Skrip Niaga

Skrip Niaga Semua perkongsian tentang kisah dan ilmu dunia perniagaan yang memberi inspirasi dan ilmu.

28/10/2020

BAGAIMANA KISAH PERLUMBAAN DI ANTARA ARNAB DAN KURA-KURA BOLEH MENJADI KISAH PENGAJARAN BERGUNA DALAM MENJALANKAN PERNIAGAAN.

Pasti anda semua telah tahu tentang kisah perlumbaan di antara kura-kura dan arnab, bukan?

Seekor arnab selalu bercakap besar tentang kelebihannya berlari dengan sangat pantas. Kura-kura yang terdengar telah mencabar arnab untuk berlumba kerana meluat dengan arnab yang s**a bercakap besar. Semua haiwan di hutan pun berkumpul untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Ketika dalam perlumbaan, arnab telah membuat keputusan untuk tidur sebentar kerana dia beranggapan kura-kura adalah haiwan yang bergerak perlahan,maka dia ada masa yang cukup untuk tidur sebentar.

Akhirnya kura-kura sampai ke garisan penamat dahulu dan menang pertandingan tersebut.

Dalam perniagaan, kisah ini memberi mesej yang jelas bahawa kita ini selalu nak cepat, keuntungan yang cepat, cepat nak dapat keputusan. Akhirnya apabila target kita belum tercapai kerana nak cepat maka kita akan hilang motivasi dan putus asa. Thomas Edison, Colonel Sanders dan ramai lagi yang berjaya dalam perniagaan tidak akan berjaya jika mereka tidak bersabar.

PENGAJARAN: Dalam perniagaan kepantasan tanpa konsisten adalah kejatuhan.

27/10/2020

6 PERKARA YANG ANDA TAK AKAN DAPAT SEMASA BELAJAR COURSE PERNIAGAAN DI UNIVERSITI.

1. Mengenal pasti peluang perniagaan yang pasti memberi keuntungan besar.
2. Mengenal pasti dan mendapatkan pekerja yang betul-betul berkebolehan.
3. Dapat melihat sesuatu masalah sebelum ianya benar-benar berlaku.
4. Cara untuk “handle” kegagalan.
5. Cara untuk dikelilingi oleh kawan-kawan yang sentiasa memberi semangat dan bukannya yang selalu buat kita “down”.
6. Mendapatkan kekuatan ketika berhadapan dengan masalah di dalam perniagaan.

21/10/2020
MENGAPA PERNIAGAAN RESTORAN ADALAH ANTARA YANG PALING MENCABAR UNTUK DIBUAT?1. KOS TETAP YANG SANGAT TINGGI.Jika anda se...
20/10/2020

MENGAPA PERNIAGAAN RESTORAN ADALAH ANTARA YANG PALING MENCABAR UNTUK DIBUAT?

1. KOS TETAP YANG SANGAT TINGGI.
Jika anda sewa tapak perniagaan daripada pemilik tapak dan perniagaan anda semakin maju sekalipun, maka, pemilik tapak boleh naikan lagi sewa tapak perniagaan. Ini sudah tentu akan menaikan lagi kos perniagaan.

2. BERHADAPAN DENGAN PELANGAN YANG MENTAL.
Pelanggan boleh menjadi pengkritik dari makanan, minuman sehingga services. Sedap macam mana pun kalau services teruk, tetap akan dapat review yang negatif. Review negatif yang dikongsi oleh mereka di media sosial dan platform yang lain boleh merugikan perniagaan anda. Belum masuk lagi bab main boikot-boikot ni yang jelas menjatuhkan perniagaan.

3. PERMINTAAN YANG TAK KONSISTEN.
Pesaing masuk ke kawasan anda berniaga menyebabkan keuntungan bisnes anda drop. Selain itu, katakan, kawasan anda berniaga itu banyak kilang, jika kilang tersebut ditutup atau pindah ke kawasan lain, maka anda akan kehilangan banyak pelanggan.

4. SUMBER MANUSIA.
Jika anda tak mengekalkan atau menjaga semangat para pekerja anda maka, rasa tak puas hati akan wujud dan ini akan menyebabkan ramai yang akan berhenti kerja. Mendapatkan pekerja baru dan memberikan latihan pada pekerja baru akan melibatkan kos yang besar juga.

20/10/2020

ADAKAH MASA LALU ANDA AKAN MENENTUKAN SIAPA ANDA DI MASA DEPAN?

1.Ingatlah bahawa WALT DISNEY dipecat kerana "dia tidak memiliki imaginasi dan idea yang baik."

2.OPRAH WINFREY dipecat sebagai wartawan berita kerana dia "tidak dapat menahan emosinya apabila menceritakan tentang kisahnya."

3.ELVIS PRESLEY diberitahu, "dia lebih baik kembali ke Memphis dan memandu trak."

4.HENRY FORD bankrap sebanyak lima kali ketika mula-mula menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

5.ALBERT EINSTEIN tidak pandai bercakap sepatah kata pun sehinggalah dia berusia empat tahun dan dia tidak pandai membaca sehingga dia berusia tujuh tahun.

Untuk menjawab soalan, adakah masa lalu anda menentukan siapa anda di masa hadapan?

Tidak, JANGAN biarkan masa lalu anda menentukan masa depan anda!

17/10/2020

7 NASIHAT BERGUNA BILL GATES KEPADA PENIAGA.
1) Menerima maklumat yang tepat daripada orang yang tepat akan mengembangkan lagi perniagaan anda.
2) Strategi yang teruk akan gagal walaupun maklumat yang diterima itu adalah cukup bagus.
3) Selalu ambil tahu tentang berita yang buruk supaya anda tahu di mana penambahbaikan yang paling utama diperlukan.
4) Pelanggan mahukan kualiti tinggi dengan harga yang rendah, dan mereka menginginkannya sekarang.
5)Kelilingi diri anda dengan orang yang sering mencabar dan mengajar anda.
6)Jangan berhenti mencari Ilmu.
7) Kegagalan adalah guru yang paling berguna.

16/10/2020

PENGAJARAN PENTING UNTUK PARA PENIAGA:
1. Colonel Sanders iaitu pemilik syarikat KFC telah memulakan perniagaan KFC ketika dia berusia 65 tahun.

2. Jack Ma, telah dipilih untuk di temu duga untuk berkerja di KFC dan 29 syarikat lain, tetapi telah gagal untuk dipilih. Akhirnya dia telah memulakan perniagaan dia sendiri dengan menjadi pemilik kepada syarikat Alibaba dan menjadi billionire. Ketika berusia 55 tahun dia telah pun bersara.

PENGAJARAN:
1. Umur itu hanya sekadar angka.
2. Siapa yang terus berusaha dan bersabar pasti akan berjaya.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skrip Niaga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category