Rejimen Artileri Diraja - RASMI

Rejimen Artileri Diraja - RASMI Tangkas Tegas Saksama

Page Rasmi Kor Rejimen Artileri Diraja (RAD) menyiarkan berita, info semasa dan aktiviti rasmi pasukan kor Rejimen Artileri Diraja yang sesuai untuk maklumat pihak awam.

Selamat Menyambut Hari Natal kepada warga Rejimen Artileri Diraja yang beragama Kristian | 25 Disember 2025
24/12/2025

Selamat Menyambut Hari Natal kepada warga Rejimen Artileri Diraja yang beragama Kristian | 25 Disember 2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‰๐”๐‘๐”๐ˆ๐‘๐ˆ๐๐† ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐Œ๐€๐ƒ ๐•KOTA BHARU, KELANTAN โ€“ Komander...
21/12/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‰๐”๐‘๐”๐ˆ๐‘๐ˆ๐๐† ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐Œ๐€๐ƒ ๐•

KOTA BHARU, KELANTAN โ€“ Komander Artileri Divisyen 2 Divisyen (KAD 2 Div), Brigedier Jeneral Zamri bin Mat Esa mewakili Pengerusi Rejimen Artileri Diraja (RAD) telah menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat Juruiring Tentera Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, iaitu Leftenan Kolonel Zulkefli bin Nordin yang berlangsung di Bilik Petala Indera, Istana Balai Besar pada 21 Disember 2025.

Majlis penuh istiadat ini telah disempurnakan oleh Penglola Istana D'Raja Kelantan, Yang Berhormat Brigedier Jeneral Datoโ€™ Perwira Raja Datoโ€™ Hj Nik Mohd Shafriman bin Hj Nik Hassan. Dalam majlis tersebut, Leftenan Kolonel Zulkefli bin Nordin telah dinaikkan pangkat kepada Kolonel.

Turut hadir dalam majlis pemakaian pangkat tersebut adalah Pegawai Staf 1 Kerjaya Jabatan Arah Artileri, Leftenan Kolonel Muhammad Tajuki bin Jusoh yang mewakili Pengarah Artileri.

Seluruh warga RAD mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kolonel Zulkefli bin Nordin. Semoga beliau terus melakar kecemerlangan dan kejayaan dalam perkhidmatan.


๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐‘๐€๐ƒ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Œ๐„๐‰๐€๐‘ ๐‰๐„๐๐„๐‘๐€๐‹ ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐Œ๐Ž๐Š๐‡๐“๐€๐‘ ๐๐ˆ๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐ (๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€)KUALA LUMPUR, 15 Disember 2025 โ€“ ...
15/12/2025

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐‘๐€๐ƒ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐Œ๐„๐‰๐€๐‘ ๐‰๐„๐๐„๐‘๐€๐‹ ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐Œ๐Ž๐Š๐‡๐“๐€๐‘ ๐๐ˆ๐ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐ (๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€)

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2025 โ€“ Pengerusi Rejimen Artileri Diraja (RAD), Leftenan Jeneral Datoโ€™ Ahmad bin Abu Bakar telah mengadakan lawatan kebajikan kepada Mejar Jeneral Datoโ€™ Mokhtar bin Perman (Bersara) yang sedang menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Pesara pegawai kanan telah dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Mizan) pada 4 Disember 2025 akibat mengalami ๐‘ ๐‘’๐‘ฃ๐‘’๐‘Ÿ๐‘’ ๐‘Ž๐‘›๐‘’๐‘š๐‘–๐‘Ž. Berdasarkan pemeriksaan awal oleh pakar perubatan, punca kehilangan darah masih belum dapat dikenal pasti. Pesara pegawai kanan telah menerima 3 pint darah, namun keadaan masih tidak menunjukkan perubahan positif yang ketara.

Pada 11 Disember 2025, Pesara pegawai kanan telah dipindahkan ke Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur bagi mempercepatkan proses mengenal pasti punca sebenar kehilangan darah. Pesara pegawai kanan telah selesai menjalani rawatan pada 12 Dis 25 bagi mengenal pasti punca sebenar penyakit yang dialaminya. Kini, beliau berada dalam keadaan stabil.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Pengarah Artileri, Brigedier Jeneral Datoโ€™ Norazman bin Ismail.

Seluruh warga RAD mendoakan agar Mejar Jeneral Datoโ€™ Mokhtar bin Perman (Bersara) dikurniakan kesembuhan dan berada dalam kesejahteraan yang berpanjangan.


๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐€๐“๐„๐‘๐ˆ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ GEMAS - Pengarah Artileri, Brig Jen Dato' Norazman bin Ismail telah meras...
11/12/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐€๐“๐„๐‘๐ˆ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

GEMAS - Pengarah Artileri, Brig Jen Dato' Norazman bin Ismail telah merasmikan Majlis Penutup Kursus Ketua Bateri Siri 1/2025 pada 11 Disember 2025 bertempat di Auditorium PUSARTI, Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Kursus ini telah dilaksanakan mulai 11 Ogos hingga 12 Disember 2025 melibatkan seramai 24 penuntut termasuk 2 penuntut luar negara iaitu Thailand dan Indonesia.

Acara dimulakan dengan sesi syarahan bertajuk "Situational Leadership" disampaikan sendiri oleh Pengarah Artileri. Dalam sesi ini, beliau mengupas kepentingan aspek kepimpinan sebagai seorang pemerintah dan pelaksanaan tugas sebagai pegawai yang cemerlang.

Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil serta anugerah Komandan. Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik disandang oleh Kapt Muhammad Ridhwan bin Hashim daripada Markas Artileri Divisyen 3 Divisyen manakala Anugerah Penuntut Akademik Terbaik diterima oleh Kapt Shaszwan Azeem bin Ismail daripada PUSARTI. Anugerah 'Commandant's Paper' Terbaik p**a diterima oleh Kapt Mohd Rohizan bin Othman daripada 501 AW.

Pengarah Artileri dalam ucapan berharap agar semua penuntut dapat melaksanakan tugas dengan baik dan memimpin dengan penuh dedikasi, jujur serta ikhlas agar generasi RAD akan datang lebih berdisiplin, berpengetahuan serta mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang. Pengarah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua penuntut kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan penuh dedikasi termasuk 2 penuntut daripada luar negara.

Sebagai simbol penghargaan, cenderahati disampaikan kepada Kapt Arm Rongo Seto dari Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Kapt Thanawat Tripiriyakun dari Tentera Darat Diraja Thailand (RTA), melambangkan hubungan pertahanan dua hala yang terus kukuh.


Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Leftenan Jeneral Dato' Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Staf Tentera Darat yang meru...
02/12/2025

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran kepada Leftenan Jeneral Dato' Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Staf Tentera Darat yang merupakan Pengerusi Rejimen Artileri Diraja.

Brigedier Jeneral Dato' Norazman bin Ismail, Pengarah Artileri serta seluruh warga Rejimen Artileri Diraja mendoakan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melindungi setiap langkah, diberikan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐’๐Ž๐Š๐Ž๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐†๐„๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐†๐€๐‰๐ˆ (๐‰๐Š๐’๐๐†), ๐๐„๐๐‚๐€๐‹๐Ž๐๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ...
19/11/2025

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐’๐Ž๐Š๐Ž๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐†๐„๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐†๐€๐‰๐ˆ (๐‰๐Š๐’๐๐†), ๐๐„๐๐‚๐€๐‹๐Ž๐๐€๐ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐† (๐€๐๐‚) ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐ˆ๐๐’๐„๐๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐‘๐€๐’๐€๐’๐Š๐€๐ ๐๐‘๐„๐’๐“๐€๐’๐ˆ (๐๐ˆ๐๐ฌ)

KUALA LUMPUR, 18 Nov 25 - Jabatan Arah Artileri (Jab RAD) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Sokongan Pergerakan Gaji (JKSPG), Pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) bertempat di Bilik Bincang, Jabatan Arah Artileri. Mesyuarat ini merupakan antara platform utama dalam penilaian pembangunan kerjaya pegawai dan anggota LLP Rejimen Artileri Diraja (RAD).

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Brig Jen Datoโ€™ Norazman bin Ismail, Pengarah Artileri, yang turut menekankan kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan profesionalisme dalam setiap proses penilaian. Turut hadir ialah wakil-wakil dari MK-ATM, MK PMBTD, MK PMTTD, MK PLDTD, MK TD-CSM serta Markas Formasi Artileri (MFA).

Penganjuran mesyuarat ini memberi tumpuan kepada beberapa objektif utama iaitu:

1. Menilai dan menyokong Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) bagi pegawai berpangkat Mejar dan ke bawah serta anggota LLP. Penilaian ini dibuat berdasarkan rekod prestasi, kompetensi, integriti, disiplin dan sumbangan keseluruhan anggota terhadap organisasi.

2. Melaksanakan proses pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada anggota yang benar-benar menunjukkan tahap kecemerlangan kerja yang tinggi, komitmen luar biasa serta rekod perkhidmatan yang cemerlang dan konsisten. APC merupakan salah satu bentuk pengiktirafan tertinggi terhadap kecemerlangan individu dalam perkhidmatan setiap tahun.

3. Menyokong terhadap Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) bagi anggota LLP berpangkat PWI dan PWII, yang dinilai melalui kualiti kepimpinan, pengalaman dan kepakaran dalam tugas, prestasi keseluruhan serta impak terhadap pembangunan pasukan.

Segala cadangan dan sokongan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini seterusnya akan dibawa ke Jawatankuasa Lulusan Pergerakan Gaji Tentera Darat (JKLPG TD) untuk pertimbangan dan kelulusan akhir. Proses ini memastikan setiap keputusan yang dibuat berada dalam rangka kerja pengurusan sumber manusia Tentera Darat yang berstruktur, adil dan berdasarkan merit.

Mesyuarat JKSPG ini bukan sekadar rutin pentadbiran tahunan, sebaliknya merupakan usaha berterusan Jabatan Arah Artileri untuk meningkatkan motivasi, kesejahteraan dan hala tuju kerjaya anggota. Melalui proses penilaian yang holistik dan menyeluruh, Jabatan Arah Artileri komited dalam memperkukuh kecemerlangan warga RAD demi keberkesanan organisasi secara keseluruhan.

๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐—š๐—จ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” (๐—ฅ๐—”๐——) ๐—ž๐—˜-๐Ÿฏ๐Ÿฐ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฑKAJANG, 13 Nov 25 โ€“ Rejimen Artiler...
15/11/2025

๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—› ๐—š๐—จ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—ž๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ก
๐—ฅ๐—˜๐—๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—๐—” (๐—ฅ๐—”๐——) ๐—ž๐—˜-๐Ÿฏ๐Ÿฐ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

KAJANG, 13 Nov 25 โ€“ Rejimen Artileri Diraja (RAD) telah berjaya menganjurkan Konvensyen Jurulatih Guneri dan Doktrin RAD Ke-34 Tahun 2025 bertempat di STRIDE, Kajang, Selangor bermula 10 hingga 13 November 2025. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh Ketua Staf Tentera Darat merangkap Pengerusi Rejimen Artileri Diraja, Lt Jen Datoโ€™ Ahmad bin Abu Bakar.

Seramai 140 peserta hadir terdiri daripada Jemputan Pegawai Kanan TD, Pegawai Kanan RAD, Pegawai Memerintah dan Pemerintah, Jurulatih Meriam, Jurulatih Teknikal Meriam, Master Gunner serta Penolong Jurulatih Meriam. Konvensyen tahunan ini merupakan platform utama RAD bagi membincangkan aspek guneri dan doktrin secara menyeluruh. Perlaksanaannya melibatkan pembentangan kertas kerja yang menumpukan kepada cadangan serta isu-isu doktrinal, taktikal dan pengoperasian sistem persenjataan baharu.

Sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan pada tahun ini, merangkumi tiga (3) kertas kerja teknikal, dua (2) kertas kerja informatif, dan dua (2) kertas kerja khusus oleh Penolong Jurulatih Meriam. Kesemua kertas kerja tersebut diterima sebagai asas bagi semakan serta penambahbaikan manual sedia ada, di samping menjadi panduan penting dalam proses perolehan persenjataan dan peralatan baharu RAD. Selain itu, turut diadakan sesi pembentangan bantuan teknikal meriam oleh Pegawai Penyelidik dari STRIDE, sekali gus memperkukuh kefahaman peserta dalam aspek penyelidikan, pembangunan dan sokongan teknikal.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Artileri, Brig Jen Datoโ€™ Norazman bin Ismail. Konvensyen kali ini turut mencipta sejarah dengan kehadiran Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datoโ€™ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, yang bukan sahaja memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan konvensyen ini, malah turut menjadi suntikan semangat yang amat membanggakan Rejimen Artileri Diraja dalam usaha memperkukuh profesionalisme, kompetensi dan kesiagaan Tentera Darat secara keseluruhan.


Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-23 Artileri Diraja Ad Hoc Ke-3 kepada seluruh warga 23 RAD Ad Hoc.
10/11/2025

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Ke-23 Artileri Diraja Ad Hoc Ke-3 kepada seluruh warga 23 RAD Ad Hoc.

TAKLIMAT KERJAYA PEGAWAI DAN ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT REJIMEN ARTILERI DIRAJA ZON SELATANSEGAMAT DAN GEMAS โ€“ Taklimat K...
05/11/2025

TAKLIMAT KERJAYA PEGAWAI DAN ANGGOTA LAIN-LAIN PANGKAT REJIMEN ARTILERI DIRAJA ZON SELATAN

SEGAMAT DAN GEMAS โ€“ Taklimat Kerjaya Pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) bagi _Road Tour_ Sel Kerjaya telah diadakan di Rejimen Ke-4 Artileri Diraja, Kem Segamat, Johor serta di PUSARTI, Kem Syed Sirajuddin, Negeri Sembilan pada 3 dan 4 Nov 25.

Taklimat kerjaya ini telah disampaikan oleh Lt Kol Muhammad Tajuki bin Jusoh selaku Pegawai Staf 1 Kerjaya, Jabatan Arah Artileri. Seramai 56 Pegawai dan 279 anggota LLP dari sekitar Segamat dan Gemas telah hadir mendengar taklimat ini.

Tujuan taklimat ini dilaksanakan adalah untuk memberi informasi berkenaan dasar, prosedur serta pengurusan peningkatan kerjaya pegawai dan anggota LLP yang terkini. Diharap penyampaian taklimat kerjaya ini dapat memberi pencerahan dan pengetahuan kepada setiap pegawai dan anggota LLP yang terlibat terhadap peningkatan kerjaya masing-masing.

MESYUARAT PRA JAWATANKUASA SOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG), PENCALONAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN PEMBER...
05/11/2025

MESYUARAT PRA JAWATANKUASA SOKONGAN PERGERAKAN GAJI (JKSPG), PENCALONAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN PEMBERIAN INSENTIF BERASASKAN PRESTASI (BIPs)

SEGAMAT - Jabatan Arah Artileri (Jab RAD) telah menganjurkan Mesyuarat Pra Jawatankuasa Sokongan Pergerakan Gaji (JKSPG), Pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dan Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) bertempat di Wisma Perwira, Rejimen Ke-4 Artileri Diraja, Kem Segamat, Johor pada 3 Nov 25.

Mesyurat ini dipengerusikan oleh Lt Kol Muhammad Tajuki bin Jusoh, Pegawai Staf 1 Kerjaya, Jabatan Arah Artileri. Turut serta dalam mesyuarat ini adalah wakil-wakil daripada Markas Formasi Artileri (MFA) dan Penolong Pegawai Memerintah serta wakil dari pasukan-pasukan RAD.

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk menilai dan menyokong pegawai berpangkat Mej dan ke bawah serta anggota LLP bagi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT), pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta sokongan Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kepada anggota LLP berpangkat PWI dan PWII sebelum dibawa ke peringkat JKSPG RAD yang sebenar.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—œ - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sr...
31/10/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Š๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“

๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—œ - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Sri Haji Muhammad Hafizuddeain bin Jantan telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira Tentera Darat pada 31 Oktober 2025.

Majlis ini turut melibatkan dua Pegawai dari Rejimen Artileri Diraja (RAD) yang telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel iaitu Mejar Mohamad Hafiz bin Dato' Razali dan Mej Mohd Suri Shafie.

Turut hadir dalam majlis pemakaian pangkat ini adalah Pengerusi RAD, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Ahmad bin Abu Bakar dan isteri serta Pengarah Artileri, Brigedier Jeneral Dato' Norazman bin Ismail.

Seluruh warga RAD merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada pegawai RAD yang telah dinaikkan pangkat. Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus menghasilkan mutu serta prestasi kerja yang cemerlang dalam memacu organisasi TD amnya dan RAD khasnya.


๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐„๐๐’๐ˆ ๐”๐“๐€๐‘๐€ (๐๐‘๐€๐ƒ๐”)SUNGAI PETANI - Pengarah Artileri, Brigedier Jeneral Datoโ€™ No...
27/10/2025

๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐€๐‘๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹ ๐ƒ๐ˆ๐Œ๐„๐๐’๐ˆ ๐”๐“๐€๐‘๐€ (๐๐‘๐€๐ƒ๐”)

SUNGAI PETANI - Pengarah Artileri, Brigedier Jeneral Datoโ€™ Norazman bin Ismail telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Rasmi Persatuan Rakan Amal Dimensi Utara (PRADU) di Rejimen Ke-52 Artileri Diraja pada 24 Oktober 2025.

PRADU telah ditubuhkan pada 5 Julai 2025 dan telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 11 Ogos 2025. PRADU merupakan wadah bagi penyatuan warga Veteran Rejimen Artileri Diraja (RAD) di kawasan utara semenanjung Malaysia yang meliputi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penubuhan PRADU ini bukan sekadar formaliti organisasi tetapi mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kesetiaan yang tidak pernah padam dalam diri setiap Veteran RAD.

Visi PRADU adalah untuk menyatukan Veteran RAD di kawasan utara seterusnya memartabatkan PRADU sebagai sebuah organisasi yang unggul serta menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan lain bagi menjaga kebajikan Veteran RAD. Antara program utama PRADU ialah memberikan sokongan emosi dan kaunseling, ziarah kasih kepada veteran sakit dan uzur serta program rekreasi seperti hari keluarga dan majlis santai yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.


Address

Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak
Kuala Lumpur
50634

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen Artileri Diraja - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rejimen Artileri Diraja - RASMI:

Share