Bencana Alam Sabah

Bencana Alam Sabah Page ini memberikan maklumat kepada anda semua mengenai bencana alam seperti ; banjir, ribut petir, ramalan cuaca, iklim dan sebagainya.

Anda boleh follow page ini supaya anda tidak terlepas update terkini.

✅Info Cuaca Paling Tepat dan Benar.

Cuaca Lembab: (17 December - 23 December)
17/12/2025

Cuaca Lembab: (17 December - 23 December)

Cuaca Panas: (10 December - 16 December)
10/12/2025

Cuaca Panas: (10 December - 16 December)

08/12/2025

{Updated: ‼️TAMAT‼️ PADA 09 December 2025}

🚨 KEMASKINI CUACA TERKINI 🚨

𝐏𝐞𝐧𝐮𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐋𝐮𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐮𝐭

📍 Sabah & W.P. Labuan
📅 08 – 09 Disember 2025

⏰ Dikeluarkan: 9 Disember 2025, 1:00 pagi
⌛ Sah sehingga: 10 Disember 2025

___________________________________________

Amaran cuaca signifikan “𝑻𝒓𝒐𝒑𝒊𝒄𝒂𝒍 𝑫𝒆𝒑𝒓𝒆𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏 𝑾𝒊𝒍𝒎𝒂” telah hilang semasa berada di Filipina pada 𝟬𝟳 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗹𝘂.

Sehubungan itu, amaran cuaca terdahulu digantikan dengan 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐦𝐩𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐧𝐜𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐥𝐮𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐨𝐧𝐬𝐮𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐮𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐢 𝐁𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 bermula malam 08 Disember hingga 09 Disember 2025.

𝙎𝙞𝙨𝙩𝙚𝙢 𝙏𝙚𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙍𝙚𝙣𝙙𝙖𝙝 telah dikesan berhampiran perairan Pantai Barat Sabah dan kini berada di perairan Sarawak yang dipengaruhi oleh luruan monsun yang kuat ketika ini.

Kebarangkalian Sistem Tekanan Rendah ini untuk berkembang menjadi 𝒍𝒆𝒌𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒓𝒐𝒑𝒊𝒌𝒂 (𝑻𝒓𝒐𝒑𝒊𝒄𝒂𝒍 𝑫𝒆𝒑𝒓𝒆𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏) 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒏𝒅𝒂𝒉, 𝒅𝒊𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒘𝒂𝒉 25% 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒊𝒏𝒊.

___________________________________________

🔹 Jangkaan Cuaca untuk Pantai Barat Sabah & Labuan (08–09 Disember):

1️⃣Peningkatan kelajuan angin di kawasan perairan terbuka.

2️⃣Keadaan laut agak bergelora secara setempat, terutama kawasan yang menghadap Laut China Selatan. 🌊

3️⃣Peningkatan episod hujan, termasuk hujan sederhana hingga lebat secara berselang.

4️⃣Risiko banjir di kawasan rendah turut meningkat.

___________________________________________

📢 Perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

-𝘽𝒆𝙣𝒄𝙖𝒏𝙖 𝘼𝒍𝙖𝒎 𝑺𝙖𝒃𝙖𝒉

05/12/2025

{Updated: ‼️TAMAT‼️ PADA 9 December 2025}

Tropical Depression Wilma Dijangka Memberi Kesan Signifikan Kepada Sabah dan Labuan
(08 – 10 Disember 2025)

📍Sabah & W.P Labuan

⏰ Dikeluarkan: 05 Dis 2025, 9:20 malam
⌛ Sah Sehingga: 10 Dis 2025
___________________________________________

Lekukan Tropika (Tropical Depression) yang kini berada di timur Filipina dijangka bergerak ke arah barat daya melintasi Palawan.

Kedudukan Sistem Tekanan Rendah yang hampir dengan Sabah berpotensi membawa kesan cuaca kepada Sabah dan W.P Labuan.

Walaupun sistem ini dijangka kekal sebagai Lekukan Tropika sehingga 10 Disember, keadaan laut di sekitar perairan rantau ini mungkin menjadi bergelora sedikit disebabkan pengaruh tidak langsung sistem tersebut.
___________________________________________

🔹 Jangkaan Cuaca untuk Pantai Barat Sabah
& Labuan (08–10 Disember):

1️⃣ Sedikit peningkatan kelajuan angin di perairan terbuka.

2️⃣ Keadaan laut dijangka agak bergelora secara setempat 🌊, terutamanya di kawasan yang menghadap Laut China Selatan.

3️⃣Peningkatan hujan, termasuk hujan sederhana hingga lebat secara berselang.
___________________________________________

📢 Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

— Bencana Alam Sabah

🌦 Laporan Cuaca & Iklim Terkini: Sabah & Labuan 🌦🗓 Dikeluarkan pada: 05 December 2025 | 2:00 Petang📅 Tempoh Ramalan:• Mi...
05/12/2025

🌦 Laporan Cuaca & Iklim Terkini: Sabah & Labuan 🌦

🗓 Dikeluarkan pada: 05 December 2025 | 2:00 Petang

📅 Tempoh Ramalan:
• Minggu 2: 10 Dec – 16 Dec 2025 (50%) = Hujan Lebih Kerap
_______________________________________________

🔎 Ringkasan Ramalan:

🔹 Minggu 2: {10 – 16 Disember 2025}

➡ Hujan berkurangan (below-average rainfall 50%)

•Cuaca kembali lembap dan basah.
•Hujan lebih kerap, berpotensi episod hujan berterusan.
•Risiko banjir kilat atau tanah runtuh meningkat di Kawasan terjejas.

_______________________________________________

⚠ Peringatan Awam:

✅ Pantau amaran rasmi daripada Malaysian Meteorological Department & agensi berkaitan.
✅ Elakkan kawasan rendah semasa hujan lebat dan berjaga-jaga di kawasan cerun.
✅ Nelayan serta pengguna laut dinasihatkan berwaspada terhadap keadaan laut bergelora di perairan timur dan selatan Sabah.

- Bencana Alam Sabah

10/11/2025

⛈️ Amaran Berwaspada: Hujan (Sisa Ribut) Dijangka Menghampiri Pantai Barat Sabah

⏰ Dikeluarkan: 10:40 pagi, 10 November 2025
⏳ Sah Sehingga: Petang, 10 November 2025

🌧️ Hujan sedang menghampiri kawasan Pantai Barat Sabah, meliputi:

📍Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kudat dan Kota Marudu

⚠️ Pembentukan awan kumulonimbus pada awal pagi tadi telah menyebabkan hujan lebat dan angin kencang di laut, dan cuaca hujan ini dijangka menghampiri Sabah dalam keadaan sisa ribut.

Sekiranya berlaku pengurangan intensiti atau kekuatan semasa menghampiri daratan, cuaca dijangka kembali stabil seperti biasa.

-Bencana Alam Sabah

09/11/2025

⚠️Kemaskini Cuaca⚠️: 🌀Pengaruh Super Typhoon Fung-Wong Menyebabkan Peningkatan Garis Badai di Laut China Selatan (09 – 10 Nov 2025)

📍 Pantai Barat Sabah & W.P. Labuan

⏰ Dikeluarkan pada: 09 Nov 2025, 11:15 Pagi
⌛️ Sah Sehingga: 10 Nov 2025

Super Typhoon Fung-Wong sedang mengganas di Filipina hari ini. Beberapa daerah di Pantai Barat Sabah dan Pedalaman kini mengalami cuaca hujan serta angin kencang yang berpunca daripada pembentukan awan kumulonimbus sejak pagi tadi akibat gangguan atmosfera yang dipengaruhi oleh Super Typhoon Fung-Wong tersebut.

Selain itu, terdapat peningkatan pembentukan garis badai di Laut China Selatan, dan keadaan ini berpotensi membawa kepada pembentukan ribut petir (squall line) yang boleh menyebabkan hujan lebat dan tiupan angin kencang secara setempat.

Namun begitu, keadaan ini dijangka tidak sekuat atau signifikan berbanding Taufan Kalmaegi yang lalu.

Secara keseluruhan, sistem ini tidak dijangka memberi kesan yang sangat signifikan kepada Sabah dan W.P. Labuan. Namun, keadaan laut di sekitar perairan terbuka dijangka menjadi bergelora akibat pengaruh tidak langsung taufan tersebut.

🔹 Apa yang dijangka di Pantai Barat Sabah & Labuan (09–10 November):

1️⃣ Cuaca amnya baik di beberapa kawasan di sabah, namun berpotensi mengalami hujan dan ribut petir (Squall Line).
2️⃣ Sedikit peningkatan kelajuan angin di perairan terbuka.
3️⃣ Laut dijangka agak bergelora 🌊, terutama berhampiran kawasan terbuka menghadap Laut China Selatan.

📢 Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

-Bencana Alam Sabah

06/11/2025

{Updated: ‼️TAMAT‼️ PADA 11 NOVEMBER 2025}

Taufan Fung-Wong Dijangka Tidak Memberi Kesan Signifikan Kepada Sabah dan W.P. Labuan (08 – 11 Nov 2025)

📍 Pantai Barat Sabah & W.P. Labuan

⏰ Dikeluarkan pada: 06 Nov 2025, 8:30 Malam
⌛️ Sah Sehingga: 11 Nov 2025

Taufan Fung-Wong kini aktif di Lautan Pasifik Barat dan dijangka bergerak ke arah barat laut melintasi Luzon, Filipina. Berdasarkan kedudukannya yang jauh dari Sabah, sistem ini tidak dijangka memberikan kesan signifikan kepada Sabah dan W.P. Labuan.

Walau bagaimanapun, taufan ini berpotensi mencapai tahap Super Typhoon kategori 4 atau 5 menjelang 8 November 2025, dan keadaan laut di sekitar perairan rantau ini mungkin menjadi bergelora akibat pengaruh tidak langsung sistem tersebut.

🔹 Apa yang dijangka di Pantai Barat Sabah & Labuan (08–11 November):
1️⃣ Cuaca amnya baik, tiada tanda cuaca signifikan.
2️⃣ Sedikit peningkatan kelajuan angin di perairan terbuka.
3️⃣ Laut mungkin agak bergelora secara setempat 🌊, terutama berhampiran kawasan terbuka menghadap Laut China Selatan.

📢 Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

-Bencana Alam Sabah

📢 Makluman Tamat Amaran Berwaspada Cuaca Signifikan bermula 04-06 November 2025📍 Pantai Barat Sabah & W.P. Labuan⏰ Dikel...
06/11/2025

📢 Makluman Tamat Amaran Berwaspada Cuaca Signifikan bermula 04-06 November 2025

📍 Pantai Barat Sabah & W.P. Labuan
⏰ Dikeluarkan pada: 06 November 2025, 9:20 Pagi

Amaran berwaspada cuaca signifikan yang berkuat kuasa dari 04 hingga 06 November 2025 kini ditamatkan serta-merta.

Taufan Kalmaegi (Tino) yang sebelum ini mengganas di Filipina pada hari yang lalu, kini telah menjauhi kawasan Sabah dan W.P. Labuan sejak malam tadi.

Taufan tersebut kini sedang bergerak ke arah pantai Vietnam dan akan dijangka melanda negara itu dengan kelajuan maksimum sekitar 185 km/j, namun menunjukkan trend penurunan kekuatan dan dijangka hilang sepenuhnya selepas memasuki daratan.

🌤️ Keadaan Semasa di Sabah:
👉Cuaca umumnya redup dengan keadaan mendung di beberapa kawasan. Hujan sedang berlaku di kawasan Semporna pada pagi ini, namun dijangka beransur pulih dalam beberapa jam akan datang.

✅ Amaran sebelum ini kini ditamatkan.

— Bencana Alam Sabah

🌀Imej Satelit Terkini: Taufan Kalmaegi (Tino) Menjauhi Sabah⏰ Dikeluarkan pada: 9:45 Malam, 5 November 2025🌍 Berdasarkan...
05/11/2025

🌀Imej Satelit Terkini: Taufan Kalmaegi (Tino) Menjauhi Sabah
⏰ Dikeluarkan pada: 9:45 Malam, 5 November 2025

🌍 Berdasarkan pemantauan imej satelit terkini, Taufan Kalmaegi (Tino) kini telah menjauhi kawasan Sabah dan sedang bergerak ke arah Vietnam melalui perairan Laut China Selatan.

📍 Lokasi terdekat dengan pusat taufan pada ketika ini ialah Pulau Banggi, dengan jarak kira-kira 625 kilometer.

💨 Taufan yang sebelumnya membawa angin kencang berkelajuan sekitar 140 km/j dijangka terus melemah secara berperingkat.

🌤️ Trend Cuaca Semasa di Sabah
Mulai malam ini, pengaruh cuaca daripada sistem Taufan Kalmaegi berada dalam trend menurun. Keadaan cuaca dijangka beransur pulih, dengan langit cerah dan tiupan angin sederhana di kebanyakan kawasan menjelang esok hari.

⚡ Nasihat Umum

Orang ramai, khususnya komuniti pesisir pantai dan para nelayan, disarankan agar terus berhati-hati, peka terhadap perubahan cuaca, serta mengelakkan sebarang aktiviti laut berisiko sehingga keadaan benar-benar stabil.

-Bencana Alam Sabah

Gempa Bumi Lemah telah berlaku di Kalimantan Utara, Indonesia pada jam 6:37 Petang tadi.Satu kejadian gempa bumi lemah t...
05/11/2025

Gempa Bumi Lemah telah berlaku di Kalimantan Utara, Indonesia pada jam 6:37 Petang tadi.

Satu kejadian gempa bumi lemah telah direkodkan di kawasan Borneo pada 🕕 jam 6:37 petang, 05 November 2025.

📍 Koordinat: 2.7° Utara, 116.6° Timur
🫨 Magnitud: 4.8
📏 Kedalaman: 10 km
📌 Jarak: 227 km ke selatan Sapulut, Sabah

Terdapat kemungkinan gegaran lemah dirasai di kawasan selatan Sabah.

-Malaysian Meteorological Department



Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bencana Alam Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share