BiKem Studio

BiKem Studio Simple, tepat dan padat mengenai bola sepak Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ dan dunia 🌎
(1)

Heberty memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan JDT. Pada musim ini, beliau hanya beraksi 13 perlawanan sahaja ...
31/05/2026

Heberty memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan JDT.

Pada musim ini, beliau hanya beraksi 13 perlawanan sahaja dan menjaringkan 3 goal.

Malah, kontrak beliau telah tamat pada hari ini bertarikh 31 Mei.

Selamat tinggal Heberty. Sentuhan kaki kiri berbisa beliau pasti akan dirindui oleh penyokong-penyokong JDT.

PSG mengekalkan mahkota kejuaraan UCL mereka selepas menewaskan kelab kerdil, Arsenal dengan keputusan 4-3 hasil sepakan...
30/05/2026

PSG mengekalkan mahkota kejuaraan UCL mereka selepas menewaskan kelab kerdil, Arsenal dengan keputusan 4-3 hasil sepakan penalti.

Dengan ini Arsenal terus ketandusan piala dalam saingan Eropah.

Tahniah PSG 🎊

Curacao tewas kepada Scotland dengan keputusan 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa.Pemain import Terengganu, Gervan...
30/05/2026

Curacao tewas kepada Scotland dengan keputusan 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Pemain import Terengganu, Gervane Kastaneer masuk pada separuh masa kedua.

Selepas ini, Curacao akan menentang Aruba sebelum mereka terbang ke USA.

πŸ”₯ π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™‡π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™‰π˜Όπ™‰ π™π™π™ˆπ™‹π™π˜Όπ™‰ π™ƒπ˜Όπ™π™„ 𝙄𝙉𝙄 ‼️πŸ”₯PSG πŸ†š ARSENAL Berapa keputusan perlawanan hari ini? Siapa bakal jadi penjaring ...
30/05/2026

πŸ”₯ π™π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™‡π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™‰π˜Όπ™‰ π™π™π™ˆπ™‹π™π˜Όπ™‰ π™ƒπ˜Όπ™π™„ 𝙄𝙉𝙄 ‼️πŸ”₯

PSG πŸ†š ARSENAL

Berapa keputusan perlawanan hari ini? Siapa bakal jadi penjaring gol ? ⚽️

Kongsikan ramalan anda di ruangan komen ⬇️

Mana suara penyokong-penyokong PSG dan Arsenal? Dah ready ke game malam ni?𝐏𝐚𝐫𝐒𝐬 π’πšπ’π§π­-π†πžπ«π¦πšπ’π§ 𝐯𝐬 π€π«π¬πžπ§πšπ₯ πŸ“† 31 Mei 2026πŸ•₯...
30/05/2026

Mana suara penyokong-penyokong PSG dan Arsenal? Dah ready ke game malam ni?

𝐏𝐚𝐫𝐒𝐬 π’πšπ’π§π­-π†πžπ«π¦πšπ’π§ 𝐯𝐬 π€π«π¬πžπ§πšπ₯
πŸ“† 31 Mei 2026
πŸ•₯ 12.00 Malam
🏟️ PuskÑs Aréna
πŸ“Ί Astro Arena 820, Astro GO dan Sooka

Siapa yang bakal bergelar juara? PSG atau Arsenal?

Safawi Rasid dilaporkan berada dalam radar Kuching City untuk musim depan.Kuching City memerlukan lebih ramai pemain ber...
30/05/2026

Safawi Rasid dilaporkan berada dalam radar Kuching City untuk musim depan.

Kuching City memerlukan lebih ramai pemain berkualiti sebagai persiapan untuk menghadapi ACL Two dan Piala Shopee.

Kehadiran Pawi mampu memberi satu tambah nilai yang positif ke dalam pasukan.

Bila lagi eh Manchester United nak datang Malaysia? Rasa macam baru semalam diorang datang tengok-tengok dah setahun ber...
30/05/2026

Bila lagi eh Manchester United nak datang Malaysia? Rasa macam baru semalam diorang datang tengok-tengok dah setahun berlalu.

Tapi takpe, Chelsea datang Malaysia bulan Ogos nanti. Mana-mana penyokong Chelsea dari jauh tu siap sedia apply MC, game malam Selasa.

Tiba-tiba teringat p**a penyokong Manu kena jari tengah dengan si Amad Diallo dan Garnacho. Begitu "sopan" layanan diorang terhadap penyokong mereka sendiri.

Kita tengok Garnacho turun Johor nanti buat perangai sama tak. Faham-faham lah dia ni macam mana, gameplay tak gah mana pon, gaya je lebih.

Bila tengok gambar ni, teringat p**a zaman prime Piya bersama Kelantan dulu. One of the best playmaker dalam Liga Malays...
30/05/2026

Bila tengok gambar ni, teringat p**a zaman prime Piya bersama Kelantan dulu. One of the best playmaker dalam Liga Malaysia.

Beliau terkenal dengan ketenangan, bijak membaca ruang dan permainan, mempunyai hantaran jauh tepat dan "killer passes" serta pakar dalam situasi bola mati (set piece).

Yang pergi stadium tu, terubat tak rindu korang melihat legenda Kelantan ni beraksi?

Berikut merupakan senarai pemain yang merekodkan jumlah minit permainan tertinggi dalam saingan Liga Super musim 2025/20...
30/05/2026

Berikut merupakan senarai pemain yang merekodkan jumlah minit permainan tertinggi dalam saingan Liga Super musim 2025/2026.

Pemain import Melaka dan bekas pemain PDRM, Noel Agbre muncul sebagai pemain dengan minit permainan terbanyak apabila beraksi selama 2250 minit sepanjang musim ini. οΏΌ

Part yang 80% saham dibeli oleh geng-geng ex Kelantan tu best dengar, tapi bila masuk part Tan Sri Annuar Musa terlibat ...
30/05/2026

Part yang 80% saham dibeli oleh geng-geng ex Kelantan tu best dengar, tapi bila masuk part Tan Sri Annuar Musa terlibat dalam pengurusan, dia jadi macam spoil sikit.

Bukan apa takut hangat-hangat tahi ayam je nanti. Contoh ada depan mata, Kelantan TRW.

Awal musim, beliau diumumkan sebagai Presiden untuk Kelantan TRW. Ramai yang berharap beliau mampu membawa pasukan ini berjaya macam era kegemilangan Kelantan TRW (The Red Warriors) macam dulu-dulu.

Tapi bila dah start timbul masalah gaji, tiba-tiba senyap. Last-last post dekat FB kata beliau dah tak terlibat dengan mana-mana pasukan bola sepak.

Benda ni wujud dari dulu lagi. Time menang, habis segala individu datang nak claim, tapi bila ada masalah, batang hidung pon tak nampak.

Kita tak tahu apa masalah sebenar di belakang tabir yang menjadi punca TS Annuar Musa meninggalkan Kelantan TRW. Tak boleh juga nak salahkan beliau kalau kita tak tahu apa punca sebenar.

Kalau boleh dalam pengurusan bola sepak, limitkan penglibatan orang-orang dari kalangan politik.

Address

Kuala Berang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BiKem Studio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BiKem Studio:

Share