INFO X

INFO X Kami membawakan kepada anda berita-berita 'Xclusive, Xciting dan Terkini' !!! OOGA X Sdn. Bhd (1040865-H)

Sebuah keluarga di Kampung Lembising, Putatan, dikejutkan dengan kemunculan ‘tetamu tidak diundang’ apabila seekor ular ...
18/09/2026

Sebuah keluarga di Kampung Lembising, Putatan, dikejutkan dengan kemunculan ‘tetamu tidak diundang’ apabila seekor ular sawa seberat kira-kira 50 kilogram ditemukan di luar beranda rumah mereka, petang tadi.

Kehadiran reptilia sepanjang kira-kira 4.3 meter itu memaksa penghuni mendapatkan bantuan bomba sebelum ia berjaya ditangkap menggunakan penjerut.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Loke berkata DAP sejak awal konsisten menuntut keadilan dan akauntabiliti dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1M...
18/09/2026

Loke berkata DAP sejak awal konsisten menuntut keadilan dan akauntabiliti dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain memperjuangkan supaya penyelewengan itu disiasat secara menyeluruh dan mereka yang bertanggungjawab dibawa untuk melalui proses undang-undang yang bebas dan adil.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memperkenan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahana...
18/09/2026

Keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah, tidak menamatkan kes jenayah dan sivil lain yang sedang dihadapinya.

Aturan tahanan di rumah itu, merujuk kepada hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International Sdn Bhd yang melibatkan penyelewengan dana berjumlah RM42 juta. Hukumannya dijadualkan tamat pada 23 Ogos 2028.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Sembilan pegawai dan anggota polis narkotik dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menerima rasuah dalam prosiding d...
18/09/2026

Sembilan pegawai dan anggota polis narkotik dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menerima rasuah dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah berkenaan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh berdasarkan bukti dan keterangan saksi pendakwaan sendiri.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Sabah Development Berhad (SDBHD), merancang perniagaan baharu yang berpotensi memberi pulangan kepada syarikat, mewujudk...
18/09/2026

Sabah Development Berhad (SDBHD), merancang perniagaan baharu yang berpotensi memberi pulangan kepada syarikat, mewujudkan peluang pekerjaan dan membawa manfaat ekonomi kepada rakyat negeri ini.

Pelan perniagaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dijelaskan oleh Pengerusinya, Datuk Dr Yusof Yacob kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika kunjungan hormat di kediaman rasminya, di Sri Gaya, di sini, pada Jumaat.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

18/09/2026

Dua pemandu lori ditahan polis selepas rakaman kamera papan pemuka yang memaparkan aksi pemanduan berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna - Tawau, tular di media sosial.

Rakaman itu memaparkan sebuah lori dipercayai memotong beberapa kenderaan secara berbahaya sehingga hampir melanggar sebuah motosikal.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Ahli UMNO diseru mensyukuri keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak de...
18/09/2026

Ahli UMNO diseru mensyukuri keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tetap menjaga adab dan menghormati proses yang ditetapkan.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sejak awal mengambil pendekatan penuh tertib dan rendah hati dalam membawa permohonan berkenaan menerusi saluran yang ditetapkan.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana...
18/09/2026

Perintah itu tertakluk sekiranya Najib membayar denda RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1...
18/09/2026

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata peningkatan itu berikutan pelaksanaan tujuh projek pembangunan luar pesisir membabitkan dua syarikat minyak antarabangsa dan empat syarikat minyak Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Seramai 272 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi program pem...
18/09/2026

Seramai 272 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi program pemindahan melalui laut bagi tahun ini.

Semua tahanan dipindahkan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu sebelum menaiki feri komersial ke Pelabuhan Bongao, Filipina.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when INFO X posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share