Dayana WFK

Dayana WFK Provides book review service for self-published writers or book publishers locally in Malaysia. Passion in promoting self-growth through writings

Current reads โœจ lama tidak update but I am still reading, cumanya sekarang lebih banyak baca buku teks dan artikel susah...
25/12/2025

Current reads โœจ lama tidak update but I am still reading, cumanya sekarang lebih banyak baca buku teks dan artikel susah nak review ๐Ÿ˜†

โ”Setiap pembaca mesti kagum dengan penulis bukan? Sebab pembaca tidak akan wujud tanpa adanya penulisAriana dan ibunya, ...
01/08/2024

โ”Setiap pembaca mesti kagum dengan penulis bukan? Sebab pembaca tidak akan wujud tanpa adanya penulis

Ariana dan ibunya, Intan Syafiqah sungguh gemar membaca, sehingga terdetik dalam diri Ariana bercita-cita untuk menjadi seorang penulis walaupun dia sering diejek oleh rakan sekelas kerana markah terbaik yang pernah dia peroleh dalam subjek karangan hanyalah ๐Ÿ“ gred C.

Harapannya untuk menjadi penulis hampir sahaja sirna sehinggalah dia terjumpa sebuah buku dan sebatang pen ๐Ÿ–‹๏ธ yang cukup unik ketika Ariana menolong ibunya mengemas stor rumah mereka.

โ€ผ๏ธAda musibah yang berlaku di dunia manusia sebaik sahaja dia menggunakan pena ajaib tersebut. Watak-watak cerita yang ditulis oleh Ariana muncul di dunia realiti dan Ariana bertanggungjawab untuk menghantar mereka pulang ke dunia mereka

Di situlah Ariana dibawa ke Dunia Aksara Magis - sebuah kehidupan yang penuh dengan ilusi dan juga sebuah dunia yang merealisasikan cita-citanya menjadi penulis yang hebat โœจ

Namun, setiap kali hasil karya Ariana direalisasikan dan mendapat sambutan hangat di Dunia Aksara Magis, semakin huru-hara dunia tersebut dengan kehadiran watak-watak ciptaannya menuntut bela atas nasib mereka dalam rekaan cerita Ariana.

Satu-satunya cara untuk Ariana mengembalikan watak-watak tersebut ke dunia mereka masing2 adalah dengan mengubah nasib watak-watak tersebut menggunakan pena ajaib

Plot Twist nya apabila pena ajaib tersebut hilang๐Ÿ™€ selain mencari pena ajaib tersebut, dia juga harus merungkai rahsia tentang ibunya yang sebenarnya seorang penulis terkenal di Dunia Aksara Magis suatu ketika dahulu

Dan menyiasat hubungan antara Adeebah Hanum dan ibunya sehingga ibunya difitnah memplagiat hasil karya Adeebah Hanum sedangkan mereka berdua pernah bersahabat?

Secara diam, Cik Embun, pustakawan yang selalu memerhati Ariana sepanjang keberadaannya di sana. Apakah kebenaran yang cuba dia tahu?

๐ŸŒŸ4/5
-
Dayana s**a dengan jalan cerita Miss Writer ini. Setiap adegan diceritakan dengan terperinci sehingga memudahkan Dayana "imagine" suasana Dunia Aksara Magis tersebut ๐Ÿคญ

Walaupun kisah ini agak pendek, tetapi penulis berjaya mengejutkan saya dengan plot twist yang tidak diduga!๐Ÿ‘๐Ÿป

Used to create a deadline for each of my current read, but this book has been an ongoing read since the past few months ...
19/04/2024

Used to create a deadline for each of my current read, but this book has been an ongoing read since the past few months ๐Ÿ˜…

I guess I just want to take it slow, understand the meaning carefully instead of aiming to just finish reading it ๐Ÿ“–

Setiap daripada kita pasti pernah merasa sedih, tidak cukup dan kecewa dengan apa yang kita hadapi atau pernah kita laku...
11/10/2023

Setiap daripada kita pasti pernah merasa sedih, tidak cukup dan kecewa dengan apa yang kita hadapi atau pernah kita lakukan, bukan? ๐Ÿฅน

Dayana mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan bacaan kali ini kerana isi yang cuba disampaikan oleh penulis itu agak berat dan tersirat.

Naskhah ini ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐จ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐š-๐ฆ๐š๐ญ๐š tetapi mengandungi makna yang lebih mendalam dan bermanfaat untuk kita

๐Ÿ”– penulis juga mengupas tentang pentingnya pembentukan spiritual, personaliti, adab dan cara fikir kita dalam menghadapi rintangan hidup sama ada dari aspek individu, hubungan sosial ataupun hubungan sesama masyarakat.

yang paling menarik perhatian Dayana adalah tentang konsep ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก & ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฅ.

2 sikap ini amat berperanan dalam membuat kita rasa cukup dengan apa yang kita ada dan sekaligus memotivasikan kita untuk menjadi individu yang lebih baik secara berperingkat โœจ

Keseimbangan antara hal keduniaan dengan akhirat adalah kunci kepada kebahagiaan sebenar.

Kemunduran ataupun kekurangan yang ada pada diri kita bukanlah suatu hal yang buruk,

tetapi kemunduran dan kekurangan itulah yang menjadi titik tolak untuk kita terus berusaha maju ke hadapan selangkah demi selangkah.

Dan inilah cara fikir ataupun โ€˜mindsetโ€™ yang cuba diterapkan oleh penulis kepada para pembaca ๐Ÿฅฐ

Isu sabar, ikhlas, putus asa, keberanian, kebahagiaan sebenar, usaha dan tawakal, pendidikan, dan fanatisme turut dibincangkan oleh penulis

๐ŸŒธPenulis juga amat mementingkan ๐’Œ๐’†๐’Ž๐’–๐’๐’Š๐’‚๐’‚๐’ ๐’˜๐’‚๐’๐’Š๐’•๐’‚ dengan menkhususkan satu bab untuk menceritakan tentang peranan penting seorang wanita / kaum hawa dalam membangunkan bangsa

๐Ÿ“ŒBagi Dayana, buku ini amat sesuai untuk mereka yang sedang:-
๐Ÿ’šhilang arah kehidupan,
๐Ÿ’šdalam fasa mencari makna kehidupan
๐Ÿ’šsunyi menghadapi ujian yang melanda diri
๐Ÿ’šfokus memperbaiki diri

๐ŸŒŸ4
Dayana s**a dengan cara penulis yang memberikan teguran di awal penulisan dan diakhiri dengan kata-kata semangat yang lembut buat anak-anak muda untuk berani menghadapi ujian hidup ๐Ÿฅน๐Ÿฅฐ

๐Ÿ›’ bookcafe.com.my / TikTokShop BukuPTS / Shopee BukuPTS.









Judul buku ini cukup membuat Dayana geram dengan sikap Naayla. ๐Ÿ˜กDilahirkan dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ked...
10/10/2023

Judul buku ini cukup membuat Dayana geram dengan sikap Naayla. ๐Ÿ˜ก

Dilahirkan dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh kedua orang tuanya menyebabkan Naayla terlalu manja.

Sepanjang 17 tahun mendewasa, Naayla hidup dalam keadaan yang penuh kemewahan dan keselesaan.

Setiap kemahuannya pasti dituruti oleh ibu bapanya. Maklumlah, dia merupakan anak tunggal kepada Encik Nasrul dan Puan Marissa.

Sikap boros Naayla mendatangkan kerisauan dalam diri ibu bapanya soal status kewangan keluarga mereka.
-
Rupa parasnya yang cantik dan kehidupannya yang senang membuatkan Naayla menjadi seorang yang angkuh sehingga hubungan persahabatannya dengan Akma dan Mastura terputus!

Walaupun bukan Naayla yang harus dipersalahkan 100% dalam hal ini, keegoan dan sifat angkuhnya menyebabkan Naayla s**ar mengungkapkan maaf kepada 2 orang sahabatnya itu atas kesilapannya mempercayai fitnah Adlina yang licik itu terhadap Akma dan Mastura tanpa usul periksa.

Layanan kasar Naayla terhadap Laila membuatkan Dayana semakin tidak senang duduk dengan keangkuhan Naayla yang semakin menjadi-jadi ๐Ÿ˜ก Naayla merasakan dirinya sebagai anak bandar tidak setaraf dengan anak kampung yang berfesyen โ€˜kolotโ€™ seperti Laila.

Satu hari, sikap kasar dan melampau Naayla terhadap Laila mendesak ibu bapa Naayla untuk menghantar Laila pulang ke kampung semula pada lewat tengah malam.

Naayla dikejutkan oleh mak longnya dengan membawa berita buruk tentang ibu bapanyaโ€ฆ Ujian demi ujian, Naayla terpaksa hidup di kampung bersama Nek Ngah buat sementara waktu. Apakah Naayla mampu menerima hakikat itu?

๐Ÿ”–Jalan cerita novel ini lebih rumit daripada biasa ๐Ÿ˜‚ Baru sahaja ingin lega dengan perubahan sikap Naayla di akhir penceritaan, namun dikejutkan lagi dengan beberapa โ€™plot twistโ€™ yang tidak dijangka dek akal
-
๐ŸŒŸ5๏ฟฝ
โ€œSepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugaโ€.

Walaupun bacaan yang singkat, tetapi cukup menarik dan padat dengan nilai moral & peringatan buat kita untuk sentiasa mengamalkan sifat bersederhana dan merendah diri.

โ™ฅ๏ธ Ucapan maaf itu tidak boleh dipaksa, ia sepatutnya lahir dari hati yang ikhlas
โ™ฅ๏ธ Dalam hidup ini, kita perlu ada impian. Kalau tak ada, kita kena cari sampai ada









Lama tak baca buku kembara versi pendek tetapi sangat menyeronokkan! ๐Ÿ˜ ๐Ÿ”–Buku ini mengisahkan tentang seorang puteri rema...
30/06/2023

Lama tak baca buku kembara versi pendek tetapi sangat menyeronokkan! ๐Ÿ˜

๐Ÿ”–Buku ini mengisahkan tentang seorang puteri remaja - Puteri Tiara Elegana Raja Kacaka V ๐Ÿ‘ธ๐Ÿป yang terkurung di dalam istana sejak lahir dan tidak pernah melihat dunia luar kerana bagi ayahandanya - Raja Kacaka berpendapat ia akan meletakkan Puteri Tiara dalam bahaya!

๐Ÿ“ŒSehinggalah satu hari Puteri Tiara bersama โ€˜bodyguardโ€™nya ๐Ÿฅท๐Ÿป- Olga, mengambil kesempatan untuk melarikan diri keluar dari istana ketika Negara Wantuesom cuba menjalin hubungan pelancongan di dunia luar menggunakan kapal diraja.

๐Ÿ“ŒAlangkah malangnya nasib apabila rupa-rupanya mereka tersalah masuk kapal kargo dan bukannya kapal diraja! Lebih malangnya apabila mereka berlabuh di sebuah pulau di Korea Selatan, Pulau Jeju yang dikatakan bakal dilanda Taufan Super Nappeun dengan kecepatan angin semaksimum 250 km per jam! ada juga berita yang melaporkan ramai pelancong di Pulau Jeju hilang ๐Ÿ˜ฑ

๐Ÿ“Œ Sepanjang penginapan mereka di Wangsil Palace Guesthouse ๐Ÿจ, mereka telah dilayan dengan baik oleh Najat, Gongju dan Cef Wang selama 4 Hari 3 malam.

๐Ÿ“ŒMisi jelajah Pulau Jeju merupakan pengalaman yang indah buat Puteri Tiara sehinggalah satu hari apabila Olga mengalami kecederaan, meninggalkan Puteri Tiara di bawah jagaan Najat ke pantai kecil Geommeolle Beach! Hujan lebat yang turun menyebabkan Najat mencadangkan mereka bermalam di sana

๐Ÿ“ŒNamun, atas kebimbangan rasa terkurung, Puteri Tiara tetap ingin pulang ke pelabuhan dalam keadaan ribut tersebut.

๐Ÿ“ŒDalam perjalanan pulang, bot yang dinaiki mereka dipukul kuat oleh ombak, dan tenggelam. Malang tidak berbau, Puteri Tiara tidak kelihatan dan dilaporkan hilang! ๐Ÿคฏ Ramai mangsa bencana Taufan dikejar ke hospital. Melihat Najat tanpa Puteri Tiara di sisinya membuatkan Olga naik berang.

๐Ÿง Adakah ketegangan antara Olga dan Najat bakal diselesaikan secara aman? Semuanya bergantung pada nasib dan keselamatan Puteri Tiaraโ€ฆ

โ€”
๐ŸŒŸ4.5

Buku yang ringkas tetapi sarat dengin โ€˜adventureโ€™! Sesuai untuk anda yang nak โ€˜travelโ€™ ke Pulau Jeju dalam masa yang singkat! Hehe ๐Ÿ˜™ Trust me, buku ni buat Dayana lapar sebab banyak pengetahuan tentang budaya makan orang Korea di Pulau Jeju.

"Seperti kata Dr. Jordan Peterson bahawa perkahwinan bukan soal 'kebahagiaan hakiki' namun ianya soal saling berkongsi m...
14/05/2023

"Seperti kata Dr. Jordan Peterson bahawa perkahwinan bukan soal 'kebahagiaan hakiki' namun ianya soal saling berkongsi makna hidup melalui kelebihan dan kekurangan masing-masing sehinggalah kita ditarik nyawa"
-
๐Ÿ“Œ Walaupun Dayana dah baca beberapa buah buku tentang perhubungan (relationship), membaca sebuah lagi buku ini ternyata tidak membosankan malah lebih membuka minda dan perspektif Dayana soal perhubungan sesama manusia sama ada antara keluarga, rakan-rakan mahupun kekasih ๐Ÿ˜

๐Ÿ”– Antara topik-topik yang amat menarik perhatian Dayana adalah berkenaan isu curang dan bagaimana ia boleh berlaku walaupun dalam keluarga bahagia, dan juga topik yang amat rapat dengan anak muda zaman kini, iaitu kurangnya rasa ingin berumah tangga dan mempunyai komitmen dalam mendirikan perkahwinan (Dayana salah seorang yang berasa sebegini ๐Ÿฅน)
-
๐Ÿ“Œ Menghalalkan sebuah perhubungan itu tidak mudah tetapi juga tidak mustahil.

Membaca tips penulis (suami) berkenaan cara menarik perhatian si dia (sang isteri) untuk ingin lebih mengenali diri bakal suami membuat Dayana teruja membacanya ๐Ÿคญ sungguh comel dan indan sekali cara pertemuan pasangan penulis ini!

๐Ÿ“Dengan dunia media sosial yang canggih kini, sekiranya dengan niat dan cara penggunaan yang betul, kita lebih mudah untuk berjumpa jodoh kita.

๐Ÿ”– Gabungan antara fakta kajian sains kemanusiaan (terutamanya Psikologi) dan perkongsian realiti perhubungan pasangan penulis membuatkan buku ini amat realistik untuk kita amalkan cara berhubung sesama manusia dalam setiap "social situation" sama ada untuk membina hubungan profesional, kekeluargaan dan juga hubungan romantis.

๐ŸŒŸ5

โ–ถ๏ธ Buku ini sesuai untuk pasangan suami isteri yang sudah berkahwin, yang sedang mempersiapkan diri ke alam perkahwinan dan juga untuk para anak muda yang dalam usaha mencari jodoh!

P/S Dayana doakan kepada sesiapa yang membaca hingga ke saat ini dikurniakan sebuah perkahwinan yang mawaddah warahmah ๐Ÿฅฐ Aamiin, InsyaAllah

๐Ÿ›’Dapatkan buku di kedai-kedai buku berhampiran anda atau dalam talian di bookcafe.com.my /TikTok Shop Puteh Press / Shopee BukuPTS



"Seperti kata Dr. Jordan Peterson bahawa perkahwinan bukan soal 'kebahagiaan hakiki' namun ianya soal saling berkongsi m...
12/05/2023

"Seperti kata Dr. Jordan Peterson bahawa perkahwinan bukan soal 'kebahagiaan hakiki' namun ianya soal saling berkongsi makna hidup melalui kelebihan dan kekurangan masing-masing sehinggalah kita ditarik nyawa"
-
๐Ÿ“Œ Walaupun Dayana dah baca beberapa buah buku tentang perhubungan (relationship), membaca sebuah lagi buku ini ternyata tidak membosankan malah lebih membuka minda dan perspektif Dayana soal perhubungan sesama manusia sama ada antara keluarga, rakan-rakan mahupun kekasih ๐Ÿ˜

๐Ÿ”– Antara topik-topik yang amat menarik perhatian Dayana adalah berkenaan isu curang dan bagaimana ia boleh berlaku walaupun dalam keluarga bahagia, dan juga topik yang amat rapat dengan anak muda zaman kini, iaitu kurangnya rasa ingin berumah tangga dan mempunyai komitmen dalam mendirikan perkahwinan (Dayana salah seorang yang berasa sebegini ๐Ÿฅน)
-
๐Ÿ“Œ Menghalalkan sebuah perhubungan itu tidak mudah tetapi juga tidak mustahil.

Membaca tips penulis (suami) berkenaan cara menarik perhatian si dia (sang isteri) untuk ingin lebih mengenali diri bakal suami membuat Dayana teruja membacanya ๐Ÿคญ sungguh comel dan indan sekali cara pertemuan pasangan penulis ini!

๐Ÿ“Dengan dunia media sosial yang canggih kini, sekiranya dengan niat dan cara penggunaan yang betul, kita lebih mudah untuk berjumpa jodoh kita.

๐Ÿ”– Gabungan antara fakta kajian sains kemanusiaan (terutamanya Psikologi) dan perkongsian realiti perhubungan pasangan penulis membuatkan buku ini amat realistik untuk kita amalkan cara berhubung sesama manusia dalam setiap "social situation" sama ada untuk membina hubungan profesional, kekeluargaan dan juga hubungan romantis.

๐ŸŒŸ5

โ–ถ๏ธ Buku ini sesuai untuk pasangan suami isteri yang sudah berkahwin, yang sedang mempersiapkan diri ke alam perkahwinan dan juga untuk para anak muda yang dalam usaha mencari jodoh!

P/S Dayana doakan kepada sesiapa yang membaca hingga ke saat ini dikurniakan sebuah perkahwinan yang mawaddah warahmah ๐Ÿฅฐ Aamiin, InsyaAllah

Semoga lebih ramai yang peka dengan kepentingan membuat persiapan dalam membina hubungan perkahwinan melalui buku yang bermanfaat ini!

I was about to feel 'Meh' ๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™€๏ธabout this novel, but it turned out to be MIND-BLOWING real fast !!!๐Ÿคฏ๐Ÿคฏ๐ŸคฏWhen I ALMOST feel...
03/04/2023

I was about to feel 'Meh' ๐Ÿคท๐Ÿปโ€โ™€๏ธabout this novel, but it turned out to be MIND-BLOWING real fast !!!๐Ÿคฏ๐Ÿคฏ๐Ÿคฏ

When I ALMOST feel disappointed in this new novel of .hamid ,it gives me spark of hope with the unexpected climax and ending!
-
Nieza and Harris have been growing up alone throughout their childhood, without friends & being labelled as "freaks" just because they can see the unseen.

The only difference is, Nieza has supportive parents and siblings who accept her unconditionally, while Harris' parents have been unwelcoming and unaccepting him. Harris is a lost soul.
-
Nothing is more beautiful than uniting a lonely soul with a lost soul together - Nieza has finally found Harris who shares the same loneliness she has been feeling all this time, and Harris has finally found Nieza to be his home, a place he belongs to - At least that's what they believe in.

But Allah is the only one who knows the unknown and He is the best Planner of all.
-
Everything went smoothly until BAMโ—๏ธ ๐Ÿ’ฅ, who would've thought one knock on the door could crumbled Nieza's whole world!!

Just few weeks before their big day, Nieza was a bride without groom ๐Ÿ˜ญ

Anger, guilt, fear - Few weeks had past and those were what Nieza feeling at the moment - locking herself behind closed doors.
-
Can Nieza - the most calm and patience person amongst the three Muskeeters (Nieza, Amy, Hassan) - move on without Harris in her life? ๐Ÿฅน

Do read this book to find out how Nieza's life turns out at the end! I promise it will put tears & smile on your face as you finish reading it ๐Ÿฅน this book taught me to see everything happened in a different perspective to find the wisdom behind it.

๐ŸŒŸ5

As usual, Hassan never fails to make the readers to laugh during gloomy situation, but can act wise and mature when he needed to be ๐Ÿฅฐ

๐Ÿ‘‰๐ŸปIf you ever lost someone dear, felt struggling to fit in, felt unwanted and unloved, this novel is for you - it shows you to trust in Allah plans and people who love you because of Him will love you unconditionally ๐Ÿ’•

๐Ÿ›’ Get this book from .official website www.imanshoppe.com



Address

Kota Kinabalu
88###; 89###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dayana WFK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dayana WFK:

Share