Nurul Sarihah Mohd Saleh

Nurul Sarihah Mohd Saleh Writer,Content creator,Bonda 5 puteri

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Ety Shane, Alif Mohd Doll, Yas Ijah, Rusnah Ismail, Velle...
20/09/2025

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Ety Shane, Alif Mohd Doll, Yas Ijah, Rusnah Ismail, Velleria Dungai, Roslizawati Doleng, Nur Hayati, Wan Mohd Husain, Ida Zairi, Atikah Ibrahim, Ratu Rugu-Rugu, Nisa Nisa, Suzurina Binti Muda, Abdullah Bha, JM Wong, Mallisa Lisa, Wan Aideal, Nur Amirah Eyun, Ridzuan Haron, Dayang Nurzanah, Penyu Ganu, Norzalela Ahmad Nurani, Dyana Muhamad, Mu'ad Wahab, Qd Indra, Mohd Syahril Adzhar Hossini, Erline Chung, Puteri Mira, Abah Hafish, NurrizQiya Eva Akau, Era Martica, Elmadiana Nuludin, Laura Riena, Gaharu Ranau, Mohamad Helmy, Naziela Ahmad, Sky Man, Puteri Schaca, Nor Hasliza, Che Da, Silkandaq Lee, Lyra Jamal, Nurul Jannah, Rizam Razak, Leyla Eyla, Dief, Ryd Mohd, Elieyshaa Bolhassan, Ema Ema, Tanaka Koujiro

Anak tanya bonda: best tak zaman bonda kecik dulu?Bonda: “Best, nak… dulu main kejar-kejar, galah panjang…”➡️ Anak: “Haa...
20/09/2025

Anak tanya bonda: best tak zaman bonda kecik dulu?

Bonda: “Best, nak… dulu main kejar-kejar, galah panjang…”
➡️ Anak: “Haa?? Main galah? Tak sakit ke kena hempap galah?”
➡️Bonda: “Tak, tu nama game… bukan galah betul.”
➡️ Anak: “Ohhh… ingatkan bonda masa kecik kuat betul angkat kayu.”

Bonda: “Kadang tukar main, teng-teng, polis sentri.”
➡️ Anak: “Game polis tu… kena ada pistol betul ke? Kalau tak, boring.”
➡️ Bonda: “Dulu pistol guna jari je.”
➡️ Anak: “Ya Allah… bonda miskin betul childhood dia.”

Bonda: “Kami mandi sungai… air dia jernih, nampak ikan berenang.”
➡️ Anak: “Euww… tak geli ke? Ada ikan kencing dalam tu.”
Bonda: “Dulu air sungai jernih. Minum pun boleh.”
➡️ Anak: “Patutlah bonda selalu sihat… antibodi training minum air ikan.”

Bonda: “Zaman bonda takde gajet. Main congkak, batu seremban je.”
➡️ Anak: “Seremban tu kat Negeri Sembilan kan? Jauh gila bonda main.”
➡️ Bonda: tarik telinga “Itu nama game lahhh!”
➡️ Anak: “Game dalam phone ada tak?”
Bonda: “Tak ada phone pun dulu…”
➡️ Anak: “Ya Allah bonda… hidup bonda susah betul.”

Anak: “Bonda, zaman bonda kecik… kalau nak call orang macam mana?”
➡️ Bonda:“Guna telefon rumah, tekan nombor.”
➡️ Anak: “Telefon rumah tu besar mana?”
➡️ Bonda: “Besar kepala awak.”
➡️ Anak: “Ya Allah, kalau selfie pakai tu… confirm patah tangan.”

Bonda: “Dulu kalau nak tengok kartun, tunggu hari Ahad.”
➡️ Anak: “Whattt?? Tak boleh tekan YouTube??”
➡️ Bonda: “Tak ada YouTube dulu-dulu…”
➡️ Anak: muka ngeri “Bonda survive zaman purba ke??”

Anak: “Kalau bonda nak dengar lagu?”
➡️ Bonda: “Buka radio kaset, kena rewind.”
➡️ Anak: “Rewind? Macam tikar gulung tu ke?”
➡️ Bonda: “……”

Anak: “Kalau nak ambik gambar selfie?”
➡️ Bonda: “Pakai kamera filem. Lepas tu hantar kedai cuci.Kadang 1-2 bulan baru siap,”
➡️ Anak: “Haa? Selfie bulan Januari, gambar siap bulan puasa??”

Anak: “Kalau nak cari jawapan kerja sekolah?”
➡️ Bonda: “Buka buku perpustakaan,kene jalan kaki tau pergi pustaka.”
➡️ Anak: “Astaghfirullah… bonda punya Google pakai kaki jalan??”

Anak: “Bonda tengok TV dulu macam mana?”
➡️ Bonda: “Ada 2 channel je.”
➡️ Anak: “2 je?? Kalau bosan nak tengok apa?”
➡️ Bonda: “Tengok kipas pusing.”
➡️ Anak: “Patutlah bonda bijak, entertain diri dengan benda random.”

Bonda: “Puasa dulu, bonda main hujan sampai menggigil.”
➡️ Anak: “Nenek tak marah?”
➡️ Bonda: “Nenek marah lah.”
➡️ Anak: “Patutlah sekarang bonda garang… trauma kena marah dulu rupanya.”

Bonda: “Kalau raya, kami kutip duit syiling 20 sen, dah cukup bahagia.”
➡️ Anak: “20 sen??? Saya kalau dapat 20 sen… nak beli straw pun tak lepas.”

Bonda: “Nak, dulu bonda tidur rumah kawan tak ada kipas, pakai kertas kipas sendiri.”
➡️ Anak: “Ya Allah bonda… itu bukan childhood, itu survivor camp.”

Bonda: “Main bola dulu guna bola plastik 2 ringgit.”
➡️ Anak: “Mesti pecah kan?”
➡️ Bonda: “Ha’ah… kena paku sikit terus bocor.”
➡️ Anak: “Zaman bonda ni kira bola tu ada warranty tak?”

Bonda: “Malam-malam kami tengok cerita hantu TV hitam putih.”
➡️ Anak: “Mesti tak seram pun kan. Hantu tu muka macam kertas A4 jer kan.”

Paling tak boleh brain…
Anak tanya:
“Bonda, dulu ada KFC tak?”
➡️ Bonda: “Mana ada… makan ayam kampung goreng je.”
➡️ Anak: “So… bonda basically childhood Kampung Fried Chicken lah ya?” 🍗

Anak paling last kasi soalan padu:
“Bonda… zaman bonda kecik dulu… dinosaur dah pupus ke belum?” 🦖
➡️ Bonda tepuk dahi:
“Nakk!!… bonda kecik zaman 90-an, bukan zaman batu!” 🤦🏻‍♀️🤣

Throwback anak-anak mintak lesen main hujanBaru renyai-renyai sikit…Anak no.2 datang peluk bonda,“Bonda… boleh tak… main...
19/09/2025

Throwback anak-anak mintak lesen main hujan

Baru renyai-renyai sikit…
Anak no.2 datang peluk bonda,
“Bonda… boleh tak… main hujan sikit je… janji tak lama…”
🙄Tapi tangan belakang dah siap pegang baldi.

Hujan turun lebat-lebat…
Dia cuba plan B.
“Bonda… kalau main hujan, badan jadi sihat… kan ustaz kata mandi air hujan tu ubat.”
😏Bonda buat muka hmmm tak jalan sayang.

Anak no.4 jenis bodek…
“Bonda cantik hari ni… bonda nampak macam he**in drama…”
Lepas tu selamba sambung, “Kalau cantik, mestilah sporting kan?”
Bonda geleng jah😅

Anak no.3 guna ayat touching p**ak,
“Bonda, hujan ni kan rezeki… kalau kita tak sambut, nanti hujan sedih.” 😭
🧐Bonda terus pandang tajam macam nak keluar laser mata.

Bonda dah kata “tak boleh!” dengan nada mak singa 🦁.Anak-anak pun tunduk… buat muka kecewa.

Semua senyap.

Tiba-tiba anak no.2 bangun, lari pergi kat daddy yang tengah baring tengok phone.

“Daddy… bonda tak kasi… tapi kalau daddy kasi, kan jadi dua lawan satu.”
Pastu siap kenyit mata sekali. 😉
yang no.2 tu la mastermind sebenarnya..😫

Daddy angkat kepala sikit, terus cakap,
“Main laaa… jangan lama.”
Anak no.2 menjerit “Yahooo!” macam menang World Cup.
Last sekali bonda juga yang kalah…😤

Anak-anak pun keluar macam pahlawan. Berlari, menjerit, siap buat konsert hujan.
Sekali daddy ikut jugak, buka stor, keluarkan saka pistol air lama.

Daddy: “Hari ni kita upgrade… main hujan level ‘Perang Dunia Ke-3’.” 🔫

Bonda tengok dari tingkap tarik nafas panjang...Tangan dah pegang hanger, hati separuh nak gelak, separuh nak pitam. 🤦‍♀️

Anak no.3 teriak,
“Wahhh daddy pro player!”

Yang lain terus spray adik-adik sampai baby pun hampir jadi mangsa.

Last sekali semua masuk rumah macam tentera habis misi… baju basah, kain jemuran jatuh macam helikopter terhempas ,lantai penuh pasir,

Anak no.2 (yang mastermind) cakap:
“Relax bonda… kalau kering nanti jadi seni arca tanah liat.” 🎨

Daddy p**ak, selamba masuk dengan pistol air masih terselit kat pinggang.
Lantai jejak kaki dia paling besar confirm tapak T-Rex 🦖.

Bonda pandang anak-anak:
“Ok… semua keluar… ambik mop, ambik kain buruk… bersihkan rumah ni.”
Anak-anak terus buat muka innocent:
“Tu kan daddy yang kasi izin…” 😇

Bonda terus pusing kat daddy.
“Haah betul jugak… daddy, sila mop lantai dulu… anak-anak tolong tengok daddy mop, baru bonding family tercapai.”

Daddy terpaksa mop sambil bebel,
“Main hujan pun kena bayar harga rupanya” 😂

2-3 hari lepas main hujan…

Pagi Isnin… bonda tengah sibuk nak kemas baju.Sekali dengar bunyi “Snnnnnooorrkkk” 🤧
Rupanya anak no.4 tarik hingus panjang macam tali skipping.

Anak no.3 p**ak tiap kali bersin… “Haaaachooooo!” terus spray satu rumah.

Anak no.2 dah start suara serak.
“Bonda… boleh tak saya tido jer hari ni…”
Bonda terus jawab: “Eh x payah tido..nanti petang main hujan lagi..harini pun nampak nak hujan ni.”

Baby p**ak tiap kali bernafas, bunyi “honk honk” macam kereta mainan 🚗.
Kakak-kakak ketawa: “Best la… adik ada lagu latar sendiri!”😆😆

Malam tu… daddy pun start bersin.
Bonda tepuk tangan slow-slow:
“Alhamdulillah… welcome to the club, daddy. Inilah presiden hidung berair yang sebenar ”
😏

Last sekali, bonda jugak yang jadi doktor on call siap hidang ubat sirap manis, tisu segulung, dan doa panjang supaya cepat sihat.

Jangan Mudah Menilai Orang Duhai AnakKasut Kita Tak Sama..😢
18/09/2025

Jangan Mudah Menilai Orang Duhai Anak
Kasut Kita Tak Sama..😢

18/09/2025

Hari ini, cuba senyum sedikit lebih lama, sabar sedikit lebih banyak, dan bersyukur sedikit lebih dalam. Sebab ketenangan bukan datang bila semua masalah hilang, tapi bila hati kita belajar reda dengan setiap aturan Allah. 🤍

Hari ini… anak-anak buat kerja sedikit, tapi tuntutannya besar macam dapat anugerah duniaBaru sapu ruang tamu separuh ja...
18/09/2025

Hari ini… anak-anak buat kerja sedikit, tapi tuntutannya besar macam dapat anugerah dunia

Baru sapu ruang tamu separuh jalan… claim,
“Bonda, saya ni dah boleh join pasukan kebersihan dunia.”
➡️ Bonda: “Eh j*p lagi PBB call, nak hantar kau ke misi antarabangsa.” 🌍😂

Baru sapu lantai 3 kali… terus kata,
“Bonda, rumah ni bersih sebab saya.”
➡️ Bonda: “Kalau begitu, Dettol pun segan dengan kamu nakk.”

Tolong alih bakul kain sikit je… claim,
“Bonda, saya dah kuat, boleh jadi atlet Olimpik.”
➡️ Bonda: “Hmm… tunggu je jemputan ke Tokyo nanti.” 🏋🏻‍♂️

Baru lipat 3 helai baju… claim,
“Bonda, saya rasa dah pro, boleh buka dobi sendiri.”
➡️ Bonda: “Haah… tunggu je pelanggan beratur depan pagar rumah.”

Buang sampah sekali… cepat-cepat cerita,
“Bonda,saya dah berjasa pada bumi, patut dapat sijil pencinta alam.” 🌍😂
➡️ Bonda: “Patutlah WWF cari kau, panda pun terlepas pandang.” 🐼

Isi air jag separuh… terus bersuara,
“Bonda, saya dah macam supplier air negara.”
➡️ Bonda: “Jangan lupa daftar syarikat dulu ya, tuan besar.” 💧

Baru jaga adik 10 minit… claim,
“Bonda, saya ni babysitter level international.”
➡️ Bonda: “Hmm… bonda tunggu panggilan dari Hollywood nak hire kamu.”

Siram pokok sekali… sempat kata,
“Bonda, pokok ni subur sebab kasih sayang saya.”
➡️ Bonda: “Amboi… gaya dah macam influencer healing kat TikTok.” 🌿

Angkat bakul kain dari ruang tamu… dah berbunyi,
“Bonda, saya dah kuat macam Ironman.”
➡️ Bonda: “Yea ,sekarang Marvel tengah tunggu kamu isi borang.” 🦾

Alih selipar depan rumah… terus claim,
“Bonda, rumah ni kemas sebab saya.”
➡️ Bonda: “Mungkin IKEA akan ambil kamu jadi duta.”

Basuh pinggan sendiri… terus ucap,
“Bonda, saya hero dapur.”
➡️ Bonda: “Kalau begitu, nama kamu dah tertulis ‘wira sinki’.” 🤦🏻‍♀️

Baru belajar masak sup sekali… claim,
“Bonda, saya dah pro chef, patut masuk MasterChef.”
➡️ Bonda: “Kalau macam tu, bonda tunggu Gordon Ramsay DM.” 🔥

Baru kemas katil… boleh cakap,
“Bonda, ni bilik tercantik abad ini.”
Bonda: “Ya CCTV jiran pun nak masuk rakam.”

Tolong buka pintu bila bonda balik pasar… sempat kata,
“Bonda, saya anak mithali.”
Bonda: “wah terbaik..Anugerah anak soleh dah jatuh ke tangan kamu ni.”

Kutip sehelai tisu jatuh… terus bersuara,
“Bonda, saya dah selamatkan bumi.”
Bonda: “National Geographic pun patut buat dokumentari pasal kamu.”

Buat Milo sendiri… terus yakin,
“Bonda, saya master chef.”
Bonda: “Patutlah Khairul Aming tak upload resepi, dia tunggu kamu rupanya.” ☕

Tolong kunci pintu… terus sebut,
“Bonda, rumah ni selamat sebab saya.”
Bonda: “Ha ah,polis pun boleh belajar dengan kamu ni.” 🚓

Tolong tutup lampu… claim,
“Bonda, saya dah jimatkan elektrik untuk negara.”
Bonda: “Yea, TNB confirm bagi diskaun nanti.” 💡

Liku liku PerjalananPesanan buat anakku
17/09/2025

Liku liku Perjalanan
Pesanan buat anakku

Aku Pembantu Anak Syurga❤️
14/09/2025

Aku Pembantu Anak Syurga❤️

Throwback Drama Busana Merdeka Kelmarin 🇲🇾✨4.30 pagi rumah dah macam backstage AF Megastar.Anak semua perempuan ,confirm...
14/09/2025

Throwback Drama Busana Merdeka Kelmarin 🇲🇾✨

4.30 pagi rumah dah macam backstage AF Megastar.
Anak semua perempuan ,confirm bonda kena hadap drama “nak lawa, nak cantik, tudung nak senada, lipstik jangan merah sangat” 🥴.

Nak elak gaduh, bonda buat keputusan:
➡️ Semua mesti nampak cantik sama rata.
➡️ Semua bonda touch up macam MUA ekspres +foundation 3 minit, bedak sauk, lipstik kongsi 1 je (multi-purpose 😂)

Bilik dah jadi macam bilik wardrobe artis konsert GegarVaganza.
Anak-anak bonda semua busana grand, kebaya, Kurung Pahang, Ulik Mayang, Tun Perak… siap prop bagai.

Bonda lipas kudung weii.. satu tangan sanggul, satu tangan ikat sampin, kaki tolak kipas, mulut tak henti bebel:
“Siapa lagi tak pakai stokin niiii?” 😤

👉 No 2 – baju kebaya dulu sebab nak masuk tarian. Lepas tarian baru tukar baju Kurung Pahang.
👉 No 3 – no 3 p**ak ,kulit gelap sikit.
Bonda make-upkan dia putih semangat dia hari ni. Sampai bonda sendiri terkejut: “Wehh… dah macam Snow White versi Ulik Mayang!” 🤭.siap Ulik Mayang. Bonda tengok macam dah ada jin menari keliling ..
👉 No 4 – gagah pakai busana Tun Perak. Katanya “aku panglimaaa!” padahal kasut pun pakai terbalik 😭.

TAPI… bonda?
Jangan tanya.
Baju yang dah gosok seminggu lepas tu laa yang bonda sarung.
Tudung p**ak… sauk je yang depan mata.
Warna tak ngam dengan baju pun ON jeee.
Janji bertutup aurat, janji sempat sampai sekolah.Nak matching-matching tu… boleh mimpi laa 😭.

Drama props jangan cerita…
Keris giant tinggal atas meja, bunga sanggul jatuh, kepala hiasan macam satelit hilang signal.
Bonda dah macam runner props rasmi, terbang sana sini.

Sampai sekolah..
Anak-anak turun ala-ala model catwalk, bonda turun ala-ala “runner props rasmi”
Bunga tercabut? Kutip.
Prop tak gam betul? Kutip lagi.
Dah macam cleaner + bodyguard + event manager sekali pakej.

Sampai sekolah, ingat lega… rupanya episod 2 start!Bunga tercabut. Prop tak gam betul ,jatuh lagi.

Yang kutip siapa? Bonda jugakkk 😭.
Bonda tunduk kutip bunga sambil doa
" jangan laa jatuh lagi, botak terus prop tu nanti".Dah macam cleaner event rasmi Merdeka dah gayanya.

Part Anak no 2 menari ingat aman.
Sekali masuk pentas tarian... bammm! cikgu terpasang lagu lain p**ak part last.. 😭.
Anak-anak muka rilek je… teruskan jugak step, siap pandang-pandang kawan macam
“kau ikut aku ke aku ikut kau ni?” 😂

Nasib baik anak-anak steady.
Yang ketar sebenarnya bonda kat bawah ni haaa… tengah rakam video tangan dah macam gempa 7.0 magnitud.
Mujur rakaman tak bergoyang ..

Alhamdulillah anak-anak habiskan jugak tarian, tak nangis, tak berhenti.
Bonda p**ak lepas habis baru boleh tarik nafas panjang… rasa macam baru lari 100 meter ikut Usain Bolt 🏃🏻‍♀️💨.

Yang paling win… semua pertandingan anak join bulan merdeka ada rezeki.

Asufi yang dulu pemalu,sekarang naik pentas sengeh sampai telinga.TAPI… habis pertandingan, dalam kereta dia senyum tawar,
Dia cakap:
“Bonda… Sufi tak dapat hadiah baju harini… padahal Sufi putih dah…” 😭😂

Bonda terus rasa… anak-anak ni bukan nak hadiah sangat pun, dia nak rasa dihargai, nak rasa cantik macam orang lain.
So bonda pegang bahu/ cakap kat dia… sambil doa
"satu hari nanti, putih ke gelap ke, lawa ke simple ke… semua orang akan nampak nilai sebenar anak bonda.yang penting terus jadi orang baik"

(Sambil tu bonda terfikir jugak… nasib baik tak bancuh bedak sejuk jadi foundation tadi 😆).

Tapi dia dapat no2 tau pertandingan nyanyian..suka kemain sebab ..Ada Botol Air🤣🤣🤣

Hari sebelumnya..
Diorang dapat Anugerah Nilam pun terlompat dua-dua.
Awang Patriotik p**ak sapu tempat ke-4. Bonda pun terharu, siap buat gaya ikat bendera kat hati sendiri 🇲🇾😭.

Balik rumah diorang senyum-senyum, tak gaduh, tak bertumbuk… bonda pun syukur.
Esok lusa jangan tanya, confirm bertekak balik.

Tamat drama busana, bersambung ke drama rebut Milo ais di rumah p**ak 🥤😂

Bonda p**ak? Balik rumah sakit pinggang pakej demam urat tapi hati berbunga
(yang ni bunga tak tercabut ya 😂).✨

Busana Merdeka Anak anak bonda
12/09/2025

Busana Merdeka Anak anak bonda

Harini semua bangun lambat… alasannyaa konon letih semalam tak habis lagi. Padahal yang betul-betul letih macam lipas ku...
12/09/2025

Harini semua bangun lambat… alasannyaa konon letih semalam tak habis lagi. Padahal yang betul-betul letih macam lipas kudung tu bondaaa jugakkkk! 😤

Suruh kemas rumah, masing-masing terus aktifkan muka sedih mode. Tengok muka je macam nak roboh dunia… tapi tangan tetap laju sebab bonda dah pasang mata helang. 👀

Lepas tu bonda suruh no 3 dengan no 4 mandi. Diorang pun masuk bilik air sama-sama, siap buat konsert Gegar Bilik Air. Lagu nombor 1 carta“Air jatuh berbunyi” sebab paip pun diorang p**as habis. 🎤🚿

Selesai mandi, bonda p**ak nak masuk. Sekali bonda buka pintu ...masyaAllah! 😱 Bilik air terus bertukar jadi Taman Tema Air Bonda Land. Siap ada ombak mini, lantai beralun macam pantai. 🌊😂

Air melimpah sampai ke dapur, kucing pun dah berenang gaya kupu-kupu. 🐈🏊‍♂️
Apalagi, meletopp berapiiii laa bondaaaa! 🔥🤣

Masuk bab makan p**ak, masing-masing nak menu lain-lain. Yang sorang nak sup, sorang nak maggi, sorang nak nugget. 😒
Bonda pun terus buka menu rasmi rumah bonda , Nasi Segera Special Edition. 🍚✨
“Ha korang pilih laa… bonda hangatkan jer! Dah makan jangan banyak bunyi.” 😂

Lepas makan, muka semua cover line macam chef hotel 5 bintang tengah review. 🤔
Bonda p**ak standby buku nota, siap bagi rating bintang.
➡️ Sapa komplen lebih, rating jatuh.
➡️ Sapa makan senyap, dapat ⭐⭐⭐⭐⭐ & title anak soleh/solehah of the day. 😎

Kemudian sambung kemas rumah. Bonda baru je nak scroll FB dengan TikTok… baru tarik nafas nak tenang, tiba-tiba bunyi gaduh bergegar rumah! 🔊
Rupanya no 3 dengan no 4. Bonda pun larang dari belakang, “Jangan gaduhhh!”

Sekali diorang pandang… pastu gelak-gelak p**ak belakang bonda. 😳
Ha masa tu api naik lagi, berapiii round 2! 🔥😂

Bonda terus capai gam panas sambil ugut:
“Sekej*p lagi bonda bukak ni, tangkup kat dahi korang dua… baru tau!” 😤🔥
Terus dua-dua senyap macam patung cendana, siap duduk diam berpeluk bahu. 🤣

Tengah bonda settlekan anak-anak, si daddy p**ak kemain semangat tunggu spare part moto kipas. Katanya nak baiki kipas. 😎🔧

Sebelum pasang tu siap buat agreement:
“Kalau jadi ni… bonda bayar laa RM50 kat daddy. Kira upah la, jimat tak payah beli kipas baru.” 💸

Bonda pun angguk je… dalam hati, oklah, asalkan kipas hidup balik. 🙏

Sekali pasang… bukan bunyi krak krak dah…
moto kipas baru beli tu terus keluar API! 🔥⚡️🤯

Terus kipas jadi arwah…
Daddy senyap, bonda tarik nafas panjang…
Anak-anak? Dah tergolek gelak, siap menjerit macam penonton stadium, “GOALLLL… eh silap… MISSION FAILED!!” 🎮🤣

Daddy terus kaku… bonda pandang dengan muka nak transfer ke tak nak RM50 ni? 😤

“Ha… nak claim RM50 jugak ke? Atau bonda tolong panggil bomba sekali?” 😤😂

Kipas tak jalan, duit pun tak jadi keluar…
Yang keluar cuma asap, api, dan gelak tawa berjemaah satu rumah. 🤣🔥

Bonda siap selit ayat penutup:
“Nasib baik awak tak mintak RM500… kalau tak malam ni confirm tidur luar, kipas bawa sendiri, extension tarik sampai porch!” 🤣🤣

Hari pertama cuti dah huru hara😆😆😆

ANAK BANGUN AWAL NAK SAMBUT MAULIDUR RASULPagi ni lain macam… jam 5.30 dah ada yang ketuk pintu bilik.“Bondaa, bangunlah...
09/09/2025

ANAK BANGUN AWAL NAK SAMBUT MAULIDUR RASUL

Pagi ni lain macam… jam 5.30 dah ada yang ketuk pintu bilik.

“Bondaa, bangunlah! Hari ni Maulidur Rasul! Kita kena siap awal.
Bonda yang baru nak mimpi kali kedua terus celik biji mata.

“Cepatla bonda, bangun! Nanti cikgu marah kalau lambat perarakan!”
Bonda pelik, cikgu mana p**ak mari rumah ni pagi-pagi?

Anak no. 4 siap ikat rambut katanya nak nampak kemas.
Anak no. 3 p**a sibuk cari baju batik yang special edition kononnya untuk perarakan.Bonda malas layan..korang pakai jer laa baju yang sama semua. Yang paling kalut, kasut sekolah sorok entah ke mana.

Dalam masa sama, si kecil baru pandai jalan, sibuk ikut kakak..
Tapi sambil pegang botol susu.
Jadi bayangkan suasana: ada yang gosok baju, ada yang menangis cari stokin, ada yang hafal selawat tak ikut melodi.

Bonda baru nak buat air Milo… tiba-tiba dengar suara kuat dari ruang tamu:
“Ok cikgu, kami dah bersedia!”
Rupa-rupanya anak-anak berbaris depan cermin, latihan perarakan sendiri.

Akhirnya rumah penuh dengan bau minyak rambut, bau minyak wangi dan suara budak-budak selawat tak ikut rentak.
Bonda senyum… dalam kalut ni ada manis.
Anak-anak kecil belajar cinta Rasulullah dengan cara mereka sendiri. 💖

Last-last bonda sendiri yang kena jadi cikgu.
Kena berdiri depan pintu rumah sambil kata:
“Baik semua baris, jangan potong line, yang salah selawat ulang balik! Dan Jangan berebut masuk kereta !!!”

Address

Lot 1463, SEBELAH SURAU KG PENGKALAN ATAP
Kuala Besut
22300

Telephone

+60139020009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nurul Sarihah Mohd Saleh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nurul Sarihah Mohd Saleh:

Share