MyCheck Malaysia Official

MyCheck Malaysia Official Malaysia new independent online resource to combat misinformation being spread on social media!

Waspada sekiranya anda menerima SMS yang didakwa dari CIMB atau mana-mana institusi perbankan berkaitan transaksi pengel...
02/09/2026

Waspada sekiranya anda menerima SMS yang didakwa dari CIMB atau mana-mana institusi perbankan berkaitan transaksi pengeluaran wang dan meminta anda menghubungi bank menerusi nombor yang diberikan menerusi SMS itu.

Terdapat penipuan menggunakan teknik SMS spoofing iaitu SMS palsu yang kelihatan seolah-olah dihantar daripada nombor rasmi pihak bank, sekali gus berpotensi memperdaya penerima mesej.

Pengguna disaran membuat semakan dan pengesahan melalui saluran rasmi bank sebelum mengambil sebarang tindakan.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Dakwaan bahawa kenderaan ‘e-hailing’ lima tempat duduk hanya boleh membawa tiga penumpang kerana jumlah penumpang dikira...
27/08/2026

Dakwaan bahawa kenderaan ‘e-hailing’ lima tempat duduk hanya boleh membawa tiga penumpang kerana jumlah penumpang dikira termasuk pemandu adalah TIDAK BENAR.

Kapasiti tempat duduk kenderaan ‘e-hailing’ dikira termasuk pemandu, tetapi jumlah penumpang dikira berdasarkan tempat duduk penumpang sahaja.

Oleh itu, kenderaan lima tempat duduk boleh membawa empat penumpang dan seorang pemandu manakala kenderaan tujuh tempat duduk boleh membawa enam penumpang serta seorang pemandu.

Orang ramai diingatkan mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan pengangkutan awam darat melalui saluran rasmi kerajaan bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my

Dakwaan menjual atau membeli kenderaan secara “sambung bayar” salah di sisi undang-undang adalah BENAR.PDRM menjelaskan ...
18/08/2026

Dakwaan menjual atau membeli kenderaan secara “sambung bayar” salah di sisi undang-undang adalah BENAR.

PDRM menjelaskan menurut Akta Sewa Beli 1967 penjual atau pembeli kenderaan “sambung bayar” boleh didenda atau penjara atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan di bawah akta tersebut.

Menurut JPJ, “sambung bayar” kenderaan membawa risiko yang tinggi kepada kedua-dua pihak, terutamanya pemilik kenderaan kerana masih bertanggungjawab dari segi undang-undang dan kewangan selagi hak milik tidak dipindahkan.

Pembeli p**a tidak mempunyai hak pemilikan yang sah walaupun telah membayar ansuran.

Urusan jual beli kenderaan sebaiknya dilakukan melalui proses pertukaran hak milik yang sah dan mendapat kelulusan pihak bank bagi mengelakkan masalah serta kerugian pada masa hadapan.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Dakwaan bahawa JPJ ada menghantar SMS mengenai notis tunggakan bayaran tol kepada pengguna adalah TIDAK BENAR.JPJ atau P...
11/08/2026

Dakwaan bahawa JPJ ada menghantar SMS mengenai notis tunggakan bayaran tol kepada pengguna adalah TIDAK BENAR.

JPJ atau PDRM tidak akan menghantar SMS berserta pautan pembayaran kepada orang ramai.

Penghantaran SMS mengenai tunggakan bayaran tol itu adalah taktik baharu ‘scammer’.

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan penipuan menggunakan nama agensi penguat kuasa seperti JPJ atau PDRM.

Jangan klik sebarang pautan sembarangan dan sahkan maklumat yang diterima hanya melalui laman web rasmi atau kaunter kerajaan.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Dakwaan bahawa anak warga asing yang memperoleh sijil kelahiran Malaysia akan secara automatik mendapat kewarganegaraan ...
07/08/2026

Dakwaan bahawa anak warga asing yang memperoleh sijil kelahiran Malaysia akan secara automatik mendapat kewarganegaraan adalah TIDAK BENAR.

Sijil Kelahiran Malaysia berwarna merah jambu diberikan kepada anak warga asing yang dilahirkan di negara ini dan mereka berstatus bukan warganegara.

Menurut JPN, pendaftaran kelahiran dan kewarganegaraan adalah dua perkara yang berbeza.

Sijil kelahiran ialah dokumen pendaftaran kelahiran, manakala status kewarganegaraan ditentukan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan. 

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Hantaran lama, tarikh baharu. Jangan terpedaya!Tular dakwaan bahawa sempena Hari Kebangsaan, bantuan SARA RM100 secara o...
06/08/2026

Hantaran lama, tarikh baharu. Jangan terpedaya!

Tular dakwaan bahawa sempena Hari Kebangsaan, bantuan SARA RM100 secara one-off akan disalurkan kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bermula 15 Ogos 2026.

Kementerian Kewangan telah mengesahkan hantaran itu adalah palsu.

Semakan MyCheck mendapati kandungan tersebut sebenarnya berasal daripada hantaran pada 2025 yang telah disunting dan dikitar semula dengan tarikh baharu.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Dakwaan bahawa pihak penjara menghubungi keluarga banduan untuk meminta wang bagi membayar kos makanan di penjara adalah...
05/08/2026

Dakwaan bahawa pihak penjara menghubungi keluarga banduan untuk meminta wang bagi membayar kos makanan di penjara adalah TIDAK BENAR.

Jabatan Penjara Malaysia menjelaskan pihaknya tidak akan sesekali menghubungi ahli keluarga tahanan bagi meminta wang untuk bayaran makanan.

Makanan asas atau makanan harian untuk semua banduan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan melalui Jabatan Penjara Malaysia.

Urusan berkaitan pembelian makanan tambahan selain makanan yang disediakan pihak penjara p**a adalah melalui saluran yang ditetapkan seperti Electronic Prospect Buying (ePB).

ePB membolehkan ahli keluarga yang berjauhan atau berdepan kekangan untuk hadir secara bersemuka membuat pembelian secara dalam talian dengan mudah dan selamat.

Ahli keluarga yang ingin memberi ‘duit belanja’ kepada tahanan juga boleh menggunakan sistem ini.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Dakwaan bahawa JPN melaksanakan kempen bagi mencari individu yang tidak menukar alamat terkini pada MyKad untuk diambil ...
03/08/2026

Dakwaan bahawa JPN melaksanakan kempen bagi mencari individu yang tidak menukar alamat terkini pada MyKad untuk diambil tindakan adalah TIDAK BENAR.

JPN mengesahkan tiada sebarang kempen khusus yang dilaksanakan bagi mewajibkan orang ramai menukar alamat, mahupun sebarang operasi khas untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang belum mengemas kini alamat.

Tanggungjawab untuk memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini adalah terletak pada setiap pemilik MyKad.

Justeru sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyKad digalakkan hadir ke JPN untuk mengemas kini maklumat tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Poster tular yang memaparkan keputusan undi awal PRN Negeri Sembilan ke-16 adalah palsu.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya...
31/07/2026

Poster tular yang memaparkan keputusan undi awal PRN Negeri Sembilan ke-16 adalah palsu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), proses pengiraan undi awal bagi PRN Negeri Sembilan hanya akan bermula pada 5 petang, 1 Ogos 2026 iaitu selepas selesai urusan pengundian biasa.

SPR menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada pengumuman rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih berhubung keputusan pilihan raya.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

Dakwaan bahawa rakyat Malaysia masih perlu membawa lesen memandu fizikal jika berhasrat memandu di luar negara adalah BE...
29/07/2026

Dakwaan bahawa rakyat Malaysia masih perlu membawa lesen memandu fizikal jika berhasrat memandu di luar negara adalah BENAR.

Meskipun Malaysia telah melaksanakan Lesen Memandu Digital bagi menggantikan lesen fizikal, ia tidak semestinya diterima di luar negara.

Kementerian Pengangkutan menyatakan bahawa lesen memandu fizikal masih diperlukan di luar negara, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang negara tersebut.

Selain lesen memandu fizikal, Permit Memandu Antarabangsa atau International Driving Permit (IDP) juga perlu dibawa ketika memandu di luar negara.

Baca laporan penuh di www.mycheck.my.

# mycheckmalaysia

Address

MyCheck Malaysia 9th Floor, No. 28 Jalan BERNAMA Off Jalan Tun Razak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyCheck Malaysia Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share