19/03/2021
Renungan Jumaat...
Kita selalu melihat sesuatu yang kita dapat ataupun tak dapat.. Dapat kerja bagus, tapi suasana kerja toksik.. Dapat rumah bagus, tapi jiran s**a bising.. Dapat isteri bagus, tapi tak nak dengar cakap suami.. Dapat suami bagus, tapi tak buat kerja rumah.. Macam-macam kan dalam hidup ni..
Tapi dalam hidup kita ni.. Pernah tak terfikir.. Dapat kerja bagus, tapi suasana toksik, so aku kena start jadi penawar.. Dapat rumah bagus, tapi jiran s**a bising, so aku kena jadi pendamai.. Dapat isteri bagus, tapi tak nak dengar cakap suami, so aku kena didik dia lagi.. Dapat suami bagus, tapi tak buat kerja rumah, so aku kena rajin minta tolong dia supaya dia rajin buat kerja rumah.. Pernah tak?
Kita tak boleh ubah seseorang tu supaya ikut kehendak kita melainkan seseorang tu nak ataupun rela untuk ikut kehendak kita.. Contoh.. Kita dah masak makanan, dah hidang kat atas meja dgn harapan pasangan kita duduk makan.. Tapi pasangan kita ashik dengan handphone.. Then kita panggil, "Datang sini makan". "Sekejap ye, makan dulu", balas pasangan. See? Benda simple kan? Kalau dia taknak, kita tak boleh ubah pun..
Cuma apa yang kita boleh buat, ubah diri kita sendiri.. Kita nak, kita buat.. Contoh.. Kita NAK perbaiki diri, kita buatlah.. Kita NAK jadi baik, kita buatlah.. Ini boleh jadi sebaliknya jugak ye.. Tapi tak nak la tulis sini.. Kita focus benda baik je..
Rahsianya..
Nak bahagia, bahagiakan orang..
Nak duit banyak, sedekah duit banyak..
Nak orang senyum kat kita, kita senyum kat orang..
Nak dihormati, kita hormat orang..
Takkan nak dihormati, tapi kita tak hormat orang.. Mana jadi..!
Saya tulis ni untuk ingatkan kepada semua termasuk diri saya sendiri.. Maklumlah.. Kita semua ni mudah lupa.. Sama-sama kita ubah cara hidup kita dengan banyak memberi supaya kita sama-sama merasa apa yang diberi.. In sya Allah..
Anda semua dijemput untuk like, share mahupun comment dibawah.. Yang baik itu daripada Allah.. Yang buruk tu daripada kekurangan dan kelemahan saya sendiri..