Sabahan.FM

Sabahan.FM Sabahan.FM ~ Siuk Bah Di Dangar ~ http://www.sabahanfm.com.my Sabahan.FM ~ Siuk Bah Di Dangar ~ http://www.sabahan.fm/

11/12/2025

Kawan saya kata. Syukurlah, lepas PRN kali ini, Menara Kinabalu nda jadi macam Pasar Ikan Semporna.
Apa maksudnya tu?

📢 TAHUKAH ANDA? (PEKERJA SWASTA)Jika anda dipecat / diberhentikan kerja oleh majikan,❗ anda masih ADA HAK untuk menuntut...
09/12/2025

📢 TAHUKAH ANDA? (PEKERJA SWASTA)

Jika anda dipecat / diberhentikan kerja oleh majikan,
❗ anda masih ADA HAK untuk menuntut bayaran yang belum dibayar.

✅ Tuntutan melalui Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah):
1️⃣ Baki gaji minimum
2️⃣ Bayaran kerja lebih masa (hari kerja biasa)
3️⃣ Bayaran kerja pada hari rehat
4️⃣ Bayaran OT pada hari rehat
5️⃣ Bayaran kerja pada cuti umum
6️⃣ Bayaran OT pada hari cuti umum
7️⃣ Bayaran cuti tahunan yang belum diambil
8️⃣ Gaji ganti notis
9️⃣ Faedah penamatan kerja
🔟 Gaji bulan semasa yang belum dilunaskan
1️⃣1️⃣ Baki komisen & elaun tetap
1️⃣2️⃣ Elaun cuti bersalin (jika diberhentikan semasa hamil)

✅ Tuntutan melalui KWSP & PERKESO:
➡️ Caruman KWSP (EPF)
➡️ PERKESO (SOCSO)
➡️ SIP (EIS)

📌 Jangan biarkan hak anda hilang begitu sahaja.
Dapatkan maklumat dan buat aduan di Jabatan Tenaga Kerja terdekat.

Untuk majikan, pastikan anda membayar hak-hak pekerja ini semasa pekerja masih bekerja.

🔁 KONGSI info ini agar lebih ramai pekerja tahu hak mereka.

01/12/2025

PRU Parlimen ada 2 tahun lagi.
Kita kasi GRS telur.

Wahai Sabahan, Jika mahu mengurat untuk menjadi pasangan hidup. Carilah yang ada dakwat di jari. Kompom dia ada IC..
30/11/2025

Wahai Sabahan,
Jika mahu mengurat untuk menjadi pasangan hidup. Carilah yang ada dakwat di jari.

Kompom dia ada IC..

29/11/2025
Tahukah anda, jika bos anda suruh masuk kerja walaupun 30 minit hari ini (29 Nov 2025). Hak anda utk dibayar bayaran gaj...
29/11/2025

Tahukah anda, jika bos anda suruh masuk kerja walaupun 30 minit hari ini (29 Nov 2025). Hak anda utk dibayar bayaran gaji cuti umum tambahan nilai 2x gaji harian anda.

Ini disebabkan hari ini telah diistiharkan Cuti Umum Tambahan sempena Pilihanraya Umum Sabah ke-17.

CUTI UMUM SEMPENA HARI MENGUNDI29 NOVEMBER 2025 (SABTU)​DIISYTIHARKAN SEBAGAI CUTI UMUM​(Di bawah seksyen 9 Ordinan Hari...
27/11/2025

CUTI UMUM SEMPENA HARI MENGUNDI

29 NOVEMBER 2025 (SABTU)
​DIISYTIHARKAN SEBAGAI CUTI UMUM

​(Di bawah seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan, Bab 56)

Sumber :
Warta Kerajaan No. 50, No. 431, Khamis 27 November 2025
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor
https://www.sabah.gov.my/gazette/docs/003196.pdf

24/11/2025
Untunglah yang sudah habis cuti tahunan.. Dapat cuti free untuk mengundi.. Dari FB JTK SabahPELEPASAN PEKERJA UNTUK KELU...
24/11/2025

Untunglah yang sudah habis cuti tahunan..
Dapat cuti free untuk mengundi..

Dari FB JTK Sabah

PELEPASAN PEKERJA UNTUK KELUAR MENGUNDI SEMPENA PILIHAN RAYA UMUM DUN SABAH KE-17

Majikan sektor swasta dingatkan supaya membenarkan pekerja mereka menunaikan hak sebagai warganegara untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum DUN Sabah Ke-17 yang akan diadakan pada 29 November 2025.

Hak ini diperuntukkan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 seperti berikut:
"Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi, membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu."

Jabatan Tenaga Kerja Sabah menyeru supaya majikan sektor swasta mengambil langkah-langkah seperti memberi "time-off" kepada pekerja yang mengundi di tempat pengundian berdekatan atau memberikan hari kelepasan kepada pekerja yang perlu mengundi di tempat pengundian yang jauh.

Pekerja yang memerlukan lebih daripada satu hari untuk ke tempat pengundian boleh mengambil cuti tahunan. Majikan hendaklah berunding dengan pekerja sama ada memberi "time off" atau cuti tahunan sekiranya pada hari mengundi tidak diisytiharkan sebagai hari kelepasan am oleh Kerajaan Negeri.

Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 boleh didakwa dan didenda RM5,000 atau penjara satu tahun jika sabit kesalahan.



23/11/2025

Populariti Lagu Rasa Sayang

Lagu RASA SAYANG HEY sudah diNYANYIkan dalam filem² milik Jepun 🇯🇵: 👇
1) Marai No Tora (Harimau Malaya) - tahun 1943

Lagu RASSA SAYANG RE yang diNYANYIkan dalam filem milik India 🇮🇳 👇:
1) Singapore (Singapura) - tahun 1960

Lagu RASA SAYANG EH sudah terbukti diNYANYIkan dalam filem² milik UK 🇬🇧 & Malaya 🇲🇾: 👇
1) Five Faces (filem dokumentari, versi instrumental) - tahun 1938
2) Matahari - tahun 1958
3) Rasa Sayang Eh - tahun 1959
4) Antara Dua Darjat - tahun 1960

Lagu RASA SAYANGE yang diNYANYIkan dalam filem milik Hindia Belanda 🇳🇱 & Indonesia 🇲🇨 👇:
1) Filem dokumentari 'Insulinde zoals het leeft en werkt' (versi instrumental - muzik saja) - tahun 1941
2) Darah dan Doa - tahun 1950
3) Lewat Djam Malam - tahun 1954
4) Bukan filem tapi Album oleh Paulus Pea - Lokananto Solo - tahun 1962

09/11/2025

Address

Lot No 15A, 2nd Floor, Block B-3, Polytechnic Commercial Centre
Kota Kinabalu
88460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabahan.FM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share