Sabah2U

Sabah2U Berkongsi Info Semasa & Video lucu 🫰🏻♥️ Jangan Lupa Follow, Like, Comment 🫰🏻♥️

16/10/2025

Uish guys apa kes ni ? Sampai kena kejar ..??????

28/08/2025

Angin ribut di jangka berterusan sehingga jam 3 petang ini. Anda di minta untuk berhati-hati terutama yang hensem.

Dr Wong Lu Yang, yang sebelum ini digantung daripada jawatan Presiden JCI Kota Bharu, kini tampil secara terbuka selepas...
28/08/2025

Dr Wong Lu Yang, yang sebelum ini digantung daripada jawatan Presiden JCI Kota Bharu, kini tampil secara terbuka selepas kontroversi mengenai tuduhan hubungan sulit yang tular di media sosial. Sejak lebih dua hingga tiga bulan lalu, wajahnya, isterinya, ahli keluarga, rakan-rakan, malah organisasi yang berkaitan telah diseret sama. Lebih memilukan, nombor telefonnya juga tersebar tanpa kebenaran, dan keluarganya menjadi mangsa ugutan serta buli siber.

Dalam video terbarunya, Dr Wong kelihatan sebak apabila mengaku kesilapannya, dan dengan penuh penyesalan memohon maaf kepada isterinya. Katanya, orang yang paling dia kecewakan adalah insan yang setiap hari berada di sisinya — isterinya sendiri. “在这间事情里,最愧歉的是我的太太。对不起了,谢谢你愿意陪伴我一起共同面对。” Ucapannya itu penuh rasa bersalah, kerana isterinya terpaksa menanggung luka kali kedua akibat kontroversi ini.

Namun, di sebalik badai yang menimpa, isterinya tetap memilih untuk bertahan. Dengan air mata yang ditahan, dia muncul dalam video yang sama, meminta agar orang ramai menghormati privasi keluarga mereka. “希望大家可以尊敬我们的隐私,不要牵扯到我们的小孩及家人,谢谢大家,” katanya, merayu agar anak-anak mereka tidak dijadikan mangsa keadaan.

Dr Wong turut mengakui bahawa isterinya telah memberi peluang kedua, agar mereka dapat kembali membina rumah tangga bersama demi anak-anak. Katanya, “I want to thank her again for accepting me back, and I also want to apologize.” Bagi dirinya, peluang kedua itu adalah tanda kesetiaan seorang isteri yang sanggup bertahan meskipun hatinya dilukai, semata-mata demi keluarga kecil mereka.

Di hujung kenyataannya, Dr Wong menjelaskan bahawa laporan polis telah dibuat, dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang menyalahgunakan data peribadi serta menyebarkan fitnah. Namun di balik semua itu, yang paling meruntun hati adalah pengakuannya sendiri: dia merasa bersalah kerana tidak mampu melindungi isterinya daripada menerima luka yang kedua kalinya.

Kini, mereka sekeluarga hanya mahu satu perkara — ruang untuk memperbaiki diri, menjaga anak-anak, dan membina semula keluarga yang hampir runtuh. Kesetiaan isterinya untuk tetap berada di sisi, meski dihujani hinaan dan fitnah, menjadi bukti betapa kuatnya seorang wanita mempertahankan rumah tangga demi anak-anaknya.

Khamzat bukan lagi si serigala lapar… dia sudah jadi RAJA baru middleweight UFC! 👑🔥”UFC 319 bukan sekadar fight — ini pe...
17/08/2025

Khamzat bukan lagi si serigala lapar… dia sudah jadi RAJA baru middleweight UFC! 👑🔥”

UFC 319 bukan sekadar fight — ini permulaan ERA baru. Dricus Du Plessis masuk octagon macam singa, tapi keluar macam mangsa. 25 minit penuh Chimaev kasi ragdoll, 12 kali takedown, lebih 500 strikes, 22 minit kontrol di atas ground. 😱 Satu kelas beza.

Ramai crowd boo, bilang gaya Chimaev ni boring. Tapi realitinya, itulah dominasi sebenar seorang juara. Kau boleh benci cara dia fight, tapi kau tak boleh nafikan betapa “Borz” buat middleweight nampak macam training sparring ja.

Tapi yang bikin panas lagi — Khamzat bukan setakat puas dengan 1 tali pinggang. Dia declare mahu ambik 3 tali pinggang UFC! 😳🔥
✔️ Middleweight (185lb) – sudah dalam genggaman.
✔️ Target seterusnya? Welterweight (170lb) & Light Heavyweight (205lb).

Kalau dia betul-betul capai impian gila ni, Chimaev boleh jadi GOAT baru UFC, melangkaui apa yang McGregor atau Cejudo pernah buat. Tapi persoalannya — realistik ka mimpi ni, atau hanya cakap besar?

👉 Kau rasa gaya Chimaev ni boring atau memang next level dominasi?
👉 Patutkah dia fight Adesanya dulu sebelum kejar tali pinggang lain?
👉 Siapa lagi boleh stop serigala ni dalam octagon?

Pertarungan yang di nantikan !!  Bila Dricus Du Plessis jumpa Khamzat Chimaev… ini bukan fight biasa bro, ini cerita dua...
15/08/2025

Pertarungan yang di nantikan !! Bila Dricus Du Plessis jumpa Khamzat Chimaev… ini bukan fight biasa bro, ini cerita dua fighter gila yang bawa sejarah masing-masing masuk cage.

Dricus Du Plessis — anak jati Afrika Selatan, bekas juara EFC & KSW. Dari zaman awal career, dia dah biasa fight depan crowd yang bising, kena boo, kena ejek… tapi dia tak pernah goyang. Dalam UFC, dia sapu nama-nama besar macam Robert Whittaker dan Sean Strickland, sampai pegang tali pinggang middleweight. Orang cakap dia tak ada cardio, dia balas dengan finish padu.

Di sebelah sana, Khamzat Chimaev — lahir di Chechnya, besar di Sweden. Dari debut UFC, dia buat semua orang ternganga bila sapu 3 lawan dalam masa 66 hari. Grappling dia ganas, striking dia tak bagi peluang. Dia dah kalahkan nama macam Gilbert Burns, Kevin Holland, dan Kamaru Usman. Khamzat ni jenis fighter yang masuk cage macam pemburu — dia nampak mangsa, dia tak lepaskan.

Sekarang dua dunia bertembung. SANG RAJA dari Afrika vs SANG SERIGALA dari Caucasus. Satu mahu kekalkan tahta, satu lagi mahu rampas dengan gigi dan kuku. Malam tu, bila pintu cage tutup… tiada lagi kawan, tiada lagi respect. Hanya tinggal dua binatang buas yang sanggup korbankan apa saja untuk menang.

💬 Siapa kau rasa akan jatuh dulu? ‘The Stillknocks’ atau ‘Borz’? Drop komen, tag geng MMA kau, dan share kasi panas. Ini bukan sekadar fight… ini sejarah UFC yang bakal meletup! 💪🔥🩸

Jangan p**ak Syed pun di rampas ye
04/08/2025

Jangan p**ak Syed pun di rampas ye

Thailand dan Kemboja Hampir Berperang Tapi Anwar Campur Tangan Dunia TerkeduDua negara jiran Asia Tenggara ini nampak te...
30/07/2025

Thailand dan Kemboja Hampir Berperang Tapi Anwar Campur Tangan Dunia Terkedu

Dua negara jiran Asia Tenggara ini nampak tenang di permukaan tetapi sebenarnya sedang berebut sesuatu yang lebih bernilai daripada tanah atau minyak iaitu pengaruh dan kuasa ekonomi serantau. Ketika Kemboja membuka pintu seluas-luasnya kepada pelabur asing, Thailand p**a agresif memonopoli pelancongan kesihatan, teknologi dan pasaran halal. Persaingan makin sengit, pelaburan mula berpindah, dan tekanan politik dalaman di kedua-dua negara mencetuskan ketegangan yang tidak disangka.

Kemboja kini dilihat sebagai syurga baharu untuk peniaga kecil dan sederhana. Sistem pentadbiran yang longgar, modal permulaan yang rendah dan potensi keuntungan yang tinggi menjadikannya tempat tumpuan para usahawan. Ramai rakyat Malaysia berhijrah ke sana bukan hanya untuk melancong tetapi membina empayar perniagaan. Sementara itu Thailand menarik pelabur dengan sistem kesihatan bertaraf dunia, produk kecantikan yang mendunia dan infrastruktur yang jauh lebih maju daripada negara-negara jirannya.

Apabila dua kuasa ekonomi baharu ini mula bertembung dalam usaha menarik perhatian gergasi seperti China dan Amerika Syarikat, suasana menjadi tegang. Perang dingin ekonomi mula berlaku secara senyap melibatkan pelaburan silang dan migrasi modal yang tidak seimbang. Sempadan menjadi ketat, nada pemimpin nasional makin keras dan dunia mula bertanya adakah Asia Tenggara bakal retak kerana perebutan pengaruh yang tidak dikawal.

Namun di tengah kebimbangan ini, muncul satu nama yang tidak dijangka memainkan peranan penting dalam menenangkan situasi. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil sebagai pendamai. Beliau menggunakan hubungan diplomatik dan pengalaman antarabangsa untuk menghubungkan dua pihak yang hampir berkonflik. Dengan pendekatan tertutup tetapi berstrategi, Anwar memperkenalkan satu cadangan yang tidak disangka iaitu gabungkan kekuatan ekonomi rantau ini, bukan bertembung sesama sendiri.

Malaysia dijadikan lokasi rundingan. Satu persidangan ekonomi khas berjaya dianjurkan. Rundingan rahsia dilakukan dan matlamatnya sangat jelas, menjadikan ASEAN sebagai kuasa ekonomi kolektif. Langkah ini bukan sahaja meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja tetapi juga membuka mata dunia bahawa Malaysia masih kekal relevan sebagai pemain diplomatik yang disegani.

Kini persoalannya, mampukah Malaysia terus berada di tengah sebagai pendamai atau akhirnya menjadi mangsa perebutan jika tidak bergerak selari dengan arus perubahan ekonomi serantau. Dunia sedang berubah terlalu cepat. Siapa yang lambat akan ditinggalkan dan siapa yang leka akan kehilangan segalanya.

Please stop 😫 semua social media, ada muka dia ni.
30/07/2025

Please stop 😫 semua social media, ada muka dia ni.

Address

Kota Kinabalu
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah2U posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share