Halaman Tentang Semasa

Halaman Tentang Semasa Page ini dimanfaatkan untuk berkongsi berita semasa untuk diambil sebagai pengetahuan & peluang

20/02/2023

Aksi Sudin Pasir Mas.

20/02/2023

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

20/02/2023

MELAKA 19/02/2023

Kemalangan lori di Lebuhraya Plus, Km 221.9 arah utara dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi sekitar jam 10 malam ini.

20/02/2023

JOHOR 19/2/2023

Video tular pergaduhan di Jalan Bestari 7/2 Nusa Bestari, Iskandar Puteri berdepan MALL TF

Sumber Fb: sheng weng i

20/02/2023

Tergamak buang al-Quran dalam longkang

Gombak: Tular di laman sosial video individu mengutip beberapa naskhah al-Quran yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di dalam longkang berhampiran lombong Taman Sri Murni, di sini.

Menerusi video berkenaan, individu yang merakam menunjukkan anak lelakinya berada di dalam longkang untuk mengutip al-Quran yang dibuang.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dilihat menyusun al-Quran yang dikeluarkan daripada longkang berkenaan.

Ada al-Quran sudah terkoyak kulit muka depannya manakala yang lain dalam keadaan baik.

Lelaki yang merakam video turut meluahkan rasa kesalnya terhadap individu yang tergamak melakukan perbuatan berkenaan.

"Tengok la zaman sekarang akhir zaman, manusia tak tahu apa cerita.

"Mana yang buat kerja, dia orang buang al-Quran di dalam longkang.

"Tak tahu mana punya manusia. Tak nak baca pun simpanlah. Menitik air mana, Subhanallah!," katanya.

Disiarkan pada: Februari 19, 2023 @ 10:26am
Redzuan Muharam
[email protected]

20/02/2023

Celah mana datang budak tu?

Bila JPJ kena marah sebab saman.
20/02/2023

Bila JPJ kena marah sebab saman.

19/02/2023

blah gitu jer!! naya rider.

Lokasi dekat Tasek Ipoh berhampiran balai polis kg tawas

19/02/2023

AMARAN: TAK KUAT JANGAN TENGOK.

Sebagai pengajaran sahaja. Berhati-hati di jalan raya.

19/02/2023

Tiga lelaki disyaki rompak bersenjata diburu polis

KUCHING: Polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai warga tempatan yang melakukan rompakan bersenjata di Taman Desa Paul, Jalan Penrissen hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku oleh seorang lelaki yang mana rumah sewanya telah dimasuki tiga lelaki bersenjatakan parang dan pisau sekitar jam 2 pagi.

Menurutnya, mangsa berusia 50 tahun bersama rakan serumahnya juga seorang lelaki telah diikat suspek semasa melakukan rompakan tersebut.

"Ketiga-tiga suspek mengarahkan mangsa dan rakannya keluar dari bilik tidur dan terus mengikat mereka dengan menggunakan wayar pengecas telefon.

"Suspek kemudian meminta wang serta mengambil barang-barang berharga dari rumah tersebut sebelum beredar," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek beredar dari rumah mangsa pada jam 4 pagi dengan turut melarikan rantai emas dianggarkan seberat 16 gram, wang tunai kira-kira RM3,200 dan dokumen peribadi.

"Mangsa berjaya membuka ikatannya dan terus melaporkan kepada pihak polis," katanya.

Anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan terus melancarkan operasi memburu suspek sebaik sahaja laporan diterima.

"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati suspek masuk dengan memotong lima batang jeriji besi tingkap di salah satu bilik di tingkat bawah rumah tersebut.

"Semasa kejadian, kedua-dua mangsa tidur di bilik di tingkat atas," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh terus menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

▶️Utusan Berneo

19/02/2023

Jahanam harta sekolah

Kuala Lumpur: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah 'meraikan' penggal terakhir persekolahan dengan merosakkan pelbagai peralatan dan fasiliti sekolah.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, beberapa pelajar dilihat menendang pintu sehingga pecah dan merosakkan kerusi sekolah.

Pelajar itu juga turut dilihat merosakkan kipas dan bergelak ketawa.

Difahamkan kumpulan pelajar itu adalah pelajar tingkatan lima.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat) Mohd Nor Izzat Mohd Johari berkata, perbuatan vandelism tidak patut berlaku.

"Sepatutnya perbuatan ini tidak lagi berlaku, nilai moral dan keruntuhan akhlak dilihat semakin serius di kalangan pelajar.

"Hilangnya hormat terhadap tempat untuk menuntut ilmu menjadi sebab utama perbuatan itu masih berlaku," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengawal dan mendidik anak-anak dalam pembentukan nilai moral.

"Sekolah adalah tempat menuntut ilmu, cara meraikan sedemikian dengan merosakkan harta benda milik rakyat adalah tidak betul," katanya.

Disiarkan pada: Februari 18, 2023 @ 11:55am
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]

Maut dihempap kereta sendiriOleh Samadi Ahmadam@hmetro.com.myPutrajaya: Seorang lelaki maut selepas dihempap kereta mili...
19/02/2023

Maut dihempap kereta sendiri

Oleh Samadi Ahmad
[email protected]

Putrajaya: Seorang lelaki maut selepas dihempap kereta miliknya ketika sedang melakukan servis di Blok B, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Presint 5 di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata polis menerima laporan pada 11.48 pagi dari orang awam menyatakan seorang lelaki tersepit di bawah kenderaan dan polis tiba di lokasi kejadian pada 12 tengahari.

Menurutnya, ketika polis tiba mayat mangsa yang berada di bawah bahagian enjin kereta jenis Perodua Bezza sudah dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).

Katanya, mangsa yang maut bekerja sebagai pemandu Grab dan hasil soal siasat mendapati ketika kejadian, suaminya sedang menukar minyak hitam dan menukar brek tayar hadapan sebelah kanan.

"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa dan siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah, "katanya melalui satu kenyataan.

Asmadi berkata, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya, pihak Forensik Hospital Putrajaya juga mengambil ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat dijangka diadakan esok pagi.

"Rakaman percakapan isteri mangsa juga telah diambil dan keluarga mangsa juga dihubungi bagi maklumkan kejadian, "katanya.

Disiarkan pada: February 17, 2023 @ 9:42pm

Address

Kuala Lumpur
50000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halaman Tentang Semasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Halaman Tentang Semasa:

Share