Bebe Journal

Bebe Journal Daily Brain Dump

Semasa singgah di salah satu restoran cina di Pulau Pinang suatu masa dulu, terlihat ada satu mesin berwarna pink yang s...
08/02/2026

Semasa singgah di salah satu restoran cina di Pulau Pinang suatu masa dulu, terlihat ada satu mesin berwarna pink yang sedikit berkarat tapi masih kukuh di luar dinding tandas restoran tersebut. Di mesin tersebut tertulis Cond@m Dispenser.

Mesin Vending Kond@m.

Wujud sekitar 1960-an – awal 1990-an, di bandar-bandar besar Malaysia seperti Pulau Pinang, KL dan Ipoh kerana pengaruh bandar pelabuhan dan komuniti urban.

Paling banyak dilihat SEKITAR 1970–1980-an dan mula berkurang selepas 1990-an apabila:

* farmasi 24 jam semakin banyak
* kond@m dijual secara terbuka di kedai runcit
* kempen kesihatan awam lebih moden

Biasanya diletakkan di mana?

1. Luar tandas restoran / kedai kopi Cina

* Selalunya di lorong belakang
* Di luar tandas

2. Bar & kelab malam lama

3. Hotel bajet & rumah tumpangan

* Untuk pelanggan transit

4. Pawagam lama

* Terutamanya pawagam dewasa / malam

5. Stesen bas & kawasan pelabuhan

* Tempat lalu lintas orang dewasa

Jarang di tempat terbuka — ia biasanya “tersembunyi tapi boleh dicapai”.

Hari ini, mesin sebegini lebih dianggap:

* barang vintaj
* prop dekorasi
* koleksi muzium sosial / pop culture

Pergi ke hospital untuk temu janji sebaik-baiknya sebelum jam 7am sebab kaunter pendaftaran/hasil buka pukul 6.30am.Tapi...
06/02/2026

Pergi ke hospital untuk temu janji sebaik-baiknya sebelum jam 7am sebab kaunter pendaftaran/hasil buka pukul 6.30am.

Tapi hari ni hari Jumaat kaunter buka pukul 7.30am p**a.

Tapi hari ni tidak ramai p**a di klinik jadi urusan temujanji siap dalam 2,3 jam saja. Kalau tidak hari-hari biasa urusan temujanji dengan doktor boleh sampai 6 jam.

Terfikir adakah yang mau usahakan/bangunkan app di handphone supaya pelawat boleh pantau nombor giliran di klinik yang ada temujanji tu melalui app saja. Jadi dapat mengurangkan kesesakan d klinik.

Kesian p**a tengok warga emas menunggu dari awal pagi sampai tengahari.

Kes yang hingga sekarang membuat saya berfikir. Lokasi: Burari, New Delhi, IndiaTarikh:1 Julai 2018Jumlah mangsa: 11 ora...
05/02/2026

Kes yang hingga sekarang membuat saya berfikir.

Lokasi: Burari, New Delhi, India
Tarikh:1 Julai 2018
Jumlah mangsa: 11 orang
Ahli keluarga: Keluarga Chundawat

Cara kematian:
~10 orang ditemui tergantung di dalam rumah.
~1 orang (nenek berusia 77 tahun) ditemui mati terbaring di lantai.

Apa yang mengejutkan dunia

1. Kesemua mayat ditemui tersusun rapi, mata ditutup, mulut terikat, dan tangan diikat mengikut arahan tertentu.

2. Tiada tanda pencerobohan atau pergaduhan.

3. Polis menemui diari dan nota ritual yang ditulis selama lebih 10 tahun.

Punca utama (hasil siasatan):

Dipercayai berpunca daripada:

1. Kepercayaan ritual keagamaan yang ekstrem.

2. Tekanan psikologi dan pengaruh delusi bersama (shared psychosis)

Ketua keluarga percaya mereka akan “diselamatkan” oleh roh bapa yang telah meninggal jika ritual dilakukan dengan betul.

Mereka tidak berniat membunuh diri, sebaliknya percaya mereka akan “hidup semula”.

Kes ini juga pernah dijadikan dokumentari Netflix berjudul “House of Secrets: The Burari Deaths”, yang memperincikan kronologi dan psikologi keluarga tersebut.

Macam nak tengok balik dokumentari ini tapi risau berhari-hari terfikir kan kes ini.

Kereta api hampir meninggalkan platform. Seorang pencuri yang berdiri di platform memasukkan tangannya ke dalam tingkap ...
04/02/2026

Kereta api hampir meninggalkan platform. Seorang pencuri yang berdiri di platform memasukkan tangannya ke dalam tingkap kereta api dan mencuri telefon bimbit seorang penumpang. Namun, seorang penumpang lain melihat kejadian itu lalu menangkap tangan pencuri tersebut dari dalam kereta api, dan pada masa yang sama penumpang-penumpang lain turut memegang tangan pencuri itu.

Pencuri tersebut tidak dapat melarikan diri. Pada masa yang sama kereta api mula bergerak. Namun para penumpang tidak melepaskan tangan pencuri itu, menyebabkan pencuri tersebut tergantung di luar kereta api dalam keadaan yang sama.

Pencuri itu menjadi sangat takut kerana pada bila-bila masa dia boleh terjatuh dari kereta api dan mati. Oleh itu, dia merayu kepada para penumpang supaya memegang tangan sebelahnya juga. Orang ramai “membantu” pencuri itu dengan memegang tangan sebelahnya dari dalam kereta api.

Dengan cara itu, pencuri tersebut terus tergantung di kereta api selama sepuluh minit. Apabila kereta api berhenti di stesen seterusnya, para penumpang melepaskan kedua-dua tangan pencuri itu dan pencuri tersebut terus melarikan diri.

Pencuri itu menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya apabila tergantung di kereta api, berada di antara hidup dan mati selama sepuluh minit.

(Sumber gambar: Google)

Wanita umur 40-an yang mengalami burn-out. Apa kata anda? Umur 40-an ni bukan krisis usia.Ia krisis tanggungjawab.Badan ...
04/02/2026

Wanita umur 40-an yang mengalami burn-out. Apa kata anda?

Umur 40-an ni bukan krisis usia.
Ia krisis tanggungjawab.

Badan dah tak sekuat dulu.
Emosi cepat letih.
Tapi tanggungjawab makin bertambah.

Anak perlukan perhatian.
Pasangan perlukan sokongan.
Ibu bapa makin uzur.
Dan dalam masa yang sama…
kita masih kena kuat.

Tak ada siapa tanya:
“Awak okey ke?”

Sebab bila umur 40-an,
orang anggap kita dah patut boleh hadap semua benda.

Hakikatnya ramai wanita diam-diam penat.
Bukan malas.
Bukan mengada.
Cuma terlalu lama bertahan.

Kalau awak baca ni dan rasa “ini aku”…
awak tak keseorangan 🤍

💬 Pernah tak rasa penat yang tak boleh cerita dekat siapa?




Epstein FilesKalau sesuatu isu boleh senyap bertahun-tahun,itu bukan sebab orang tak tahu.Kadang sebab:KuasaPengaruhdan ...
04/02/2026

Epstein Files

Kalau sesuatu isu boleh senyap bertahun-tahun,
itu bukan sebab orang tak tahu.

Kadang sebab:

Kuasa

Pengaruh

dan siapa yang kawal naratif

Soalan penting:
siapa yang untung bila ia muncul sekarang?

Teringat tahun-tahun selepas saja zaman Covid, keluar dokumentari tentang Epstein island di mana pelaku membawa masuk para gadis-gadis ke mansionnya di p**au tersebut untuk tujuan servis mengurut.

Kupasan dalam dokumentari menunjukkan gadis-gadis ini ada yang diseludup dan ada yang ditipu untuk memberi servis selain dari 'mengurut'. Ytjt.

Selepas beberapa tahun baru viral. Tapi kenapa sekarang?

Address

Kota Kinabalu
89507

Telephone

+60195231445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bebe Journal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share