah terus maju, atau kita biarkan ia berpatah semula ke belakang.
Hari ini, saya menulis di sini bukan untuk menjanjikan bulan dan bintang, tetapi untuk mengajak tuan-tuan dan puan-puan melihat rekod, fakta dan hasil kerja sebenar kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
1. ๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐ช๐ฃ ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐ข๐๐ช๐ ๐ฉ๐๐ ๐๐ฃ โ ๐๐๐ ๐ฝ๐ช๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐๐๐๐ฃ ๐ฝ๐๐๐จ๐
Sejak tahun 2020, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya mengembalikan kestabilan politik, membina kepercayaan rakyat dan menggerakkan pembangunan melalui Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
GRS bukan kerajaan yang hanya pandai bercakap โ tetapi kerajaan yang bekerja, membuktikan dengan tindakan:
i. Hasil negeri tertinggi dalam sejarah Sabah.
ii. Rizab kewangan negeri meningkat daripada RM2.9 bilion kepada RM8.6 bilion.
iii.Pemberian khas MA63 meningkat dari RM53.4 juta (zaman Warisan) โ RM300 juta โ kini RM600 juta setahun.
iv.Empangan Cinta Mata, Ulu Padas, Kogopon, Limbawang, Papar & Loji Balung dibina untuk menyelesaikan isu air & elektrik.
v.Program Rumah Mesra SMJ โ satu-satunya kerajaan negeri di Malaysia yang beri rumah percuma kepada rakyat biasa & kini diperluas kepada pasangan belia baharu berkahwin.
Ini bukan propaganda โ ini fakta, angka dan kerja.
2. ๐๐๐ฃ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฟ๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐๐ง๐ ๐๐ฃ :๐๐๐ ๐ผ๐ฃ๐๐ ๐๐ฉ ๐๐๐ง๐ฉ๐๐๐๐ฉ ๐๐๐ฃ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐
Di bawah pentadbiran YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, wanita diberi tempat, diberi peluang dan diberi peranan.
Peruntukan Khas Untuk Wanita:
a.RM9.73 juta โ JHEWA (2023)
b.RM11.6 juta โ Yayasan Usaha Maju (YUM) untuk pinjaman mikro & usahawan wanita.
c.RM4.2 juta โ Program Keusahawanan Ibu Tunggal & wanita B40
d.RM6.36 juta (2024) โ JHEWA.
e.RM700,000 (2024) โ Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)
f.RM3.4 juta โ Akademi Kepimpinan Wanita Sabah
g.RM554,540 โ Projek Melahirkan Usahawan Wanita Muda (CreaM@YWE)
Kesannya:
a. Wanita luar bandar, ibu tunggal & B40 dilatih, dibantu & dibimbing menjadi usahawan.
b. Wanita dilibatkan dalam pembuatan dasar & kepimpinan โ bukan hanya slogan โ30% wanitaโ, tetapi peluang sebenar berdasarkan merit.
c. Wanita menjadi penasihat dasar, pemimpin parti, Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli korporat & penjawat awam.
3. ๐ฝ๐๐ก๐๐ ๐
๐ช๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฟ๐๐ก๐ช๐ฅ๐๐ ๐๐ฃ
GRS melahirkan program khusus untuk anak muda:
a.Felo SMJ 4.0 โ latihan kepimpinan & penempatan dalam Kementerian & GLC.
b.Tabung Pendidikan Negeri Sabah, BKNS & dermasiswa โ lebih 10,000 pelajar dibantu setakat ini.
c.Majlis Tindakan Belia Sabah & Pemikir Muda Ketua Menteri โ saluran suara anak muda terus kepada kerajaan.
d.Biasiswa untuk semua kaum โ Islam, bukan Islam & Cina โ secara adil & inklusif.
4. ๐๐๐๐
๐ผ๐๐ผ๐๐ผ ๐๐ผ๐ฝ๐ผ๐โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ผ๐ ๐ฝ๐๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ฟ๐๐, ๐๐ผ๐๐ ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐ฟ๐๐๐ ๐๐ผ๐๐๐ผ๐
Ada yang cuba hasut rakyat , kononnya GRS ikut telunjuk Kuala Lumpur.
Saya jawab terus terang:
Kerjasama bukan tunduk. Ini strategi untuk bawa pulang hasil untuk Sabah.
Kalau kita asyik bergaduh, apa yang rakyat dapat?
Air tidak selesai. Jalan tidak siap. Hak Sabah tidak kembali.
Hari ini kita dapat RM600 juta, projek air dan elektrik berjalan, tanah adat diiktiraf ,semua kerana kita memilih meja rundingan, bukan mikrofon retorik.
๐ฑ.๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ฅ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐ช๐๐๐๐ฅ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐ฆ?
i. Kerana kita ada halatuju โ Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).
ii.Kerana kita ada rekod โ pembangunan berjalan.
iii. Kerana kerajaan GRS bukan bukan retorik โ tetapi pelaksanaan.
iv.Kerana Kerajaan GRS adalah kerajaan tempatan, dipimpin anak Sabah.
v.Kerana Kerajaan GRS telah buktikan, Sabah boleh maju tanpa bergantung pada politik perebutan kuasa.
๐๐๐๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐๐๐ผ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ผ ๐ผ๐๐ผ๐ ๐๐ผ๐ฝ๐ผ๐
Lima tahun sekali, anda diberi kuasa untuk tentukan nasib negeri ini.
Jangan sia-siakan. Undilah dengan bijak, bukan dengan emosi.
Kalau mahu Sabah stabil, kekalkan GRS.
Kalau mahu pembinaan jalan terus, kekalkan GRS.
Kalau mahu air, elektrik, pendidikan, biasiswa diteruskan , kekalkan GRS.
Bersama kita pertahankan : Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, Sabah United.
GRS untuk Sabah.
GRS untuk rakyat.
GRS untuk masa depan generasi kita.
RUMAH KITA KITA JAGA
SABAH TANAH AIRKU!
*๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ฎ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ ๐๐ข๐ช๐ ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ข ๐ง๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ฅ๐๐ฉ ๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐ช๐ก๐๐จ ๐๐๐ฃ ๐ฉ๐๐๐๐ ๐ข๐๐ฌ๐๐ ๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ง๐๐๐ฃ ๐ง๐๐จ๐ข๐ ๐๐๐๐ช๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐ฉ๐๐ช ๐๐๐ง๐ฉ๐.
๐๐๐๐ฟ๐๐ ๐๐๐๐: ๐๐ผ๐
๐๐
๐ ๐๐ผ๐
๐ ๐๐๐๐