29/12/2025
Inilah zamannya, sahabat.
Saban hari kita mendengar, melihat, menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri dimana ummat kian hilang pedoman, kewarasan manusia normal tidak lagi berada diatas paksi iman, sehingga sanggup membunuh manusia lain dengan cara paling kejam. Setiap hari, ada sahaja kes bunuh yang diluar anomali pemikiran kita.
Nyawa hilang tanpa ada nilainya. Manusia sudah sanggup lakukan apa sahaja mengikut nafsu ammarah, dendam yang lahir dari sanubari yang dalam. Intuisi hati diketuk berkali-kali dengan bisikan, ajakkan, bayangan cara melempiaskan kemarahan melalui visualisasi rasukkan yang tiada siapa tahu melainkan dirinya sendiri.
Kita diajak berkali-kali, ditanam api di dalam hati, bara terus menyala sehingga hal-hal yang remeh kita sanggup berbunuhan sesama sendiri, tanpa atas sebab dan tujuan yang kompleks. Mengapa ia terjadi?
Tuan-tuan dan sahabat sekelian, terima lah hakikat yang kita sedang berada dizamannya. Gelombang sihir, dari sang Dajjal telah meresap masuk melalui pintu-pintu hati manusia dan syaitan durjana. Para pemuja ritual, membuka ruang berkembangnya energi tidak sihat ini kepada manusia.
Manusia jadi cepat marah, hilang sabar, mudah melenting dan kewarasan fikiran terhijab dengan bisikan halus agen-agen syaitan ini, ia terjadi secara pantas sehingga olahan fikiran tidak sempat membuat keputusan akhirnya kita bertindak diluar jangkauan.
Di dalam tubuh, ada 'tenaga jahat' yang telah disuntik beberapa tahun yang lalu. Bukan setakat membunuh jiwa, tetapi perlahan-lahan membunuh jasad. Fenomena Kematian mengejut terjadi bagaikan air terjun yang mengalir turun dari gunung. Begitu deras khabar berita seorang demi seorang pergi menghadap ilahi.
Sahabat, berhentilah sejenak. Pusing kembali rotasi kehidupan 360 darjah. Kembalilah dengan berlari kepada Tuhan, banyakkan zikir dan selawat untuk mententeramkan hati dan jasad yang sedang bergelora dari dalam.
Siapa tahu, kita adalah seterusnya. Mangsa atau pemangsa. Hanya dengan amalan rohaniah yang sebenar mampu melindungi diri kita dari fitnah akhir zaman yang kian dahsyat ini. Allah sebaik-baik pelindung kita. Tidak ada jalan lain hanya kembali kepada kehidupan beragama dan bertuhan.
Ingat, dunia hanya sementara akhirat kekal selamanya. Biarlah kita kembali ke kampung abadi dengan kaki kita mampu melangkah masuk ke syurgaNYA. Berat ujian sahabat, bersabarlah. Allah akan tunjukkan jalan.
Yang benar,
Admin Fadh Channel . com