13/10/2025
LAWATAN VERIFIKASI BAGI PERMOHONAN PUSAT PENILAIAN AMALI PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPA-PPT) PROGRAM DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM) PENGURUSAN OPERASI BAHAGIAN (KEPOLISAN) TAHAP 4 DAN DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM) PENGURUSAN OPERASI DAERAH (KEPOLISAN) TAHAP 5, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)
PULAPOL Kuala Lumpur, 13 Oktober 2025 (Isnin) - Lawatan Verifikasi Bagi Permohonan Pusat Penilaian Amali Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA-PPT) Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Pengurusan Operasi Bahagian (Kepolisan) Tahap 4 Dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Pengurusan Operasi Daerah (Kepolisan) Tahap 5, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, PULAPOL Kuala Lumpur dan Pusat Simulasi Taktikal bermula jam 10.00 pagi yang diketuai oleh YDh ACP Dr. Mohamad Daud bin Hj. Druis, Ketua Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum, Maktab Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama dalam sesi ini ialah Dr. Fairus Atida Bt Said dan Pn Sakinah Bt Mohd Amin, Pen.Kanan Pengarah Unit Penilaian PPT Bahagian Persijilan Kompetensi Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia selaku Pengerusi serta Panel Penilai JPK, YDh Supt. Romaliza Binti Ramli,Timbalan Komandan (Kepolisan Am), DSP Che Kueylani Binti Che Ibrahim, Ajutan, wakil Pegawai Bahagian Latihan Bukit Aman dan Maktab PDRM serta barisan Pegawai Kanan Polis PULAPOL Kuala Lumpur.
Sesi dimulakan dengan taklimat yang membuka mata, memperkenalkan para peserta kepada kelengkapan moden dan fasiliti serba lengkap yang menjadikan PULAPOL Kuala Lumpur bukan sekadar pusat latihan — tetapi sebuah institusi unggul yang membentuk watak, mendidik minda dan mengasah jati diri wira negara. Seusai selesai taklimat, lawatan terus dibawa ke Pusat Simulasi Taktikal dimana semua kelengkapan dan kemudahan telah disediakan untuk diperiksa jika kelengkapan tersebut menepati piawaian dan kriteria yang diperlukan untuk mendapatkan pentauliahan daripada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Secara keseluruhannya, lawatan verifikasi ini berjalan dengan lancar dan PULAPOL Kuala Lumpur telah berjaya memenuhi piawaian serta kriteria pentauliahan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Syabas dan tahniah diucapkan.