13/09/2024
Saya mahu letak gambar anak sulung saya sini untuk dilihat kembali hari depan.
Pagi tadi bercampur baur perasaan hendak bangunkan si anak. Kerna dia sebenarny sesi petang sekolah.
Itulah mata dia ada bengkak sikit kerna baru bangun dari tidur syukur sangat bagi kerjasama yang baik masa siapkan dia.
Tapi hari ini ada acara khas di sekolah, jadis sesi petang kena hadir sesi pagi kerna hari ini 1 sesi sahaja.
Selain itu Cikgu ada pesan untuk pakai baju tradisional atau baju yang ada lambang kebangsaan.
Jadi saya ambil baju tradisi anak dari dalam almari yang saya ada sulam ringkas tahun lalu punya baju masa menghadiri Majlis Kahwin adik ipar.
Tapi tidak sangka kecil sudah tu baju, cepatnya anak membesar hihi. Nanti tahun depan ni buat besar sikitlah untuk persediaan event tahun depan supaya senang sudah ada persediaan awal.
Dan tidak sangka simple saja baju dia ni, tapi dapat juga dia hadiah pemenang baju busana sepenah acara tu, rupanya ada pertandingan baju p**a.
Saya dapat info tu terus cari apa yang ada saja sebagai tanda menyokong aktiviti sekolah anak.
Tapi rezeki terselit buat si anak, sampai saja dia dari sekolah muka dia sentiasa senyum gembira sekali, walaupun dia belum pandai bercakap kasitau dia sangat gembira tapi dari reaksi dia nampak dia sangat gembira hari ini.
Baju tahun depan saya buatkan baju yang lebih kreatif sikit lagilah semoga diri ini ada inspirasi yang lebih baik untuk buat, sangat gembira bila nampak anak gembira, mau buat kenangan yang manis untuk dia kenang kelak hari depan.