Inspirasi

Inspirasi INSPIRASI LIFESTYLE

Hari ini aku duduk lama, termenung, memikirkan tentang hidupku.Apa yang sebenarnya menghalang aku dari bergerak maju?Ken...
18/06/2025

Hari ini aku duduk lama, termenung, memikirkan tentang hidupku.
Apa yang sebenarnya menghalang aku dari bergerak maju?
Kenapa aku selalu bagi alasan pada diri sendiri?

"Esok je lah," "Aku tak cukup masa,"
"Tak cukup kuat," "Nanti-nanti lah."
Alasan-alasan itu muncul setiap kali aku mahu memulakan sesuatu yang baru.

Sebenarnya, aku tahu.
Aku tahu alasan itu bukan masalah sebenar.
Masalahnya adalah aku takut.
Takut gagal, takut terjatuh, takut tidak dapat bertahan.

Aku sedar, perubahan tak akan datang kalau aku terus berlengah.
Mungkin aku tak akan siap 100% sekarang,
tapi sekurang-kurangnya aku akan cuba.
Sekurang-kurangnya aku berhenti memberi alasan.

Hari ini, aku janji pada diri sendiri,
untuk berhenti menunda, berhenti memberi alasan.
Dan mulakan langkah pertama.
Tak ada lagi "nanti-nanti", hanya sekarang.

Pokok JARUM TUJUH BILAH bertindak Sebagai ANTIKANSER untuk PELBAGAI JENIS KANSER?Pokok Jarum Tujuh Bilah atau Pereskia a...
18/06/2025

Pokok JARUM TUJUH BILAH bertindak Sebagai ANTIKANSER untuk PELBAGAI JENIS KANSER?

Pokok Jarum Tujuh Bilah atau Pereskia aculeata Mill boleh bertindak sebagai antikanser dan berpotensi sebagai ubat penahan sakit (analgesic)

Kajian awal (menggunakan kaedah in vitro) menunjukkan pengambilan ekstrak daun Jarum Tujuh Bilah bersifat antikanser

Bahan khasiat utama dalam pokok Jarum Tujuh Bilah adalah asid chlorogenic, diikuti asid gallic dan asid ellagic.

Asid chlorogenic akan membentuk asid caffeic dalam tubuh

Asid caffeic boleh bantu mencegah kesan ketoksikan akibat kemoterapi dan radiasi.

Ia juga dapat kurangkan ketoksikan semasa rawatan kanser.

Asid caffeic juga bersifat antioksidan, antiradang, antibakteria dan antivirus.

Ia juga boleh tingkatkan tahap sel darah putih dan platelet darah.

Ianya juga bersifat sebagai antikanser, khususnya ke atas pelbagai jenis kanser seperti kanser o***y, payudara, hati dan usus besar, cervixs, mulut paru-paru dan kanser darah

Dr Suri Roowi Ph.D KMN
Principal Scientist
Foto: Fieqah Rosli

09/06/2025

Dia ada kelayakan untuk berkerjaya tapi dia pilih untuk urus keluarga demi cinta . Tiada cuti sakit, tiada punch card, bangun paling awal & kerjanya tidak pernah habis!PENGORBANAN wanita sbg Suri Rumah yang jarang di dendang🥹

08/06/2025

Raya haji ni banyak makan daging..bilas cepat dengan secawan air limau kasturi (perah 2biji) NO SUGAR - air ni kaya asid sitrik pecah lemak & bantu pergerakan usus …

Copy: Dr Raihana Ismail

08/06/2025

Kita rasa raya tak meriah sebab kita tak bergaul dengan masyarakat

Tu je puncanya...😆

🌸 Menjadi Wanita Tenang1. Bangunlah seawal pagi.Mandi itu wajib. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Ka...
23/05/2025

🌸 Menjadi Wanita Tenang
1. Bangunlah seawal pagi.
Mandi itu wajib. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Kalau saya tersedar pada jam 5.30 pagi, saya tetap akan mandi. Sebelum buat apa-apa, saya akan pastikan diri ini sudah mandi terlebih dahulu. Mandi sebelum Subuh ini bukan sahaja memberi kesegaran, bahkan ia juga adalah petua awet muda dan menjaga kesihatan tubuh badan. Ia bukan sekadar amalan biasa, tetapi telah terbukti memberi tenaga dan membuang unsur-unsur negatif dalam badan.

2. Lakukan Solat Sunat Tahajud.
Solat tahajud adalah senjata wanita beriman. Dua rakaat atau empat rakaat pun sudah cukup. Solat ini dilakukan dalam keadaan sunyi, ketika semua orang masih tidur. Apa sahaja yang dimohon dalam tahajud ibarat anak panah — tembakannya tepat ke sasaran. Ia adalah waktu di mana kita sangat dekat dengan Allah, tiada gangguan duniawi. Doa tahajud saya jadikan sebagai tempat memohon kekuatan, rezeki, ketenangan, dan perlindungan.

3. Bacalah Al-Quran sebelum masuk azan Subuh.
Amalan ini sangat memberi ketenangan. Walaupun hanya satu halaman Al-Quran, jika dibaca secara istiqamah setiap hari, hati kita akan lebih terhubung dengan Allah. Saya pilih waktu ini kerana fikiran masih segar, suasana masih sunyi. Ini adalah detik suci untuk mendekatkan diri kepada kalamullah.

4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yassin.
Yassin adalah hati Al-Quran. Banyak kelebihan yang terkandung di dalamnya. Saya amalkan setiap hari bersama-sama dengan Kelab 7 Pagi. Bacaan ini membuka hari saya dengan penuh cahaya dan semangat baru.

5. Amalan Sedekah Subuh.
Ini amalan yang sangat dituntut. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. MasyaAllah, luar biasa kebaikannya. Tidak perlu banyak — asalkan istiqamah. Hari-hari serahkan sedikit rezeki kepada Allah. Ia menjadi sebab terbukanya pintu rezeki yang tidak disangka-sangka.

6. Perbanyakkan Selawat kepada Rasulullah SAW.
Bacalah sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Jika mampu, 1000 kali lebih baik. Selawat ini saya amalkan dalam pelbagai keadaan — semasa memandu, memasak, menunggu giliran, atau selepas solat fardu. Bila kita banyak berselawat, kita akan lebih tenang dan urusan hidup terasa sangat dipermudahkan oleh Allah. Apa yang kita hajati, sebutlah dalam hati sambil berselawat.

7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari.
Hubungi mereka walaupun sekejap. Jika mereka guna telefon pintar, buatlah video call. Tengok wajah mereka adalah terapi jiwa. Mereka adalah pintu syurga kita. Minta berkat dan doa mereka sebelum memulakan pekerjaan atau perniagaan. Mohon ampun setiap hari. Mohon restu mereka. Percayalah, hidup akan lebih diberkati jika kita menjaga hubungan dengan ibu bapa.

8. Solat Dhuha jangan tinggal.
Ia sangat penting. Boleh dilakukan 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Saya jadikan Dhuha sebagai amalan harian wajib. Waktu akan menjadi lebih berkat, urusan berjalan dengan lancar, dan rezeki datang mencurah-curah. Saya rasa masa saya jadi lebih panjang dan banyak perkara boleh diselesaikan dengan tenang.

9. Amalkan solat sunat lain juga.
Antaranya solat sunat Qabliah dan Ba’diah. Yang paling hebat, solat sunat sebelum Subuh — ganjarannya umpama dunia dan seluruh isinya. Saya juga amalkan sebelum dan selepas Zohor. Tambahkan sedikit demi sedikit hingga cukup 10 rakaat sehari. Dikatakan, jika seseorang itu istiqamah melakukan solat sunat sehingga mencecah 40 rakaat sehari, namanya akan dipadam dari senarai ahli neraka. MasyaAllah, besar ganjarannya.

10. Buat briskwalk atau senaman ringan setiap hari.
Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briskwalk, sasarkan 5,000 langkah. Kalau tak mampu berjalan, lakukan apa sahaja bentuk senaman yang sesuai dan kita s**a. Ini untuk tubuh badan yang sihat, ringan, dan bertenaga. Apabila badan sihat, ibadah juga jadi lebih ringan untuk dilakukan.

11. Kurangkan jumlah makan.
Atau tukarkan kepada pemakanan yang lebih sihat. Jangan makan ikut nafsu. Bila badan ringan, bukan sahaja mudah bergerak tetapi mudah juga beribadat. Kita bukan makan untuk kenyang semata-mata, tapi untuk beri tenaga berkhidmat kepada Allah.

12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari.
Hati manusia mudah berbolak-balik. Kita perlu sentiasa diingatkan. Carilah nasihat melalui cara yang kita s**a. Mungkin daripada ceramah, video pendek, atau tulisan-tulisan bermanfaat. Biar hati sentiasa hidup dan tidak lalai.

13. Tambahkan satu ilmu baru setiap hari.
Dengan teknologi yang canggih hari ini, ilmu sangat mudah dicapai. Hanya melalui telefon pintar pun kita boleh tambah ilmu. Tapi pastikan ilmu akhirat tidak dilupakan. Ilmu akhirat lebih memberi bekal untuk kita di sana nanti. Sibukkan diri dengan usaha untuk memperbaiki diri. Bila kita sibuk upgrade diri, kita tak ada masa nak pandang dan cakap buruk tentang hidup orang lain.

14. Saya amalkan bacaan Surah Al-Mulk setiap malam sebelum tidur.
Surah ini akan menjadi pelindung di alam barzakh. Saya mula dengan pasang audio bacaan dari YouTube dan ikut sama membaca. Lama-kelamaan, ayat-ayatnya melekat di ingatan dan saya sudah boleh membacanya sendiri. Alhamdulillah.

15. Jom kita sama-sama amalkan semua ini.
Untuk hidup yang lebih tenang dan bahagia. Saya juga seorang wanita yang sangat sibuk dengan urusan bisnes. Tapi saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Saya percaya, ketenangan itu datang daripada hubungan kita dengan Allah. Semoga Allah terus merahmati dan memimpin hati kita semua.

16. Foto kenangan:
Gambar ini adalah saya ketika menaiki Haramain High Speed Railway dari Madinah ke Mekah semasa mengerjakan umrah. Jika naik bas, perjalanannya ambil masa 7 jam. Tapi dengan kereta api laju ini, hanya 2 jam setengah. Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat mendamaikan.

📲 Dikongsi melalui Facebook: Faridah Mohd Ali

Dulu saya sangka jadi suri rumah ni senang. Duduk rumah, jaga anak, urus rumahtangga. Tapi lepas saya lalui sendiri, bar...
23/05/2025

Dulu saya sangka jadi suri rumah ni senang. Duduk rumah, jaga anak, urus rumahtangga. Tapi lepas saya lalui sendiri, baru saya faham — letihnya bukan fizikal je, tapi mental dan emosi.

Hari-hari ulang rutin sama. Bangun awal pagi, siapkan anak, masak, kemas rumah, lipat kain, mop lantai… belum campur urus emosi anak-anak dan suami. Kalau ada yang tak kena, orang pertama yang dipersalahkan tetap kita. Tapi siapa pernah tanya, “Awak penat tak hari ni?”

Saya pernah menangis diam-diam dalam bilik air. Bila semua orang dah tidur, saya duduk tepi mesin basuh sambil pegang baju kotor. Rasa diri ni tak dihargai. Rasa macam hilang identiti. Semua orang kejar impian, kejar cita-cita. Saya? Kejar baju yang tak habis-habis nak dilipat.

Ada masa saya rindu diri saya yang dulu. Yang pernah gelak besar. Yang ada semangat. Sekarang, saya cuma diam. Kalau senyum pun, sekadar untuk bagi orang tak risau. Tapi dalam hati, saya penat. Terlalu penat.

Tapi saya tetap pilih untuk bertahan. Sebab saya tahu… walaupun tak ada siapa nampak, Allah nampak. Walaupun tak ada siapa puji, Allah tahu. Saya belajar untuk redha. Untuk buat semua ni kerana cinta — cinta kepada keluarga, cinta kerana Allah.

Satu je saya nak pesan…
Kalau awak ada isteri yang jadi suri rumah, tolong peluk dia hari ni dan cakap, “Terima kasih sebab sudi jadi isteri dan nak kepada anak2.”
Kalau awak ada mak yang jaga rumah dari muda sampai tua, cium tangan dia dan cakap, “Saya bangga jadi anak mak.”

Sebab tak ada sesiapa yang tahu betapa kuatnya hati seorang suri rumah… kecuali dia sendiri.

Kenapa suami boleh berhenti cintakan isteri?Jawapan ni mungkin pahit, tapi… memang kena telan.Sebab kalau baca dengan ha...
23/05/2025

Kenapa suami boleh berhenti cintakan isteri?
Jawapan ni mungkin pahit, tapi… memang kena telan.
Sebab kalau baca dengan hati terbuka, mungkin… awak akan jatuh cinta balik dengan isteri awak. Dan lebih cepat dari yang awak sangka.
Seorang suami pernah cerita:
Dulu, aku tak sabar nak balik rumah.
Rindu suara dia, ketawa dia… bau rambut dia pun aku rindu.
Tapi sekarang? Aku sengaja balik lambat.
Rasa lagi seronok duduk dengan kawan-kawan.
Nak sembang dengan dia pun… malas.
Bila dia call, aku tak angkat.
Dia mesej… aku buat tak tahu.
Malam-malam bila dia baring dekat aku, aku cakap:
‘Penat… nak tidur je.’
Tapi… hakikatnya aku tak penat pun.
Aku cuma rasa… aku dah tak sayang dia.
Dia cuba cari jawapan.
Tanya kawan-kawan lelaki…
Kebanyakannya jawab, “Biasa lah tu. Cinta memang akan pudar.”
Tapi jawapan tu tak tenangkan hati dia.
Dia mula fikir…
Kenapa isteri masih sayang kita macam dulu?
Kenapa cinta dia tak mudah luntur macam kita?
Mungkin salahnya bukan pada dia… tapi pada aku sendiri.
Jadi dia jumpa pakar.
Pakar tu tenang je dengar cerita dia, kemudian tanya:
“Awak percaya pada Tuhan?”
“Ya…”
“Kalau macam tu, ikut satu je perintah Dia. Awak akan rasa berubah, walau tanpa ubat.”
“Apa dia?”
Lalu dia bacakan ayat ni:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, supaya mereka tundukkan pandangan mereka…”
(Surah An-Nur: 30)
Dan doktor tu cakap,
“Awak cuba tundukkan pandangan selama sebulan. Ikut betul-betul.”
Masa dia keluar dari klinik tu, seorang wanita cantik lalu.
Macam biasa, dia rasa nak tengok. Tapi dia ingat balik pesan doktor.
Dia tunduk… dan terus jalan.
Hari-hari lepas tu, berat sangat.
Kat jalan, kat media sosial, kat TV… semua penuh godaan.
Mata dia dah biasa tengok yang tak sepatutnya.
Tapi dia lawan. Dia cuba jaga.
Masuk hari ke-15… tiba-tiba hati dia rasa tenang.
Dia pandang isteri dia… rasa lain sangat.
Dia balik rumah awal.
Cari isteri dia. Nampak dia tengah sibuk kat dapur.
Tiba-tiba… hati dia cair.
Dia peluk isteri dia, kuat.
Dan dia bisik perlahan:
“Saya masih cintakan awak.
Saya cuma… tersesat sekejap.”
Dia pergi semula jumpa doktor tu dan ucap terima kasih.
Doktor senyum dan cakap,
“Bulan belum habis lagi.”
Dia jawab,
“Tapi saya dah dapat semula apa yang saya hilang.
Hati saya… dah kembali.”
Dia pandang ke langit dan ucap:
“Alhamdulillah… syukur Ya Allah atas nikmat ni.”
Sahabat lelaki, ingat…
Kadang, masalah rumahtangga bukan sebab isteri dah berubah…
Tapi sebab hati kita sendiri dah jauh dari Allah.
Bila kita tak jaga pandangan, tak jaga hati, tak jaga iman—
Kita mula rasa hambar dengan yang halal…
Dan mula rasa seronok dengan yang haram.
Nak bahagia semula? Islam dah ajar caranya:
• Tundukkan pandangan.
• Belajar syukur, tengok kebaikan isteri.
• Tingkatkan taqwa, jaga hubungan dengan Allah.
Nabi ﷺ pernah bersabda:
“Dunia ni penuh dengan nikmat. Tapi nikmat paling indah… isteri yang solehah.”
(Hadis Muslim)
Doa pendek tapi sangat bermakna:
اللَّهُمَّ اجعلني قنوعًا بِمَا رَزَقْتَنِي، وَبَارِكْ لِي فِيهِ، وَارْزُقْنِي حُبَّ أَهْلِي وَرِضَاهُمْ
“Ya Allah, jadikan aku reda dengan rezeki yang Engkau beri, berkati ia, dan kurniakan aku cinta terhadap keluargaku, serta cinta mereka kepadaku.”
Dan ya…
Kalau awak ada dua, tiga, atau empat isteri pun,
doa & pengajaran ni tetap kena pada tempatnya.

“Kadang-kadang bukan destinasi yang penting…Tapi dengan siapa kita pergi.”Tak kisah ke mana arah tujunya,selagi ada oran...
18/05/2025

“Kadang-kadang bukan destinasi yang penting…
Tapi dengan siapa kita pergi.”

Tak kisah ke mana arah tujunya,
selagi ada orang yang buat kita ketawa,
yang faham diam kita, yang tak berkira tong tong makan minyak..
yang tak kisah kalau sesat sekali pun
itulah sebenar-benar nikmat perjalanan.

Kalau hari tu jadi indah,
selalunya bukan sebab tempatnya cantik,
tapi sebab siapa yang ada di sebelah kita.

1 Kg Emas Lebih Mudah Dijual Berbanding Sebuah RumahRamai orang anggap rumah sebagai aset terbaik. Tapi hakikatnya dari ...
16/05/2025

1 Kg Emas Lebih Mudah Dijual Berbanding Sebuah Rumah

Ramai orang anggap rumah sebagai aset terbaik. Tapi hakikatnya dari sudut liquidity (kecairan), 1 kg emas jauh lebih mudah dijual berbanding sebuah rumah.

Harga sekilo emas hampir sama macam sebuah rumah (sekitar RM500k), ataupun sekeping tanah. Tapi nak cari buyer rumah dan tanah agak rumit jika dibandingkan dengan emas.

Kenapa?
1. Jual emas ambil masa minit je. Kita tak perlu tunggu pembeli, tak perlu ejen hartanah, tak perlu peguam. Hanya perlu bawanya ke kedai emas atau jual semula ke Public Gold pun boleh.

2. Emas diterima di seluruh dunia. Walaupun di mana kita berada, nilai emas tetap laku. Rumah p**a, bergantung pada lokasi dan keadaan pasaran.

3. Rumah biasanya perlukan pinjaman bank dan itu pun belum tentu lulus. Emas boleh tukar jadi tunai on the spot. Emas tak perlu tunggu loan lulus.

Rumah memang aset penting untuk tempat kita tinggal dan pelaburan jangka panjang, tapi dari segi kecairan, emas jauh lebih fleksibel.

Sebab tu orang kaya sentiasa simpan sebahagian kekayaan mereka dalam bentuk emas fizikal.

ps: Baca tajuk dan fahamkan sebelum komen bukan2. Rumah keperluan asas. Itu tidak dinafikan. Penulisan ini khas utk orang mampu beli 1kg emas.

She’s a mother, not your maid.Don’t treat her like she was hired to serve you.She cooks, cleans, cares — not because it’...
11/05/2025

She’s a mother, not your maid.
Don’t treat her like she was hired to serve you.
She cooks, cleans, cares — not because it’s her duty,
But because it’s her love.
Don’t take that love for granted.
Help her, respect her, cherish her.
She didn’t marry you to carry the whole load alone —
She married you to build a life together."

Psikologi Dalam Rumahtangga :“Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”Seorang teman merasakan isterinya sem...
11/05/2025

Psikologi Dalam Rumahtangga :
“Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”
Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.
Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.
Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.
Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.
Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.
Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.
Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.
Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.
Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.
Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.
Ia berkata, “Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. “
Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.
Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.
Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.
Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.
Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.
Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.
Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.
Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.
Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.
Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi “isteri seseorang” mempunyai potensi menjadi malaikat.
Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.
Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki. Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki. Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.
Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.
Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

Address

Kuala Dungun

Telephone

+60109055375

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Inspirasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share