Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Laman rasmi info berkaitan program dan aktiviti Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai

Terima kasih YB Hilmi Abdullah kerana sudi menambah hadiah cabutan bertuah untuk program Fun Walk Pasti Kawasan Kuala Kr...
20/11/2025

Terima kasih YB Hilmi Abdullah kerana sudi menambah hadiah cabutan bertuah untuk program Fun Walk Pasti Kawasan Kuala Krai esok.

Lebih 70 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi esok. Hamper, barangan dapur, barangan elektrik, basikal dan banyak lagi hadiah yang kami sediakan.

In Shaa Allah. Kita jumpa pagi esok.

19/11/2025

SERUAN SOLAT HAJAT UNTUK KESIHATAN MURSYIDUL AM PAS

Assalamualaikum.

Dimaklumkan bahawa Tuan Guru Dato’ Haji Hashim Jasin kini sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

Mohon semua agar dapat melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau.

Buat masa ini, Tuan Guru tidak dapat menerima kunjungan ziarah kerana keadaan tidak mengizinkan.

Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua.

Tuan Guru Haji Hashim Jasin

π‰π”πŒππ€ 𝐀𝐍𝐃𝐀 πƒπˆ 𝐒𝐀𝐍𝐀!Insya-Allah, kami akan bersama keluarga besar PASTI Kawasan Kuala Kraia akan bersama dalam program Fu...
18/11/2025

π‰π”πŒππ€ 𝐀𝐍𝐃𝐀 πƒπˆ 𝐒𝐀𝐍𝐀!

Insya-Allah, kami akan bersama keluarga besar PASTI Kawasan Kuala Kraia akan bersama dalam program Fun Walk PASTI Kawasan Kuala Krai sempena Hari Kanak-kanak Sedunia.

Jumpa di sanaπŸŽ‰

𝑻𝑬𝑹𝑼𝑺 𝑴𝑬𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰𝑡

15/11/2025

[ π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ ππ€π’π”πŠπ€π 𝐃𝐔𝐍 πŒπ€ππ„πŠ π”π‘π€πˆ ]

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan DUN Manek Urai atas kejayaan melayakkan diri sehingga ke pusingan ketiga (Round of 16) dalam Kejohanan Piala Menteri Besar Kelantan 2025. Pencapaian ini amat membanggakan, lebih-lebih lagi kerana pasukan ini merupakan satu-satunya wakil Kuala Krai yang berjaya melangkah sejauh ini.

Walaupun pasukan tewas melalui penentuan sepakan penalti, kami tetap menzahirkan penghargaan dan rasa bangga terhadap komitmen, disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pemain serta barisan pengurusan.

Semoga pasukan terus maju dan cemerlang dalam kejohanan akan datang.

𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πŒπ„πŒπˆπŒππˆπ







15/11/2025
Tahniah dan semoga diberi kemudahan🀲🏻
11/11/2025

Tahniah dan semoga diberi kemudahan🀲🏻

Tahniah kepada calon Perikatan Nasional dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diamanahkan untuk bertanding pada PRN Sabah ke-17:

1. Datuk Dr. Aliakbar Gulasan (Karambunai)

2. Ahmad Dullah (Tanjung Batu)

3. Dr. Munzier Mahamud (Balung)

4. Hasan Haris (Merotai)

5. Kasman Karate (Kunak)

Senarai ini menghimpunkan tokoh yang sudah lama berbakti di lapangan. Bahkan sebelum memegang sebarang taklifan rasmi, mereka telah lama dijuluki sebagai calon rakyat, yakni satu pengiktirafan kepada keakraban, keprihatinan dan kehadiran mereka bersama komuniti setempat.

Semoga calon-calon PN daripada PAS ini menjadi pilihan rakyat Sabah pada hari pengundian nanti. Jika diberi mandat, insya-Allah mereka akan tampil sebagai wakil rakyat yang berkesan.

Sepastinya kompetensi, integriti, dan penguasaan selok-belok kawasan akan diramu bersama demi maslahat rakyat serta kesejahteraan setempat.

[πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“π„πŒπ” πŒπ€π“π€ 𝐆𝐔𝐑𝐔-𝐆𝐔𝐑𝐔 ππ€π’π“πˆ πŠπ€π–π€π’π€π πŠπ”π€π‹π€ πŠπ‘π€πˆ]Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai merakamkan penghargaan kepada s...
08/11/2025

[πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π“π„πŒπ” πŒπ€π“π€ 𝐆𝐔𝐑𝐔-𝐆𝐔𝐑𝐔 ππ€π’π“πˆ πŠπ€π–π€π’π€π πŠπ”π€π‹π€ πŠπ‘π€πˆ]

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai merakamkan penghargaan kepada semua guru PASTI yang hadir dalam majlis temu mata serta penyampaian elaun dan sumbangan kebajikan anak-anak pelajar.

Majlis dihadiri oleh Ustaz Ahmad Subhi Zainal Abidin (Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan), Ust Abdul Hannan (Timbalan Ketua), Ust Mohamad Farhan Abdullah (Naib Ketua), barisan AJK Pemuda Kawasan, serta Pengerusi dan Setiausaha MGP.

Ustaz Ahmad Subhi turut menyampaikan salam daripada pimpinan utama PAS Kawasan yang kini bersidang di Parlimen dan DUN.

Terima kasih atas komitmen semua guru dalam mendidik generasi Islam yang berilmu dan berakhlak.

Semoga dipermudahkan urusan tim Kuala Krai
08/11/2025

Semoga dipermudahkan urusan tim Kuala Krai

Rangkuman aktiviti semalamBermula di sebelah petang, KP Ustaz Ahmad Subhi bersama ajk DPPKKK bergotong royong bersama be...
31/10/2025

Rangkuman aktiviti semalam
Bermula di sebelah petang, KP Ustaz Ahmad Subhi bersama ajk DPPKKK bergotong royong bersama belia Taman Perisai Wira.

Bersambung di malam mula, KP bersama KP Dun Manek Urai, KP Cawangan Sungai Sok, Penghulu Sg. Sok dan beberapa AJK DPPKKK menziarahi pemuda yang lumpuh akibat kemalangan di Sungai Sok. Di rumah tersebut juga, adik beradik kepada pemuda yang lumpuh itu juga menghidap penyakit buah pinggang.

Seterusnya kami ke Kg. Keroh untuk menziarahi pemuda yang baru selesai menjalani pembedahan akibat penyakit kanser. Alhamdulillah, keadaan beliau sangat baik. Tinggal beberapa sesi lagi untuk selesai kimo.

Kita doakan agar semua yang terlibat diberi ketenangan dalam menghadapi ujian ini. In Shaa Allah.


Address

Markaz PAS Kawasan Kuala Krai, Pondok Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Sungai Durian
Kuala Krai
18000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share