Lima Divisyen Nerang Separang

Directions

Lima Divisyen Nerang Separang Divisyen Kelima Infantri Malaysia merupakan ketumbukan penggempur darat di bawah Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat

Sejarah Penubuhan Divisyen Kelima Infantri adalah bertitik tolak daripada penubuhan Angkatan Petugas 450 (AT 450) yang ditubuhkan secara rasmi pada 27 Mac 2014, iaitu rentetan daripada tercetusnya insiden pencerobohan elemen Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013. Majlis Angkatan Tentera (MAT) ke 574 telah memperakukan penukaran designasi MK AT 450 kepada Markas Divisyen Kelima Infantri pada 2 Mei 2019 serta telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 18 Mei 2019. Pada 3 September 2019 telah dilaksanakan Acara Menurunkan Bendera AT 450 dan pada 4 September 2019 designasi baru AT 450 telah ditukar kepada Divisyen Kelima Infantri melalui penyerahan bendera rasmi 5 Divisyen oleh YBhg Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Mohd Nawawi (PTD Ke-27) kepada Mej Jen Dato’ Mohamad Khir bin Abdullah, Panglima 5 Div. Moto : β€˜Nerang Separang’ diambil daripada Bahasa Bajau Kota Belud yang bermaksud β€˜Tangkas Menggempur’

Cogan Kata : β€˜Sehingga ke Titisan Darah Terakhir’

01/05/2026
SUMBANGAN KEBAJIKAN PANGLIMA 5 DIVISYENLOK KAWI, 29 April 26– Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Haji...
30/04/2026

SUMBANGAN KEBAJIKAN PANGLIMA 5 DIVISYEN

LOK KAWI, 29 April 26– Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Haji Jaafar bersama Pengerusi BAKAT 5 Divisyen, Datin Parida binti Hassan telah menyantuni lima keluarga anggota yang menghadapi masalah kesihatan dalam Majlis Sumbangan Kebajikan bertempat di Rumah BAKAT 5 Divisyen.

Sumbangan kebajikan yang disampaikan mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan kepimpinan dalam menjaga kebajikan serta kesejahteraan warga 5 Divisyen.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT 5 DIVISYEN TAHUN 2026LOK KAWI, 29 April – BAKAT 5 Divisyen telah melaksanakan Mesyuarat Ag...
30/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKAT 5 DIVISYEN TAHUN 2026

LOK KAWI, 29 April – BAKAT 5 Divisyen telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT 5 Divisyen Tahun 2026 bertempat di Pusat Operasi Tembadau, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Haji Jaafar, sebelum diteruskan dengan agenda yang dipengerusikan oleh Pengerusi BAKAT 5 Divisyen, Datin Parida binti Hassan.

Mesyuarat ini memfokuskan kepada pembentangan serta penyelarasan Perancangan Aktiviti BAKAT 5 Divisyen Tahun 2026 bagi memastikan pelaksanaan yang lebih terancang, bersepadu dan berimpak tinggi di peringkat formasi.

πŸπŸ‘ π€ππ†π†πŽπ“π€ πŸ•πŸ“ ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπŽπ‘ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πƒπˆπ‘π€π‰π€ πƒπˆππ€πˆπŠπŠπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“LOK KAWI, 23 April 2026 – Pegawai Memerintah, Leftenan K...
29/04/2026

πŸπŸ‘ π€ππ†π†πŽπ“π€ πŸ•πŸ“ ππ€π“π€π‹πˆπŽπ πŠπŽπ‘ ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πƒπˆπ‘π€π‰π€ πƒπˆππ€πˆπŠπŠπ€π ππ€ππ†πŠπ€π“

LOK KAWI, 23 April 2026 – Pegawai Memerintah, Leftenan Kolonel Arizal bin Ariffin telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada 23 anggota lain-lain pangkat 75 Batalion Kor Perkhidmatan Diraja dalam Perbarisan Pegawai Memerintah yang diadakan di dataran pasukan 75 Bn KPD.

Seluruh warga 5 Divisyen merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota yang terlibat serta berharap kenaikan pangkat ini akan terus mendorong mereka untuk mengekalkan tahap profesionalisme, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.


















25/04/2026

KOTA KINABALU : Jasa serta pengorbanan pejuang Perang Dunia Kedua terus dikenang melalui Sambutan Hari ANZAC yang diadakan di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, pada Jumaat.

Sambutan dimulakan dengan acara tabik hormat dan perarakan masuk penjaga tugu atau Mounting of the Catafalque Party oleh anggota tentera Australia sebelum lagu 'Negaraku', 'Sabah Tanah Airku' dan lagu kebangsaan Australia iaitu 'Advance Australia Fair' dimainkan disusuli tiupan 'Last Post' oleh Markas Briged Kelima Infantri Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seterusnya, semua hadirin bertafakur selama tiga puluh saat bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua demi mempertahankan kedaulatan negeri ini, khususnya di Sabah.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

24/04/2026

KOTA KINABALU: Jasa dan pengorbanan pejuang Perang Dunia Kedua terus dikenang menerusi Sambutan Hari ANZAC yang berlangsung di Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama, di sini, hari ini.

Sambutan dimulakan dengan acara tabik hormat dan perarakan masuk penjaga tugu atau Mounting of the Catafalque Party oleh anggota tentera Australia sebelum lagu 'Negaraku', 'Sabah Tanah Airku' dan lagu kebangsaan Australia iaitu 'Advance Australia Fair' dimainkan disusuli tiupan 'Last Post' oleh Markas Briged Kelima Infantri Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Acara dimulakan dengan tabik hormat serta perarakan masuk penjaga tugu atau Mounting of the Catafalque Party oleh anggota tentera Australia sebelum lagu 'Negaraku', 'Sabah Tanah Airku' dan lagu kebangsaan Australia iaitu 'Advance Australia Fair' dimainkan.

Berita Penuh:
https://www.nabalunews.com/post/hari-anzac-kenang-pengorbanan-pejuang-perang-dunia-kedua

MAJLIS QIAMULLAIL DAN LATIHAN JASMANI PERDANA PERINGKAT  5 DIVISYENLOK KAWI, 24 April 2026 – 5 Divisyen telah menganjurk...
24/04/2026

MAJLIS QIAMULLAIL DAN LATIHAN JASMANI PERDANA PERINGKAT 5 DIVISYEN

LOK KAWI, 24 April 2026 – 5 Divisyen telah menganjurkan Program Qiamullail Perdana yang berlangsung di Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi. Sejurus tamat Solat Subuh berjemaah, acara diteruskan dengan Latihan Jasmani Perdana Peringkat 5 Divisyen di Padang Kawad 6 RAD. Aktiviti-aktiviti rejimental ini dilaksanakan untuk memperkasakan rohani dan jasmani serta kesepaduan dalam kalangan warga Nerang Separang.

10 ANGGOTA MARKAS 5 DIVISYEN DINAIKKAN PANGKATLOK KAWI, 20 April 2026 – Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamsho...
20/04/2026

10 ANGGOTA MARKAS 5 DIVISYEN DINAIKKAN PANGKAT

LOK KAWI, 20 April 2026 – Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Shamshor bin Haji Jaafar telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada 10 anggota lain-lain pangkat Markas 5 Divisyen dalam satu perbarisan yang diadakan di Dataran Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Seluruh warga Markas 5 Divisyen merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anggota yang terlibat serta berharap kenaikan pangkat ini akan terus mendorong mereka untuk mengekalkan tahap profesionalisme, disiplin dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Address

Kem Lok Kawi
Kota Kinabalu
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lima Divisyen Nerang Separang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share