23/03/2022
.
Adab Minum Air Zamzam
1. Hadap kiblat.
2. Banyakkan Niat. Antara kaedahnya :
i. Baca اَللَّهُمَّ إِنِّي اَشْرَبُهُ لِتَغْفِرَلِي وِلِتَفْعَلَ بِي kemudian niatkan apa yg hendak diniatkan
فَاغْفِرْلِي اَوْ إفْعَل
ii. Atau, baca مَاءُ زَمْزَم لِماَ شُرِبَ لَهُ kemudian niatkan apa yg hendak diniatkan
(Contoh niat: Aku minum zamzam ini kerana Allah, kerana mengikut sunnah Nabi saw, kerana mengikut sunnah para wali2 dan solihin, kerana untuk mengagungkan Mu (Allah) dan niat2 lain.)
3. Gunakan tangan kanan untuk minum.
4. Berdoa. Antara doanya;
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشَفِيًا مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقِيْمًا
Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kepada Mu, agar kau anugerahkan kami ilmu yang bermanfaat, rezeki yang melimpah luas, dan kesembuhan dari segala penyakit.
(Dan boleh sambung dengan doa lain. Tips doa pendek tapi menyeluruh; Aku memohon dengan segala doa Nabi Muhammad saw, para sahabat dan para solihin.)
5. Membaca basmallah pada tiap kali tegukkan.
6. Tidak minum dengan sekali teguk. Afdhalnya dengan 3 kali tegukkan @ 3 kali nafas.
7. Posisi minum air zamzam ialah boleh dalam keadaan duduk atau berdiri (tidak berjalan).
8. Minum sehingga kenyang.
9. Mengucap hamdalah setelah selesai.
📍 Masjid Nabawi, Madinah, Saudi Arabia : 060322 🇸🇦