Kaki Jalan Malaysia

Kaki Jalan Malaysia TT/IG/ Threads : Kaki Jalan Malaysia Nikmat Malaysia
(14305)

Hroton Haga Tau Bukan Honda 🤣Semalam aku letak gambar jari aku di sebelah stereng kereta, dengan lambang H yang aku edit...
15/07/2026

Hroton Haga Tau Bukan Honda 🤣

Semalam aku letak gambar jari aku di sebelah stereng kereta, dengan lambang H yang aku edit.

Ternyata ada yang kurang senang.

Aku ingat lagi dia komen macamni,

“ Alah beriya nak tunjuk pakai kereta H. Macam ko sorang je yang pakai”

Lebih kurang macamtulah dia komen.

Tak lama lepastu aku scroll lagi komen tu dah tak wujud.

Aku minta maaf sangat.

Sebenarnya kereta aku Proton Saga je. Bukan kereta Honda pon.

Lambang H yang aku letak tu sebenarnya aku edit guna FB. Tengok style font H tu pon lain, gemuk sikit daripada Honda yang original.

Kereta tu pon aku sebut sebagai Hroton Haga, bukan Proton Saga. Alah sebagai hiburan saja, bukan untuk serius.

Aku tak sangka H yang aku edit tu menjadi kegusaran dan kebimbangan awam hingga tercetusnya perdebatan masyarakat 🫤.

Memang dah selalu aku buat macamtu. Aku s**a edit letak lambang H di stereng. Cuma ini kali pertama orang tak s**a.

Aku minta maaf lah kalau ada yang kurang senang.
Jangan marah-marah lagi tau hanya kerana lambang H yang palsu tu.

Lepasni aku tak letak dah lambang H tu.

Ampun ya, maafkan saya.

Orang cantik juga bisa terkhilaf kok.

🙏🏾🙏🏾

""Balik nanti kita konvoi lagi..."Itu janji terakhir yang tak kesampaian. 😭 Salam takziah buat keluarga empat mangsa nah...
11/07/2026

""Balik nanti kita konvoi lagi..."
Itu janji terakhir yang tak kesampaian. 😭

Salam takziah buat keluarga empat mangsa nahas konvoi RXZ di LPT1 pagi tadi.
Satu perjalanan untuk hobi, berakhir dengan kep**angan yang menyayat hati.
Lebih 20 rakan lain masih berjuang dirawat di hospital. 🚑

Nyawa tiada galang ganti. Jalan raya bukan litar lumba.
Kasih sayang keluarga di rumah menanti kep**angan yang selamat, bukan berita duka. 🕯️

Al-Fatihah:
Che Mohd Sufian, Muhammad Hafiz, Mohd Aizat, Muhammad Safawi 🤲

Semoga yang cedera cepat pulih sepenuhnya.

​Kepada komuniti dua roda, tolonglah... 🏍️🙏🏼 Hobi kita mahal, tapi nyawa kita jauh lebih bernilai. Tak salah minat RXZ, tak salah berkonvoi, tapi bila dah di atas jalan raya, beringatlah pada yang tersayang. 🛣️❤️ Jangan biarkan kelajuan beberapa saat meragut seluruh masa depan kita. Jalan raya bukan litar, dan nyawa kita tiada galang ganti. ⚠️🛑

​Buat mangsa yang cedera di HTAA dan UIAM, semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. 🩹💪🏼 Jauhkanlah kami dan ahli keluarga kami daripada musibah sebegini. Amin Yarabbal Alamin. 🤲🏻🕌

10/07/2026

SUAMI SEDIH TENGOK ISTERI MENIAGA TIDAK ADA ORANG DATANG 😭

Minta tolong korang support kedai wife sy boleh?? Dia buat live pon 2-3 org je tengok sebab tak biasa buat lagi kot.. kedai pon kosong je lagi.. hurmm..

Lokasi Sup Kita Sebelah Masjid Sungai Petai, Alor Gajah

"Eh, apa la mak dia ni. Roti pun tak boleh beli untuk anak. RM4.20 je kot?"Saat berada di supermarket, wanita bernama Hi...
09/07/2026

"Eh, apa la mak dia ni. Roti pun tak boleh beli untuk anak. RM4.20 je kot?"

Saat berada di supermarket, wanita bernama Hidayah Fuad terpandang 1 situasi di mana seorang budak minta ibunya belikan roti. Namun masa tu, respon si ibu agak garang : "Takde takde pergi letak, aku cakap pergi letak, letak!".😥

Hidayah terus pergi check harga, roti tu taklah mahal mana. RM4.20 je pun. Sebagai seorang ibu, dia rasa amat sedih : "Eh apalah mak dia ni, Anak nak roti je pun", katanya. Kemudian, dia & suami sepakat belikan atas niat untuk beri pada budak tadi. Tapi, masa sampai turn bayar, di sinilah Hidayah seakan tersentak.

2 beranak tadi berada di kaunter Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Hidayah pandang ke arah bakul, si ibu tadi rupanya hanya beli 2 barang je😭 : "Ya Allah, aku ni tak baik. Mungkin masa maknya cakap harsh tu, mak dia memang betul-betul tengah takde duit"

P/s : Nilai RM4.20 kecil bagi orang senang. Tapi untuk yang susah, RM4.20 mungkin duit terakhir yang mereka ada. 🥺😭

KREDIT : Hidayah Fuad

Bodohnya aku sampai panggil akak cleaner tanya mana satu tandas perempuan 😭😅
09/07/2026

Bodohnya aku sampai panggil akak cleaner tanya mana satu tandas perempuan 😭😅

07/07/2026

Ramai jatuh cinta dengan akhlak Almarhum Hafeez Albukhary. Bayangkan macamana sahabat-sahabat kehilangan Rasulullah Saw dulu ya?

Sampaikan bilal pun tak sudi nak melaungkan azan. Punyalah sakit kehilangan Rasulullah Saw. Indahnya akhlak. Insan biasa pun kita dah rasa satu kehilangan, apatah lagi Rasulullah Saw.

Saya kongsikan video ni untuk manfaat semua. Semoga mengalir deras pahala arwah tiada putus-putusnya. Al-Fatihah 🤲🏻❤️

06/07/2026

Tekan button terus ke dunia lain😅 kesian dekat orang yang tengah melabur 🤣

10 TEMPAT MENARIK JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR‼️Banyak rupanya tempat yg kita belum discover dkt KL! Ada yg masuk percuma...
06/07/2026

10 TEMPAT MENARIK JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR‼️

Banyak rupanya tempat yg kita belum discover dkt KL! Ada yg masuk percuma ada yang kena bayar. Termasuk hotel terbaik, murah & cantik! *rujuk last gambar ada senarai tambahan

📍Kuala Lumpur Hop-on Hop-off Bus
Tiket Walk in: RM35

📍Jambatan Saloma, Kuala Lumpur
(Percuma)

📍 Kuala Lumpur Upside Down House
Walk in: RM20

📍Tower Walk 100 @ KL Tower

📍Menara Kuala Lumpur (Observation Desk)
Walk in: RM30

📍Perdana Botanical Gardens, Kuala Lumpur
Percuma

📍Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery, Kuala Lumpur ( Percuma)

📍Jump Street Asia, Petaling Jaya
Walk in: RM35

📍99 Wonderland Park, Batu Caves
Weekend/Public Holiday(9AM-4PM): RM40
Weekdays(5pm-11pm): RM45
Fri-Sun/Public Holiday(5PM-12AM): RM55

📍Petrosains
Harga Walk-in:
Dewasa: RM18.50
Kanak-kanak: RM7.50

*Wajib save gambar last, sbb ada list tempat2 menarik utk dilawati di KL terkini

Kredit : Mynetworks

03/07/2026

ADMIN PERNAH JUMPA DAN BERTEGUR SAPA 1 FLIGHT DENGAN DIA. MEMANG BAIK DAN RAMAH DENGAN SENYUMAN ORANGNYA.

Bukan sahaja dikenali sebagai pencipta kandungan dan pramugara, arwah Hafeez Al-Bukhary juga meninggalkan kenangan indah sebagai seorang anak yang berbakti.

Kisah arwah menjaga ayahnya yang uzur sebelum dirinya p**a diuji sakit benar-benar menyentuh hati ramai. Semoga segala kebaikan dan jasanya menjadi pahala berpanjangan. Al-Fatihah.

𝗜𝗻𝗻𝗮𝗹𝗶𝗹𝗹𝗮𝗵𝗶𝘄𝗮𝗶𝗻𝗻𝗮𝗶𝗹𝗮𝗶𝗵𝗶𝗿𝗼𝗷𝗶𝘂𝗻....

Al-Fatihah buat Pramugara Malaysia Airlines (MAS), Hafeez Albukhary Zulkefly disahkan meninggal dunia akibat kanser kolon. Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Allahyarham cukup dikenali dengan sikap mesra, senyuman dan layanan baiknya ketika menyantuni penumpang & jemaah haji.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60172664660

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Jalan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share