ButterCats

Call Directions Website Contact the business

ButterCats Sabahan bakers, sharing baking recipes and tips, Autism Family Awareness and Content. Please be kind πŸ™ ❀️ and follow our family story

Support kami di youtube
Subscribe www.youtube.com/apakaurasa

Untuk tujuan pengiklanan, Sila hubungi kami di
Email : [email protected]
Whatsapp : +60148503251

24/09/2026
Assalamualaikum & hai semua ❀️ Kak Sue di sini...Mula2 sekali,, Kak Sue mau minta maaf sebab lama sangat jarang update p...
10/09/2026

Assalamualaikum & hai semua ❀️ Kak Sue di sini...
Mula2 sekali,, Kak Sue mau minta maaf sebab lama sangat jarang update page ni..
Sejak kebelakangan ni, banyak masa Kak Sue dan keluarga tertumpu kepada menjaga anak kami, Aiman,, Autism Level 3. Skrg kami memang perlu beri hampir seluruh perhatian dan tenaga kpd dia.
Sebab itu kadang2 Kak Sue tak upload lama. Tp percayalah, Kak Sue tidak pernah lupa page ini dan semua yang sudah follow, support, cuba resepi dan bersama dengan Kak Sue sejak dr dulu...
Page Apa Kau Rasa ni sudah jadi sebahagian daripada perjalanan hidup Kak Sue. Dari resepi, baking, makanan sampailah macam2 cerita kita kongsi sama2...
Tapi sekarang Kak Sue rasa sudah sampai masa untuk kita mulakan satu chapter baru. . 🐱🧈
Sedikit demi sedikit,,,kamu akan nampak Apa Kau Rasa berubah menjadi Butter Cats..
Butter Cats masih Kak Sue..
Masih share benda yang sama pada mcm baking, dessert dan makanan. Cuma kali ini Kak Sue mau bawa sesuatu yang lebih besar, lebih fun dan lebih menarik daripada apa yang kita pernah buat sebelum ini...
Ada banyak benda Kak Sue sedang siapkan di belakang tabir… dan nnti Kak Sue akan tunjuk satu2... πŸ‘€πŸ±
Kepada yang sudah bersama Kak Sue bertahun-tahun,Kak Sue harap kamu terus ikut perjalanan baru ini...
Apa Kau Rasa tidak hilang.. cuma tukar dan rebrand/upgrade menjadi Butter Cats..
Terima kasih sebab masih di sini support kami...
β€” Kak Sue ❀️
Butter Cats by Kak Sue

26/04/2026

Resepi Japanese Cotton Cheesecake mudah sedap dan jimat tanpa butter
Ps: Dihujung video ini.ada tips penting untuk yg first time buat kek ni. So.. Tengok sampai habis ya.πŸ˜‰πŸ˜˜
Assalamualaikum..😍

Kali ni kak sue mau share resepi japanese cotton cheesecake tanpa menggunakan butter. Di gantikan dengan minyak sayur/ corn oil.saja. πŸ˜„
Texture kek ni sangat fluffy moist & lembut.. Bila masuk di mulut mencair macam makan buih..hihi.
Ok.la gaiis.. Selamat mencuba! πŸ˜‰

Bahan Bahan :

Bahan A :

7 biji kuning telur gred C
( gred A, pakai 6 biji)
Cream Cheese 120gr
Minyak sayur/ corn oil 35gr
Susu Full Cream 60gr
Tepung kek / Superfine 90gr
Esen vanila 1 tsp ( optional) *kak sue x letak
1 tbsp lemon juice ( optional) Kak sue x letak sebab xda lemon.🀣

Bahan B :
Putih telur gred C 7 biji
( gred A 6 biji)
Gula pasir/ kastor 75gr
Cream of Tartar 1/4 tsp
Garam 1/8 tsp

Bakar dalam oven teknik Water bath
150Β°C : 20 minit
125Β°C : 70 minit

Bergantung oven masing2.
Okla.. Semoga sukses!.😍




25/04/2026

Egg Cake gebuss resepi Thai.πŸ˜‹ bahan & cara buat sangat mudah!
Assalamualaikum..😘 Kali ni kak sue share resepi kek yg sangat light & fluffy sesuai untuk yg x s**a terlalu manis atau terlalu berat. Sesuai dimakan bersama kopi agau teh. So, resepi ini adalah untuk anda! 😍😘

Enjoy!

Bahan2 :

-
*Bahan A:

- 50ml Minyak sayur/masak/corn oil
- 50gr Tepung Cake
- 80ml Susu Full Cream
- 6 biji kuning telur
- 1 biji telur
- 1/2 tsp esen vanila

*Bahan B :
-6 biji putih telur
-1/4 tsp Cream of tartar/ 1tsp cuka/lemon jus
-100gr gula pasir

Untuk buttercream:
50gr aising sugar
120gr butter
* boleh gantikan dengan whipping cream. Kak sue xda whipping cream waktu ni.😁

Oklah gais.. Selamat Mencuba 😘


24/04/2026

Chocolate Blackout Cake
Kek Coklat tersedap πŸ˜‹
Assalamualaikum & hai semuanya..😘
Semalam pos gambar kek ni ramainya yang terliur..🀣 Tapi seriusly KakSue cakap kek ni memang sedap giler.. πŸ˜‹πŸ˜‹ x rugi cuba resepi ni.. Senang ja buatnya.. Hihi
Oklah gais.. Jom tengok video & resepi di bawah.😘😘
Bahan untuk Kek Coklat Blackout :

Bahan Kering :
🍫240gr Tepung Gandum ( 2 cawan )
🍫200gr Gula Kastor /pasir ( 1 cawan)
🍫150gr Gula perang- brown sugar ( 3/4 cawan)
🍫75gr ( 3/4 cawan)Dark cocoa powder ( cocoa powder biasa pun boleh kalau xda yg dark)
🍫2 tsp baking powder
🍫1 1/2 tsp baking soda
🍫 1 tsp Garam

Bahan basah :
πŸ₯š3 biji telur gred A
πŸ₯š1 cawan buttermilk ( kalau xda boleh guna homemade : 1 cawan susu + 2 tbsp cuka @ lemon jus ( biar 30 minit)
πŸ₯š 3/4 cawan minyak sayur
πŸ₯š 1/2 cawan air kopi/nescafe panas

Saiz loyang :
2 biji loyang saiz 7 inci
* Sapukan minyak di sekeliling loyang dan taburkan serbuk koko. Lapik bahagian bawah dengan kertas baking.

Cara Bakar :
160-170Β°C : 50 hingga 60 minit

Bahan untuk Choc cheese Ganache :

300gr Dark Choc Compound
360ml Dairy Whipping Cream
100gr Cream Cheese

Cara pekatkan lepas masak :

Simpan hinga suhu bilik kemudian masukkan dalam peti sejuk.
Gaulkan setiap 10.minit hingga ganache bertukar pekat dan boleh di sapukan di atas kek. ( lebih kurang sejam)
Oklah gais.. Selamat Mencuba 😘




24/04/2026

San Sebastian Cheesecake Viral sedap macam aiskrim.. 🀀🀌

Kek Cheese ni rasa macam makan Aiskrim, sedap sangat & x muak makan. Wajib Cuba!

Viral plak San Sebastian Cheesecake ni sebab memang sedap, rasa sedikit hangus di luar & rasa cair & lembut di dalam umpamanya makan aiskrim. yang bestnyan cheesecake ni x muak di makan, sebab kek ni x terlalu manis & tambahan rasa lemon & esen vanilla menjadikan gabungan rasa yang superrr sedap!

Kek ni antara kek yang Paling Mudah untuk di buat. just gaul2 ja hingga sebati semua bahan2. Bahan pun x banyak guna.

Bahan2 :

500gr Cream Cheese ( suhu bilik )
160 Gula Pasir/Kastor
255gr Dairy Whipping Cream
4 biji Telur ( A)
10gr Tepung gandum
5gr Tepung Jagung
1/2 sdm Jus Lemon
2 sdt esen Vanila

Loyang saiz 7 inci
sapukan mentega &* Lapikkan dengan kerta baking

Selamat Mencuba!




Tempat makan best pilihan kak sue pilihan semestinya di Grace Point Food Court Sembulan πŸ₯°πŸ₯°

Address

Grace Point Food Court Sembulan
Kota Kinabalu
88100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ButterCats posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ButterCats:

Shortcuts

Share

Category