Bambangan.tv SabahLoka

Bambangan.tv SabahLoka Sharing konten dan info

Teknik berkesan nak potong que 😅
22/09/2025

Teknik berkesan nak potong que 😅

22/09/2025

Berani dia langgar penghadang keretapi di Sembulan. Semoga pelaku ditangkap.

FB : Nathaniel

Sudah tau maci-maci layan ja la 😅
22/09/2025

Sudah tau maci-maci layan ja la 😅

Skuter murah bawah 4k gaiss
10/09/2025

Skuter murah bawah 4k gaiss

10/09/2025

Pernyataan Saksi Pakar (Nurul Atiqah) dalam Inkues Zara Qairina.Hasil penelitian tulisan tangan: 1. Helai Y1–Y7 & Y9–Y15...
08/09/2025

Pernyataan Saksi Pakar (Nurul Atiqah) dalam Inkues Zara Qairina.

Hasil penelitian tulisan tangan:
1. Helai Y1–Y7 & Y9–Y15
– Menunjukkan persamaan signifikan dengan contoh tulisan tangan SA.
– Disahkan ditulis oleh penulis contoh.

2. Helai Y8, W1 & W2
– Juga sepadan dengan tulisan tangan contoh.

3. Buku bertanda W3
– Mengandungi gabungan tulisan Allahyarhamah Zara Qairina dan individu lain.

4. Muka surat 2, 7–14, 25–37, 46, 58–64 & 73–89
– Dikesan perbezaan signifikan.
– Disahkan bukan tulisan penulis contoh.

Kesimp**an ringkas:
Saksi pakar mengesahkan ada dokumen yang benar ditulis oleh Zara, ada yang bercampur dengan individu lain, dan terdapat juga bahagian yang jelas bukan tulisan beliau.

𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗗 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥. 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗕𝗨𝗦 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨!Seorang saudari yang menetap di Selangor...
05/09/2025

𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗞𝗔𝗗 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥. 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗕𝗨𝗦 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗨!

Seorang saudari yang menetap di Selangor terkejut kerana diberitahu SARA RM100 telah ditebus orang lain pada 2hb September! Rupa rupanya beliau pernah datang ke Sabah dan kehilangan kad pengenalan di sini.

Kini kad pengenalannya digunakan individu yang tidak dikenali untuk menebus SARA RM100 di sebuah pasar raya di Tawau!

Rakaman kamera sekuriti menunjukkan seorang saudari berbaju merah jambu menggunakan kad pengenalannya untuk menebus SARA berjumlah RM98.60. Barang pembelian adalah 2 kotak telur dan 2 bungkus beras seperti yang ditunjukkan dalam resit.

Laporan polis telah dibuat oleh saudari tersebut. Seterusnya biar pihak polis yang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat.

Report dari Dr PAKAR Patologi tentang kes   semasa hari ke 2 inkues.
04/09/2025

Report dari Dr PAKAR Patologi tentang kes semasa hari ke 2 inkues.

Di balik pintu gerbang SMKA Tun Datu Mustapha, terpahat jejak seorang gadis bernama Zara Qairina.Sejak hari pertama mela...
04/09/2025

Di balik pintu gerbang SMKA Tun Datu Mustapha, terpahat jejak seorang gadis bernama Zara Qairina.
Sejak hari pertama melangkah masuk ke sekolah itu, Zara dikenali sebagai pelajar yang bukan sahaja rajin menuntut ilmu, tetapi juga sopan santun budi pekertinya. Sikapnya yang lembut dan akhlaknya yang terjaga menjadikan dirinya disayangi oleh guru-guru dan rakan-rakan.

Setiap kali berada di dalam kelas, Zara duduk penuh tekun di bangkunya, mencatat setiap butir ilmu yang disampaikan, seolah-olah ilmu itu adalah bekal berharga untuk hari esok. Dalam hatinya hanya satu harapan — agar suatu hari nanti dia dapat membanggakan ibunya, dan menjadi insan berguna buat masyarakat.

Sekolah itu baginya bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi ruang yang membentuk keperibadian. Di situlah dia belajar tentang disiplin, kesungguhan, dan kesederhanaan. Di lorong-lorong sekolah, senyuman Zara kerap mekar, menyapa teman-temannya dengan kelembutan yang jarang dimiliki oleh remaja seusianya. Surau sekolah p**a menjadi saksi, bagaimana Zara menundukkan wajah dengan penuh khusyuk dalam doa.

Namun, siapa pernah menyangka, tempat yang seharusnya menjadi taman ilmu dan cahaya, akhirnya menjadi lokasi terakhir Zara menutup mata. Takdir yang begitu kejam merenggut nyawanya di usia muda, meninggalkan luka yang dalam — bukan hanya buat keluarga tercinta, tetapi juga sahabat-sahabatnya, bahkan seluruh warga sekolah.

Kini, nama SMKA Tun Datu Mustapha akan terus terikat dengan kenangan Zara Qairina. Bangku kelas yang pernah dia duduki, halaman sekolah tempat dia bermain, hinggalah ruang-ruang yang pernah dipenuhi senyumannya, semuanya menjadi saksi bisu yang menyimpan memori indah tentang dirinya.

Zara mungkin telah pergi, tetapi kisah hidupnya tetap kekal. Sekolah itu akan selamanya mengingat seorang gadis suci yang berjuang menuntut ilmu, hingga akhirnya rebah di tempat yang seharusnya melindungi.



🔎 Ringkasan Inkues Zara Qairina – 3 Sept 2025📍 Ketinggian & LokasiKetinggian arwah Zara Qairina (antemortem) ialah 154 c...
04/09/2025

🔎 Ringkasan Inkues Zara Qairina – 3 Sept 2025

📍 Ketinggian & Lokasi
Ketinggian arwah Zara Qairina (antemortem) ialah 154 cm.

Rel besi paling atas berukuran 118 cm dari lantai, dengan perbezaan sekitar 36 cm lebih rendah daripada tinggi arwah.

Rel besi itu lebih tiga perempat daripada tinggi arwah dan berada atas pusat graviti.

📍 Penemuan Forensik
Pakar Patologi Forensik, Dr Jessie Hiu, memaklumkan kematian Zara tidak mungkin berpunca daripada jatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari posisi berdiri.

Pemeriksaan melibatkan rekod perubatan, radiograf, imbasan CT/CTA, serta siasatan di lokasi kejadian (2 Ogos).

📍 Kesimp**an Sementara
Berdasarkan ukuran tubuh dan struktur lokasi, dari segi fizikal ada kemungkinan Zara mampu memanjat tembok konkrit dan melepasi rel besi itu.

Namun ini hanyalah penilaian berdasarkan ukuran dan kedudukan, bukan bermaksud perkara itu benar-benar berlaku.

Prosiding inkues bermula 3–4 Sept, akan disambung pada 8–12 Sept, 17–19 Sept, dan 22–30 Sept 2025.

👩‍⚖️ Dr Hiu merupakan pakar patologi forensik di Hospital Queen Elizabeth sejak 1998, berpengalaman mengendalikan 100–150 bedah siasat setahun serta kerap beri keterangan di mahkamah.

Pemberitahuan Penting: Perubahan Sistem Akses di Kawasan Ketibaan & BerlepasMinta perhatian kepada semua pemandu.Sebagai...
03/09/2025

Pemberitahuan Penting: Perubahan Sistem Akses di Kawasan Ketibaan & Berlepas

Minta perhatian kepada semua pemandu.

Sebagai makluman, sistem palang (barrier system) akan mula beroperasi tidak lama lagi di kawasan ketibaan dan pelepasan. Sistem ini menyerupai sistem yang digunakan di pusat beli-belah, di mana setiap kenderaan perlu menggunakan kad Touch 'n Go atau kad kredit untuk akses masuk.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian:-

* Baki Minimum: Sila pastikan kad Touch 'n Go atau kad kredit anda mempunyai baki minimum sebanyak RM30.
* Had Masa Percuma: Setiap kenderaan diberi tempoh percuma selama 10 minit untuk mengambil penumpang.
* Denda: Kenderaan yang melebihi tempoh percuma yang ditetapkan boleh dikenakan denda sehingga RM100.

Untuk mengelakkan sebarang denda, sila pastikan penumpang anda sudah bersedia di lokasi pengambilan sebelum anda memasuki kawasan tersebut.

03/09/2025

Sistem MyKasih selalu down, siapa tak baran?

Nota : MyKasih valid sampai 31.12.25 masih banyak masa lagi.

Address

Lot 59 Ground Floor Block G Asia City
Kota Kinabalu
88000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bambangan.tv SabahLoka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share