Virals NOW TV

Directions Website

Virals NOW TV Uniqe, Impressive, Funny & Trending Viral Videos.
📌FREE PAID REVIEW.

BEST FIND✅ No 16-17, 58-59👇🏻
🛒Link in Bio : https://mycollection.shop/shopmalls

📌 https://www.youtube.com/
'Subscribe' YouTube

Definisi Gaji Berkat
07/10/2026

Definisi Gaji Berkat

Nak tanya kalau dapat duit mcm ni nak buat apa? Kita meniaga xsdr ada dlm drawer ...cc : _Sh*tahabdullahJawapan : Tulisa...
27/09/2026

Nak tanya kalau dapat duit mcm ni nak buat apa? Kita meniaga xsdr ada dlm drawer ...

cc : _Sh*tahabdullah

Jawapan : Tulisan pada uang kertas tersebut bukan ayat Al-Qur'an, melainkan doa atau rajah buatan berbahasa Arab (campuran bahasa Arab 'ammiyah/dialek) yang berisi permohonan menarik uang (fulus).
​Teks Arab yang terbaca pada uang tersebut:
​... مَالَهُ فِتْنَةٌ ..... أَنْ يَأْتِيَنَا بِهَا الفُلُوسُ ..... وَتُعْطَى لَنَا بِهَا الفُلُوسُ مِنْ هَذَا الفُلُوسِ ..... وَيُيَسَّرْ لَنَا بِهَا الفُلُوسُ ..... بِعَدَدِ أَنْوَاعِ الفُلُوسِ وَأَلْوَانِ الفُلُوسِ ..... الفُلُوسِ ... وَتُكْثِرْ ..... وَعَلَى ... بِرَحْمَتِكَ ...
​Rincian kalimat dan artinya:
​Penggunaan kata "الفلوس" (Al-Fulus): Kata ini diulang berkali-kali, yang berarti "uang/duit". Kata ini adalah istilah umum dalam bahasa Arab (terutama dialek percakapan), bukan gaya bahasa Al-Qur'an.
​Makna tulisan: Berisi kalimat seperti "agar didatangkan kepada kami uang dengannya", "dan diberikan kepada kami uang dari uang ini", "dan dimudahkan bagi kami uang", serta "sebanyak macam-macam uang dan warna-warni uang".
​Tulisan ini tergolong sebagai wafaq, rajah, atau isim penarik rezeki/uang pelaris yang ditulis tangan oleh seseorang, bukan petikan dari surah Al-Qur'an.

Meremang bulu roma. Ya Allah , dia betul betul dah meninggal 😭 Pergi hari jumaat yang mulia. Moga Allah tempatkan arwah ...
25/09/2026

Meremang bulu roma.
Ya Allah , dia betul betul dah meninggal 😭
Pergi hari jumaat yang mulia. Moga Allah tempatkan arwah di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah

Okay done tutup kilang, dah complete team football iollss..Nak keluarkan seketul-seketul ni semua separuh nyawa, tak sen...
22/09/2026

Okay done tutup kilang, dah complete team football iollss..

Nak keluarkan seketul-seketul ni semua separuh nyawa, tak senang pun.. sama je susah macam mak lain, cumanya itulah tak serik ya,

Sumber: Threads syashatan

Terasa nak tolong jawab kepada Minah mmuichiiro. Nama pun dah bodoh.Ada member aku, dia ada dua kilang.Satu di Kelantan ...
12/09/2026

Terasa nak tolong jawab kepada Minah mmuichiiro. Nama pun dah bodoh.

Ada member aku, dia ada dua kilang.
Satu di Kelantan dan satu di Kedah dengan jumlah 100 orang pekerja.

Kilang dia di Kelantan dan Kedah bukan sebab murah. Kau ingat gaji di Kelantan dan Kedah lebih murah?

Kau tahu tak gaji minimum ni semua sama sahaja di seluruh Malaysia, RM1,700.
Gaji supervisor dia bayar basic RM3,000.
Gaji Exec dan Manager pun standard KL, dia bayar.

Kos sara hidup di Kelantan dah sama jer macam KL.
Kos sewa rumah pun sama.
Harga ikan, daging, telur dan harga nasi bungkus pun dah standard.
Tapi tak nafi masih ada kedai yang jual murah cuma portion jadi kecil.

Agaknya Minah mmuichiiro ingat AEON Mall buka kat Kelantan sebab gaji murah kot.🤣

Nak cakap Kapitalis konon.
Syarikat dia make profit daripada cara dia uruskan perniagaan, bukan perah kudrat dan keringat pekerja.

Staff....setiap tahun dapat "Duit Bonus Raya", "Duit Anak Buka Sekolah", Duit Anak Cemerlang. Keuntungan syarikat bagi bantuan Asnaf, buat rumah untuk asnaf dan lain-lain.

Bukan nak canang kebaikan tetapi bila orang tuduh orang Kelantan berniaga di negeri sendiri konon nak jimat kos...itu memang tuduhan bodoh.
Adanya kilang di Kelantan dan Kedah sebab nak bagi peluang orang tempatan kerja dan mudah nak dapat pekerja, small turnover.
Overhead cost remained same. Opex remained same doesn't matter where the location is.

InsyaAllah ramai yang support K.A.

cc Wan Amir

"APABILA KAMU SEDANG NAZAK":Emak Ayah kamu akan datang memujuk kamu agar kamu mengikut mereka pulang, begitu juga guru-g...
10/09/2026

"APABILA KAMU SEDANG NAZAK"

:Emak Ayah kamu akan datang memujuk kamu agar kamu mengikut mereka pulang, begitu juga guru-guru mursyid kamu yang hidup di dunia akan melambai-lambaikan tangannya agar kamu bertukar pemikiran mengikut mereka.....Nazak kamu semakin TENAT! -

Otak kamu sudah mati...Segala pancaindera kamu sudah tidak berfungsi...Yang kamu mampu dengar cuma bunyi nafas kamu turun naik. Bagaimanakah kamu bisa mendengarnya sedangkan segala-galanya juga sudah mati. Kamu mendengarnya dengan 'Mata Hati'.

Kamu tidak bisa bertahan lagi dalam tubuh kamu...kerana hampir semua organ-organ kamu sudah mula runtuh. Akhirya, kamu Mati....

Ketika kamu dimandikan, kamu merasa tersangat hairan....melihat anak isteri atau suami dalam keadaan murung...namun, kamu masih beranggapan bahawa kamu masih dibuai mimpi.....suatu mimpi yang sangat mengerikan.

Kamu tersangat hairan...apabila batang tubuh kamu disembahyangkan...kamu cuba untuk mencari jalan dan berusaha keras untuk memasuki semula ke batang tubuh kamu. Namun, laluan roh ke ubun-ubun kepala kamu sudah tertutup.....maka di saat ini, barulah kamu mulai sedar bahawa kamu sudah mati.

cc Noramin

Buka online banking nak check akaun loan rumah, tiba-tiba rasa nak luruh jantung.Harga rumah masa beli: RM300,000Baki po...
19/08/2026

Buka online banking nak check akaun loan rumah, tiba-tiba rasa nak luruh jantung.

Harga rumah masa beli: RM300,000
Baki pokok (Principal Balance): RM220,000
Tapi dekat Outstanding Balance dia tulis: RM780,000?!

Terus terduduk depan laptop.

“Aku beli rumah teres ke aku beli banglo dekat Damansara ni? Macam mana hutang boleh beranak sampai nak dekat RM1 juta?!"

Sabar, tarik nafas. Anda sebenarnya tak berhutang RM780k pun hari ni.

Kenapa Angka Tu Seram Gila?

1. Angka RM780k tu cuma Jumlah Maksimum Kontrak (Ceiling Rate ~10%) kalau senario paling buruk berlaku dalam ekonomi DAN anda bayar mengikut jadual asal selama 35 tahun (420 bulan). Bank tayang nombor "paling mahal" yang mereka layak tuntut secara undang-undang.

Tapi realitinya, anda takkan bayar jumlah tu sebab kadar semasa (Effective Rate) cuma sekitar 4%–5%, dan bank wajib beri rebat (Ibra') setiap bulan.

Bila dah faham benda ni, persoalan seterusnya:

Macam mana nak "rompak" balik keuntungan bank tu secara legal?

Formulasi Potong Loan 35 Tahun Jadi 12 Tahun

Katakan ansuran bulanan asal anda RM1,370/bulan untuk loan RM300,000:

1. Teknik "Double Payment" (Bayar Dua Kali Ganda)

Katakan naik pangkat atau ada rezeki lebih, anda bayar RM2,740/bulan (2x ganda).

* Tempoh loan 35 tahun (420 bulan) shrink jadi ~12 tahun (142 bulan) sahaja!

* Penjimatan keuntungan bank: Jimat RM200,000++ masuk poket sendiri.

Kalau nak lagi cepat? Bayar la extra ke baki pokok lebih lagi!

Gilaaa.. ingat aku ada duit banyak tu keeee?

Sabar dulu. Tak habis lagi ni.

2. Tak Mampu Double? Guna Teknik "Bayar Ekstra RM300"

Tambah RM300 sahaja setiap bulan (Total RM1,670/bulan).

* Tempoh pinjaman potong dari 35 tahun jadi ~24 tahun (Jimat 11 tahun!).
* Penjimatan keuntungan bank: Jimat ~RM95,000.

3. Kumpul Duit Khas (Lump Sum Setahun Sekali)

Kalau malas nak mengadap bank tiap-tiap bulan, simpan RM300–RM500 lebihan tu dalam Tabung Haji atau ASB dulu.

Cukup hujung tahun, keluarkan lump sum RM5,000–RM6,000 dan tembak terus ke Principal Balance.

Awas! 3 Perkara Kena Buat Sebelum Mula Bayar Ekstra

1. Tanya Bank Dulu

Jangan main redah masuk duit! Tanya pegawai bank atau customer service mereka dulu:

“Boleh tak saya nak buat bayaran ekstra untuk potong Principal?"

Sebab setiap bank ada sistem dan polisi berbeza.

Lepas tu sesuaikanla method mana yang okay untuk bank anda

2. Kenal Pasti Jenis Akaun

Kalau akaun Flexi/Semi-Flexi, bayaran lebih automatik potong pokok. Tapi kalau Non-Flexi, duit lebih tu cuma jadi advance payment (bayaran awal) dan TIDAK memotong pokok melainkan anda bagi arahan bertulis (principal reduction) kepada bank.

3. Semak Lock-in Period

Hati-hati! Biasanya bank ada syarat lock-in period (sekitar 3 hingga 5 tahun pertama). Kalau anda nak settle berhabis-habisan atau bayar lump sum terlalu besar dalam tempoh ni, bank boleh kenakan penalti sekitar 2% hingga 3% daripada baki pinjaman asal. Semak kontrak dulu!

Tak ada istilah bank menindas kalau kita ada ilmu. Bank tak pernah paksa kita sign, kita yang minta hutang. Jadi, manfaatkan struktur kontrak untuk pulih kewangan sendiri.

Cuba check online banking korang sekarang. Berapa Outstanding Balance paling "seram" yang korang pernah nampak? Drop angka kat komen! 👇👇

cc Jasmin Jara'ee

15/08/2026

Satu-satu serpihan tulang dua beranak dihempap lori tangki dikeluarkan

PETALING JAYA – Petugas forensik terpaksa mengeluarkan satu persatu serpihan tulang dan daging dipercayai milik dua beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah lori tangki dalam kemalangan tragis di Kilometer (KM) 9, Jalan Temerloh-Triang, di sini semalam.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan petugas forensik menjalankan kerja-kerja mengeluarkan sisa tubuh mangsa yang terperangkap di celah-celah rangka kereta Bezza dinaiki dua beranak tersebut.

Proses berkenaan dilihat dilakukan dengan penuh teliti susulan keadaan mangsa sudah rentung dalam kebakaran susulan kemalangan terbabit.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, sebuah lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dan petrol dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Perodua Bezza.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron sebelum ini memaklumkan, dua mangsa yang maut dipercayai seorang wanita berusia 39 tahun dan anak lelakinya berusia 12 tahun.

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada waris, kedua-dua mangsa dipercayai ibu dan anak, namun pengesahan identiti perlu dilakukan menerusi perbandingan ujian asid deoksiribonukleik waris.

Sementara itu, suami mangsa sebelum ini memaklumkan menerusi video tular bahawa hampir 95 peratus mangsa yang terlibat merupakan isteri dan anaknya.

“Saya nak bagitahu minta maaf sebab saya tak dapat berusan apa-apa buat masa ini. Isteri saya baru kemalangan dan disahkan kemungkinan besar 95 peratus meninggal di tempat kejadian dengan anak saya.

“Buat masa ini, minta maaf tak boleh berurusan dan saya punya pasukan akan berurusan kawan-kawan semua.

“Doakan saya, doakan ahli keluarga, doakan isteri dan anak saya semoga diletakkan bersama soleh solehah,” katanya.

Dalam pada itu, pemandu lori tangki berusia 37 tahun berjaya menyelamatkan diri dan mengalami kecederaan ringan dalam kejadian tersebut.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas serta mengesahkan identiti kedua-dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

Oleh KOSMO!
15 Ogos 2026,

“Bini mitok tok laki ceraikan dio melalui Thread. Dan tok laki ceraikan isteri talak 3 melalui Thread jugak. Disaksikan ...
14/08/2026

“Bini mitok tok laki ceraikan dio melalui Thread. Dan tok laki ceraikan isteri talak 3 melalui Thread jugak. Disaksikan ribuan netizen. Gila ‼️cerai di media sosial gitu jah..

Allahu tak malu ke dedah aib sendiri pahtu kutik duk baloh nga pasangan di media sosial..allah dah tutup aib kita..tapi kita sendiri yang buka😥😥”

cc MD Faisal

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Virals NOW TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share