Kupikupifm Sabah

Kupikupifm Sabah KUPIKUPI FM SABAH: A safe haven for Sabahan music, tales & heritage. OOGA X Sdn. Bhd (1040865-H)
(1127)

MENGENAI KUPIKUPI FM 96.3

KUPIKUPI FM adalah salah satu stesen radio di Sabah yang telah dilancarkan pada 28 Januari 2016 oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun. Ia adalah salah satu stesen radio komuniti tempatan yang cukup berbangga untuk memenuhi keperluan rakyat Sabah juga bermatlamatkan untuk mempromosi dan mempamerkan bakat tempatan Sabah. Stesen ini juga mempunyai kaitan yang sangat men

dalam dengan rakyat Sabah sama ada jauh dan dekat melaui cinta dengan muzik-muzik atau karya-karya seni Sabah. KUPIKUPI FM menjadi salah satu stesen radio komuniti tempatan yang berbangga untuk memenuhi keperluan rakyat Sabah dan juga berjanji untuk mempromosi dan mempamerkan bakat-bakat terpendam tempatan Sabah. Salah satu nilai teras stesen ini adalah dengan menyumbang semula kepada masyarakat dengan inisiatif “Kerja Komuniti 96.3FM” yang dikemudikan KUPIKUPI FM bersama sukarelawan daripada Kelab 96.3FM yang kini telah dikuatkan dengan seramai 80 orang ahli. Kelab 96.3FM secara rasminya telah ditubuhkan pada 20 Februari 2017 dimana ahli-ahli kelab ini menjadi kekuatan dan aset besar kepada stesen ini bagi membantu merapatkan lagi juran dan mendekatkan lagi silaturahim bersama pendengar-pendengar setia KUPIKUPI FM. Ini menjadikan stesen radio ini stesen yang menitik beratkan nilai kasih sayang dan bekerja keras demi untuk rakyat Sabah tidak kira dari mana asal-usul seseorang itu. Stesen KUPIKUPI FM dikendalikan oleh satu pasukan muda, rakyat Sabah yang bersemangat, dan antara stesen radio di Malaysia yang memainkan majoriti lagu-lagu tempatan Sabah, memberikan penyanyi tempatan dan penghibur sebuah platform untuk mempamerkan dan mempromosikan bakat mereka. Ini juga mejadi salah satu daripada pelbagai cara kita kekal setia kepada objektif untuk menonjolkan penghibur tempatan dalam industri. Stesen ini juga melihat dan peka dengan isu-isu sosial dan trend terkini dalam masyarakat. Pendengar akan dihiburkan dan dididik mengenai topik dan isu-isu semasa yang terdiri daripada adat resam dan tradisi kepada pembangunan sosial ekonomi, trend global dan sosial, kesihatan dan pemakanan serta pertanian. KUPIKUPI FM ini akan berkembang selaras dengan kemasyarakatan di dalam perubahan ekonomi dan sosial yang tidak dapat dielakkan. Stesen yang akan menjadi stesen radio no.1 di hati rakyat-rakyat Sabah berpegang kepada slogan Kita-kita juga baini!!!!

Ini barang kalau teda dalam beg, habislah saya.. nda boleh sa bikin kerja satu hari 😅
11/08/2026

Ini barang kalau teda dalam beg, habislah saya.. nda boleh sa bikin kerja satu hari 😅

11/08/2026

Kana juga kamu? Numbur 3 sudah ni.

Masih fikir kena pigi KL baru bulih dapat pakej percutian yang murah-murah? Ndak payah sudah—Star Karnival Cuti-Cuti Mal...
10/08/2026

Masih fikir kena pigi KL baru bulih dapat pakej percutian yang murah-murah? Ndak payah sudah—Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia kini balik di Imago Shopping Mall Kota Kinabalu, bawa terus tawaran percutian paling siok untuk kamurang!

Di sini, kamurang bulih jumpa macam-macam pakej percutian, hotel, taman tema, sama tiket penerbangan, semua ada di bawah satu bumbung. Jangan lupa singgah di booth Batik Air untuk nikmati diskaun eksklusif 15% dan dapat merchandise rasmi percuma.
🎁Belanja minimum RM250 di pempamer yang mengambil bahagian dan berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik dengan nilai melebihi RM12,000!*

Sertai aktiviti interaktif dan menangi hadiah menarik bernilai lebih RM20,000!*✨Tourism Malaysia

*Tertakluk pada terma dan syarat.

📍Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu
📅 14 -16 Ogos 2026
🎟️ Masuk Percuma

Lihat Tawaran Eksklusif: https://bit.ly/kupikupi_facebook_postorganicsocialkk_aws

BAH, JOM SIHAT SAMBIL MENIKMATI SUNSET!Sempena Hari Sabah 2026, KupiKupi FM 96.3 bersama-sama mengajak kamu semua join S...
10/08/2026

BAH, JOM SIHAT SAMBIL MENIKMATI SUNSET!

Sempena Hari Sabah 2026, KupiKupi FM 96.3 bersama-sama mengajak kamu semua join Sunset BriskWalk di Tanjung Lipat, Ahad, 30 Ogos 2026, bermula jam 4.30 petang!

Bawa family, kawan-kawan, pasangan atau geng kamurang. Kita jalan santai, hirup udara laut, menikmati sunset dan paling penting… kita jaga kesihatan sama-sama bah!

Lepas briskwalk, jangan terus balik! Kita kasi tambah lagi semangat dengan Zumba!

Yang paling best, penyertaan adalah PERCUMA! Jadi, tiada alasan sudahlah kaan!

📍 Tanjung Lipat
📅 30 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 4.30 petang

Jom Sihat Bersama KupiKupi FM!
Kita jalan, kita happy, kita celebrate Hari Sabah!

TanjungLipat KitaKitaJugaBaini

10/08/2026

MC 3 hari tapi muka sunburn? Jelaskan… ayohh jelassskan…

Morning Kinabalu FELIX@pilik 🇲🇨🇲🇾 & Deedee Cassandra Dallius yang dibawakan oleh Maxis bersama YBRS. PUAN MISMAH BINTI J...
09/08/2026

Morning Kinabalu FELIX@pilik 🇲🇨🇲🇾 & Deedee Cassandra Dallius yang dibawakan oleh Maxis bersama YBRS. PUAN MISMAH BINTI JIMBUN Mismah Jimbun KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN,
PLANETARIUM NEGARA Planetarium Negara KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI.

Topik :
“ASTROPIKNIK : JURAIAN METEOR PERSEIDS 2026”

www.kupikupifm.my @ myaudio+

07/08/2026

Bulih tahan c anteh Martinah sikarang oh 😌 FELIX@pilik 🇲🇨🇲🇾

07/08/2026

Mural “Remembering Australia Place” di Lorong Dewan kini masih dalam proses, membawa kisah sejarah Australia Place serta mengenang jasa anggota perkhidmatan Australia dalam membantu membangunkan semula Jesselton selepas Perang Dunia Kedua.

Stay tuned! ✨🇲🇾🇦🇺

Kamurang sudah nampak kaa? Bah, kalau belum pigi singgah dan hayati kisah di sebalik “Remembering Australia Place”!Mural...
07/08/2026

Kamurang sudah nampak kaa? Bah, kalau belum pigi singgah dan hayati kisah di sebalik “Remembering Australia Place”!

Mural istimewa hasil usaha Pillars of Sabah dengan sokongan Australian High Commission dan DBKK ini bukan sekadar cantik untuk bergambar, tapi turut memperingati sejarah Australia Place di Lorong Dewan, Kota Kinabalu.

Di sinilah kita dapat mengenang jasa anggota perkhidmatan Australia yang memainkan peranan penting membantu memulihkan dan membangunkan semula Jesselton selepas Perang Dunia Kedua.

Kadang-kadang, sejarah paling bermakna tersimpan di lorong-lorong yang kita lalu setiap hari. Bah, kalau kamurang lalu kawasan sana, jangan lupa singgah, ambil gambar, dan hargai kisah yang membentuk bandar kita hari ini.

Mungkin nama yang kamurang dapat sekarang ni atas dasar satu peristiwa atau melambang sesuatu kan?
06/08/2026

Mungkin nama yang kamurang dapat sekarang ni atas dasar satu peristiwa atau melambang sesuatu kan?

Address

72 Jalan Coastal
Kota Kinabalu
88100

Opening Hours

Monday 06:00 - 00:00
Tuesday 06:00 - 00:00
Wednesday 06:00 - 00:00
Thursday 06:00 - 00:00
Friday 06:00 - 00:00

Telephone

+6088275023

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kupikupifm Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kupikupifm Sabah:

Shortcuts

Share

Category