02/08/2026
Majlis Penutupan Program Jelajah Belia Rukun Negara dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan
Tarikh : 2 Ogos 2026
Tempat : Politeknik Kota Kinabalu
Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Rina binti Jainal, Pembantu Menteri, mewakili Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah diiringi YBrs. Puan Rina binti Ab Harun, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah bersama YBrs Tuan Muhammaddin bin Mohd Jair, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Kota Kinabalu Negeri Sabah.
Program ini menutup tirainya di Negeri Sabah namun impak penghayatan Rukun Negara melalui Modul Jelajah Belia Rukun Negara tahun 2026 berjaya dipupuk ke dalam diri setiap peserta, fasilitator dan urusetia yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Politeknik Kota Kinabalu diatas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Program ini.
Ab Harun