Deasoka

Call Directions Website Contact the business

Deasoka Website berita Sabah, liputan komprehensif dan isu semasa melangkaui Borneo. com dan semua saluran media sosial kami. www.deasoka.com

Deasoka.com merupakan agensi media berdaftar yang menyajikan laporan berita secara komprehensif terutamanya di negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Sebarang hebahan media dan liputan di portal berita kami adalah daripada sumber sahih yang dibawakan oleh wartawan bernaung di dalam agensi media Deasoka.com. Komen dan pendapat netizen adalah amat dialu-alukan namun sebagai agensi media yang bertanggungjawab, pemantauan ruangan komen serta pembuangan komen yang dikenalpasti melanggar polisi bersesuaian dengan standart komuniti Facebook akan segera dilaksanakan. Untuk sebarang perkembangan terkini,iklan dan feedback, sila layari laman website Deasoka.

Chief Minister receives courtesy call from Canadian High CommissionerKOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima H...
30/09/2026

Chief Minister receives courtesy call from Canadian High Commissioner

KOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor received abcourtesy call from the High Commissioner of Canada to Malaysia, HE Jodi Robinson, at Menara Kinabalu here today.

Hajiji welcomed Robinson’s visit and expressed hope that cordial relations between Sabah and Canada would continue to strengthen, particularly through exploring trade and investment opportunities.

During the meeting, the Chief Minister briefed the High Commissioner on Sabah’s focus on the Blue Economy, including the aquaculture sector's potential, which offers
opportunities for collaboration with Canadian investors and strategic partners.

He also highlighted that Sabah’s industrial parks are ready to receive foreign investment, including the Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu, Kudat Blue Economy Industrial Park, Sipitang Oil and Gas Industrial Park
(SOGIP), among others.

Hajiji hoped the visit would pave the way for greater cooperation and more Canadian investment opportunities in Sabah, contributing to the State’s economic growth and development.

Canada had previously expressed its intention to expand bilateral ties and trade with Malaysia in sectors including agriculture, healthcare, information and communications
technology (ICT), artificial intelligence (AI), semiconductors and educational exchanges.

Kritik kerajaan perlu berasaskan fakta, bukan ‘Kad Laporan Palsu’-AksyahKOTA KINABALU: Ketua Penerangan (Penaja) Parti G...
29/09/2026

Kritik kerajaan perlu berasaskan fakta, bukan ‘Kad Laporan Palsu’-Aksyah

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan (Penaja) Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Kinabatangan, Aksyah Haji Nasrah, menyifatkan penyebaran risalah dan ‘Kad Laporan Palsu’ oleh segelintir jentera siber pembangkang sebagai usaha memberikan persepsi seolah-olah kerajaan negeri tidak menjalankan amanah pembangunan untuk rakyat.

Beliau berkata, jika mahu mengkritik sesebuah kerajaan, kritikan perlu berasaskan fakta dan angka kerana politik membabi buta tanpa berpandukan data hanya mendedahkan kedangkalan pemikiran di hadapan masyarakat Sabah yang semakin matang.

“Saya tertarik untuk meneliti risalah dan kad laporan rekaan yang disebarkan oleh segelintir jentera siber pembangkang baru-baru ini. Naratif yang cuba mereka bawa amat mudah dibaca; mereka mahu memberikan persepsi seolah-olah Kerajaan Negeri hari ini sedang tidur dan langsung tidak menjalankan amanah pembangunan untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Aksyah berkata, ketika Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, memacu pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya Fasa 2 (SMJ 2.0), fokus beliau adalah kepada struktur, integriti angka dan hasil jangka panjang, bukannya jalan populis yang hanya sedap didengar tetapi akhirnya membiarkan kantung negeri kosong dan tenat.

Katanya, dalam aspek kebajikan rakyat, jumlah penerima bantuan kebajikan di bawah pentadbiran hari ini meningkat daripada 100,000 penerima pada 2025 kepada 140,000 penerima pada 2026, manakala Program Rumah Mesra SMJ p**a sudah memberi perlindungan dan manfaat kepada 7,482 penerima serta diperluaskan bagi membantu pasangan muda yang baru membina kehidupan.

“Bagi sektor pendidikan, peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kini mencecah RM155 juta, satu angka tertinggi dalam sejarah pentadbiran Sabah. Ini ditunjangi p**a oleh impak Tabung Pendidikan Negeri yang telah menyalurkan RM40 juta kepada 27,781 pelajar sejak tahun 2022,” katanya.

Mengenai isu utiliti dan infrastruktur kritikal seperti air, elektrik dan jalan raya, Aksyah berkata, krisis yang berlaku ketika ini perlu dilihat sebagai kesan rantaian daripada kecacatan dasar serta pengabaian era terdahulu, namun kerajaan hari ini tidak pernah berpeluk tubuh.

Dalam sektor air, beliau mendakwa ketika Datuk Seri Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri dan Warisan menjadi kerajaan, beberapa konsesi air dihentikan atas alasan penjimatan RM1 bilion wang rakyat.

“Namun, tindakan kurang cerdik ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam. Pun begitu, apabila Hajiji menjadi Ketua Menteri, beliau mencuci pinggan kotor yang ditinggalkan oleh Warisan tanpa banyak berkata-kata. Buktinya, Hajiji di bawah teraju kerajaan GRS telah melaksanakan Projek Penstrukturan Semula Bekalan Air bernilai lebih RM1 bilion dan sehingga kini sedang rancak berjalan,” katanya.

Aksyah berkata, tanpa mengira siapa kontraktor pelaksana, atas kebijaksanaan Hajiji, isu Projek Hidro Ulu Padas yang sekian lama tergendala dapat dituntaskan.

“Menurut perkiraan, menjelang tahun 2030, apabila Projek Hidro Ulu Padas siap dan mula beroperasi sepenuhnya, ia berupaya menyokong pengeluaran sehingga 6,000 juta liter air sehari (MLD) yang mampu menampung keperluan rakyat Sabah sehingga 100 tahun akan datang,” katanya.

Dalam sektor tenaga p**a, beliau berkata, di bawah kawal selia Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), jidar simpanan (reserve margin) elektrik meningkat daripada paras kritikal lapan peratus pada 2024 kepada 19 peratus setakat Ogos 2026 dan berada di landasan untuk mencapai 26 peratus menjelang akhir tahun ini.

Bagi infrastruktur jalan raya, Aksyah berkata, momentum Lebuhraya Pan Borneo Sabah pernah terjejas akibat tindakan kerajaan terdahulu membatalkan model Rakan Pelaksana Projek (PDP) tanpa pelan gantian yang konkrit, namun usaha pembangunan tetap diteruskan.

“Sebanyak empat daripada 16 pakej di bawah Fasa 1A telah siap sepenuhnya, diiringi pembinaan jalan luar bandar sepanjang 126.466 kilometer bernilai RM687.7 juta. Hajiji sedang bekerja keras membaiki segala kerosakan infrastruktur yang mereka tinggalkan dahulu, tetapi anehnya, mereka p**a yang menuding jari hari ini,” katanya.

Aksyah berkata, pembangunan negeri juga tidak akan kukuh tanpa persediaan modal insan yang mampan, justeru pelbagai program strategik untuk membugarkan potensi belia dilaksanakan di bawah kerajaan GRS.

Katanya, melalui platform seperti Majlis Perundingan Pelajar Sabah (MPPS), Destini SMJ, Dewan Belia Sabah dan Felo SMJ, golongan muda diberikan ruang untuk belajar memimpin serta terlibat secara langsung dalam merangka dasar pembangunan negeri, manakala Outreach Usahawan Muda dan program SYABAS terus digerakkan bagi memperkukuh peniaga tempatan berskala kecil dan sederhana.

Mengulas pembangunan negeri secara keseluruhan, Aksyah berkata, membangunkan semula sebuah negeri pasca-krisis yang pernah tenat hasil tinggalan Warisan tidak boleh diselesaikan sekelip mata seperti memetik jari.

“Proses pembangunan fizikal harus difahami sebagai sasaran kerja yang realistik, bukannya sebuah jaminan mutlak tanpa mengambil kira cabaran teknikal di lapangan.

“Ini tidak seperti Datuk Seri Shafie Apdal dalam satu ucapannya yang secara populis mendakwa kononnya mampu menyelesaikan masalah air dalam tempoh setahun, selain dakwaan retorik mampu melahirkan 40 ribu graduan kejuruteraan dalam tempoh setahun,” katanya.

Beliau berkata, Hajiji lebih tahu, bertanggungjawab dan akur bahawa pembangunan mapan memerlukan masa, ketekunan serta strategi yang betul, selain ketelitian dan iltizam politik yang jitu.

“Saya lihat, pihak pembangkang sebenarnya sudah habis modal. Mereka kini terlalu terdesak sehingga terpaksa menggunakan taktik ‘politik mata lalat’—hanya tahu mencari cacat cela kecil—dengan menerbitkan Kad Laporan Palsu hasil hasad dengki mereka terhadap kebolehan kemudi pentadbiran hari ini.

“Hajiji dan GRS slay!” katanya.

Pusat Kerjasama WHO bagi Malaria Zoonotik di UMS satu pencapaian penting bagi SabahKOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Se...
28/09/2026

Pusat Kerjasama WHO bagi Malaria Zoonotik di UMS satu pencapaian penting bagi Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan pembukaan Pusat Kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaria Zoonotik di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai satu pencapaian penting bagi Sabah.

“Pembukaan pusat ini mengiktiraf kepakaran dan sumbangan UMS dalam penyelidikan malaria, khususnya kajiannya mengenai Plasmodium knowlesi. Ia merupakan satu pencapaian yang bukan sahaja membawa pengiktirafan kepada UMS, tetapi juga kepada Sabah dan Malaysia,” katanya pada majlis perasmian di Galeri Majlis Bangunan Canselori UMS pada Isnin.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Ketua Menteri berkata Malaysia telah mencatat kemajuan yang amat memberangsangkan dalam kawalan dan penghapusan malaria, termasuk berjaya memutuskan penularan tempatan parasit malaria manusia.

“Namun, Plasmodium knowlesi membawa cabaran yang berbeza. Penularannya melibatkan interaksi kompleks antara manusia, kera, nyamuk dan alam sekitar.

“Cabaran ini amat relevan kepada Sabah. Kekayaan biodiversiti serta interaksi rapat antara masyarakat, hidupan liar dan persekitaran hutan bermakna kita perlu melihat melangkaui pendekatan tradisional dalam kawalan malaria,” katanya.

Hajiji berkata usaha menangani malaria zoonotik memerlukan pengawasan, penyelidikan dan kawalan vektor, di samping pemahaman mengenai hidupan liar dan perubahan alam sekitar.

“Paling penting, ia memerlukan kerjasama merentas sektor. Di sinilah pendekatan Satu Kesihatan atau One Health (satu rangka kerja bersepadu dan kolaboratif yang mengiktiraf saling kebergantungan antara kesihatan manusia, haiwan, tumbuhan dan alam sekitar) amat penting.

“Sebagai Pro-Canselor UMS, saya berbangga bahawa penubuhan Pusat ini menghimpunkan kekuatan UMS, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta rakan kerjasama nasional dan antarabangsa.

“Kita mesti memastikan hasil penyelidikan diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal dan tindakan kesihatan awam, di samping melabur dalam pembangunan penyelidik muda dan profesional kesihatan yang akan meneruskan usaha ini pada masa hadapan,” katanya.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri Sabah memberikan sokongan padu kepada inisiatif yang memajukan penyelidikan, inovasi dan kerjasama antarabangsa.

“Pusat ini menunjukkan bagaimana sebuah institusi yang berpangkalan di Sabah mampu menyumbang kepada agenda kesihatan awam antarabangsa. Ia juga boleh membantu meletakkan Sabah sebagai platform serantau bagi kerjasama dalam malaria zoonotik dan pendekatan Satu Kesihatan.

“Pengalaman Sabah boleh menawarkan pengajaran kepada negara-negara yang berdepan cabaran sama, sebagaimana kita juga boleh belajar daripada rakan serantau dan antarabangsa. Pertukaran ilmu dan kepakaran ini akan memperkukuh kita semua,”
katanya.

“Tahniah kepada UMS, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Pusat Penyelidikan Perubatan dan Kesihatan Borneo atas pencapaian penting ini. Syabas dan tahniah!” katanya.

Sabah perlu perluas industri hiliranKOTA KINABALU: Sabah perlu mempergiat pembangunan industri hiliran bagi mewujudkan l...
27/09/2026

Sabah perlu perluas industri hiliran

KOTA KINABALU: Sabah perlu mempergiat pembangunan industri hiliran bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat dan memastikan nilai ekonomi sumber tempatan dinikmati dalam negeri.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor (PKMB), Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, berkata pendekatan itu selaras dengan saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, supaya aktiviti hiliran dijadikan budaya dan hala tuju pembangunan ekonomi Sabah.

Beliau berkata, sudah tiba masanya Sabah beralih daripada sekadar mengeluarkan dan mengeksport bahan mentah kepada sebuah negeri yang mampu memproses, menghasilkan serta memasarkan produk siap berkualiti tinggi.

“Saya menyokong sepenuhnya saranan Ketua Menteri. Sabah mempunyai kekayaan sumber pertanian dan komoditi yang besar. Jangan sampai kita hanya mengeluarkan bahan mentah, kemudian produk bernilai tinggi itu dihasilkan di tempat lain dan kita membeli semula dengan harga yang lebih mahal,” katanya.

Menurutnya, penghasilan Bantal Lateks Lumi Borneo menggunakan lateks tempatan adalah contoh bagaimana sumber negeri boleh diproses menjadi produk akhir bernilai tambah dan membuka ruang kepada lebih banyak inovasi berasaskan sumber tempatan.

“Kalau getah boleh menghasilkan bantal lateks, kita perlu melihat lebih jauh lagi. Tilam lateks, kasut getah dan pelbagai produk lain boleh diterokai. Begitu juga dengan komoditi lain yang kita ada di Sabah,” katanya.

Yazid berkata, pembangunan industri hiliran bukan hanya mengenai keuntungan, sebaliknya mampu mewujudkan rantaian ekonomi lebih luas membabitkan pemprosesan, teknologi, pembungkusan, kawalan kualiti, pemasaran, logistik dan pengedaran.

Katanya, perkembangan itu sekali gus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan kepada anak muda Sabah, termasuk di kawasan luar bandar, tanpa mereka perlu berhijrah ke luar negeri untuk mencari pekerjaan.

Beliau turut menegaskan pekebun kecil, petani, peladang dan nelayan perlu menjadi antara pihak yang menerima manfaat langsung daripada pembangunan industri hiliran.

“Nilai tambah yang kita hasilkan mestilah akhirnya kembali kepada rakyat. Jangan hanya bahan mentah yang keluar dari kampung, tetapi nilai ekonomi yang besar p**a dinikmati di tempat lain,” katanya.

Dalam konteks industri getah, beliau berkata kejayaan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menghasilkan produk berasaskan lateks tempatan membuktikan agensi negeri mempunyai potensi memainkan peranan lebih besar dalam memperkukuh industri hiliran.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri perlu terus memperkukuh sokongan dalam penyelidikan, teknologi, latihan kemahiran, pembiayaan dan pemasaran supaya produk tempatan mampu berkembang daripada pasaran Sabah ke peringkat nasional dan antarabangsa.

“Kita jangan hanya bertanya apa yang boleh kita keluarkan dari Sabah. Kita mesti mula bertanya apa yang boleh kita hasilkan daripada apa yang kita ada di Sabah.

“Daripada bahan mentah kepada produk siap, daripada pengeluar kepada usahawan, daripada kampung kepada pasaran dunia — inilah arah yang perlu kita bina bersama,” katanya.

-Ends.

Tambah kerusi atau perwakilan satu pertiga?KOTA KINABALU: Isu pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak menimb...
26/09/2026

Tambah kerusi atau perwakilan satu pertiga?

KOTA KINABALU: Isu pertambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan Persekutuan benar-benar komited kepada perwakilan satu pertiga atau sekadar mahu menambah beberapa kerusi.

Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak, berkata kedua-duanya berbeza kerana pertambahan kerusi tidak semestinya mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak jika kerusi di Semenanjung turut ditambah sehingga nisbah keseluruhan tidak banyak berubah.

“Jadi, isu sebenar bukan berapa banyak kerusi yang ditambah, tetapi berapa peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen yang akhirnya akan dipegang oleh Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Salleh, ketika Malaysia dibentuk pada 1963, Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura terlibat dalam proses pembentukan Persekutuan baharu, dengan Sabah, Sarawak dan Singapura ketika itu secara bersama mempunyai kira-kira satu pertiga kerusi Parlimen.

Katanya, pemisahan Singapura pada 1965 mengubah susunan tersebut dan hari ini terdapat pelbagai tafsiran tentang bagaimana prinsip asal satu pertiga itu harus diterapkan.

“Namun persoalan asas masih relevan: adakah semangat dan keseimbangan pembentukan Malaysia harus terus tercermin dalam perwakilan Parlimen Sabah dan Sarawak?” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan perlu memperjelaskan sama ada matlamatnya ialah perwakilan satu pertiga atau sekadar pertambahan kerusi.

“Bagi Sabah dan Sarawak, isu ini bukan sekadar mendapatkan lebih banyak kerusi. Ia mengenai sama ada kedudukan dan perwakilan mereka mencerminkan semangat serta persefahaman ketika Malaysia dibentuk,” katanya.

Yazid seru masyarakat semarak budaya derma darahKENINGAU: Masyarakat digesa menjadikan amalan menderma darah sebagai sat...
26/09/2026

Yazid seru masyarakat semarak budaya derma darah

KENINGAU: Masyarakat digesa menjadikan amalan menderma darah sebagai satu bentuk khidmat kebajikan dan sumbangan kemanusiaan kerana setitis darah yang didermakan mampu membantu menyelamatkan nyawa.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor (PKMB), Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, berkata kempen derma darah bukan sahaja membantu menambah bekalan darah di Hospital Keningau, malah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan amalan berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas berkunjung ke Program Kempen Derma Darah di kawasan Pasar Malam Keningau, hari ini.

Program berkenaan dianjurkan bersama Persatuan Kebajikan Pedalaman Sabah (PEDABRO) dan Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Keningau, bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026.

“Derma darah merupakan satu amalan mulia yang mampu membantu menyelamatkan nyawa. Saya amat menghargai kesediaan masyarakat tampil menderma dan menyokong kempen seperti ini,” katanya.

Yazid turut merakamkan tahniah dan penghargaan kepada PEDABRO serta Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Keningau atas inisiatif menganjurkan kempen berkenaan, termasuk petugas kesihatan, sukarelawan dan semua pihak yang terbabit.

Katanya, usaha murni seperti itu wajar diteruskan secara berterusan dengan penglibatan lebih banyak pertubuhan masyarakat, badan bukan kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat.

“Budaya saling membantu dan prihatin terhadap keperluan orang lain perlu terus dipupuk dalam masyarakat kita. Setitis darah yang kita dermakan mungkin menjadi harapan dan menyelamatkan nyawa seseorang,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat yang layak dan sihat supaya menjadikan derma darah sebagai salah satu bentuk khidmat kebajikan kepada masyarakat.

“Tolong-menolong ialah budaya kita. Derma darah, selamatkan nyawa,” katanya.

Emas Adeola bukti anak Sabah mampu gegar pentas AsiaKOTA KINABALU: Kejayaan atlet karate kelahiran Tambunan, Adeola Fay ...
23/09/2026

Emas Adeola bukti anak Sabah mampu gegar pentas Asia

KOTA KINABALU: Kejayaan atlet karate kelahiran Tambunan, Adeola Fay Robert, menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun membuktikan anak Sabah mampu bersaing di pentas tertinggi Asia.

Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun dan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Keningau, Datuk Azman Haji Ruslan, menyifatkan kejayaan atlet berusia 20 tahun itu sebagai pencapaian membanggakan yang mengharumkan nama Sabah dan Malaysia.

Azizah berkata, kejayaan itu membuktikan bakat, disiplin dan kesungguhan atlet muda Sabah mampu membawa mereka ke pentas antarabangsa sekiranya diberikan sokongan, latihan dan peluang pembangunan yang berterusan.

“Adeola membuktikan anak Sabah mampu pergi jauh. Dengan peluang, sokongan, latihan dan ruang pembangunan berterusan, atlet muda kita mampu berdiri sama tinggi dengan atlet terbaik Asia dan dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adeola mencipta sejarah selepas menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4 dalam final kumite wanita bawah 55 kilogram di Gimnasium Toyohashi.

Sebelum itu, beliau menewaskan Asrar Jasem dari Kuwait 9-1 pada pusingan 16 terbaik, Sevinch Rakhimova dari Uzbekistan 8-7 di suku akhir dan Bella Samasheva dari Kazakhstan 5-4 pada separuh akhir.

Azman berkata kejayaan berkenaan membuktikan kesungguhan, disiplin dan keazaman tinggi mampu membawa anak Sabah ke pentas tertinggi Asia.

Beliau turut menyeru golongan muda supaya terus mengembangkan bakat dalam bidang sukan serta menjauhi kegiatan yang boleh merugikan diri, keluarga dan masa depan negara.

Menurut Azizah, perjalanan Adeola daripada membawa cabaran Sabah di peringkat kebangsaan sehingga menggalas cabaran Malaysia di Sukan Asia memperlihatkan pentingnya pembangunan bakat secara berterusan.

Pada SUKMA XXII Selangor 2026, Adeola meraih emas kumite wanita 61 kilogram sebelum membantu skuad kumite berpasukan wanita Sabah turut memenangi emas.

Azizah berkata kejayaan itu juga perlu menjadi dorongan untuk memperkukuh pembangunan sukan di Sabah, khususnya dalam mengenal pasti bakat muda dari daerah dan luar bandar serta menyediakan latihan, kemudahan dan pendedahan pertandingan yang mencukupi.

“Kita mahu lebih ramai Adeola dilahirkan dari Sabah. Bakat anak-anak kita perlu dicari, diasah dan diberikan peluang supaya mereka bukan sahaja menjadi juara di negeri sendiri, tetapi mampu membawa nama Sabah dan Malaysia ke persada dunia,” katanya.

Kejayaan di Aichi-Nagoya turut meneruskan momentum positif Adeola selepas meraih gangsa pada Sukan SEA Thailand 2025, selain menamatkan penantian Malaysia untuk emas karate wanita Sukan Asia sejak kejayaan Syakilla Salni pada edisi Incheon 2014.

GovTech perlu utamakan pengalaman rakyat, perkhidmatan proaktifKOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu agenda teknologi kera...
22/09/2026

GovTech perlu utamakan pengalaman rakyat, perkhidmatan proaktif

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu agenda teknologi kerajaan (GovTech) memberi tumpuan kepada pengalaman rakyat (Citizen Experience) dan penyampaian perkhidmatan secara proaktif, selaras dengan usaha memastikan urusan kerajaan lebih mudah, pantas dan mesra pengguna.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata falsafah GovTech meletakkan rakyat sebagai paksi utama (people-centric design), bermakna kerajaan
tidak lagi menunggu rakyat datang mencari perkhidmatan atau berdepan dengan kerenah birokrasi yang membebankan.

“Sebaliknya, teknologi dimanfaatkan agar perkhidmatan kerajaan dapat sampai kepada rakyat secara terus, lancar dan mesra pengguna,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Perasmian Seminar Digital@Sabah Edisi Ke-18 dan Digital Tamu 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini, hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Hajiji berkata, transformasi digital amat penting untuk meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan (Ease of Doing Business) di Sabah, sekali gus menarik
pelaburan dan memajukan ekonomi negeri.

“Namun, harus kita ingat bahawa teknologi canggih hanyalah sebuah alat. GovTech tidak akan membawa makna tanpa perubahan sikap dan minda (mindset shift) daripada para penjawat awam,” katanya.

Beliau berkata, kecekapan, integriti dan sifat empati penjawat awam adalah ‘enjin utama’ yang memberi jiwa kepada teknologi demi kesejahteraan rakyat Sabah, selain pemodenan sektor awam menerusi GovTech membolehkan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan meruntuhkan sistem kerja secara silo.

Katanya, integrasi data dan sistem antara agensi di peringkat Persekutuan dan negeri adalah prasyarat bagi mewujudkan perkhidmatan kerajaan yang pantas, mudah dan telus, terutama dalam usaha merapatkan jurang sosioekonomi serta memastikan limpahan pembangunan digital dinikmati rakyat hingga ke kawasan luar bandar dan pedalaman.

Hajiji turut mengingatkan bahawa peningkatan kebergantungan kepada ekosistem digital perlu disusuli benteng keselamatan siber yang kukuh, termasuk perlindungan data peribadi rakyat yang diamanahkan kepada agensi kerajaan.

Dalam pada itu, beliau berkata Program Digital Tamu yang dianjurkan serentak menjadi cerminan tekad kerajaan negeri dan Persekutuan dalam menyantuni serta memangkin ekosistem ekonomi digital tempatan, khususnya membabitkan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Sabah.

Beliau berkata, Digital Tamu menghimpunkan sehingga 30 pempamer termasuk syarikat teknologi tempatan yang menawarkan solusi digital dan teknologi terkini, selain agensi sokongan seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) sebagai pemudah cara
mempercepatkan proses pendigitalan perniagaan PMKS di negeri ini.

“Saya amat berharap usahawan-usahawan tempatan dapat memanfaatkan platform ini sepenuhnya demi kelestarian perniagaan mereka pada era digital ini,” katanya.

Pelarasan tarif elektrik demi jamin kestabilan tenaga SabahKOTA KINABALU: Pelarasan tarif elektrik sebanyak 15 peratus b...
22/09/2026

Pelarasan tarif elektrik demi jamin kestabilan tenaga Sabah

KOTA KINABALU: Pelarasan tarif elektrik sebanyak 15 peratus bukan bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya pelaburan struktur bagi menjamin kestabilan grid dan keterjaminan bekalan tenaga Sabah dalam jangka panjang.

Ketua Penerangan (Penaja) Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Kinabatangan, Aksyah Haji Nasrah, berkata kira-kira 85 peratus pengguna domestik tidak terkesan teruk kerana hanya mengalami impak minimum.

Beliau berkata, tindakan pembangkang memutarbelitkan isu pelarasan tarif itu disifatkan sebagai retorik politik murahan yang bankrap idea.

“Rasional pelarasan ini wajib dilihat bersama dengan lonjakan prestasi di bawah Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) sejak pengambilalihan kuasa kawal selia oleh Kerajaan Negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Aksyah berkata, di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, jidar simpanan (reserve margin) penjanaan tenaga Sabah meningkat daripada paras kritikal lapan peratus pada 2024 kepada 19 peratus setakat Ogos lalu.

Katanya, jidar simpanan itu dijangka mencapai 26 peratus menjelang akhir tahun ini, sekali gus memperlihatkan peningkatan kapasiti rizab penjanaan tenaga Sabah.

“Kestabilan dan jaminan tenaga ini amat kritikal bagi wilayah luar bandar seperti Kinabatangan. Kita tidak boleh bertolak ansur lagi dengan episod catuan bekalan (blackout) kronik yang selama ini merencat potensi ekonomi rakyat di Sukau, Kuamut dan Lamag,” katanya.

Menurutnya, pelarasan tarif yang berhemah itu adalah pelaburan struktur demi memastikan kestabilan grid jangka panjang dapat dinikmati secara seimbang sehingga ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, melalui perancangan Majlis Tenaga Sabah (MTS), projek berimpak tinggi seperti loji janakuasa gas di Sandakan dan Tawau, penambahan Solar Berskala Besar (LSS) serta Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) kini giat dilaksanakan bagi memperkukuh keterjaminan bekalan, khususnya di Pantai Timur.

“Pembangkang hanya tahu mengkritik demi talian hayat politik mereka. Sebaliknya, kerajaan hari ini bertindak bertanggungjawab memulangkan semula setiap sen pelarasan kos dalam bentuk kestabilan grid yang kalis cabaran demi menjayakan agenda,” katanya.

KKIS beri peluang pelajar sekolah tahfiz, pondok belajar kemahiranKOTA MARUDU: Kolej Kemahiran Islam Sabah (KKIS) di Pus...
22/09/2026

KKIS beri peluang pelajar sekolah tahfiz, pondok belajar kemahiran

KOTA MARUDU: Kolej Kemahiran Islam Sabah (KKIS) di Pusat Pusat Latihan Dakwah USIA – AlBukhary, Kampung Marasinsim, di sini, menjadi satu lagi landskap pendidikan baharu dalam latihan kemahiran di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata penubuhan kolej ini juga adalah satu usaha yang amat baik, tepat pada masanya dan relevan dengan keperluan semasa.

“Sudah pasti kolej ini memberi peluang kepada ramai anak-anak daripada institusi pondok, tahfiz dan pendidikan Islam di Sabah, meneruskan pengajian mereka dalam bidang kemahiran. Pelajar-pelajar tahfiz ini sudah mempunyai asas agama, hafazan dan nilai akhlak yang baik.

“Namun, dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar, mereka juga perlu diberikan kemahiran teknikal supaya mempunyai peluang pendidikan dan kerjaya yang lebih luas.

Kita mahu menggabungkan ilmu Islam dengan kemahiran teknikal dan vokasional, agar lepasan pondok dan tahfiz bukan sahaja mempunyai ilmu agama, tetapi juga mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan.

“Kita mahu anak-anak Sabah, termasuk lepasan pondok dan tahfiz, mempunyai laluan pendidikan dan kemahiran yang jelas serta mampu menyesuaikan diri dengan
perkembangan teknologi, khususnya dalam menghadapi cabaran masa depan seperti Kecerdasan Buatan atau AI,” katanya pada Majlis Perasmian Kolej Kemahiran Islam
Sabah atau KKIS, di Pusat Latihan Dakwah USIA AlBukhary, Kampung Marasinsim, di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Mohd. Arif.

Dalam pada itu Ketua Menteri mahu kerjasama strategik Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan atau IKDAR akan terus
diperkukuhkan.

“Ini bagi memastikan KKIS dapat berkembang sebagai sebuah institusi kemahiran Islam yang berkualiti dan berdaya saing. Kita amat menghargai perkongsian kepakaran, teknologi, pengalaman serta jaringan pendidikan yang dibawa oleh IKDAR dalam pembangunan KKIS.

“Sudah pasti tindakan ini memberikan nilai tambah kemahiran supaya golongan muda Islam bukan sahaja mantap ilmu agama, malah berdaya saing di pasaran kerja.

Kerajaan negeri akan menyokong USIA dan badan bukan kerajaan (NGO) yang lain bagi melaksanakan usaha yang baik untuk kepentingan rakyat.

“Saya berharap KKIS terus memperluaskan program kemahiran, memperkukuh kerjasama industri serta mememperkasa penguasaan AI dan teknologi digital, agar lahir graduan yang kukuh nilai agamanya, tinggi kemahirannya dan bersedia menghadapi masa hadapan.” katanya.

“Hari ini, kita dapat menyaksikan sendiri hasil daripada komitmen itu apabila bangunan ini telah dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan diberikan nafas baharu melalui penubuhan KKIS. Saya berharap kolej ini terus menjadi pusat pendidikan, pembangunan modal insan dan pemerkasaan ummah di Sabah,” katanya.

Address

Kota Kinabalu
882000

Telephone

+6088204170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Deasoka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Deasoka:

Shortcuts

Share