SABAHfm Bagus Bah

SABAHfm Bagus Bah Strim LIVE di https://rtmklik.rtm.gov.my/channel/radio/SABAHFM UNTUK MENDENGAR KAMI SECARA ONLINE! atau Muat Turun aplikasi

Saksikan KAMI BAH INI - Sini Ada Cerita!Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-63 tahun ini. 3 wilayah iaitu Semenanjung...
13/09/2026

Saksikan KAMI BAH INI - Sini Ada Cerita!

Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-63 tahun ini.
3 wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bergabung bawah satu bendera. Ikuti sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah bersama-sama Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2026 dalam Segmen Jawab Dulu.

Saksikan juga Segmen Sabah Sana Sini yang mengetengahkan bingkisan Pemburu Latok di perairan Kudat, Sabah serta Segmen Ounsikou Tokou dengan 3 finalis Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) Musim ke-16 yang akan berentap pada 26 September ini.

Semuanya dalam Kami Bah Ini edisi 14 September 2026 | Isnin, 3.05 petang di TV1 | RTMKlik & siaran ulangan pada Khamis, 3.30 petang di TVOkey | RTMKlik


13/09/2026
13/09/2026
13/09/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PDRM SIASAT KES TANGKAPAN 30 RAKYAT MALAYSIA DI PONTIANAK

Pekan, 13 September 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung penahanan 30 rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan dalam talian di Pontianak, Kalimantan Darat, Indonesia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan antaranya menjurus sama ada wujud satu jenayah bersindiket atau hanya melibatkan 30 suspek yang ditahan sahaja.

"Sebab ia berlaku semalam (kelmarin), jadi saya akan semak dengan Jabatan Siasatan Jenayah atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mengenai tindakan susulan diambil.

"Kerana sifat jenayah itu adalah soal penipuan dalam talian, amalannya adalah Indonesia akan hubungi polis kita, tujuan memberikan ruang kepada kita melakukan siasatan dari sudut pandang kita," katanya pada Majlis Peluncuran Program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani, di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

13/09/2026

Pagi ini merupakan detik yang amat memilukan bagi keluarga besar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila jenazah 5 wira dan wirawati Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service, FDS), termasuk juruterbang, mula diserahkan kepada keluarga untuk perjalanan terakhir mereka.

YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, akan berada di Kelantan pada pagi ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah YBrs. Dr. Ainul Baraah binti Kamarudin.

Mohon doa seluruh rakyat Malaysia agar urusan persemadian kesemua mangsa dipermudahkan dan diberkati Allah Azzawajalla.

Al-Fatihah.

Dj Noddy menemani anda bermula 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam di SABAHfm Bagus Bah .Dengarkan Menerusi Frekuensi ...
13/09/2026

Dj Noddy menemani anda bermula 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam di SABAHfm Bagus Bah .
Dengarkan Menerusi Frekuensi 89.9 MHz Dan Penstriman Langsung Di Aplikasi RTMKlik

13/09/2026

REFORMASI PENDANAAN POLITIK: MEMBINA KEPERCAYAAN, MEMPERKUKUH DEMOKRASI ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pendanaan politik yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab merupakan antara asas penting dalam memperkukuh kepercayaan rakyat serta memastikan proses demokrasi terus dipelihara.

Kerajaan MADANI komited untuk menggerakkan reformasi pendanaan politik melalui cadangan RUU Pendanaan Politik, dengan mengambil kira aspek kawalan sumbangan, sumber dan saluran dana, pemantauan serta pendedahan maklumat, di samping penguatkuasaan undang-undang yang jelas dan tegas.

Komitmen ini turut disokong melalui penglibatan masyarakat dalam proses libat urus dan kajian persepsi bagi memastikan reformasi yang dirangka berasaskan realiti serta keperluan Malaysia.

๐Ÿ“Œ 18 sesi Libat Urus Nasional
๐Ÿ“Œ 1,544 peserta pelbagai sektor
๐Ÿ“Œ 3,422 responden kajian persepsi

Reformasi ini bukan sekadar perubahan perundangan, tetapi merupakan langkah ke arah membina ekosistem politik yang lebih telus, berintegriti dan berdaya tahan, demi memperkukuh demokrasi negara.




Address

Jalan Lintas Kepayan
Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SABAHfm Bagus Bah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SABAHfm Bagus Bah:

Shortcuts

Share

Category