Sayang Sabah

Call Directions Contact the business

Sayang Sabah Sayang Sabah is one of well established news reporting, social media & advertising company registered in Sabah.

KOTA KINABALU: Perspektif dan kepentingan Bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu diberi penekanan dalam merangka Agenda E...
06/10/2026

KOTA KINABALU: Perspektif dan kepentingan Bumiputera di Sabah dan Sarawak perlu diberi penekanan dalam merangka Agenda Ekonomi Bumiputera negara.

Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick berkata, dasar dan inisiatif berkaitan agenda Bumiputera perlu mengambil kira perspektif serta keperluan Bumiputera di kedua-dua negeri berkenaan.

Pautan berita penuh di ruangan komen…

06/10/2026

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan untuk memenangi lebih 15 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), berbanding simulasi awal sebanyak 14 hingga 15 kerusi berdasarkan keputusan pilihan raya negeri lalu.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sasaran berkenaan penting bagi memastikan suara Sabah lebih kuat dan kukuh di peringkat Persekutuan, khususnya dalam membawa kepentingan negeri.

KOTA KINABALU: Peningkatan hasil negeri Sabah dijangka memberi ruang fiskal tambahan yang perlu dimanfaatkan berdasarkan...
06/10/2026

KOTA KINABALU: Peningkatan hasil negeri Sabah dijangka memberi ruang fiskal tambahan yang perlu dimanfaatkan berdasarkan keutamaan dan isu utama negeri menerusi Belanjawan Sabah 2027, kata Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, parti-parti berkaitan GRS telah diberi ruang mengemukakan pandangan awal mengenai perkara yang perlu dipertimbangkan dan dimasukkan dalam Belanjawan Sabah 2027.

Pautan berita penuh di ruangan komen …

KENINGAU: Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan...
06/10/2026

KENINGAU: Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan 15 projek kerajaan bernilai kira-kira RM2 juta.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu direman sehingga 12 Oktober ini selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry di Mahkamah Majistret Keningau, pagi tadi.

Pautan berita penuh di ruangan komen …

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan untuk memenangi lebih 15 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Ra...
06/10/2026

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan untuk memenangi lebih 15 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), berbanding simulasi awal sebanyak 14 hingga 15 kerusi berdasarkan keputusan pilihan raya negeri lalu.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sasaran berkenaan penting bagi memastikan suara Sabah lebih kuat dan kukuh di peringkat Persekutuan, khususnya dalam membawa kepentingan negeri.

Pautan berita penuh di ruangan komen …

KOTA KINABALU: Lembu baka tompok tempatan yang dibangunkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah berpotensi mempuny...
06/10/2026

KOTA KINABALU: Lembu baka tompok tempatan yang dibangunkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah berpotensi mempunyai nilai komersial tinggi dan menjadi tarikan baharu kepada golongan muda untuk menceburi industri ternakan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, baka berkenaan mempunyai ciri unik termasuk lebih jinak, tidak agresif, bertompok serta mempunyai mata putih, selain saiznya yang tidak terlalu besar.

Pautan berita penuh di ruangan komen ….

TAWAU : Seorang suami yang disyaki menetak isterinya sehingga maut di sebuah perumahan ladang dekat Kalabakan bulan lalu...
06/10/2026

TAWAU : Seorang suami yang disyaki menetak isterinya sehingga maut di sebuah perumahan ladang dekat Kalabakan bulan lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Kalba Rahim, 37, yang hanya mengangguk dan mengaku faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, berikutan kesalahan berkenaan dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pautan berita penuh di ruangan komen …

KOTA KINABALU: Keselamatan elektrik perlu menjadi tanggungjawab bersama semua pihak termasuk kerajaan, Sabah Electricity...
06/10/2026

KOTA KINABALU: Keselamatan elektrik perlu menjadi tanggungjawab bersama semua pihak termasuk kerajaan, Sabah Electricity, agensi penguat kuasa, kontraktor, pemimpin masyarakat dan orang awam.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, berkata aspek keselamatan perlu bergerak seiring pembangunan infrastruktur elektrik bagi memastikan bekalan tenaga yang stabil dan boleh dipercayai dapat dinikmati rakyat dalam keadaan selamat.

Pautan berita penuh di ruangan komen …

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Aspirasi Outcome-Based Integrity (...
06/10/2026

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperkenalkan dan mendokong paradigma baharu menerusi Aspirasi Outcome-Based Integrity (OBI) atau Integriti Berasaskan Keberhasilan sebagai formula membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata aspirasi itu membuktikan tadbir urus berasaskan keberhasilan adalah formula paling ampuh dalam membina ekosistem pentadbiran yang berdaya tahan dan kalis rasuah.

Pautan berita penuh di ruangan komen …

KOTA KINABALU: Sabah terus membuka ruang kepada pelaburan berkualiti tinggi dari Norway, khususnya dalam sektor minyak d...
05/10/2026

KOTA KINABALU: Sabah terus membuka ruang kepada pelaburan berkualiti tinggi dari Norway, khususnya dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta aktiviti hiliran berkaitan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerjasama berkenaan berpotensi memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri selain membuka lebih banyak peluang kepada pemain industri tempatan.

Pautan berita penuh di ruangan komen…

Address

Kota Kinabalu
81000

Telephone

+60136780000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sayang Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sayang Sabah:

Shortcuts

Share