17/02/2020
IQRO' (BACALAH) WAHAI INSAN,
KENALI AKU DAN KEMBALI KEPADAKU
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
(QS. Al-Fatihah 1: Ayat 1)
Allah SWT berfirman:
اِقْرَأْ بِا سْمِ رَبِّكَ الَّذِيْ خَلَقَ ۚ
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan,"
(QS. Al-'Alaq 96: Ayat 1)
Allah SWT sangat kasih dan rindu kepada semulia-mulia makhluk yang Dia sangat berkehendak menciptakan kita semua daripada tiada kepada ada, daripada sesuatu yang tak dapat disebut.
Demi kasih dan rinduNya kepada kita yang bernama insan ini maka tercipta 6 ciptaan utamaNya iaitu:
1. Siang dan Malam
2. Langit dan Bumi
3. Bulan dan Matahari
Maka ketahuilah, Dia memandang kita dengan pandangan cinta yang tidak mengharap balasan melainkan semata-mata atas irodatNya yang berkehendak supaya Dia dikenali dan disebut-sebut.
Bahkan kita asalnya sangat mengenali dan mengakui akan Dialah semata-mata Rob Pentadbir Seluruh Alam, dari sekecil-kecil sesuatu sehingga sebesar-besarnya perkara.
Maka fitrah kita ini adalah mengenali, mengetahui dan telah mengakui akan Dia adalah sebenar-benar pengatur kita, malangnya setelah diturunkan ke alam dunia kita lupa dan jadi tidak mengenal. Bahkan lebih teruk lagi ada yang sehingga menjadi pembantah yang nyata.
Iqro' atau bacalah, merupakan kalimah awal yang malaikat Jibril diperintahkan untuk disampaikan kepada insan agung yang bernama Muhammad.
Suatu perintah untuk kita semua InsanNya kembali kepada fitrah mengenal, setelah lupa. Bahkan menjadi kewajipan untuk terus kenal kerana Allah melarang kita daripada mati selain daripada keadaan yang sudah selamat.
Bagaimana yang dikatakan sudah selamat? Selamat di mana setiap diri mampu mengakui dan membenarkan Allah adalah Rob sekalian alam yang Dia adalah ujud, tersedia dan kekal.
Maka bacalah wahai insan, kenali Dia. Maka kau akan selamat kembali. Ameen