Ustaz Akmal Muhammadi

Ustaz Akmal Muhammadi moga Allah redho akan kita semua ~ :)

Setiap hari, tetapkan dalam diri nak buat benda simple namun yakin Allah akan beri pahala.Benda mudah begini akan buat m...
31/07/2023

Setiap hari, tetapkan dalam diri nak buat benda simple namun yakin Allah akan beri pahala.

Benda mudah begini akan buat mind set kita tersusun. Nampak sesuatu, doa. Lihat sesuatu, doa. Beri suatu, doa.

Semuanya akan kembali balik kepada kita.

Doa kita itu ibarat kita sedang siram 1 pasu yang kita tanam benih pokok.

Bayangkanlah sampai 1 hari kita jaga dia baik-baik, nanti kita akan dapat buahnya, hasilnya. Seronok benar kan.



Bersabarlah wahai insan Menjalani kehidupan. Jangan berasa putus asa dgn ujian Yang Allah turunkan. Allah menguji keiman...
30/07/2023

Bersabarlah wahai insan Menjalani kehidupan. Jangan berasa putus asa dgn ujian Yang Allah turunkan. Allah menguji keimanan mu dia melihat sejauh mana kekuatan mu ketabahan mu dan kesabaran mu Allah tahu setiap ujian Allah berikan pada mu dia tahu kamu mampu menghadapinya dan menjalaninya.

"Ketika kehidupan tidak sesuai dengan harapan, jangan merasa sedih, kerana saat itu Allah sedang menguji keimanan mu. Dan syukuri apapun pemberian Nya, kerana itu lebih baik daripada sebuah harapan".

Yakinlah bahawa janji-Nya itu pasti. Maka nikmati saja setiap s**a duka dalam setiap perjalanan yang kamu tempuhi. Kerana pada akhirnya kebahagiaan kelak yang akan kau raih.



Berbuat baiklah selagi mampu....jangan pernah menunda kebaikan...dan janganlah mengeluh..Sesungguhnya "Allah tidak meman...
25/07/2023

Berbuat baiklah selagi mampu....jangan pernah menunda kebaikan...dan janganlah mengeluh..

Sesungguhnya "Allah tidak memandang apa yang kamu lakukan akan tetapi memandang apa yang ada di dalam hati kamu... Segala perbuatan amal itu tidak akan berserta dengan niat hati yang ikhlas cuma sia-sia belaka."

Berbuat baiklah selagi masih mampu berbuat baik,sekecil apapun itu,,

Ingat nak buat sesuatu buatlah dgn HATI...Hati yg penuh IKHLAS....Hati yg penuh KASIH....Hati yg TENANG....Lakukannya KERANA ALLAH dan selebihnya TAWAKALlah pada ALLAH...

Sentiasa berbuat baik dan bersangka baik... Apa yang kita cari adalah redha Allah.. Kalau ada yang tak s**a..itu urusan dia dengan Allah.

Teruskanlah berbuat baik kerana tidak ada satu kebaikan, walau sekecil mana pun, yang sia-sia.

Ingat Kita buat baik kita dapat yang baik....Insyaallah



Di dunia ini ... kita tidak akan pernah lari daripada ujian...Setiap hari kita diuji ... Tetapi percaya dan yakinlah bah...
24/07/2023

Di dunia ini ... kita tidak akan pernah lari daripada ujian...

Setiap hari kita diuji ... Tetapi percaya dan yakinlah bahawa ini adalah rencana & perancangan yg terbaik dari Dia untuk kita...

Dia tidak pernah membebani seseorang tanpa
batas kemampuannya dan Sesungguhnya Allah itu Ya Rahman Ya Rahim....Dia sangat mencintai & menyayangi kita...

Bertabahlah wahai sahabat Ujian itu adalah tanda kasih sayang Dia untk kita...

Ketahuilah, ujian itu adalah tandanya Dia peduli dan Ujian itu juga adalah bukti kasih sayang dari Dia.....Mana mungkin Dia akan membiarkan kita berlapang dada serta bersenang-lenang tanpa ujianNya?

Allahu....



Bila kita terluka, Allah ciptakan airmata untuk menemani kelukaan kita.Bila kita terlalu berharap, Allah ciptakan doa un...
23/07/2023

Bila kita terluka, Allah ciptakan airmata untuk menemani kelukaan kita.

Bila kita terlalu berharap, Allah ciptakan doa untuk kita meminta kepadaNya.

Bila kita sering disakiti, Allah ciptakan solat untuk kita tunduk sujud menenangkan hati yang lara.

Allah tak pernah mengabaikan dengan membiarkan kita sendiri.

Kita sendirilah yang sering membiarkan dengan
mengabaikan perintahNya..

"Seandainya kamu takut untuk teruskan melangkah, lihatlah bagaimana seorang bayi yang mencuba untuk berjalan. Nescaya akan kau temukan, bahawa setiap manusia pasti akan terjatuh. Hanya manusia yang terbaik yang mampu bangkit dari jatuhnya."

Bahagia atau berduka, kuncinya kita yang pegang.

Andai kita benarkan kesedihan dan kekecewaan bersarang dalam dada, maka dukalah yang kita bakal hadapi. Tapi jika kegembiraan dan ketenangan yang kita pilih, maka bahagialah yang kita akan rasa...



﷽اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدBila kita rasa sunyi, kekosongan jiwa,tak ten...
20/07/2023


اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Bila kita rasa sunyi, kekosongan jiwa,tak tenang..
kita mudah usaha alihkan perhatian kepada selain dari Allah.. Kita meletakkan pengharapan pada yang selain dari Allah.. Perbuatan itu sebenarnya usaha yg sementera.. Mungkin dapat pujuk dan tenangkan hati namun tidak mungkin kekal..

Allah izinkan hati kita rasa kosong..
Allah izinkan hati kita rasa serba tak kena, tak bahagia sebenarnya untuk kita kembali re-align dan fokus hanya pada-Nya..

Ramai sebenarnya bila diuji akan fokus pada masalah tak pon fokus pada cari solusi ataw fokus untuk alihkan perhatian agar pikiran dan hati tenang
Namun bila tak insert ALLAH dlm hati..
Takkan mungkin kita perolehi ketenangan yang hakiki..
Dengan Hanya Mengingati Allah..
Hati akan tenang..
🤲💖☺️


Sambutan Maal Hijrah Di Sekolah Menengah kebangsaan Bakai.Alhamdulillah, kumpulan qasidah Maahad Tahfiz Alquran Ihyaaudd...
19/07/2023

Sambutan Maal Hijrah Di Sekolah Menengah kebangsaan Bakai.

Alhamdulillah, kumpulan qasidah Maahad Tahfiz Alquran Ihyaauddin di jemput untuk mengalunkan qasidah,

Bagi memeriahkan majlis yang diadakan serta kuliah yang di sampaikan oleh ustaz Hashimi.

Terima kasih atas jemputan.

Ayat ini merupakan sebahagian nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.Kata Imam As Sa`di, ia adalah kesinambungan yang men...
19/07/2023

Ayat ini merupakan sebahagian nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.

Kata Imam As Sa`di, ia adalah kesinambungan yang menjadi pelengkap dalam usaha membuat perkara ma`ruf dan mencegah kemungkaran. Sudah tentu akan berlaku kepayahan dalam usaha untuk merealisasikan perintah tersebut, maka hendaklah bersabar dalam menyempurnakannya.

Adapun dari satu aspek yang umum, bersabar dengan musibah bermaksud bersabar dengan segala kepayahan di dunia seperti sakit dan lain-lain. Dengan syarat bukan dalam perkara maksiat kepada Allah.

18/07/2023

Best ooo khuliah dhuha ni, Baba sanggup mai dari jauh utk bagi kuliah dhuha jaa.

Alhamdulillah untuk khuliah Dhuha di SURAU IHYAAUDDIN sambutan sangat luar biasa.

Khamis ni pakat bawa anak2 ya, kita buat bacaan Yassin mingguan Di Ihyaauddin 😘

p/s: Ada makan2 😝

📌PENGERTIAN MAAL HIJRAH-Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iai...
18/07/2023

📌PENGERTIAN MAAL HIJRAH
-Awal Muharram atau Maal Hijrah menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah.

-Tahun terjadinya peristiwa Hijrah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah (tahun 622 Masihi).

📌 Hijrah pada bahasa : Perpindahan atau perubahan daripada satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.

📌 Hijrah pada istilah : Perpindahan Rasulullah SAW dan orang-orang Islam dari Mekah ke Madinah.
Peristiwa hijrah berlaku pada 12 Rabiulawal tahun ke-13 Kerasulan.

📌 SEBAB-SEBAB HIJRAH;

📒 Perintah dari Allah
📒 Ancaman terhadap Islam semakin memuncak.
📒 Dakwah Rasulullah SAW ditentang hebat oleh Musyrikin Mekah.
📒 Strategi dakwah Rasulullah SAW.
📒 Madinah memberi jaminan keselamatan (Perjanjian Aqabah Kedua).





Masuk waktu Maghrib malam ni, kita akan masuk tahun baru 1445 Hijrah. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang da...
18/07/2023

Masuk waktu Maghrib malam ni, kita akan masuk tahun baru 1445 Hijrah. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang dah berlalu dalam kehidupan kita.
Kalau dulu kita selalu lewatkan solat, tahun ini solat di awal waktu dan perbaiki apa yang patut diperbaiki.
Kalau dulu mungkin tak kisah solat tertinggal sebab terlalu sibuk, tahun ini jangan sesekali tinggalkan solat walau sesibuk mana pun kita dalam usaha mendapatkan rezeki dan kesibukan hal dunia.
Tanpa keberkatan, siapa kita disisi Allah?
Semuanya bermula dari hubungan kita dengan Allah. Saya nak ajak anda untuk sama-sama berdoa akhir tahun hijrah sebelum masuk waktu maghrib ni. Salam Awal Muharram semua.

Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki yang baik?Syeikh Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahtani menyebut: “Rezeki yang baik ada...
18/07/2023

Apakah yang dimaksudkan dengan rezeki yang baik?

Syeikh Sa'id bin Ali bin Wahf al-Qahtani menyebut: “Rezeki yang baik adalah rezeki yang halal.” (Lihat Syarh Hisn al-Muslim min Azkar al-Kitab wa al-Sunnah, hlm. 129)

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا

Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh. Surah al-Mukminun (51)

Syeikh al-Maraghi berkata: “Di sini perintah memakan makanan yang baik didahulukan berbanding dengan perintah mengerjakan amalan soleh, bagi menunjukkan bahawa amalan soleh tidak akan diterima jika tidak didahului dengan memakan makanan yang halal.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/289)

Address

Maahad Tahfiz Alquran Ihyaauddin, Kampung Batu Satu
Kuala Ketil
09300

Telephone

+60199356916

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Akmal Muhammadi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ustaz Akmal Muhammadi:

Share