02/03/2026
SEPULUH (10) TANDA-TANDA AMALAN DITERIMA OLEH ALLAH
Kata Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, (sesuatu amalan itu diterima atau ditolak diketahui oleh orang yang bersih jiwa dan terpilih peribadinya tahu amalannya diterima atau sebaliknya.
1. Dia tidak pernah mengulangi dosa yang pernah dibuat
Bila dia buat sesuatu dosa dan dia bertaubat dan mentaati kembali Allah Taala maka bila amalannya diterima, Allah menjadikan dia tidak lagi cenderung buat dosa, tidak dengan azam / cita-cita, atau kehendaknya dan tidak dengan peluang cuba dibuat. Seorang buat baik, dia tahu kebaikan itu akan hancur dengan dosa.
Disebutkan dalam hadis bahawa kejahatan-kejahatan boleh menghilangkan kebaikan. Antara kejahatan sebagai contoh hasad.
Orang-orang beriman yang buat taat, dia takkan berfikir nak buat jahat. Atau kembali melakukan (kesalahan lalu). Dia buat taat, tak fikir buat jahat.
2. Dia berterusan melakukan amalan
Bila dia buat satu amalan dia terus kekalkan. Inilah watak Nabi SAW, Nabi SAW bila buat suatu amalan, Nabi SAW kekalkan amalan itu. Bila amalan itu Allah terima dan Allah s**a, Allah jadikan amalan itu jadi rutin kita. Seolah-olah kita tak boleh hidup tanpa amalan itu.
Contoh: Orang biasa mengaji al-Quran, sebelum atau selepas Subuh –
Dia tak pernah berhenti sehingga dia jumpa Allah.
Orang yang dah jadi rutin dia solat berjemaah, begitulah dia berjemaah sampai dia mati.
Orang yang rutin bersedekah, dia terus bersedekah sehingga dia menemui Pencipta.
Orang yang rutin amar makruf nahi munkar (mengajak kepada kebaikan, cegah kemungkaran) dia terus melakukannya sehingga dia mati.
Orang yang mencintai ilmu, dia terus mencintainya sehingga dia mati.
Kisah Imam Al-Bairuni dekat nak mati masih membicarakan tentang ilmu. Dia mengatakan, “Aku mati dalam keadaan aku mengetahui (solusi) sesuatu masalah lebih aku s**a daripada aku mati dalam keadaan aku jahil terhadap sesuatu masalah.”
Kisah Imam Muhammad bin Yusuf (Abu Yusuf Syaibani) sebelum mati masih diskusi tentang ilmu sampai mat.
Sebagaimana Imam Muslim, terus ulangkaji hadis sehingga wafat.
Imam Al-Jahidz, terus membaca buku sehingga ditimpa buku atas kepalanya (koleksi buku-bukunya menimpa kepalanya) sehingga dia mati.
Imam Ka’ab al-Khurazi terus mengajar, sampai runtuh bumbung Masjidil Haram menimpanya dan anak-anak muridnya dan meninggal dunia.
Bahkan ditegur bumbung yang retak, tapi dibiarkan dan terus mengajar. Begitu tanda Allah terima. Dia akan mati dengan amalan (yang biasa dilakukan). Bila dia buat suatu amalan, dia mati dengan amalan dia.
Jenis orang yang Tahajud, dia terus Tahajud sampai atas katil (saat sakit), walau di wad, hospital dia terus Tahajud, tak tinggal dia.
Diceritakan oleh Imam Ibn Katsir dalam Al-Bidayah An-Nihayah, kisah seorang Sufi yang memang dia lakukan solat setiap malam sehingga 300 rakaat. Tiba-tiba dia ditangkap dan dipenjarakan – waktu ditangkap dirantai tangan dan kaki, dia tetap sembahyang (malam). Dia tak kisah benda itu semua, begitu tanda Allah terima amal-amal soleh seseorang, sehingga dia tiada alasan.
Orang kita alasan dua hari, ditarik dilanjutkan jadi seminggu.
Cerita lagi alasan sama. Kita tidak kukuh.
Kita bacakan hadis Nabi SAW, diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Nabi SAW bila buat suatu amalan Nabi SAW ‘kunci’ amalan itu
(berterusan sampai bila-bila, tak berhenti).
Sebab itu bila kita buat suatu amalan kita kena fikir,
“Macam mana saya nak kekalkan amalan ini?”
Jenis orang baca Yasin, dia nak kekal amalan dia.
Ada seorang hamba Allah, dia setiap hari dia tak reti mengaji al-Quran tapi dia reti baca Surah Yasin saja. Dia baca Yasin setiap hari 40 kali! Itu dibuat setiap hari, baca dan baca. Dan Allah berikan dia doa mustajab.
Orang tanyakan, apa amalan?
Dia tak reti mengaji (al-Quran). Oleh kerana Surah Yasin dia sudah hafal, itulah diulang-ulang sampai berpuluh kali (sehari). Dia berterusan dalam amalan maka Allah tunjukkan kemuliaan dia.
Sebab itu bila kita buat sesuatu amalan, bila kita pegang betul amalan itu sehingga kita jumpa (Allah), jangan kita tinggalkan.
Contoh,
Sunat Dhuha terus buat. Walau kita musafir, Dhuha juga. Walau kita tak buat, dapat pahala free (telah melazimi selama ini). Tak, kita buat juga untuk bimbing istiqamah.
Contoh: Qiyamullail, walau kita musafir, qiyam juga.
Sebagaimana solat yang tak pernah Nabi SAW tinggal, solat witir disebutkan dalam hadis Nabi SAW tetap solat walau berada di atas unta. Dalam musafir tetap dijaga solat witir.
Para sahabat mereka pegang suatu, kalau mereka beramal satu ibadah, mereka tak berhenti. Saidina Abdullah bin Amri al-As datang berjumpa Nabi SAW minta wasiat, pesan buat ibadat. Nabi SAW wasiatkan kepadanya, puasa sehari dan berbuka sehari.
Dan dia buat sehingga mati. Walau dah penat dah tua tak larat.
Puasa sehari, berbuka sehari. Itu diambil daripada Nabi SAW, walau sunat tak wajib itu puasa Nabi Daud a.s
Di waktu mudanya dia kata kepada Nabi SAW bahawa dia nak puasa setiap hari. Nabi SAW kata jangan.. nanti kamu tak mampu tak larat. Cukuplah puasa Isnin Khamis sahaja.
Dia mengatakan bahawa dia kuat lagi, maka Nabi SAW mengatakan bahawa puasalah sekian dan sekian. Akhir Nabi SAW mengatakan, puasa Nabi Daud a.s (berpuasa sehari, dan berbuka sehari – selang-seli). Akhir sahabat ini pun buat, Allah panjangkan umur dia sehingga umur 70 tahun.
Umur tua, bila datang umur tua, tak larat.
Tapi bila ingat yang amalan itu dia terima daripada Nabi SAW, dia tak berhenti sehingga dia wafat.
Itu tanda amalan Allah terima. Sebab itu bergembiralah bila kita buat suatu amalan dan kita kekal, tak kiralah amalan kecil atau besar.
Yang amalan jenis s**a ziarah Mak dia, setiap minggu dia ziarah. Kekallah sampai sama ada kita mati, atau Mak kita mati. Kita dapat kebaikan dan itu tanda Allah terima.
Yang s**a ziarah kubur pulak, dia memang amalan s**a ziarah kubur tak kira hari apa dia ziarah untuk dia ingat kematian, dan mendoakan orang-orang disayang. Kekalkan amalan ini sehingga dia bertemu Allah SWT.
Kita tahu antara amalan Rasulullah SAW setiap hari ziarah kubur selepas Subuh, perkuburan Baqi’.
Kita ke Madinah, antara amalan kita kena buat ke Baqi’. Baginda Nabi SAW selepas Subuh selepas Dhuha Nabi SAW akan ke Baqi, terkadang malam.
Pergi ke (perkuburan Baqi’) untuk mendoakan dan mengambil pengajaran kematian.
Itu dibuat oleh Uthman bin Affan RA, dan itu juga dibuat oleh anak Uthman bin Affan bernama Aban bin Uthman bin Affan, seorang ahli perniagaan. Dia tengok di cermin rambutnya ada uban, dia terus jadi takut. Uban itu tanda kematian.
Orang kita tengok rambut beruban.. ingat nak hitamkan rambut.. itu je!
Aban bin Uthman bin Affan RA bila tengok rambutnya beruban dia jadi takut. Waktu itu umurnya 40an. Dia mula memperbanyak ibadat, dia qiyamullail, sebelum dia tutup qiyam dia menziarah kubur dan menangis, ingat kematian.
Kematian ni kita tak ingat pun, ia datang jugak. Tapi untunglah orang yang ingat lalu bersedia. Tapi orang yang lalai tak ingat mati sampai ke sudah? Bahkan dia ingat dia gagah dengan mulutnya? “Pandailah saya jawab depan Tuhan!” Ini orang-orang binasa.
Mereka akan tahu bahawa kubur tak macam kita bayangkan.
Kita bukan jawab dengan mulut kita, dengan garang kita tapi yang menjawabnya amal soleh kita.
Kalau orang itu amal dia baik.. dia akan jawab dengan baik.
Kalau seorang itu amal tak baik, dia akan jawab dengan penuh rasa takut dan gerun kerana yang jawab itu bukan mulut bukan lidah. Walau hari ini rasa mulut lidah gagah.
Ada setengah orang kata, “Saya taknak masuk Syurga.”
“Kenapa?”
Dia kata, “Dalam Syurga tu tak banyak orang glamour tapi dalam Neraka ramai orang-orang glamour, artis-artis..”
Dia fikir sampai macam tu.
Dalam Syurga hanya orang biasa-biasa, tapi dalam Neraka jumpa orang-orang glamour. Pemain bola, selebriti jadi dia rasa seronok? Dia nak masuk Neraka sebab tu? Memanglah cakap mulut sedap..
Orang kalau bercakap dengan mulutnya tanpa menggunakan akal, memang dia nampak macam sombong tapi ingat, kita ni sakit gigi je dah hilang kekuatan. Jangan kata mati. Sakit gigi, dah rebah seminggu tak pergi kerja.
Maka hati-hati orang yang bercakap dengan bahasa seumpama ini.
3. Dia sentiasa bimbang Allah tak terima (amalannya)
Dia sentiasa bimbang Allah Taala tak terima, itu tanda Allah terima. Tapi kalau yakin Allah terima, itu bahaya.
Dalam al-Quran Allah menyebut,
وَٱلَّذِينَ يُؤْتُونَ مَآ ءَاتَوا۟ وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَٰجِعُونَ
“Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka.”
(Surah Al-Mu’minun, 60)
Allah mengatakan sifat orang beriman (iaitu) orang-orang yang bersedekah dengan apa yang Kami berikan dalam keadaan hati mereka takut kepada Allah, Allah tak terima.
Kata Saidatina Aisyah Rha,
“Ya Rasulullah, apakah ayat ini turun kepada orang yang minum arak dan mencuri?”
Biasa orang jahat bila dia buat amalan, dia takut Allah tak terima sebab itu dia taknak buat baik, bila dia buat baik takut Allah Taala tak terima. Sebab itu dia taknak buat baik.
“Saya ni minum arak, berjudi. Tuhan terima ke amalan saya?”
Saidatina Aisyah bertanya,
“Ya Rasulullah .. apakah ayat ini kepada orang yang minum arak dan berjudi?”
Nabi SAW kata, “Bukan. Ayat ini kepada orang yang berpuasa, sembahyang dan bersedekah. Tetapi ketikamana mereka melakukan amal soleh, mereka takut Tuhan tak terima. Mereka-lah (watak mereka) mereka s**a berlumba buat baik, bersungguh. Ke depan.”
Bila buat sesuatu amalan, bimbang Tuhan tak terima.
Sebab itu amalan mereka banyak, sebab mereka tak pernah rasa ada amalan yang Allah terima, bahkan mereka takut.
Hasan al-Basri beramal sehingga umur tua, lalu orang tanya, “Wahai Hasan, taknak rehat ke sekejap?”
Kata beliau, “Kalau aku tahu mana-mana amalan aku Allah terima, aku akan rehat.”
Tak tahu maka dia beramal terus, tak tahu mana satu Allah terima. Macam mana penerimaan. Itu watak-watak orang yang Allah terima amalan bila mereka buat sesuatu amalan, mereka datang rasa takut.
Sufyan Ats-Tsauri selepas sembahyang dia termenung, orang bertanyakan kenapa termenung?
Dia kata, “Aku bimbang solat aku Allah campak seperti kain buruk atas mukaku.”
Sebab itu dia termenung.
Mereka para Ulama bila dah buat amalan, mereka renung amalan itu apakah Allah terima? Bimbang-bimbang Allah lempar macam kain buruk atas muka. Maka begitu bayangan keadaan mereka.
4. Bila dibuat suatu kebaikan, mencetuskan kebaikan yang lain
Bila dibuat satu kebaikan Allah beri taufik dia buat yang lain. Seumpama kontraktor berjaya, dia berjaya buat satu projek. Dan kemudian orang tawarkan lagi projek-projek yang lain.
Kenapa?
Apa dia dah buat itu bagus.
Ada kontraktor buat kerja, yang itulah kali pertama dia buat rumah.
Orang pun tengok hasil dia baik, datang orang lain, “Boleh tak awak buat rumah saya pulak?”
Orang yang lain lagi datang, boleh tak buat rumah mereka.
Maka kita bila buat amal soleh dan amal itu baik, maka Allah bagi taufik kita buat amalan yang lain lagi. Amalan lain lagi sampailah dalam diri kita ini penuh kebaikan.
Seumpama orang kaya,
Dah berjaya satu projek akhir datang projek lain. Akhir macam-macam projek, namanya syarikat satu tapi cabang kerjanya banyak kerana dia terbukti berjaya.
Bila kita buat amal soleh, asalnya hanya jaga solat berjemaah 5 waktu akhir tarik untuk solat rawatib, dan qiyam. Akhir menarik untuk baca al-Quran, berzikir, menuntut ilmu, dan ditarik kita kepada yang baik sehingga kita sibuk buat benda baik.
Orang-orang yang sibuk buat baik, walau sesibuk mana dia buat baik Allah lapangkan waktu. Orang tak sibuk buat baik dan sibuk buat jahat, Allah sempitkan waktunya.
Ada seorang Ulama yang kami kenal, Syeikh Muhammad Ahmad ar- Rashid al-Ghannushi bila salah-seorang muridnya menceritakan bagaimana sibuk beliau luar biasa. Dikarang kitab, ‘al-Muntalaq’.
Sibuk beliau dengan qiyamullail, berceramah, tulis buku dan Allah lapangkan waktunya luar biasa walau dia amat sibuk.
Kami buat satu kesimpulan orang kalau sibuk buat baik Allah beri dia waktu lebih banyak daripada orang lain.
Tapi kalau sibuk buat jahat, atau tak buat apa-apa?
Kita macam takda masa walhal banyak masa.
Kenapa? Kerana ditarik keberkatan masa.
Orang-orang sibuk semua benda dia boleh buat, walhal masa dia dengan kita, sama. Tapi masa dia banyak, dia boleh bersama keluarga, bersama saudara, setiap orang bila duduk dengan dia rasa masa lama walhal duduk sekejap 5 minit, ceramah.
Tapi dirasakan lama dan berharga.
Itu penting kita buat baik, Allah berkati masa.
Kita buat benda tak baik, sia-sia masa kita habis macam tu je. Tau-tau dah depan kubur. Dah terlambat. Jadi perbanyakkan, nak suruh masa banyak? Buat baik, masa akan jadi banyak dengan baca al-Quran, zikir masa akan jadi banyak.
Orang yang kata, “Saya tak sempat..” Itu kerana kebaikan awak masih belum cukup untuk ‘tarik’ masa. Kebaikan memang tarik masa, akan bawak masa jadi banyak sehingga orang duduk dengan kita seminit dia rasa lama dek keberkatan macam dilakukan oleh Baginda SAW.
Rasulullah SAW orang paling sibuk dalam dunia, tak boleh gambarkan. Dengan keluarganya ramai, isteri ramai, sahabatnya ramai dan dijaga pulak solat waktu berjemaah dan Baginda SAW Tok Imam.
Kita tanya Tok-tok Imam di kampung, kita tanya dia,
“Sibuk tak Imam?”
“Eh sibuk Ustaz.. tak boleh jalan jauh.”
Jalan jauh, teringat waktu Asar. Jalan waktu Asar, teringat Maghrib. Dia macam terikat waktu. Tapi Nabi SAW boleh buat 5 waktu dan jaga pulak qiyamullail, berpuasa, pergi jamuan. Boleh turut-serta urusan pengebumian, bantu. Bukan sekadar solat jenazah, tapi urusan dalam liang kubur pun Rasulullah SAW sempat juga.
Rasulullah SAW kita lihat macam kita ada 24 jam, bagi Baginda SAW seolah-olah 240 jam. Rahsianya di mana?
Kebaikan, banyak buat baik (masa) berkat.
Itu belum cerita malam-malam mengaji al-Quran, bukan sikit tapi al-Quran, Ali-Imran.
Kita nak baca satu muka al-Quran tu macam tak sempat. Kerana kita tak biasa buat baik, itu kena biasakan.
5. Sentiasa merasakan amalannya sikit
Sentiasa merasakan amalannya kecil, tak besar. Biar derma banyak pun dia rasa sikit berbanding nikmat yang Allah berikan kepada dia.
“Awak ni banyak masa..”
“Eh saya rasa sikit.. berbanding masa yang Allah beri saya untuk buat benda lain.”
Kadang-kadang kita malu duduk dalam tandas lebih lama daripada duduk dalam masjid. Malu kita. Lama duduk dalam tandas.
Kadang-kadang kita malu duduk dalam kedai lebih lama daripada kita mengaji al-Quran, kita malu sendiri. Macam mana kita nak bangga dengan amalan kita kalau kita tahu ia tidaklah sehebat dijangka.
Sebab itu antara tanda Allah terima amalan, dia rasa kecil amalan (dibuat). Dia tak pernah rasa besar, biar orang kata besar tetap dia kata kecil. Bukan sekadar kita rasa kecil malah kita bandingkan dengan nikmat Allah, memang kecil.
Kalau Allah beri kita umur 60, 70 tahun cuba muhasabah berapa tahun kita ibadat? Macam mana kita kata banyak?
Kita kata kita pergi Haji, sibuk.
Balik Haji kita tak sibuk. Sama.
Jadi jangan pernah merasakan amalan kita besar walau orang puji, walau orang beri anugerah, walau orang beri kita tokoh sekian-sekian, semua kita dapat seolah-olah besar. Tak, kecil. Orang nak kata ia besar, terpulang pada dia. Kita tak boleh sekat penilaian orang pada kita, tapi kita sendiri rasa kecil.
Sebab itu kita terus buat dan buat (kebaikan).
6. Menjadikan cinta kepada ketaatan dan benci maksiat
Dalam doa kita sebut,
ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ ٱلْإِيمَـٰنَ وَزَيَّنَهُۥ فِى قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ ٱلْكُفْرَ وَٱلْفُسُوقَ وَٱلْعِصْيَانَ ۚ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلرَّٰشِدُونَ
“llah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus.”
(Surah Al-Hujurat, 7)
DOA DIKURNIA RASA CINTA KEPADA KEBAIKAN
اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان، واجعلنا من الراشدين
“Ya Allah jadikan kami cinta kepada keimanan cinta kepada semua kebaikan, benci semua benda maksiat dan kefasikan dan jadikan kami di antara orang-orang yang diberi petunjuk.”
Kita berdoa kepada Allah kita s**a benda-benda baik. Sebut je benda baik, kita s**a. Kadang-kadang orang lain dia s**a benda syahwat dan jahat. Dia dengar ada benda-benda yang dia s**a, dia sanggup pergi.
Kita mohon Allah tanamkan kita cinta buat baik, ketaatan kepada Allah.
Anak-anak kita pun sama, biar seronok. Bayangkan mereka seronok menunggu malam qiyamullail, macam mana dia tidur?
Umpama kita tunggu pagi raya esok, malam tu lena tidur? Tidur, esok pagi raya. Atau esok nak buat satu benda kita s**a, tidur pun tidur-tidur ayam. Nak balik kampung, atau nak ke luar negara. Teruja, takut tak terkejut Subuh.
Mereka setiap malam mereka rindu qiyam. Sehingga kata mereka, “Kalaulah khalifah tahu betapa seronoknya kami qiyam, kalau mereka boleh ambil mereka akan ambil dengan pedang.”
Seronok.
Al-Imam Ibnu ‘Aqil, setiap malam berjaga tulis buku.
Sehingga dia karang buku 800 jilid, ‘Al-Funun’ dikarang seorang dia 800 jilid. Setiap malam dia berjaga, dia punya seronok tak tidur malam. Seronok ketaatan sehingga dia meninggalkan warisan yang luar biasa.
Sama Imam Ibnu Jauzi, dikarang lebih 1,000 kitab.
Orang bermimpi bertemunya dalam Syurga, hatta dalam Syurga pun dia mengarang kitab, dia punya seronok. Sehingga kitabnya beri banyak manfaat pada orang lain baik kitab Tasawuf, hadis, Talbis Iblis dan banyak kitab-kitabnya.
Orang jumpanya dalam Syurga pun masih karang kitab, dia punya seronok.
Ini orang-orang yang cinta ketaatan, itu tanda Allah terima. Bukan buat kitab sebab nak royalti tapi dia buat sebab s**a, s**a kongsi ilmu. Beri pada orang. Untuk dijadikan manfaat, dan orang memang rujuk kitab dia.
Orang baca, orang rujuk dan ambil ilmu.
Bukan sikit orang ambil ilmu dia.
Kitab yang pernah kita belajar, ‘Talbis Iblis’ (Belitan Iblis), kitab itu menegur banyak orang: ditegur ahli ibadat, ahli fekah ditegur berdasarkan ilmu yang dia ada, dan kita pun ambil cakna teguran yang baik. Ini kitab yang kuat dalam mengingatkan manusia bahayanya belitan Iblis.
Makna belitan yang kita tak tahu. Bak orang cakap berbelit.
Iblis lagi dibelit, Nabi Adam a.s pun digoda, dibelit dipusing perintah Allah! Sehingga difahami berlainan oleh Nabi Adam a.s, dibelit. Sementelah kita orang awam orang biasa?
Datang belit dia, akhir tak solat Subuh..
Datang belitan dia, akhirnya kita dah tak sedekah. Rasa dah banyak dah sedekah.
Pergi Mekah baru 2 kali dah tak ke masjid, dia kata, “Kan dah solat (di Masjidil Haram) satu solat (ganjaran) 100,000?”
Dia punya belit kita, dia boleh bawak hadis pulak depan kita. Akhir terpesona dengan belitan dia.
Ramai orang-orang hari ini yang terbelit dengan Iblis, dia cukup buat baik sekali dia rasa dah masuk Syurga, kena belit.
Dia kata, “Takpalah saya buat jahat.. nanti saya buat baik sekali selesai masalah.” Dia punya belit, sampai ramai tertipu.
7. Sentiasa dia berharap Allah Taala terima
Ini berharap (Roja’) Allah terima dan sentiasa berdoa: اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَـقَـبَّلْ مِنَّا
Nabi Ibrahim a.s sewaktu dibina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail a.s, Baginda berdoa: رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
“Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah, 127)
- Ya Allah terimalah daripada kami, Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Ini Nabi Ibrahim a.s, bila buat (kebaikan) doa semoga Allah terima, dan harap Allah terima. Memang kita disunatkan buat satu amal soleh dan kita berdoa agar Allah terima.
“Ya Allah terimalah amalku..”
“Ya Allah terimalah solat Subuh aku tadi.”
“Ya Allah Engkau terimalah amalan aku baca al-Quran.”
Doa.
Jangan rasa dah solat dan okay, penuh dah buku catatan. Kita sebut, takut Tuhan tak terima. Dan kita harap Allah terima (amal baik) dengan kita berdoa kepada Allah.
“Ya Allah Engkau terimalah semua kebaikan yang aku buat.”
Kita baca (doa):
DOA DITERIMA AMALAN KEBAIKAN
رَبَّنَا تَـقَـبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا وَصِيَا مَنَا وَرُكُوْ عَنَا وَسُجُوْدَنَا وَقُعُوْدَنَا وَتَضَرُّ عَنَا وَتَخَشُّوْ عَنَا وَتَعَبُّدَنَا وَتَمِّمْ تَقْصِيْرَ نَا يَا اَلله يَا رَبَّ الْعَا لَمِيْنَ
“Ya Allah, berdirinya kami, rukuknya kami, sujudnya kami, mengadu kami kepadaMu Engkau terima doa kami padaMu, sempurnakan kekurangan kami. Engkau Maha Mendengar dan Engkau Maha Mengetahui.”
8. Allah mudahkan kita buat kebaikan
Kita s**a buat baik, tapi bila setiap kali kita nak buat baik.. Allah mudahkan kita.
فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَٱتَّقَىٰ وَصَدَّقَ بِٱلْحُسْنَىٰ فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ
“Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), - Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).”
(Surah Al-Lail, 5 – 7)
- Adapun orang yang sentiasa memberi, dan bertakwa kepada Allah, dan sentiasa membenarkan yang baik-baik, Kami akan permudahkan jalan dia.
Tanda Tuhan terima (amalan) Allah mudahkan kita bangun. Kita bangun kadang lebih dulu daripada jam (alarm) kita, Allah mudahkan kita bangun. Kadang-kadang kita nak puasa Allah mudahkan. Alhamdulillah walau tak sahur, Allah mudahkan. Okay.
Kadang dah sahur, luar biasa.
Pukul 10.00 pagi dah berbuka!
Puasa hebat, berbuka pun cepat!
Tanda Allah terima (amalan) Allah mudahkan jalan.
Bab sedekah Allah mudahkan, bukan cerita banyak ke sikit sedekah tapi mudah je tangan nak keluar. Jadi macam auto, itu tanda Allah terima.
Mudah kita baca al-Quran, duduk je masjid mudah tangan capai al-Quran. Baca.
Allah Taala mudahkan kita itu tanda Allah terima.
Tapi siapa yang Allah mudahkan dia buat jahat, itu bahaya. Tanda dia akan binasa.
Sebab itu kita ni biar mudah-mudah buat baik, dan kita pun cari jalan mudahkan orang lain buat baik. Mudahkan, itu yang masjid, surau sediakan makanan berbuka. Dimudahkan. Ada orang berpuasa tapi dia fikir nanti nak berbuka apa? Nak ke masjid lagi. Dimudahkan orang.
Kita datang, makan dan solat.
Dipermudahkan.
9. Dia mula cinta orang-orang baik, dan dia benci orang jahat
Bila Allah betul nak terima (amalan) dia, maka dia mula s**a orang baik. Mana orang baik, dia s**a walau tak jumpa. Kita dengar kawan-kawan kita meninggal dunia dan kita tahu dia orang baik maka kita s**a. Kita doakan yang baik-baik.
Kita dengar orang-orang jahat, kita tak s**a.
Kita tak s**a orang jahat walau kita tak pernah jumpa. Walau dia tak pukul kita, tak ketuk tapi dia jahat, kita tak s**a.
Itu tanda disebutkan oleh Nabi SAW, dalam hadis Nabi SAW kata, “Siapa yang cinta kerana Allah, benci kerana Allah. Dia beri kerana Allah dan dia kedekut pun kerana Allah maka telah sempurnalah imannya.”
Iman dah sempurna.
10. Diperbanyak istighfar
Diperbanyak istighfar.
Kita tengok banyak dalam hadis Nabi SAW hatta dalam perbuatan Nabi SAW, dalam solat Nabi SAW istighfar.
Kenapa orang-orang baik bila mereka melakukan sesuatu amal, mereka beristighfar? Kerana mereka bimbang ada kekurangan amalan.
Kita sembahyang sehebat mana pun, mesti ada kurang.
Sebab itu lepas sembahyang pertama kita buat, istighfar.
Kita dapat apa pun kita diperintahkan istighfar,
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah).”
(Surah An-Nasr, 1)
- Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجًۭا
“Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -
(Surah An-Nasr, 2)
- Kamu akan tengok ramai orang masuk Islam
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا
“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”
(Surah An-Nasr, 3)
- Maka bertasbihlah kepada Allah dan istighfar, Allah itu Pengampun.
Bila amalan itu Allah nak terima daripada kita, kita bila beramal, kita s**a istighfar selepas itu.
Kita balik dari Haji, apa yang Allah ajarkan?
ثُمَّ أَفِيضُوا۟ مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ ٱلنَّاسُ وَٱسْتَغْفِرُوا۟ ٱللَّهَ ۚ
“Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun).”
(Surah Al-Baqarah, 199)
- Kemudian bergeraklah ke tempat mana manusia semua bergerak, tinggalkan Arafah, Mina dan mohon ampun pada Allah.
Orang yang balik daripada Haji, jika dia cenderung sebut (اَسْتَغْفِرُاللهَ) itu tanda Haji-nya diterima.
Ini alamat Allah Taala terima, kalau ibadah tak diterima maka ia terbalik daripada 10 perkara kebaikan tadi.
TOKKU PASIR GUDANG
Pengajian Kesufian KRLR 2.0 ( Episod 39 )
Kitab: Kurnia Rabbani Limpahan Rahmani
(Sidi Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani)
Majlis 4: Segala Sesuatu Mengenai Taubat ( Siri 3 )
Malulah Kalau Engkau Memilih Teman Yang Jahat (m/s 73)
26 November 2024 | 23 Jamadil Awal 1446H
Pengajian ini juga boleh diikuti di saluran Youtube rasmi kami di Tokku Pasir Gudang Official.