TV PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

TV PAS WILAYAH PERSEKUTUAN Media informasi yang menyampaikan maklumat sebenar, sentiasa tepat,terkini, telus.

19/12/2025
12/12/2025

PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) atas tindakan berani serta bertanggungjawab menyerahkan memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini.

Tindakan ini mencerminkan komitmen teguh DPPWP dalam mempertahankan nilai moral, akhlak serta kerangka perundangan negara, khususnya berhubung isu penyebaran agenda LGBTQ yang jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan agama.

PAS Wilayah Persekutuan turut menggesa ROS agar melaksanakan siasatan yang menyeluruh, telus dan tegas terhadap NGO Justice for Sisters serta mana-mana pertubuhan lain yang didapati terbabit atau menyokong aktiviti berunsur LGBTQ. Langkah penyiasatan menyeluruh amat penting bagi memastikan tiada mana-mana entiti yang mencabar undang-undang sedia ada ataupun merosakkan struktur sosial negara.

https://www.facebook.com/share/v/17iKMbKKt1/

Kesiapsiagaan Politik PAS WP Diperkukuh Melalui Munaqasyah Ucapan Dasar PresidenKUALA LUMPUR, 7 Disember – Program Munaq...
07/12/2025

Kesiapsiagaan Politik PAS WP Diperkukuh Melalui Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Ke-71 peringkat Wilayah Persekutuan berlangsung dengan jayanya di Dewan Dato’ Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) dengan kehadiran lebih 300 peserta, menzahirkan komitmen tinggi ahli terhadap pengukuhan kefahaman dasar parti.

Program ini menampilkan dua panelis utama iaitu YB Senator Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, serta YB Ustaz Muhammad Fawwaz Mat Jan, Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Hadir sama pimpinan tertinggi PAS Wilayah Persekutuan, termasuk Pesuruhjaya PAS WP, Ustaz Azhar Yahya, Timbalan Pesuruhjaya PAS WP, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, serta Pengarah Program, Tuan Izamuddin Ludin.

Pengarah Program Tekankan Kepentingan Kefahaman Dasar Dalam ucapan pembukaan, Tuan Izamuddin Ludin menegaskan bahawa munaqasyah merupakan platform penting bagi menjamin kesepaduan fikrah seluruh ahli.

“Ucapan Dasar Presiden menggariskan halatuju strategik parti. Melalui munaqasyah ini, kita memastikan setiap ahli memahami peranan, keutamaan dan agenda besar jamaah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas komitmen peserta yang hadir daripada semua kawasan di Wilayah Persekutuan.

PAS WP Perlu Perkukuh Kesiapsiagaan Ustaz Azhar Yahya, selaku Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, dalam ucapannya menekankan keperluan ahli meningkatkan penguasaan ilmu dan kesediaan menghadapi cabaran politik semasa. “Wilayah Persekutuan adalah kawasan strategik yang menuntut kesungguhan, ilmu dan disiplin organisasi. Kefahaman terhadap Ucapan Dasar Presiden adalah asas kepada keberkesanan gerak kerja parti,” ujar beliau.

Beliau menyeru agar semua jentera memperkukuh tarbiah, memperluas jaringan dakwah dan bergerak secara lebih tersusun di bawah kepimpinan kawasan masing-masing.

PAS Perlu Kekal Sebagai Gerakan Ilmu dan Akhlak Merasmikan program tersebut, YB Senator Ustaz Nik Mohd Abduh menegaskan bahawa PAS mesti terus memainkan peranan sebagai gerakan yang memimpin masyarakat dengan prinsip Islam secara menyeluruh.

“Ucapan Dasar Presiden menekankan kepentingan mengukuhkan tarbiah, memperkasa dakwah, dan memandu rakyat dalam ketidakstabilan politik semasa. PAS tidak boleh terjebak dalam permainan politik sempit, tetapi harus kekal dengan identiti ilmu dan akhlak,” tegas beliau.

Beliau turut menyatakan penghargaan atas penganjuran yang teratur serta sambutan baik daripada ahli di Wilayah Persekutuan.

Sesi pembentangan yang dikendalikan oleh kedua-dua panel menyentuh aspek tarbiah, strategi politik nasional, adaptasi media baharu dan hala tuju dakwah. Ruang soal jawab yang interaktif membolehkan peserta mengemukakan pandangan serta cadangan bagi memperkukuhkan pelaksanaan Ucapan Dasar Presiden di peringkat kawasan dan cawangan.

Program yang berlangsung hampir tiga jam ini berjaya mencapai objektif sebagai medan pemahaman, penjelasan dan penyelarasan hala tuju parti. Kehadiran ramai peserta mencerminkan kesungguhan ahli PAS Wilayah Persekutuan dalam mendukung gagasan Presiden serta memastikan mesej perjuangan disampaikan dengan tepat dan berkesan.



JANGAN GANGGU SIASATAN, JFS PERLU HORMATI PROSES UNDANG-UNDANG
05/12/2025

JANGAN GANGGU SIASATAN, JFS PERLU HORMATI PROSES UNDANG-UNDANG

Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Justice for Sisters (JFS) berhubung operasi penguatkuasaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔, 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗚𝗘𝗝𝗔𝗟𝗔 𝗦𝗢𝗡𝗚𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡
01/12/2025

𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔, 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗜 𝗚𝗘𝗝𝗔𝗟𝗔 𝗦𝗢𝗡𝗚𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗜𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan memandang serius laporan pembebasan 171 lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti songsang di sebuah pusat spa di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Kejadian

PENGHARGAAN KEPADA SELURUH JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
30/11/2025

PENGHARGAAN KEPADA SELURUH JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh jentera parti yang telah bertungkus-lumus, berkorban masa, tenaga dan idea sepanjang tempoh kempen

TAHNIAH KEPADA YB DATUK DR. ALI AKBAR GULASAN
30/11/2025

TAHNIAH KEPADA YB DATUK DR. ALI AKBAR GULASAN

PAS Wilayah Persekutuan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Datuk Dr. Ali Akbar Gulasan atas kejayaan meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)

28/11/2025

Ya Allah! berikanlah kemenangan buat 42 calon Perikatan Nasional (PN) Negeri Sabah !!

Gelombang Gempur PAS WP: Karambunai Jadi Medan Akhir Perjuangan
28/11/2025

Gelombang Gempur PAS WP: Karambunai Jadi Medan Akhir Perjuangan

Oleh :- Muhammad Abdul Fateh Karambunai, 28 November:- Gerak kerja kempen Perikatan Nasional (PN) semakin memuncak menjelang hari pembuangan undi apabila jentera PAS Wilayah Persekutuan terus kekal

PAS Wilayah Persekutuan Perkukuh Sokongan di Karambunai, Seru Pengundi Pilih PN Demi Masa Depan Sabah
28/11/2025

PAS Wilayah Persekutuan Perkukuh Sokongan di Karambunai, Seru Pengundi Pilih PN Demi Masa Depan Sabah

Oleh :- Muhammad Abdul Fateh Karambunai, 28 November :Sokongan terhadap calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Karambunai, Datuk Dr. Ali Akbar, terus diperteguh apabila pimpinan PAS Wilayah Persekutuan

20/11/2025

Calon-calon Perikatan Nasional di kerusi Dewan Undangan Sabah dalam Parlimen Tawau.

N.67 Balung
Dr. Munzier Mahamud
(Calon No. 10)

N.68 Apas
Lim Ting Khai
(Calon No. 6)

Undi Perikatan Nasional - Kasi Bagus Sabah.

Address

Pejabat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
53000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TV PAS WILAYAH PERSEKUTUAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TV PAS WILAYAH PERSEKUTUAN:

Share