02/11/2021
Pertempuran Song-Gok Spurs merupakan antara pertempuran sengit yang pernah dihadapi oleh Tentera Darat Kanada semasa Perang Korea.
Dalam pertempuran ini, satu batalion Tentera Sukarela China (PVA) yang berkekuatan seramai 800 orang telah melancarkan serangan bertali arus terhadap kedudukan 28 orang Tentera Darat Kanada.
Serangan berterusan selama 8 jam itu menyaksikan ratusan elemen PVA maut dan seorang anggota Tentera Darat Kanada terkorban.