Bayu Voice S

Bayu Voice S Suara Negeri Di Bawah Bayu. Nada bersatu. Menyampaikan suara kita bersama.

Duo Ikonik Sabah Datuk Francis Landong & Maldini Sidney Buktikan Kehebatan Apabila Remake Lagu Lama Berjiwa Trend Terkin...
30/01/2026

Duo Ikonik Sabah Datuk Francis Landong & Maldini Sidney Buktikan Kehebatan Apabila Remake Lagu Lama Berjiwa Trend Terkini Terus Menggegarkan Pentas Hiburan — Setiap Kali Beraksi, Penonton Pasti Bangun Menari, Persoalannya Adakah Mereka Akan Kembali Dengan Gaya Sama Tahun Ini?

30/01/2026

Kopisanangan! ✌️
Satu lagi Program Outreach Kebajikan yang akan dianjurkan bersama oleh KDCA Youth Council dengan kerjasama KupikupiFM Sabah dan Info X,
"Celebrating The Golden Heart", di Rumah Warga Tua Sri Pritchard, Kinarut.
Dengan tujuan untuk menyemai nilai keprihatinan, kasih sayang dan semangat kesukarelawan, kami ingin mengajak orang ramai untuk membantu menjayakan program ini, dengan menyalurkan bantuan derma dan sumbangan seikhlas hati tidak kira kecil atau besar, itu pun sudah cukup bermakna bagi mereka yang akan dilawat nanti.
Antara sumbangan dan sokongan yang diperlukan:

❤️ LAMPIN DEWASA
❤️ KEPERLUAN PEMBERSIHAN (PENYAPU, MOP, TONG & PLASTIK SAMPAH, SABUN CUCI)
❤️ BARANGAN KEBERSIHAN DIRI (SABUN MANDI, SYAMPU, UBAT GIGI, DLL)
❤️ KEPERLUAN HARIAN RUMAH WARGA TUA

Semua bantuan derma dan sumbangan boleh disalurkan ke lokasi drop-off iaitu KDCA, Penampang dan sumbangan akan diterima bermula hari ini sehingga 4 Februari 2026.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi:
Jessica - 012 830 0385
Travis - 0111 865 3535

"Hands That Give, Hearts That Remember"
Kihoi!! Kita-kita juga baini!





jgn kasi lama sumandak2 sekalian!😊😊
30/01/2026

jgn kasi lama sumandak2 sekalian!😊😊

🌾 PENDAFTARAN AKAN DIBUKA TIDAK LAMA LAGI 🌾

Adakah anda Unduk Ngadau Kaamatan Penampang yang kami cari tahun ini?

Nantikan pengumuman pada 01 Mac 2026.

30/01/2026

Dah pukul 12 malam pun rumah rasa macam dalam oven? 🥵

Kipas dah pusing sampai nak tercabut bilah, aircond pun dah on, tapi kenapa badan still rasa melekit dan bahang?

Nak tidur pun rasa rimas, pusing kiri tak kena, pusing kanan tak kena.

Kenapa rumah anda jadi "Termos Gergasi"?

1. Dinding & Lantai Konkrit
Bahan simen dan konkrit ni sifatnya macam bateri haba. Siang hari dia "cas" dengan cahaya matahari. Malam hari, bila udara luar dah sejuk, dia mula "discharge" haba tu ke dalam bilik.

Sebab tu dinding rasa suam bila pegang pukul 11 malam.

2. Udara Statik
Bila kita tutup semua tingkap sebab takut nyamuk atau keselamatan, udara panas terperangkap. Udara jadi "berat" dan tak ada aliran keluar (cross-ventilation).

4. Peralatan Elektrik
TV, router wifi, malah lampu pun keluarkan haba. Nampak sikit, tapi kalau semua on, ia menyumbang kepada suhu bilik. Elakkan guna alatan elektrik yg berat seperti dryer pada waktu malam.

Rumah sepatutnya jadi tempat berehat, bukan tempat kena salai. Kalau malam-malam masih rasa bahang, itu tanda rumah anda perlukan lebih banyak "nafas" (udara) keluar masuk.

30/01/2026

“Saya mahu Malaysia terus kekal sebagai Malaysia, di mana rakyat hidup dalam suasana harmoni. Adakah itu terlalu besar untuk diminta? Namun saya bimbang. Jika kita terus berbalah dalam semua perkara, maka jangan salahkan orang Sarawak. Jika kamu tidak menyukai kami, lepaskan kami sahaja. Lupakan,”

Berita penuh diruangan komen





lets have some fun at Papar this year!
30/01/2026

lets have some fun at Papar this year!

PAPAR DIPILIH SELAKU TUAN RUMAH MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026🌾

19/12/2025
19/12/2025

😂😂😂

19/12/2025

KOTA KINABALU: Scott Ollerenshaw telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Teknikal dan Sukan Sabah FC berkuat kuasa 14 Disember atas faktor tanggungjawab keluarga serta cabaran kesihatan yang dihadapi oleh ibu bapanya yang semakin uzur di Australia.

Setelah menetap di Sabah selama 31 tahun beliau menyifatkan keputusan itu sebagai “sukar dan penuh emosi”, sambil menambah bahawa Sabah FC sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya sejak pertama kali tiba di Kota Kinabalu pada tahun 1994 sebelum menikmati kerjaya pemain yang cemerlang bersama pasukan negeri.

Antara tahun 1994 hingga 1998 beliau merupakan sebahagian daripada skuad yang menjuarai Piala FA pada 1995 dan Liga Perdana Malaysia pada 1996 — pencapaian yang disifatkannya sebagai antara kenangan paling berharga dalam karier bola sepaknya.

Pada 2021 Ollerenshaw kembali menyertai kelab itu selepas dilantik sebagai Pengarah Teknikal dan Sukan oleh ketua pegawai eksekutif yang baharu ketika itu, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Diamanahkan untuk menyuntik semula kebangkitan Sabah FC Ollerenshaw meluahkan rasa bangga terhadap kemajuan yang dicapai kelab tersebut sepanjang tempoh lima tahun lalu.

Di bawah kepimpinannya Sabah FC menamatkan saingan Liga Super Malaysia di tempat ketiga selama tiga musim berturut-turut mara ke separuh akhir Piala AFC serta layak ke final Piala FA 2025 — sekali gus mengukuhkan reputasi kelab itu sebagai antara pasukan paling dihormati di Malaysia.

Ollerenshaw turut merakamkan penghargaan kepada beberapa tokoh penting yang menyumbang kepada kebangkitan kelab termasuk Allahyarham Datuk Seri B**g Moktar Radin, yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) pada 2021, atas visi dan komitmennya dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak Sabah.

Beliau juga menekankan peranan Presiden Sabah FA Datuk Shahelmey Yahya dalam menangani cabaran kewangan bagi memastikan pemain menerima gaji masing-masing sekali gus membolehkan pasukan kekal berdaya saing.

💪
19/12/2025

💪

Polis Daerah Kota Kinabalu mengesahkan rakaman tular yang memaparkan anggota polis menahan dua lelaki di Telipok, adalah kejadian sebenar yang berlaku pada 12 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, tangkapan melibatkan dua orang suspek lelaki warga tempatan berusia 28 tahun dan 22 tahun yang terlibat dalam kes curi.

Pautan berita penuh di ruangan komen...

Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bayu Voice S posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share