Netizen TV

Netizen TV Stesen digital yang ditubuhkan untuk mewakili suara netizen Malaysia. Anda bebas untuk suarakan pendapat dan aduan anda disini bersama kami.

PENDAFTARAN DIBUKA ‼️APPS TEKSI (E HAILING) YANG VIRAL SEKARANG ‼️UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SAMADA JURU PANDU ATAUP...
06/11/2023

PENDAFTARAN DIBUKA ‼️
APPS TEKSI (E HAILING) YANG VIRAL SEKARANG ‼️

UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SAMADA JURU PANDU ATAUPUN PENUMPANG. 💰💰💰
KREDIT PERCUMA & BONUS MENANTI ANDA SEMUA ‼️

APA TUNGGU LAGI DOWNLOAD SEKARANG ‼️

Whatsapp terus admin ‼️:

Wasap.my/601159710199/Pemandu/Penumpang

Teksi ✅
Kereta Sewa ✅
Kereta Persendirian eHailing ✅
Motorsikal pHailing ✅
Kereta pHailing ✅

Apple
https://apps.apple.com/app/id6457262236

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.taxxee.teksi

Telegram Official
https://t.me/+_pIfeoWlz643OWY1

Di buka untuk semua kawasan Di seluruh negara..

NOTE ‼️ : REFFREL CODE (DINO) FOR TYPE EXECUTIVE CAR REGISTER..FOR BONUS EXTRA & SPECIAL % COMMISION ‼️

PENDAFTARAN DIBUKA ‼️APPS TEKSI (E HAILING) YANG VIRAL SEKARANG ‼️UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SAMADA JURU PANDU ATAUP...
06/11/2023

PENDAFTARAN DIBUKA ‼️
APPS TEKSI (E HAILING) YANG VIRAL SEKARANG ‼️

UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN ANDA SAMADA JURU PANDU ATAUPUN PENUMPANG 💰💰💰
KREDIT PERCUMA & BONUS MENANTI ANDA SEMUA ‼️

APA TUNGGU LAGI DOWNLOAD SEKARANG ‼️

Whatsapp terus admin ‼️ :

Wasap.my/601159710199/Pemandu/Penumpang

Teksi ✅
Kereta Sewa ✅
Kereta Persendirian eHailing ✅
Motorsikal pHailing ✅
Kereta pHailing ✅

Apple
https://apps.apple.com/app/id6457262236

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.taxxee.teksi

Telegram Official
https://t.me/+_pIfeoWlz643OWY1

Di buka untuk semua kawasan Di seluruh negara..

NOTE 💲‼️: REFFREL CODE (DINO) FOR TYPE EXECUTIVE CAR REGISTER..FOR BONUS EXTRA & SPECIAL % COMMISION ‼️

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pe...
20/08/2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangi Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan dijalankan esok, jam 2.30 petang.

Baginda berkata selaku Ketua Utama Negara menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri baharu ini, kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara.

Baginda berharap kemelut politik dapat diakhiri segera dan semua Ahli Dewan Rakyat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.

Sumber

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk ...
20/08/2021

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

KENAPA SUSAH SANGAT HENDAK TANGKAP SAJAT?Lebih sebulan waran tangkap dikeluarkan terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sa...
05/04/2021

KENAPA SUSAH SANGAT HENDAK TANGKAP SAJAT?

Lebih sebulan waran tangkap dikeluarkan terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, tetapi sehingga ke hari ini keberadaannya masih tidak dapat dikesan.

Walaupun pihak berkuasa menyatakan Sajat kini berada di luar negara, namun tiada siapa pun yang tahu Sajat sebenarnya di mana.

Pelik juga hendak hadam kes tentang Sajat ni. Setahu min polis Malaysia antara yang terhebat dalam menangani pelbagai kes.

Berbeza dengan kes Sajat, membuatkan ramai tertanya malah kes ini terus menjadi tanda tanya.

Macam mana Sajat boleh lepas ke luar negara pada masa semua rakyat tidak dibenarkan rentas negara?

Siapakah dalang sebenar yang menyebabkan Sajat boleh hilang tanpa jejak?

Hilang tanpa jejak tapi aktif di media sosial. Pelik tak?









SAMPAI BILA HENDAK SIASAT?Sejak berlangsungnya pernikahan usahawan dan pengacara Noor Neelofa, satu demi satu kontrovers...
05/04/2021

SAMPAI BILA HENDAK SIASAT?

Sejak berlangsungnya pernikahan usahawan dan pengacara Noor Neelofa, satu demi satu kontroversi bertandang tanpa henti.

Dikatakan tidak patuh SOP, hinggalah percutian ke Pulau Langkawi baru-baru ini, Neelofa khabarnya rentas negeri tanpa kebenaran.

Berikutan itu ramai meluahkan rasa tidak puas hati, ini kerana jika kes membabitkan mereka yang ada nama kes akan berpanjangan untuk di soal siasat.

Berbeza dengan kes golongan marhaen dan mereka yang tiada pangkat serta nama, tiada soal siasat terus disaman.

Pastinya sesiapa saja berang, kerana kes soal siasat ini hujung-hujung senyap tanpa khabar berita.

Sepatutnya golongan berpangkat inilah yang selayaknya disaman, selain sering melanggar SOP pastinya mereka ada wang dan mampu bayar denda.

Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Di mana sikap adil dan timbang rasa pihak berkuasa?










LAGI KES YOUTUBE, BUDAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIAPengaruh YouTube ni kadang-kadang boleh membuatkan seseorang tidak sedar...
30/03/2021

LAGI KES YOUTUBE, BUDAK 12 TAHUN MENINGGAL DUNIA

Pengaruh YouTube ni kadang-kadang boleh membuatkan seseorang tidak sedar apa yang dia lakukan itu betul atau tidak.

Disebabkan itu, perlunya kesedaran yang lebih bagi orang dewasa dan pemantauan bagi kanak-kanak.

Jika tidak dikawal pasti ada saja kes yang kurang enak didengar berlaku membabitkan penggunaan YouTube.

Seperti yang berlaku di India, seorang kanak-kanak 12 tahun meninggal dunia akibat cuba meniru aksi meluruskan rambut guna minyak tanah.

Begitu hebatnya pengaruh YouTube sehingga tidak sedar akan bahaya yang menimpa.

Kepada ibu bapa di luar sana, sentiasalah pantau apa juga yang anak-anak tonton di media sosial.

Kalau pengaruh yang baik tidak mengapa, yang tidak baik ini bimbang tidak hanya menyusahkan diri tetapi orang lain juga.

*sebab media sosial juga ramai yang putus silaturrahim, betul tak?








TAHNIAH! NEELOFA SELAMAT BERGELAR ISTERI PU RIZUsahawan dan selebriti Neelofa, 32, selamat dinikahkan dengan pendakwah s...
27/03/2021

TAHNIAH! NEELOFA SELAMAT BERGELAR ISTERI PU RIZ

Usahawan dan selebriti Neelofa, 32, selamat dinikahkan dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail, 26, atau PU Riz di sebuah hotel di ibu kota pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor sebagai wali.

Pada majlis yang bertemakan serba putih itu, Neelofa menerima mas kahwin daripada Haris iaitu sebentuk cincin.

Turut hadir ahli keluarga Neelofa, Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini Noor Mohamed serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.

Majlis turut diraikan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu daripada kedua belah pihak pengantin yang terdiri daripada saudara mara dan sahabat handai.









JANGAN JADI CIKGU KALAU TAK MAMPU KAWAL ANAK-ANAKHari ini tular video seorang guru di sekolah tadika membanting seorang ...
26/03/2021

JANGAN JADI CIKGU KALAU TAK MAMPU KAWAL ANAK-ANAK

Hari ini tular video seorang guru di sekolah tadika membanting seorang kanak-kanak lelaki.

Tidak pasti kejadian di mana dan adakah kanak-kanak itu pelajar atau anak si guru.

Biar siapa pun kanak-kanak itu, tidak sepatutnya kejadian berlaku dan lebih menyedihkan ia berlaku di hadapan kanak-kanak lain.

Perkara ini secara tidak langsung boleh membuatkan anak-anak trauma hendak pergi sekolah.

Memang guru berhak menegur jika pelajar nakal dan tidak dengar cakap, tetapi apa hak guru hendak banting seperti itu?

Min harap pihak berkuasa segera siasat siapakah pelaku berkenaan. Kalau tertekan sekalipun dengan masalah peribadi jangan lepaskan pada anak-anak.

*tidak semua kerja yang kita dapat itu kita s**a, tetapi kita akan jadi s**a apabila kita sentiasa positif dan bijak mengawal suasana. Tak gitu?









TAHNIAH ERNIE ZAKRI DAN SYAMELPasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel selamat bergelar suami isteri selepas mereka din...
26/03/2021

TAHNIAH ERNIE ZAKRI DAN SYAMEL

Pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel selamat bergelar suami isteri selepas mereka dinikahkan dalam satu majlis tertutup di masjid Puncak Alam, Selangor pagi tadi.

Majlis itu dihadiri kira-kira 20 ahli keluarga kedua-dua pengantin dan Ernie dinikahkan berwalikan bapanya, Zakri Ahmad.

Syamel turut menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian kepada Ernie.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu dan mula rapat ketika sama-sama menyertai program realiti Duo Star, empat tahun lalu.







RENTAS NEGERI HINGGA TIMBUL KONTROVERSI?Belum pun reda isu instafamous rentas negeri kerana menyambut ulangtahun perkahw...
26/03/2021

RENTAS NEGERI HINGGA TIMBUL KONTROVERSI?

Belum pun reda isu instafamous rentas negeri kerana menyambut ulangtahun perkahwinan, muncul p**a kes serupa di mana kali ini pasangan artis.

Peliklah perangai mereka ni, sendiri yang cari pasal muat naik video dan gambar di media sosial, sendiri yang meroyan apabila dikecam.

Beri alasan sebab kerja dan ada juga yang ajar cara-cara hendak dapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Disebabkan sudah ramai yang mula ambil ringan perkara ini, min rasa PDRM kena ambil tindakan lebih tegas terhadap mereka yang kononnya hendak rentas negeri atas sebab kerja.

Minta saja dokumen sah yang lengkap sebagai bukti, kasihanlah kepada mereka yang sudah lama tidak bertemu keluarga dan orang tua kerana tidak boleh rentas negeri.

Jangan disebabkan golongan kurang bijak seperti ini, kerajaan ketatkan undang-undang, semua orang tidak boleh ke mana-mana.

*ada pengasas buat fesyen show tak patuh SOP. Seorang demi seorang tunjuk perangai kurang bijak. Korang dah kenapa?









Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Netizen TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Netizen TV:

Share

Category