Eiytaaa NA

Eiytaaa NA � HQ Direct - Agent & Stockist welcomed

30/07/2026

Anak kerap menggaru dubur pada waktu malam?

Perut selalu sakit, kelihatan pucat atau berat badan s**ar naik?

Ia mungkin tanda jangkitan cacing. Namun, bukan semua cacing yang menjangkiti usus kanak-kanak adalah sama.

1. Cacing kremi atau cacing benang

Cacing kecil berwarna putih yang sering menyebabkan kegatalan kuat di sekitar dubur, terutama pada waktu malam. Telurnya mudah tersebar melalui tangan, kuku, pakaian dan cadar.

2. Cacing gelang

Cacing ini boleh membesar dan hidup di dalam usus. Jangkitan yang banyak boleh menyebabkan sakit serta perut membuncit, kekurangan zat makanan dan pertumbuhan terbantut. Dalam keadaan teruk, cacing boleh menyumbat usus.

3. Cacing cambuk

Boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit berpanjangan, anemia dan tumbesaran yang terganggu. Jangkitan sangat teruk juga boleh menyebabkan bahagian rektum terkeluar.

4. Cacing kerawit

Larvanya boleh menembusi kulit ketika kanak-kanak berjalan tanpa kasut di atas tanah yang tercemar. Cacing ini melekat pada dinding usus dan menghisap darah sehingga menyebabkan anemia, pucat dan cepat letih.

5. Strongyloides dan cacing pita

Kurang biasa, tetapi masih boleh menjangkiti kanak-kanak. Gejalanya termasuk sakit perut, cirit-birit, ruam atau bahagian cacing kelihatan dalam najis.

Ramai kanak-kanak yang dijangkiti cacing tidak menunjukkan sebarang gejala. Perut buncit atau badan kurus juga tidak semestinya bermaksud anak mempunyai cacing.

Bawa anak mendapatkan pemeriksaan jika:

• Cacing kelihatan pada najis atau sekitar dubur
• Kegatalan dubur teruk pada waktu malam
• Sakit perut atau cirit-birit berpanjangan
• Anak pucat, lemah atau berat badan tidak meningkat
• Perut kembung bersama muntah atau tidak boleh membuang air besar

Jangan berikan ubat secara berulang tanpa mengetahui dos yang sesuai. Jenis cacing tertentu mungkin memerlukan pemeriksaan dan rawatan yang berbeza.

Ajarkan anak membasuh tangan, memotong kuku, memakai kasut, menggunakan tandas yang bersih serta mencuci buah dan sayur sebelum dimakan.

Cacing mungkin kecil, tetapi jangkitan yang banyak boleh menjejaskan pemakanan, perkembangan dan kesihatan anak.

29/07/2026

COMEL, VIRAL, TAPI SATU VERSI SUDAH DITARIK BALIK DI UK

Mainan “squishy dumpling” ini memang sangat comel dan sedang trending.

Namun Office for Product Safety and Standards, United Kingdom telah mengarahkan penarikan balik satu produk bernama “Squeezy Dumplings” yang diedarkan oleh Samsons Cash and Carry Ltd.

Ujian mendapati lapisan luar mainan tersebut mengandungi benzene pada kepekatan 20 mg/kg. Risiko kimianya diklasifikasikan sebagai serius. Produk berkenaan juga tidak mempunyai nombor kelompok atau pengenalan produk yang jelas pada pembungkusannya.

APA FUNGSI BENZENE DALAM MAINAN INI?

Jawapan tepatnya masih tidak diketahui.

Benzene ialah bahan kimia industri yang digunakan sebagai pelarut serta bahan asas dalam penghasilan pelbagai bahan lain, termasuk plastik, foam dan pewarna.

Namun, laporan penarikan balik tersebut tidak menjelaskan mengapa benzene berada pada lapisan luar mainan berkenaan.

Kemungkinan ia merupakan sisa bahan kimia atau pencemaran daripada bahan mentah dan proses pembuatan. Ini hanyalah kemungkinan kerana punca sebenar belum dinyatakan oleh pihak berkuasa UK.

Benzene bukanlah bahan yang sepatutnya diperlukan untuk menjadikan mainan itu “squishy”.

KENAPA BENZENE BERBAHAYA?

Benzene mudah tersejat ke udara dan pendedahan paling lazim berlaku melalui pernafasan.

Pendedahan jangka pendek boleh menyebabkan iritasi mata, hidung, tekak dan kulit. Pada pendedahan lebih tinggi, seseorang boleh mengalami sakit kepala, pening, mengantuk, loya atau masalah pernafasan.

Pendedahan berulang atau berpanjangan p**a boleh merosakkan sumsum tulang, mengurangkan penghasilan sel darah dan meningkatkan risiko leukemia.

Namun, memegang mainan ini sekali tidak bermaksud seseorang akan terus mendapat kanser. Risiko bergantung kepada jumlah benzene, cara pendedahan, kekerapan dan tempoh seseorang terdedah.

ADAKAH PRODUK DI MALAYSIA SAMA?

Belum dapat dipastikan.

Rupa yang sama juga tidak semestinya bermaksud kandungannya sama. Masalahnya, produk yang ditarik balik itu sendiri tidak mempunyai nombor kelompok atau pengenalan produk yang jelas, menyebabkan perbandingan menjadi s**ar.

JIKA ANDA SUDAH MEMBELINYA

Jangan sengaja menghidu, memicit berhampiran muka, menebuk, menggunting atau memanaskan mainan tersebut.

Laporkan juga produk yang meragukan kepada platform jualan dan pihak berkuasa pengguna.

Jika mainan pecah atau cecairnya terkena kulit, basuh menggunakan sabun dan air. Jika terkena mata, bilas dengan air bersih selama 10 hingga 15 minit.

Dapatkan rawatan sekiranya berlaku pening, muntah, iritasi berterusan atau kes**aran bernafas. Jika tertelan, jangan paksa muntah dan segera dapatkan pemeriksaan perubatan.

Jangan panik, tetapi jangan abaikan.

Mainan kanak-kanak bukan sekadar perlu comel. Ia juga perlu mempunyai pengeluar yang jelas, label keselamatan dan jaminan bahawa bahan yang digunakan benar-benar selamat.

27/07/2026

HAMPIR 50,000 KES DENGGI, 36 NYAWA TERKORBAN

“Rumah saya bersih. Hari-hari kemas. Memang tak ada jentik-jentik.”

Sekali PPKP suluh air di dalam pasu..

Jentik-jentik sedang berenang dengan tenang.

Rumah nampak bersih tidak semestinya bebas Aedes.

Setakat 26 Julai 2026, Malaysia telah merekodkan 49,703 kes denggi dan 36 kematian. Paparan terkini iDengue turut menunjukkan 292 kes dilaporkan pada hari tersebut. [iDengue 3.0]

Situasi ini bukan perkara kecil.

Pada 9 Julai, KKM melaporkan jumlah kes telah meningkat 34.8% berbanding tempoh sama tahun lalu. Kematian p**a meningkat daripada 19 kepada 34 orang. Sebanyak 63.5% kes ketika itu berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Nyamuk Aedes tidak memerlukan longkang yang hitam dan berbau.

Sedikit air di dalam pasu, alas pasu, baldi, bekas plastik, tayar lama atau bekas minuman haiwan sudah mencukupi untuk menjadi tempat pembiakan.

Dalam tempoh sekitar 7 hingga 10 hari, telur boleh berkembang menjadi nyamuk dewasa. Telur juga boleh melekat pada dinding bekas walaupun air telah dibuang. Sebab itu bekas perlu disental, bukan sekadar dikosongkan.

Luangkan 10 minit setiap minggu:

* Buang semua air bertakung.
* Sental bahagian dalam pasu dan bekas.
* Terbalikkan baldi dan bekas yang tidak digunakan.
* Bersihkan talang, longkang dan dulang peti sejuk.
* Tutup bekas penyimpanan air dengan rapat.
* Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik bagi takungan yang tidak boleh dikosongkan.

Jika demam bersama sakit kepala, sakit belakang mata, sakit badan, ruam, loya atau muntah, dapatkan pemeriksaan awal.

Jangan rasa sudah sembuh hanya kerana demam mula kebah. Sakit perut yang kuat, muntah berterusan, pendarahan, terlalu lemah, gelisah, kulit pucat dan sejuk atau s**ar bernafas ialah tanda amaran yang memerlukan rawatan segera. [WHO](https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dengue-and-severe-dengue)

Jangan tunggu fogging baru mahu bertindak.

Denggi bukan semestinya datang daripada rumah yang kotor. Kadangkala ia datang daripada satu takungan air kecil yang kita terlupa.

Public Health Malaysia

27/07/2026

Nak telur separuh masak, kuning lembut atau padat sepenuhnya?

Masa merebus menentukan hasil akhirnya.

5 minit
Putih telur mula mengeras, tetapi kuning telur masih sangat cair.

6 minit
Putih telur sudah lebih padat. Kuning telur masih cair dan lembut.

7 minit
Kuning telur menjadi lebih berkrim, lembut dan sedikit cair di bahagian tengah.

8 minit
Kuning telur hampir padat, tetapi masih lembut dan tidak terlalu kering.

10 minit
Putih dan kuning telur masak sepenuhnya. Sesuai untuk sandwich, nasi lemak, salad atau bekal anak.

Cara mudah merebus telur:

Masukkan telur ke dalam air yang sedang mendidih secara perlahan-lahan.

Kira masa sebaik sahaja telur dimasukkan.

Selepas cukup masa, terus pindahkan telur ke dalam air sejuk atau air berais selama beberapa minit.

Langkah ini membantu menghentikan proses memasak dan memudahkan kulit telur dikupas.

Hasil sebenar mungkin berbeza sedikit mengikut saiz telur, suhu awal telur dan kekuatan api.

Kalau s**a kuning telur lembut, jangan tunggu terlalu lama.

Beza satu atau dua minit sahaja boleh mengubah tekstur telur dengan ketara.

24/07/2026

Pernah sedang scroll Facebook, tiba-tiba muncul gambar lama dari telefon sebagai cadangan untuk dikongsi?

Itu ialah fungsi “Camera roll sharing suggestions”.

Apabila diaktifkan, Facebook boleh memaparkan foto dan video daripada camera roll ketika anda sedang browsing, sebagai peringatan bahawa terdapat kandungan baharu yang boleh dikongsi. Tetapan ini boleh dihidupkan atau dimatikan pada bila-bila masa.

Nampak harmless.

Tetapi camera roll kita bukan sekadar gambar makanan dan percutian.

Di dalamnya mungkin ada:

Screenshot perbankan.
Dokumen peribadi.
Gambar anak-anak.
Maklumat tempat kerja.
Gambar atau video yang tidak sepatutnya muncul ketika orang lain sedang melihat skrin.

Ini bukan bermaksud semua gambar anda terus dipaparkan kepada umum.

Tetapi ia satu peringatan penting bahawa aplikasi mungkin mempunyai akses kepada lebih banyak kandungan berbanding yang kita sedari.

Untuk semak:

Facebook → Settings & privacy → Settings → Camera roll sharing suggestions.

Matikan fungsi tersebut sekiranya anda tidak memerlukannya. Anda juga boleh menyemak semula kebenaran akses foto Facebook melalui tetapan telefon.

Jangan tunggu sehingga gambar sensitif muncul pada waktu yang salah.

Dalam dunia digital, privacy bukan sekadar menutup akaun.

Privacy bermula dengan mengetahui aplikasi apa yang sedang kita benarkan masuk.

24/07/2026

“Doktor… pesakit katil 12 tu tekanan darah dia makin turun.”

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Sejam yang lalu dia masih berbual dengan isterinya.

Masih sempat bergurau.

Malah sempat bertanya, “Esok saya boleh balik tak, doktor?”

Tetapi sekarang…

Jururawat datang dengan keputusan tekanan darah yang semakin menurun.

Nadinya semakin laju.

Air kencing semakin sedikit.

Keputusan darah yang baru siap p**a menunjukkan hematokrit semakin meningkat.

Seluruh pas**an rawatan terus bergerak.

Kadar air drip diubah.

Darah diambil semula.

Pemeriksaan dibuat berulang kali.

Semua orang berharap satu perkara.

Jangan biar pesakit ini masuk ke fasa renjatan.

Inilah realiti yang jarang dilihat orang ramai.

“DENGGI TIADA UBAT. TIADA ANTIBIOTIK. TAPI IA ANTARA PENYAKIT YANG PALING MEMBUAT DOKTOR TAK SENANG HATI.”

Ramai menyangka pesakit yang paling membimbangkan di hospital ialah mereka yang menggunakan ventilator atau berada di ICU.

Hakikatnya…

Seorang pesakit denggi yang sedang memasuki fasa kritikal juga boleh membuat seluruh pas**an rawatan sentiasa berjaga-jaga.

Kerana kami tahu…

Pesakit ini boleh berubah daripada stabil kepada renjatan hanya dalam beberapa jam.

Inilah yang membuatkan denggi berbeza.

Tiada ubat antivirus khusus.

Tiada antibiotik yang boleh membunuh virus denggi.

Tiada suntikan ajaib yang boleh menghentikan penyakit ini.

Rawatan yang ada hanyalah menyokong tubuh sementara sistem imun melawan virus.

Tetapi tempoh menunggu itulah yang paling mendebarkan.

Apa yang kami risaukan bukan sekadar platelet yang semakin rendah.

Yang lebih membimbangkan ialah apabila salur darah mula menjadi lebih telap.

Plasma keluar sedikit demi sedikit.

Tekanan darah mula jatuh.

Nadi semakin laju.

Bekalan darah ke organ semakin berkurang.

Dan jika tidak dikenali lebih awal…

Pesakit boleh mengalami Dengue Shock Syndrome, kegagalan organ, malah kehilangan nyawa.

Sebab itulah ramai bekas pesakit masih ingat pengalaman mereka di wad.

“Kenapa asyik ambil darah?”

“Baru tadi ambil, sekarang ambil lagi.”

Ada yang menjalani ujian darah setiap 4 hingga 6 jam.

Ada yang diperiksa doktor setiap 4 jam, malah lebih kerap jika keadaan berubah.

Tekanan darah diperiksa berulang kali.

Nadi dipantau.

Jumlah air kencing dicatat.

Setiap perubahan kecil boleh mengubah keputusan rawatan.

Pemberian cecair juga memerlukan keseimbangan yang sangat teliti.

Terlalu sedikit, pesakit boleh mengalami renjatan.

Terlalu banyak p**a, apabila kebocoran plasma mula pulih, cecair boleh memenuhi paru-paru dan menyebabkan sesak nafas.

Sebab itu doktor dan jururawat kerap datang ke katil anda, walaupun ketika anda sedang lena.

Bukan kerana kami mahu mengganggu tidur.

Tetapi kerana dalam denggi…

Beberapa jam boleh menjadi perbezaan antara seorang pesakit yang p**ang ke rumah… atau seorang pesakit yang terpaksa bertarung untuk terus hidup.

22/07/2026
22/07/2026

Amaran cuaca signifikan bagi negeri Sabah sepanjang 22 - 25 Julai 2026.

22/07/2026

Perkembangan terkini susulan isu tular, ini ‘update’ daripada Khairul Aming. Mendoakan yang baik-baik ✨

18/07/2026

Meraikan tahun ke-6 saya di Facebook. Terima kasih untuk sokongan anda yang berterusan. Saya tidak akan pernah membuatnya tanpa anda. 🙏🤗🎉

Address

Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60179897066

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Eiytaaa NA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Eiytaaa NA:

Shortcuts

Share