09/04/2024
Jujur cakap, rumah aku ni bukanlah jenis orang boleh datang mengejut. Alih2 sampai depan pintu rumah tanpa bagitau awal2. Anak-anak aku tgh membesar, diorang dalam fasa s**a nak 'mengemas' rumah.
Aku bukanlah jenis malas nak kemas rumah, tapi kadang-kadang tu rasa fed up jugak. Kemas sekejap, lepas 5 minit terus bersepah balik. Baru je sapu dan mop, dalam 10 minit dah ada bread crumb, biskut crumb, dan segala jenis crumb lain. Kemas kat depan, belakang pulak bersepah.
Jadi, aku kemas rumah ala kadar je la setiap hari. Menyapupun setakat mana yang mampu. Alhamdulillah, suami aku bukan jenis yang s**a merungut atau mengarah-arah.
Kalau ada https://shope.ee/LQNI4pvrU membantu la jugak...
So, semalam bila mak saudara suami bagitahu nak datang rumah hari ni, aku terus bangun kemas rumah. Yela, takut depa sakit jantung tengok keadaan rumah aku yang bersepah tu. Dari belakang sampai depan, berselerak. Mainan anak merata. Aku hanya mampu snap gambar untuk kenangan sendiri, supaya ingat yang rumah aku pernah kemas. Walaupun cuma untuk sehari.
Ni nak pesan sikit, termasuk kat aku sendiri. Kalau nak bertandang ke rumah orang tu, pastikan bagitahu tuan rumah dulu. Kesian diorang kalau datang mengejut. Dan pastikan jaga aib tuan rumah jugak lah. Sebab, sebagai manusia biasa, kita mesti terfikir jugak walaupun sedetik kalau rumah diorang bersepah.
Bila dah sampai rumah orang, jangan nak menyibuk. Diamkan saja, buat-buat buta, buat tak nampak kalau rumah bersepah. Dah balik, jangan la pulak nak pong pang sana sini.
Bila dah kemas rumah macam ni, rasa macam nak hantar suami dan anak-anak balik kampung je. Haha!