28/09/2025
Pertemuan Presiden Prabowo dan Presiden FIFA Tegaskan Komitmen Kolaborasi Bola Sepak Indonesia
KUALA LUMPUR, 25 Sept – Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, telah menerima kunjungan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, di New York, Amerika Syarikat pada Rabu (24 Sept 2025).
Pertemuan itu dianggap sebagai satu momentum strategik dalam memperkukuh kerjasama antara Indonesia dan FIFA, khususnya dalam pembangunan bola sepak negara tersebut.
Dalam kenyataannya selepas pertemuan itu, Gianni melahirkan penghargaan atas sokongan penuh Presiden Prabowo terhadap dunia bola sepak.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan Indonesia telah melakukan “lompatan besar” dalam pengembangan bola sepak di semua peringkat — daripada skuad lelaki, wanita, pemain muda hingga pas**an senior.
Menurutnya, s**an itu kini benar-benar menyentuh hati dan emosi rakyat Indonesia.
Gianni turut menegaskan bahawa FIFA akan terus memberi sokongan kepada Indonesia, antaranya melalui kewujudan pejabat serantau di Jakarta.
Beliau menambah, FIFA berharap dapat memperkukuh lagi kerjasama dengan Indonesia sebagai rakan penting dalam usaha memajukan bola sepak di peringkat global.
Sumber: BPMI Setpres