Si Tukang Cerita

Si Tukang Cerita Selamat datang ke Page Si Tukang Cerita. Dah sedia untuk meremang?👻

Si Tukang Cerita adalah sebuah saluran atau 'Channel' atas talian yang menyajikan pelbagai kisah pengalaman seram yang dekat dengan masyarakat kita bagi tujuan mendidik serta memberikan tauladan serta pengajaran daripada kisah-kisah tersebut. Tidak sekadar kisah seram, Si tukang Cerita turut menyampaikan kisah-kisah tauladan dan inspirasi dengan harapan melalui channel ini, mesej positif dapat disampaikan kepada masyarakat di luar sana.

21/06/2025

Assalamualaikum sekalian

Cerita si Rishi tulisan Dammerung untuk part 2 akan release malam ni jam 10.00 malam tau. Jangan ketinggalan ya.

Ada tak di antara kalian yang kenal dengan penulis kisah seram bernama DAMMERUNG?Kalau tak kenal tak apa. Tu maknanya ka...
18/06/2025

Ada tak di antara kalian yang kenal dengan penulis kisah seram bernama DAMMERUNG?

Kalau tak kenal tak apa. Tu maknanya kalian kurang minat membaca. Hahahaha.

Gurau je.

Malam ni Acap akan sampaikan kisah yang ditulis oleh beliau guys. Kisah benar daripada pengalaman seorang Pengawal Keselamatan yang bernama Rishi. Kita jumpa malam ni jam 10.00 malam ya.

Tempahan COOKIES PREMIUM HARGA MARHAEN DIBUKA, Order di sinihttps://wasap.my/+60137428291/NAK-COOKIESEmelkan kisah kalian atau sebarang cadangan serta komen...

Alhamdulillah. Acap telah kembali semula. Insya Allah akan lebih konsisten.Malam ini Acap akan kongsikan perkongsian kis...
16/06/2025

Alhamdulillah. Acap telah kembali semula. Insya Allah akan lebih konsisten.

Malam ini Acap akan kongsikan perkongsian kisah seorang pemuda yang berkawan dengan Bunian berjubah putih. Pastikan anda semua bersama dengan Acap malam ini jam 10.00 malam.

Tempahan COOKIES PREMIUM HARGA MARHAEN DIBUKA, Order di sinihttps://wasap.my/+60137428291/NAK-COOKIESEmelkan kisah kalian atau sebarang cadangan serta komen...

PEREMPUAN BAJU PUTIH LEBUHRAYA KARAKNama aku Din. Umur aku 48 tahun. Dah lebih 20 tahun aku jadi pemandu lori, ulang-ali...
03/06/2025

PEREMPUAN BAJU PUTIH LEBUHRAYA KARAK

Nama aku Din. Umur aku 48 tahun. Dah lebih 20 tahun aku jadi pemandu lori, ulang-alik dari utara ke selatan, dari pantai timur ke barat.

Macam-macam dah aku nampak. Tapi ada satu malam terjadi satu kejadian, yang sampai sekarang aku masih tak boleh lupa.

Malam tu aku ambil muatan dari Kuantan, nak hantar ke Gombak. Aku dah lambat sikit sebab tunggu muatan di masukkan ke lori sampai jam 11 malam. Cepat atau lambat, aku kena juga jalan malam tu.

Aku pilih ikut jalan lama Karak, sebab lebih cepat kalau tak banyak kenderaan.

Jalan tu kalau siapa pernah lalu tengah malam, kau orang tahulah suasana dia macam mana. Gelap. Sunyi. Kalau radio rosak, memang boleh gila.

Aku memandu macam biasa, jaga kelajuan, sebab kawasan tu banyak selekoh tajam.

Sampai satu kawasan berdekatan Bukit Tinggi, aku perasan sesuatu. Ada seorang perempuan berdiri di tepi jalan.

Perempuan tu pakai baju kurung putih, rambut panjang. Pelik. Perempuan mana yang berani jalan seorang diri di kawasan yang sunyi macam ni dan dia tak menggelabah langsung!

Aku perlahankan kelajuan lori, niat hati macam nak bantu. Dia pandang arah lori sambil tangan dia terangkat sikit seakan menunjukkan isyarat berhenti.

Bila lori aku hampir dengan perempuan tersebut, aku perasan sesuatu. Dia tak ada kaki!

Aku terus jalan. Tak jadi berhenti. Badan aku rasa seram sejuk. Meremang. Aku memandu dalam keadaan menggigil.

Lepas beberapa kilometer lepas tu, aku ingat gangguan tadi dah berakhir. Rupanya sangkaan aku meleset. Sampai dekat satu simpang tiga, aku berhenti untuk pastikan tiada kenderaan lalu semasa aku nak membelok ke kanan.

Ketika itulah aku ternampak perempuan tadi berdiri di seberang jalan sebelah kanan sambil melambai-lambai ke arah aku.

Aku cuba tenangkan diri. "Din... jangan layan"

Aku Istighfar banyak-banyak. Berusaha nak tenangkan diri. Aku dah jauh daripada simpang tiga tadi.

Entah macam mana radio tiba-tiba mati sendiri. Lepas tu hidup balik dengan volume kuat dengan bunyi tv rosak. Menggelabah aku matikan radio. Lima minit kemudian, radio hidup balik.

Baru aku teringat yang isteri aku ada bekalkan air Yasin dan aku letakkan di kabin sebelah belakang tempat duduk penumpang. Sambil memandu aku cuba capai botol air Yasin tu menoleh sekali imbas ke belakang,

Astaghfirullahal’azim!!!!

Perempuan tadi tu ada dalam kabin lori aku!

Nyaris lori aku terbabas. Mujur aku sempat mengawal kemas stereng lori aku ni. Kalau tidak, ke gaunglah aku.

Aku menggigil. Cuba baca ayat-ayat yang aku ingat. Dengan keadaan aku menggigil, tiba-tiba aku terasa bahu aku disentuh

"Bang... haus...bang…“

Suara tu. Lembut. Tapi jelas. Aku tak jawab. Aku terus baca apa yang aku hafal.

“Bang... haus...bang…“

Ada tangan putih pucat merayap ke lengan aku. Aku tersentak dan dengan seluruh kekuatan yang ada, aku laungkan azan sekuat hati aku.

“Hihihihihihihi!”

Perempuan tadi mengilai lalu hilang. Aku dah tak boleh tahan lagi. Badan aku dah semakin lemah, lutut dah makin goyang.

Mujur beberapa ratus meter lagi aku dah sampai di kawasan rehat Genting Sempah. Selepas parkir lori, buka pintu, lompat turun. Aku duduk tepi jalan sambil hisap rokok. Tangan menggigil.

Masa tengah merokok tu ada seorang lelaki, pemandu bas ekspres, nampak aku. Dia datang berdiri sebelah aku.

"Kena kacau ke?"

Aku angguk. Dia senyum. Senyum sinis. Dia hidupkan api rokok.

“Macam mana bro tahu aku kena kacau?” Tanya aku.

"Dah biasa. Orang kat sini ramai dah kena. Tapi jangan takut. Kau selawat je. Kalau dia nak tumpang, biarkan. Tapi jangan sekali-kali pandang muka dia."

Aku pandang lelaki tu. "Maknanya benda yang sama kacau kau orang semua? Mana bro tau benda yang sama kacau aku?"

Dia senyum lagi. Tapi kali ni dia bisik, "Sebab dia pun tengah tengok kita sekarang, tuuuuuu."

Mulut lelaki tadi menjuih ke arah jalan masuk hentian. Di tepi papan tanda DILARANG MASUK perempuan tadi berdiri sambil senyum menyeringai.

“Sampai ke sini kau follow aku ya!”

Aku dengan lelaki tadi cepat-cepat bergerak menuju ke gerai-gerai makanan. Akhirnya, aku ambil keputusan tidur di surau dan lepas subuh baru aku bergerak semula.

- Tamat -

Nak baca lagi kisah seram dari Abang Lori? Dapatkan e-book SIRI SERAM TAK - CERITA ABANG LORI sekarang. Klik link berikut https://toyyibpay.com/JILID-1-ABANG-LORI-SERAM

Ada orang cakap Acap dengan jenazah tak dapat dipisahkan. Ya, betul tu. Sebab dihujung hayat, kita semua bakal jadi jena...
21/05/2025

Ada orang cakap Acap dengan jenazah tak dapat dipisahkan. Ya, betul tu. Sebab dihujung hayat, kita semua bakal jadi jenazah. Dah persiapkan diri kita masing-masing? Tepuk dada tanya iman.

Apa pun malam ni Acap dah schedule dua cerita tentang kisah dua jenazah yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua. Jumpa kita malam ni jam 10.00 malam.

DISCLAIMER! Segala watak, jalan cerita dan lokasi telah diolah semula berdasarkan kisah benar supaya tidak mengaibkan sesiapa.

Tempahan COOKIES PREMIUM HARGA MARHAEN DIBUKA, Order di sinihttps://wasap.my/+60137428291/NAK-COOKIESEmelkan kisah kalian atau sebarang cadangan serta komen...

13/04/2025

Hantu Main Walkman | Part 4

13/04/2025

Hantu Main Walkman | Part 3

13/04/2025

Hantu Main Walkman | Part 2

13/04/2025

Hantu Main Walkman | Part 1

12/04/2025

Gangguan Motel Di France | Part 3

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Si Tukang Cerita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category