Nikiysa

Nikiysa Informasi semasa & sedikit hal-hal bolasepak

✓Terima tempahan baju
✓Jual baju

28/02/2026

Kongsikan biar kita dan saudara2 kita di Malaysia tidak lupakan saudara muslim kita ni Gaz4.

Sebuah keluarga Palestin berbuka puasa di atas runtuhan rumah mereka yang musnah akibat serangan Israel semasa genosid di Gaza.

Sumber: Shehab Agency

Hasil draw 16 Besar UEFA Champions League (UCL) yang diumumkan tadi memang blockbuster semacam final awal bila kita teng...
27/02/2026

Hasil draw 16 Besar UEFA Champions League (UCL) yang diumumkan tadi memang blockbuster semacam final awal bila kita tengok statistik dan sejarah kedua pasukan.

🔥 Manchester City vs Real Madrid – Big Match!

✔️ Kedua pasukan bertemu lagi di peringkat 16 besar UCL, menjadikannya perlawanan kali ke-lima berturut-turut dalam knockout sejak musim 2021/22 — rekod sejarah baru bagi pertandingan ini.

✔️ Mereka telah berjumpa 15 kali keseluruhan di Eropah, dan rekod pertemuan sangat seimbang masing-masing ada 5 kemenangan dan 5 seri.

✔️ Man City menang 2-1 di Santiago Bernabéu (fasa liga) musim ini, termasuk gol dari Haaland dan O’Reilly

Kejadian dlm 8.15mlm 26/2/2026. Lokasi Area Kpg Selarong. Jln Kejai / Labu Besar. Van kilang terlanggar  3 ekor lembu li...
27/02/2026

Kejadian dlm 8.15mlm 26/2/2026. Lokasi Area Kpg Selarong. Jln Kejai / Labu Besar. Van kilang terlanggar 3 ekor lembu lintas jln mengejut. Sekor sempat di sembelih. 2 mati.
kredit : infosemasa

Pembantu restoran lemas selepas diserang sawan24/02/2026 | 10:59 ALOR SETAR, 24 Februari – Seorang lelaki ditemukan lema...
24/02/2026

Pembantu restoran lemas selepas diserang sawan

24/02/2026 | 10:59

ALOR SETAR, 24 Februari – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kedah berhampiran Stadium Darul Aman di sini, malam tadi dipercayai akibat serangan sawan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Syed Basri Syed Ali berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Asuad Abdul Rashid, 35 tahun yang bekerja sebagai pembantu restoran.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada pukul 8.19 malam yang memaklumkan seorang lelaki terjatuh ke dalam sungai berhampiran Kuil Bakar Bata, sebelum anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

Sebaik tiba, didapati pihak bomba telah menjalankan pencarian di tempat mangsa dipercayai terjatuh.

Mayat mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra di dasar sungai berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada jarak satu meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

“Siasatan ke atas majikan mangsa iaitu seorang wanita berusia 47 tahun memberitahu mangsa mempunyai penyakit sawan dan dipercayai mengalami serangan, sebelum tiba-tiba berlari ke arah sungai dan terjatuh ke dalam sungai tersebut.

“Seorang lagi saksi iaitu lelaki berusia 21 tahun memaklumkan melihat mangsa dari kedai nasi kandar menuju ke sungai sebelum terjatuh. Saksi kemudiannya menghubungi bomba dan polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Artikel Berita RTM

24/02/2026

Kes terbaru curi tabung masjid

24/02/2026

Lelaki maut rempuh polis trafik sedang buat pemeriksaan di lorong kecemasan
Oleh Zulhisham Isahak - 23 February 2026

TANGKAK – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggang merempuh seorang polis trafik yang sedang memeriksa seorang lelaki di lorong kecemasan di kilometer 107.1 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian tersebut pukul 2.07 petang pada arah utara lebuh raya berkenaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal tersebut telah terlanggar seorang pegawai polis yang sedang membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki di lorong kecemasan.

“Pegawai polis berkenaan dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, kemalangan tersebut menyebabkan pegawai polis dan penunggang terbabit mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin, Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, lelaki terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang menunggang motosikal Suzuki DL650XA warna biru meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Jasin.

“Anggota polis tersebut p**a mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan dan kepala. Setakat ini tiada kecederaan serius dan dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kemalangan tersebut katanya, hanya melibatkan motosikal mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pihaknya menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati semasa memandu dan pada masa sama memberi amaran agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kemalangan tersebut.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zamil Azwa Amir Azwa 019-3058346 bagi membantu siasatan.

Terdahulu kejadian tersebut tular dalam media sosial memaparkan polis trafik dan mangsa terbaring atas jalan raya.

Artikel asal : MalaysiaGazette

Address

Kajang
Kuala Lumpur
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nikiysa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nikiysa:

Share