Malaysia Hot News

Malaysia Hot News This is the fastest and most accurate place to update hot news in Malaysia

27/08/2022

[BERITA MENGEJUTKAN😱] Adegan rusuhan GURNEY PLAZA yang melibatkan ratusan wanita!
emalam berlaku kekecohan di kalangan ratusan wanita di pusat beli-belah Gurney Plaza. 🎥Wartawan datang untuk menemu bual, menerangkan mengapa kejadian itu berlaku dan menjelaskan mengapa. Ternyata kerana botol minyak wangi PARADISE edisi khas ini: https://www.scentnix.site/paradise.my
Menurut wartawan kami: Jenama itu akan membuka cawangan baharu di Gurney Plaza, melancarkan 2 edisi khas minyak wangi dan menawarkan diskaun sehingga 50%!⭐️
Paradise ialah botol minyak wangi terkenal di Perancis. Dengan reka bentuk emas mawar berkilauan yang cantik, wangian itu turut membuatkan para pewangi memberi perhatian. Ia dibuka dengan aroma segar yang diadun dengan baik dengan lada dan manis buah. Menamatkan perjalanan yang penuh dengan wangian adalah nota hangat di penghujungnya seperti ambar, kasturi, vanila… Syurga bagaikan segelas soda sejuk di sebelah pantai biru yang semua orang mahu nikmati. . Sesiapa yang telah mencuba wangian ini pasti akan mengingatinya sampai bila-bila.
Yang belum beli, cepat-cepat order untuk diri sendiri dan orang tersayang. Alangkah baiknya jenama itu telah mengumumkan bahawa orang kini boleh memesan dalam talian untuk mengelakkan kesesakan. 🎁 Jualan diskaun 50% dan tawaran hebat masih diteruskan malah terdapat penghantaran percuma

Pemain SUFC akan dpt gaji tak lama lagi KUCHING: Saban tahun, fenomena pemain bola sepak tidak dibayar gaji dan masalah ...
26/08/2022

Pemain SUFC akan dpt gaji tak lama lagi
KUCHING: Saban tahun, fenomena pemain bola sepak tidak dibayar gaji dan masalah kewangan persatuan bola sepak berulang, seterusnya memalukan arena s**an negara.
�Malah, baru-baru ini pemain bola sepak Sarawak United FC (SUFC) turut mengalami nasib yang sama apabila mendakwa tidak dibayar gaji selama empat bulan.
Lebih menyedihkan, isu tersebut menyebabkan segelintir daripada mereka terpaksa keluar dari kediaman.
Sehubungan itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi jaminan, pihaknya akan berusaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, Abdul Karim menzahirkan perasaan kesal terhadap kejadian yang berlaku melibatkan pemain-pemain bola sepak Sarawak.
Beliau berkata, Kerajaan Sarawak tidak mahu mereka yang berjuang demi Sarawak terpinggir.
“Saya tidak gembira mendengar berita ini. Malah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri tidak senang mendengarnya.
“Isu ini turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Negeri semalam,” tegasnya pada sidang media Program Malaysia Rumah Keduaku Sarawak (S-MM2H) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pemain SUFC dilaporkan tidak menerima gaji selama empat bulan menurut kenyataan dikeluarkan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) baru-baru ini.
Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, beliau akan berjumpa dengan presiden SUFC, Datuk Posa Majais bersama pemain-pemain termasuk mereka yang membuat laporan untuk melihat isu itu dengan lebih lanjut.
Pada masa sama, secara peribadi tegasnya, beliau melihat pengurusan pas**an ini tidak bertanggungjawab.
“Kalau ada gaji yang perlu dibayar, ia mesti di bayar dan ia sama seperti kita bekerja di syarikat lain di mana kita akan menunggu gaji pada hujung bulan.
“Sekiranya gaji tidak dibayar, ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati. Namun, Kerajaan Sarawak akan meneliti isu ini dan berusaha menanganinya,” katanya.
Menurut kenyataan Facebook PFAM, 14 Jun 2022, pihak PFAM telah mengeluarkan notis kepada SUFC untuk tuntutan tunggakan kepada pemain yang melakukan aduan.
Notis susulan turut diberikan kepada Sarawak United FC pada 8 Julai lepas walaupun telah menerima respon balas daripada pihak kelab, namun sehingga kini, tunggakan tersebut masih belum dijelaskan.
“Lebih mendukacitakan, pada bulan Jun yang lepas, para pemain terpaksa berhadapan dengan situasi menerima notis untuk mengosongkan tempat penginapan mereka kerana bayaran sewa tidak dilunaskan oleh pihak kelab,” kata kenyataan itu.
-tamat-

MIZZ NINA MENANGIS KETIKA BERI CERAMAH TENTANG PENCERAIAN - NETIZEN TURUT SEBAKUmum sedia maklum mengenai berita perpisa...
26/08/2022

MIZZ NINA MENANGIS KETIKA BERI CERAMAH TENTANG PENCERAIAN - NETIZEN TURUT SEBAK
Umum sedia maklum mengenai berita perpisahan antara pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah bercerai talak satu. Berita tersebut telah mengejutkan industri hiburan.
Baru-baru ini, tular di laman TikTok video memaparkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina yang dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memberi ceramah tentang hikmah penceraian.
Difahamkan, video tersebut dirakamkan ketika persidangan Spiritual Summit 2022 yang berlangsung 21 Ogos lalu anjuran Safinah Institute. Mizz Nina membuat perkongsian bertajuk 'A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure'.
Video menggunakan audio lagu 'Hijrah Cinta' nyanyian asal Datuk Seri Rossa yang dinyanyikan semula Wany Hasrita itu meraih perhatian ramai hingga tular. Video yang dimuat naik itu sudah mencecah lebih 750,000 tontonan, lebih 79,000 tanda s**a dan lebih 2,500 komen serta perkongsian semula.
Menerusi video dikongsikan, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman gagal menahan air mata yang berlinangan sambil memegang tisu dan berkata Allah SWT tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
"Jadi saya rasa kita perlu tukar mindset dan fikir sesuatu sedang berlaku sama ada kesenangan atau kesusahan," katanya.
Jelasnya lagi, dalam kesenangan kita akan melahirkan rasa syukur dan dalam kesusahan kita akan belajar untuk sabar. Dalam pada itu, Nina turut berkongsi tentang sebuah kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita itu melalui proses penceraian.
"Wanita itu berkata 'macam mana saya nak lalui semua ni?' dan dia hanya kembali kepada Allah dan bersyukur kepada Allah. Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. SubahanAllah," tuturnya.
Menurut Nina, mindset itulah yang mengubah segala persepsi dalam apa sahaja ujian yang melanda dan kita perlu faham bahawa pasti ada sesuatu yang berlaku disebaliknya (hikmah).
"Allah akan jawab doa kita dalam tiga cara, samaada Allah akan jadikan ia berlaku, selamatkan kita dari keburukan yang lebih besar, atau Allah akan simpan (menjadikannya pahala) di akhirat kelak," ujarnya.
Menerusi tinjauan di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat buat Mizz Nina.
"Pertama kali tengok dia (Mizz Nina) nangis. Ya Allah hadiahkanlah dia syurga-Mu, amin," antara komen netizen.

26/08/2022

Perdana Menteri bersama 15,000 Keluarga Malaysia sertai program "Berjalan Teguh Bersama"

PUTRAJAYA, 30 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Dataran Putra, Wisma Putrajaya bagi menyempurnakan dan menyertai program “Berjalan Teguh Bersama”.

Ketibaan beliau kira-kira pukul 7.50 pagi di sambut Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Annuar Musa.

Aktiviti berjalan kaki secara santai sepanjang laluan berjarak 2.7 kilometer itu bermula dari Dataran Putra dan berakhir di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Program dimeriahkan dengan penyertaan lebih 15,000 Keluarga Malaysia.

Persembahan jalanan termasuk hiburan, pancaragam dan persembahan tradisional juga diadakan di setiap tempat pemeriksaan yang ditetapkan.

Perdana Menteri seterusnya dijadualkan tiba di lokasi terakhir kira-kira pukul 8.50 pagi bagi melancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022.

Turut berlangsung, pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia.

26/08/2022
26/08/2022
26/08/2022

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Hot News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysia Hot News:

Share