Jom Jalan2

Jom Jalan2 Cerita jelajah seluruh Malaysia dan global. Hakcipta berita dan gambar dimiliki penerbit asal.

01/01/2026

Selamat Datang 2026. Ayuh kita raikan Tahun Melawat Malaysia 2026

22/08/2021

Jom tonton

20/08/2021
Pulau Masjid Jamek selepas sejam hujan lebat.
10/09/2020

Pulau Masjid Jamek selepas sejam hujan lebat.

Terkini   8 Sept 2020Kes sembuh=12Jumlah kes sembuh= 9,136Kes positif= 100(kes import=15, kes tempatan=85)Jumlah positif...
08/09/2020

Terkini 8 Sept 2020
Kes sembuh=12
Jumlah kes sembuh= 9,136
Kes positif= 100
(kes import=15, kes tempatan=85)
Jumlah positif= 9,559
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 128
Kes dirawat di ICU= 7
Bantuan Alat Pernafasan= 4






Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kilang sebabkan pencemaran Sungai Selangor pernah dikenakan kompaun sebelum iniOleh Manzaidi Mohd Amin | Malaysia Gazett...
04/09/2020

Kilang sebabkan pencemaran Sungai Selangor pernah dikenakan kompaun sebelum ini

Oleh Manzaidi Mohd Amin | Malaysia Gazette | 4 September 2020

SHAH ALAM – Kilang selenggara jentera di Rawang yang menyebabkan 1.2 juta pemegang akaun Air Selangor terputus bekalan bermula semalam, pernah dikenakan kompaun RM60,000 atas kesalahan sama.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian ketika mendedahkan perkara itu berkata, beliau telah mengarahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) agar mengambil tindakan ke atas pemilik kilang terbabit.

“MPS telah mengambil tindakan mengeluarkan notis dan arahan memberhentikan aktiviti serta merta ke atas pemilik kilang selenggara jentera di Rawang yang menyebabkan pencemaran Sungai Selangor, hari ini,” katanya.

Baca lagi https://malaysiagazette.com/2020/09/04/kilang-sebabkan-pencemaran-sungai-selangor-pernah-dikenakan-kompaun-sebelum-ini/

PRK Slim: Barisan Nasional menang besarOleh Mohammad Arif Nizam | Malaysia Gazette | 29 August 2020TANJUNG MALIM – Keput...
29/08/2020

PRK Slim: Barisan Nasional menang besar

Oleh Mohammad Arif Nizam | Malaysia Gazette | 29 August 2020

TANJUNG MALIM – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menepati ramalan apabila Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu menerusi kemenangan besar calonnya, Mohd. Zaidi Aziz.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim itu menang selesa dengan majoriti 10,945 undi apabila memperoleh 13,060 undi manakala dua pencabarnya dari bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, dan S. Santharasekaran, 44, yang turut hilang wang deposit.

Amir Khusyairi mewakili Parti Pejuang Tanahair yang dalam proses pendaftaran pimpinan Tun Dr Mahathir memperoleh 2,115 undi manakala Santharasekaran dengan 276 undi, sementara 327 undi ditolak.

Baca lagi https://malaysiagazette.com/2020/08/29/prk-slim-barisan-nasional-menang-besar/

PKPP DILANJUTKKAN HINGGA 31 DISEMBER 2020Berita AlHijrah | Posted on 28 August 2020 KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawala...
28/08/2020

PKPP DILANJUTKKAN HINGGA 31 DISEMBER 2020

Berita AlHijrah | Posted on 28 August 2020

KUALA LUMPUR: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tamat pada 31 Ogos ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan itu demi kepentingan kesihatan rakyat negara ini susulan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda di Malaysia.

“Dengan pelanjutan PKPP, tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih boleh diambil.

Baca lagi https://alhijrahnews.com/pkpp-dilanjutkkan-hingga-31-disember-2020/

8 pm tuan/puan.
28/08/2020

8 pm tuan/puan.

Kluster Tawar: Kluster aktif terbesar dan strain D614GSetakat 26 Ogos 2020, Kluster Tawar adalah kes aktif yang paling t...
27/08/2020

Kluster Tawar: Kluster aktif terbesar dan strain D614G

Setakat 26 Ogos 2020, Kluster Tawar adalah kes aktif yang paling tinggi dan diberi tumpuan oleh KKM.
Sebanyak 73 kes positif COVID-19 telah direkodkan sejak kluster ini dikesan pada 12 Ogos lalu.
Kes indeks bagi kluster ini adalah seorang lelaki warganegara yang merupakan pembekal makanan ringan dan penjual besi buruk.
Dia dikesan positif ketika menjalani saringan selepas bergejala di sebuah hospital swasta di Sungai Petani. Sehingga kini, punca jangkitan masih dalam siasatan.
Daripada 73 kes, enam dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan setakat ini, kluster tersebut tidak melaporkan kematian.
Kluster ini merebak di empat daerah di Kedah dengan Kuala Muda paling tinggi 26 kes, Baling (20), Kulim (15) dan S*k (1 kes).
Kluster ini juga dikesan di Pulau Pinang melibatkan Timur Laut (6), Barat Daya (4) dan Seberang Prai Utara (1 kes).
Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM mengesyaki kluster ini melibatkan strain mutasi D614G tetapi pengesahan hanya boleh dibuat selepas ujian makmal.
Ujian ini memakan masa kerana virus itu perlu diasingkan dan dikultur (dibiak) sebelum ujian dilakukan.
Sebelum ini, KKM telah mengesan strain mutasi D614G dalam tiga kes dari Kluster PUI Sivagangga yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks serta satu kes dari Kluster Bukit Tiram yang merupakan warga Filipina. Kluster Bukit Tiram telah diisytiharkan tamat 26 Ogos.
Media antarabangsa, South China Morning Post (SCMP) pernah melaporkan hanya dua negara di Asia yang mengesan strain mutasi D614G iaitu Malaysia dan Filipina.
Strain mutasi ini dikatakan berasal dari Eropah dan merebak sehingga menjadi ‘super spreader’ di Pakistan dan India. Namun, kekuatan strain (virulence) dikatakan sama seperti strain biasa tetapi ia cepat merebak dan tinggi ‘viral load’.

Sumber KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Address

285, Jalan Maarof
Kuala Lumpur
59000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Jalan2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Conventional newspaper no more?

People predict the conventional newspaper will extinct this year. In the mean time, digital newspaper is the way people read news nowadays. Will the broadsheet comeback?