Hidayah Centre Foundation Sabah

Hidayah Centre Foundation Sabah HIDAYAH CENTRE FOUNDATION CAWANGAN SABAH adalah sebuah PUSAT SOKONGAN SAUDARA MUSLIM (Saudara Baru) dan PUSAT PENERANGAN ISLAM di Negeri Sabah.

Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah (HCS) merupakan sebuah perbadanan yang berobjektif membudayakan perkongsian keindahan Islam, membetulkan salah faham tentang Islam dan memperkasakan saudara baru. Ditubuhkan pada tahun Januari 2011 dan beroperasi sepenuhnya di Alamesra, Kota Kinabalu, Sabah. Kumpulan sasarnya adalah saudara Muslim (saudara baru) dan mualaf. Alamat:
F-1-4, Lot 34, Tingkat 1, Blok F,
Lorong Plaza Utama, Alamesra,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah

No. Tel : 088-486 272/016-5366100
No. Faks: 088-487 273/088-760 391

HCF BUNDU TUHAN | 8 September 2026 (Selasa)MEMPELAJARI ILMU MERUPAKAN SATU IBADAHAlhamdulillah, Kelas Bimbingan Mualaf (...
09/09/2026

HCF BUNDU TUHAN | 8 September 2026 (Selasa)

MEMPELAJARI ILMU MERUPAKAN SATU IBADAH

Alhamdulillah, Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) telah dilaksanakan di Kg Pahu pada pagi ini. Topik pembelajaran adalah Iqra/Al Quran, asas-asas Fardhu Ain. Kelas tersebut juga dibimbing oleh Perantis SKM IPDAS Kudat.

Dalam firman Allah SWT surah Al-Mujadila ayat ke 11 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

Marilah kita bersama-sama berusaha sedaya upaya membetulkan niat dan mengikhlaskan diri kita hanya kerana Allah SWT dalam melakukan sebarang amalan khususnya dalam bab menutut ilmu supaya pada akhirnya kita mampu memperoleh redha Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.









___________________________

Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah
Nama Akaun : The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No. Akaun : 5505 1085 0017
Bank akaun : Maybank

Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
7. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
8. Email | [email protected]

“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

HCF Bundu Tuhan | 3 September 2026 (Khamis)AKTIVITI SURAU AT TAQWA KG BUNDU TUHANAlhamdulillah. Perantis SKM mengetuai b...
06/09/2026

HCF Bundu Tuhan | 3 September 2026 (Khamis)

AKTIVITI SURAU AT TAQWA KG BUNDU TUHAN

Alhamdulillah. Perantis SKM mengetuai bacaan Yaasin dan Doa Selamat yang diadakan di Surau At Taqwa Kg Bundu Tuhan.

Semoga Allah SWT berikan keberkatan dan perlindungan kepada kita semua. Amin ya rabbal alamin.




___________________________

Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
7. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
8. Email | [email protected]

“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

HCF Bundu Tuhan | 1 September 2026 (Selasa)MESYUARAT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Alhamdulillah. HCBT telah menerima jemputan...
06/09/2026

HCF Bundu Tuhan | 1 September 2026 (Selasa)

MESYUARAT SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Alhamdulillah. HCBT telah menerima jemputan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Ranau untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 1448H/2026M.

Antara agenda utama adalah pembentangan kertas konsep Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M serta perbincangan mengenai sambutan Maulidur Rasul dan agihan tugas.

Semoga penyertaan ini dapat mengukuhkan kerjasama antara HCF dan pihak JHEAINS serta agensi-agensi lain dalam menjayakan program keagamaan di Daerah Ranau.

───

Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
6. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
7. Email | [email protected]

“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

𝙎𝙀𝘿𝙀𝙆𝘼𝙃 𝙅𝙐𝙈𝘼𝘼𝙏"Kadangkala, yang paling diperlukan bukan sekadar bantuan, tetapi kehadiran seseorang yang mengambil pedul...
04/09/2026

𝙎𝙀𝘿𝙀𝙆𝘼𝙃 𝙅𝙐𝙈𝘼𝘼𝙏

"Kadangkala, yang paling diperlukan bukan sekadar bantuan, tetapi kehadiran seseorang yang mengambil peduli."

Melalui ziarah dan santunan mualaf, Hidayah Centre Foundation terus mendampingi saudara baharu bagi memastikan mereka tidak bersendirian dalam menempuh kehidupan sebagai seorang Muslim. Ziarah ini menjadi ruang untuk menyampaikan sokongan, menghulurkan bantuan keperluan harian serta memberikan bimbingan dan semangat agar mereka terus istiqamah.

Sumbangan Sedekah Jumaat anda membantu Hidayah Centre Foundation meneruskan usaha ziarah dan santunan mualaf, agar lebih ramai saudara baharu terus dibimbing, diperkasa dan disantuni dengan penuh kasih sayang.

📌 Infaq di sini:
🏦 Bank Islam : 1211 3010 7741 57
📱 DuitNow QR
🌐 Pautan sumbangan : https://catalog.billplz.com/HCF/payment-form/sedekahhcfsabah

HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

HCF BUNDU TUHAN | 1 September 2026 (Selasa)MEMPELAJARI ILMU MERUPAKAN SATU IBADAHAlhamdulillah, Kelas Bimbingan Mualaf (...
01/09/2026

HCF BUNDU TUHAN | 1 September 2026 (Selasa)

MEMPELAJARI ILMU MERUPAKAN SATU IBADAH

Alhamdulillah, Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) telah dilaksanakan di Kg Pahu pada pagi ini. Topik pembelajaran adalah Iqra/Al Quran, asas-asas Fardhu Ain. Kelas tersebut juga dibimbing oleh Perantis SKM IPDAS Kudat.

Dalam firman Allah SWT surah Al-Mujadila ayat ke 11 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

Marilah kita bersama-sama berusaha sedaya upaya membetulkan niat dan mengikhlaskan diri kita hanya kerana Allah SWT dalam melakukan sebarang amalan khususnya dalam bab menutut ilmu supaya pada akhirnya kita mampu memperoleh redha Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.









___________________________

Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah
Nama Akaun : The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No. Akaun : 5505 1085 0017
Bank akaun : Maybank

Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
7. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
8. Email | [email protected]

“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

BANTUAN BAKUL MAKANAN 🤲🏻❤️Sumbangan daripada MUISAlhamdulillah, pada 31 Ogos 2026, bertempat di Surau Kg. Matanggal, HCF...
31/08/2026

BANTUAN BAKUL MAKANAN 🤲🏻❤️
Sumbangan daripada MUIS

Alhamdulillah, pada 31 Ogos 2026, bertempat di Surau Kg. Matanggal, HCF Beluran telah mengadakan program “Berkongsi Keindahan Islam” serta menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 21 keluarga mualaf.

Program ini bukan sahaja menjadi wadah untuk menyampaikan bantuan keperluan asas, malah turut menjadi ruang untuk berkongsi kasih sayang, perhatian dan keindahan Islam bersama keluarga-keluarga mualaf.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MUIS atas sumbangan bakul makanan yang diberikan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban para penerima dan memberi manfaat kepada keluarga yang memerlukan.

Semoga usaha kecil ini terus menjadi jambatan dalam menyebarkan kasih sayang, mempererat silaturahim dan berkongsi keindahan Islam bersama masyarakat.

“Berkongsi Rezeki, Menyebarkan Kasih, Berkongsi Keindahan Islam.” 🤲🏻❤️

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026 menjadi detik untuk kita mengenang perjuangan, menghargai nik...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026 menjadi detik untuk kita mengenang perjuangan, menghargai nikmat kemerdekaan dan memperkukuh semangat perpaduan sebagai rakyat Malaysia.

Semoga tanah air tercinta terus aman, harmoni dan diberkati. Bersama-sama kita membina Malaysia yang lebih sejahtera, berilmu dan saling menghormati.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati 🇲🇾

Ikhlas daripada seluruh warga Hidayah Centre Foundation Sabah.

Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

KUNJUNGAN HORMAT HCF KOTA MARUDU KE PEJABAT JHEAINS KOTA MARUDU, SABAH 2026.HCKM | 26 Ogos 2026 | RabuAlhamdulillah. Tea...
28/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT HCF KOTA MARUDU KE PEJABAT JHEAINS KOTA MARUDU, SABAH 2026.

HCKM | 26 Ogos 2026 | Rabu

Alhamdulillah. Team HCF Kota Marudu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Tadbir Agama (PTA) JHEAINS Daerah Kota Marudu yang baharu iaitu Ustaz Kamal bin Sindong bersama 3 lagi staf dan kakitangan JHEAINS.

Pada pertemuan tersebut, kami sempat berkongsi Profile Korporat HCF Sabah dan aktiviti HCF Kota Marudu. Seterusnya perbincangan program kerjasama dan aktiviti kolaborasi komuniti / sosial yang bermanfaat kepada golongan sasaran sekitar daerah Kota Marudu.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak JHEAINS Kota Marudu kerana sudi menerima kunjungan kami. Semoga kerjasama dan kunjungan ini mengukuhkan lagi sinergi & strategi agensi, seterusnya mencapai matlamatnya, dan mendapat redha Allah SWT. Aamiin.
___________________________

Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah
Nama Akaun : The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No. Akaun : 5505 1085 0017
Bank akaun : Maybank
Ikuti kami di:
1. Facebook | https://www.facebook.com/hidayahcentresabah
2. Website | https://hidayahcentre.org.my/
3. Instagram | https://instagram.com/hidayahcentrefoundation...
4. TikTok | https://vt.tiktok.com/ZSegjn7jt/
5. Youtube | https://youtube.com/user/HidayahCentre
7. Hotline whatsapp | wa.me/60165366100
8. Email | [email protected]
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 & 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔❗🌷 Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Wafa binti Abdullah @ S...
28/08/2026

𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 & 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔❗
🌷 Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Wafa binti Abdullah @ Stella Stephen, Pengurus Hidayah Centre Foundation Sabah cawangan Kota Kinabalu, atas penerimaan Anugerah Fatimah Az-Zahrah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah & Mahrajan Kesenian Islam Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 1448H/2026M. 🏆✨
Anugerah ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas komitmen, dedikasi dan sumbangan beliau dalam membawa misi dakwah serta membina jambatan kasih sayang dan kefahaman dalam masyarakat.
Semoga penghargaan ini menjadi suntikan semangat untuk terus melangkah dengan penuh istiqamah, ikhlas dan amanah dalam menyebarkan kebaikan serta memberi manfaat kepada lebih ramai insan.
Tahniah, Puan Nur Wafa! 🌹
Semoga terus cemerlang, diberkati dan menjadi inspirasi buat semua.
“Teruslah menjadi cahaya, walau kecil sinarnya, kerana setiap kebaikan pasti meninggalkan kesan.” 🤍
Ikhlas daripada,
Hidayah Centre Foundation Sabah
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

𝙎𝙀𝘿𝙀𝙆𝘼𝙃 𝙅𝙐𝙈𝘼𝘼𝙏“Bila banyak tangan menghulur, beban yang berat terasa sedikit ringan.”Alhamdulillah, Hidayah Centre Found...
27/08/2026

𝙎𝙀𝘿𝙀𝙆𝘼𝙃 𝙅𝙐𝙈𝘼𝘼𝙏

“Bila banyak tangan menghulur, beban yang berat terasa sedikit ringan.”

Alhamdulillah, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sabah bersama rakan NGO telah menziarahi sebuah keluarga di Kampung Kiwatu, Tuaran yang sedang melalui ujian kesihatan dan kehidupan.

Kunjungan ini bukan sekadar membawa bantuan, tetapi menjadi ruang untuk hadir, menyantuni dan berkongsi sedikit kekuatan bersama keluarga yang memerlukan.

Inilah budaya rukut-rukut orang Sabah — sikit-sikit, sama-sama. 🫶🏻

Sumbangan anda membantu HCF meneruskan usaha dakwah, kebajikan dan santunan kepada mereka yang memerlukan.

🏦 Bank Islam: 1211 3010 7741 57
📱 DuitNow QR: Seperti pada poster
🌐 Pautan: https://catalog.billplz.com/HCF/payment-form/sedekahhcfsabah

HIDAYAH CENTRE FOUNDATION
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Address

F-1-4, Blok F, Tingkat 1, Lot 34, Lorong Plaza Utama, Alamesra
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Sunday 20:30 - 14:00

Telephone

+60165366100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hidayah Centre Foundation Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share