Mohd Azis Bin Jamman

Call Directions Contact the business

Mohd Azis Bin Jamman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mohd Azis Bin Jamman, News & Media Website, Kota Kinabalu.

Happy Birthday my bro, Jo Branko! Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki. Saya doakan Jo, Kak Lin dan anak-anak sert...
08/10/2026

Happy Birthday my bro, Jo Branko! Semoga panjang umur dan dilimpahkan rezeki. Saya doakan Jo, Kak Lin dan anak-anak serta cucu sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sihat selalu. Enjoy your day, bro!

JoBranko

Alhamdulillah, semalam telah selesai Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Bahagian Warisan Sepanggar bagi sesi 2026–202...
05/10/2026

Alhamdulillah, semalam telah selesai Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Bahagian Warisan Sepanggar bagi sesi 2026–2029.

Terima kasih dan penghargaan kepada seluruh perwakilan yang hadir dan menjalankan amanah masing-masing sepanjang persidangan. Setiap undi, setiap pandangan dan setiap keputusan yang dibuat adalah sebahagian daripada perjalanan untuk membentuk hala tuju Warisan Sepanggar.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada Ketua-ketua Bahagian, YB Adun Warisan dan pimpinan daripada parti tempatan yang turut hadir memberikan sokongan dan memeriahkan persidangan ini, khususnya pimpinan daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Kehadiran sahabat-sahabat daripada parti tempatan ini amat kami hargai.

Tahniah kepada semua yang telah dipilih menggalas amanah dalam kepimpinan baharu Warisan Sepanggar bagi sesi 2026–2029. Selamat bekerja dan selamat menjalankan tanggungjawab.

Kepada rakan-rakan yang belum terpilih kali ini, jangan anggap perjalanan terhenti di sini. Dalam proses pemilihan parti, menang atau kalah bukan penentu nilai seseorang. Yang lebih penting ialah bagaimana kita terus menyumbang selepas pemilihan ini selesai. Kita rapatkan saf, kuatkan akar umbi dan kembali bekerja untuk parti serta rakyat.

Semoga kepimpinan baharu ini dapat membawa Warisan Sepanggar ke tahap yang lebih baik. Insya-Allah.

Alhamdulillah, hari saya telah di jemput untuk merasmikan Persidangan Agung Tahunan Warisan Bahagian Pensiangan. Tahniah...
02/10/2026

Alhamdulillah, hari saya telah di jemput untuk merasmikan Persidangan Agung Tahunan Warisan Bahagian Pensiangan. Tahniah kepada seluruh barisan pimpinan baru Warisan Pensiangan Sesi 2026/2029. Tahniah kepada sahabat saya Gundohing Mudi Dubing kerana sekali lagi di berikan amanah sebagai Ketua Bahagian Warisan Pensiangan. Selamat
menjalankan tugas. Jumpa di Sandakan pada 24/25 Oktober 2026 nanti untuk AGM Pusat.

Al-Fatihah buat Allayarhamah Tun, syukur alhamdulillah, saya berpeluang mengenali dan berjumpa dgn Allahyarhama Tun seca...
28/09/2026

Al-Fatihah buat Allayarhamah Tun, syukur alhamdulillah, saya berpeluang mengenali dan berjumpa dgn Allahyarhama Tun secara peribadi dan Tun cukup mesra, lucu dan penyayang. Such a loving mother. Semoga Allah swt menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman.

Hari ini saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Warisan Bahagian P.184 Libaran. Tahniah dan terima kasih ...
26/09/2026

Hari ini saya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Warisan Bahagian P.184 Libaran. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh pimpinan, ketua-ketua cawangan serta para perwakilan yang telah menjayakan persidangan hari ini.

Pemilihan adalah sebahagian daripada proses biasa dalam sebuah parti. Ada yang terpilih dan ada yang belum diberi peluang kali ini. Apa yang penting, selepas pemilihan kita kembali kepada tujuan asal, iaitu terus mendekati dan mengangkat suara rakyat.

Insya-Allah. Semoga Warisan Bahagian Libaran terus berkembang dan kuat di akar umbi.

Selesai merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Bahagian Warisan Kinabatangan.Tahniah saya ucapkan kepada selur...
23/09/2026

Selesai merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Bahagian Warisan Kinabatangan.

Tahniah saya ucapkan kepada seluruh bahagian yang telah berjaya melaksanakan mesyuarat mengikut peraturan yang ditetapkan.

Alhamdulillah. Dalam ucapan perasmian, saya tekankan satu perkara. Pemilihan ini jangan dijadikan ruang untuk kita berpecah. Yang menang, anggap kemenangan itu sebagai amanah. Yang kalah, rapatkan saf dan terus bekerja.

Tiada siapa yang paksa kita bertanding. Bila kita memilih untuk bertanding, bermakna kita bersedia memikul tanggungjawab untuk terus memperkasakan parti dan mengangkat suara rakyat.

Selepas pemilihan, kerja kita sebenarnya baru bermula.

Terus bekerja. Terus bina kekuatan. Terus dekat dengan akar umbi. Insya-Allah, kita boleh bangkit dan menjadi lebih kuat.

23/09/2026

Berbudi pada Tanah, dapat hasil dan rezeki dari Allah swt.

Selesai merasmikan Persidangan dan Pemilihan Warisan bahagian Kinabatangan. Singgah menikmati buah-buahan di Kebun sendi...
23/09/2026

Selesai merasmikan Persidangan dan Pemilihan Warisan bahagian Kinabatangan. Singgah menikmati buah-buahan di Kebun sendiri di Kinabatangan.

Alhamdulillah.. Nikmat berbudi pada tanah. Main durian kampung-kampung saja. Ada rambutan dan buah manggis selain durian merah utk keluarga, kawan dan anak-anak.

Mewakili seluruh warga Warisan Seluruh Sabah, Salam Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh...
20/09/2026

Mewakili seluruh warga Warisan Seluruh Sabah, Salam Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah (Dibacakan Sepenuhnya)

Hari ini, 63 tahun yang lepas, sejarah terlakar di mana Malaysia telah tertubuh. Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi y...
16/09/2026

Hari ini, 63 tahun yang lepas, sejarah terlakar di mana Malaysia telah tertubuh. Sabah dan Sarawak adalah rakan kongsi yang telah menubuhkan Malaysia berpaksikan persetujuan dan perjanjian dan tanpa persetujuan dan perjanjian itu, Sabah dan Sarawak mungkin tidak akan bersetuju dengan pembentukan Malaysia. Oleh yang demikian hormati penubuhan Malaysia, hormati perjanjian dan persetujuan yang telah di meterai oleh bapa-bapa kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Negeri-Negeri Tanah Melayu.

Sekali lagi, generasi muda hari ini perlu ingat, tanpa Sabah, tanpa Sarawak maka tidak mungkin Malaysia terlahir. Hari ini Malaysia sudah berumur 63 tahun.

Address

Kota Kinabalu

Telephone

+60198511131

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Azis Bin Jamman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Azis Bin Jamman:

Shortcuts

Share