Farhana Liyana

  • Home
  • Farhana Liyana

Farhana Liyana Life can be boring sometimes but that's what makes me appreciate the small things in my life

Kalau tengok minyak dalam tu mesti jadi kontroversi kan. Jangan risau ye, minyak tu kita buang je. Ayam masak sambal kic...
08/02/2024

Kalau tengok minyak dalam tu mesti jadi kontroversi kan. Jangan risau ye, minyak tu kita buang je.

Ayam masak sambal kicap.

Bahan:
Ayam setengah ekor
Bawang merah 2 bj
Bawang besar 1/2 bj
Cili kisar 3 sudu
Kicap 3 sudu
Asam jawa

Cara:
Goreng ayam sampai garing. Garing ye bukan separuh masak. Sebab pesen kat rumah ni, mmg semua kene goreng full. Ikan nk masak kari pun kene goreng jugak. 😅
Minyak 1 senduk, tumis bawang sampai garing. Baru masuk cili kisar. Masak sampai cili garing tukar warna gelap ye.
Dah masak baru masuk kicap, asam jawa dan air. Biarkan semua dah gaul elok pastu masuk ayam then perasa la dengan garam, gula dan perasa yang korang selalu guna.
Gaul gaul dah siap.

Korang geng rendang kering ke rendang basah?Rendang Ayam SimpleBahan bahan:1 ekor ayam1/2 kg santan segar2 senduk nasi c...
28/01/2024

Korang geng rendang kering ke rendang basah?

Rendang Ayam Simple
Bahan bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg santan segar
2 senduk nasi cili kering kisar - ikut pedas dis**ai
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping besar
2 helai daun kunyit - hiris halus
5 helai daun limau purut
Garam

Bahan kisar:
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
10 biji bawang besar
10 biji bawang putih

Bahan rempah:
1 batang kulit kayu manis
1 bunga lawang
3 bj buah pelaga

Cara:
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.

Panaskan sedikit minyak dan masukkan rempah dan tumis sehingga wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga masak.

Masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga bahan terbit minyak. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam kecut dan air ayam kering.

Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih dan terbit minyak.

Masukkan garam, asam keping dan daun limau purut. Kemudian masukkan kerisik.

Setelah hampir masak, taburkan daun kunyit. Tutup api bila kuah rendang sesuai dengan kes**aan masing masing.

Nak lagi mudah guna je pes ni https://shope.ee/3pyOVC3kR5

MasyaAllah.
27/01/2024

MasyaAllah.

910.3K likes, 4476 comments. “Allah uji bukan sebab membenci, tapi cara Allah untuk buat kita sentiasa balik pada Dia. Para sahabat bukan risau diuji, mereka risau kalau tidak diuji lagi.”

Sejak kenal Bing AI ni, seronok p**ak kita cuba macam macam. Hari tu dah cuba generate model AI. Semalam generate logo A...
24/01/2024

Sejak kenal Bing AI ni, seronok p**ak kita cuba macam macam. Hari tu dah cuba generate model AI. Semalam generate logo AI. Siap join group prompt lagi. Hari ni cuba modify dari prompt yang diberi agar kena dengan selera berbunga bunga hari ini.

Tajuk: Zikir dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Pagi tadi untuk breakfast anak soleh cuba buat resepi baru. Tengok dekat youtube dari kawan negara jira. Roti goreng, in...
13/01/2024

Pagi tadi untuk breakfast anak soleh cuba buat resepi baru. Tengok dekat youtube dari kawan negara jira. Roti goreng, inti dalam tu Fana letak egg mayo, egg mayo cheese dan chicken roll dengan scrambel egg.

Kesudahan resepi baru, anak soleh tak s**a. Dia makan inti je. Roti tu dia biar ya gitu. Katanya crunchy sangat. 😅😅😅😅

Bahan:
Roti
Tepung gandum
Air
Serbuk roti

Cara:
Satukan tepung dengan air sampai jadi pekat yang sesuai untuk salut roti.
Roti 2 slice sekalikan lepastu celup bancuhan tepung.
Kemudian, salut roti tu dengan serbuk roti then goreng.Lepas dh garing angkat.
Potong roti jadi dua, dan letak inti yang korang nak.

Hari ni anak soleh mintak bawak bekal cucur sosej telur. Ala yang mcm corndog tu tapi sosej tu balut dulu dengan telur b...
12/01/2024

Hari ni anak soleh mintak bawak bekal cucur sosej telur. Ala yang mcm corndog tu tapi sosej tu balut dulu dengan telur baru salut tepung dan goreng.

Banyak juga keje nk buat dah la terbangun lewat dalam jam 5.45 baru bangun. Kalut la buat. Tapi alhamdulillah, nasib baik ada tools yang menyenangkan.

Kalau nk cari yang sama boleh klik sini tau https://shope.ee/6UyjnvQzQG

Bahan:
Sosej 1 cucuk
Telur 1 butir
Yis 1/2 sudu kecil
Gula 1/2 sudu kecil
Tepung 1/2 cawan
Air suam suam kuku 1/4 cawan

Cara:
Adunan tepung:
Satukan gula, yis, tepung dan air. Uli sehingga jadi bertali. Dan biar sat dalam 5 minit bagi tepung tu naik. (Trick: fana kalau nk naik cepat fana letak dalam microwave yang dah dipanaskan. Nnt doh tu cepat je naik.)

Sosej cucuk lidi siap siap. Pecah telur dalam tempat masak telur tu dan letak sosej. Nnt dah masak sosej tu akan naik sendiri

Dah siap kita potong bagi kecik dan salut dengan adunan tepung dan goreng. Weeee jadila cucur sosej telur. Hahaha.

Warga Taiping, hampa pi weyh breakfast dengan lunch kat restauran DSH ni. Dalam hotel Legend Inn tau. RM 5 untuk breakfa...
09/01/2024

Warga Taiping, hampa pi weyh breakfast dengan lunch kat restauran DSH ni. Dalam hotel Legend Inn tau. RM 5 untuk breakfast dan RM 5 untuk lunch hari Isnin, Selasa, Rabu Khamis. Jumaat BREAKFAST PERCUMA ye. Sempena 150 tahun bandar Taiping. Pi weyh.

Ini sebiji sebuntat perangai seorang Farhana Liyana. Basuh baju rajin, melipatnya malas. Jawapan kepada masalah ni adala...
08/01/2024

Ini sebiji sebuntat perangai seorang Farhana Liyana. Basuh baju rajin, melipatnya malas. Jawapan kepada masalah ni adalah dengan hanger je semua baju. Dah alang alang lepas basuh tu memang tempat jemur baju jenis hanger kan. Dh kering betulkan sikit hanger dan terus masuk almari. Siap. Senang pun senang nampak baju. 🤭🤭🤭

*Gambar ehsan google

Haritu ummi beli blower nk buat tembak daun kat halaman rumah. Yela tak larat nk nyapu weyh. Pagi sapu, petang dh banyak...
08/01/2024

Haritu ummi beli blower nk buat tembak daun kat halaman rumah. Yela tak larat nk nyapu weyh. Pagi sapu, petang dh banyak balik. Almaklumlah rumah depan taman. Tapi belum sempat nk guna, si kecik dulu dah guna buat main. Habis semua orang di tembaknya guna blower tu.😁😁

Kalau ada yang cari blower juga, boleh cari sini 👉👉 https://shope.ee/3AiBlTZmRj

08/01/2024

Ais batu dalam 6 minit?😱😱
Ya, betul.
Tidak perlu lagi bersusah payah ke kedai runcit untuk beli ais batu.
Tidak perlu lagi menunggu lama untuk bekukan air dalma freezer.
Beli je Ice Maker ni dapat ais batu dalam sekelip mata!
Beli sini 👉👉https://shope.ee/5V66OfYo5G

Bahagia cara kami. Tak perlu nak bagi hadiah mahal mahal. Tak perlu nk pergi bercuti luar negara selalu. Cukup dengan ma...
07/01/2024

Bahagia cara kami. Tak perlu nak bagi hadiah mahal mahal. Tak perlu nk pergi bercuti luar negara selalu. Cukup dengan makan makanan yang menggembirakan hati. 🥰🥰

Nak makan secret recipe tapi mahal? Meh beli baucer kek ni. https://shope.ee/AKBLHTbjCq

Hari ni anak soleh request sayur Pak Choy masak sos tiram. Kalau buat sayur ni, memang kene buat banyak sebab dia akan r...
07/01/2024

Hari ni anak soleh request sayur Pak Choy masak sos tiram. Kalau buat sayur ni, memang kene buat banyak sebab dia akan ratah sayur ni.

Pak Choy Sos Tiram

Bahan:
Pak Choy 2 ikat
Sos Tiram 2 sudu besar
Bawang putih 4 ulas

Cara:
1. Potong hujung pak choy, basuh dan celur sekejap agak agak sampai pak choy masak tapi tak lembik
2. Susun pak choy bagi elok dalam bekas kaca.
3. Tuang sos tiram atas pak choy yang sudah di celur.
4. Potong bawang putih jadi dadu halus dan goreng sampai garing.
5. Tuang minyak bawang putih panas panas atas sos tiram dan pak choy tadi.

Sos tiram Fana memang akan guna sama ada brand lee k*m kee macam dalam gambar atau brand lee shung hing. Dua dua ni sos tiram tu rasa lemak dan tak manis sangat mcm sos tiram biasa.

Lee k*m kee: https://shope.ee/7AEIzvYjOZ
Lee shun hing : https://shope.ee/qKFSWLupo

Pagi ni hujan, sejuk je tapi rasa nak minum air panas. Jadi bolehla kita cuba guna pengganti gula yang baru beli ni. Tak...
07/01/2024

Pagi ni hujan, sejuk je tapi rasa nak minum air panas. Jadi bolehla kita cuba guna pengganti gula yang baru beli ni. Tak payaj guna banyak pun. Letak sikit hujung sudu kecil je, dah cukup mnais untuk 1 mug cawan air panas. Tak payaj banyak nanti terlebih manis. Nak beli dekat sini tau. https://shope.ee/2L92xREKzA. Kesihatan tu lagi mahal dari gula ni.

P/S: Kalau nak buat jug besar tahan panas yang beli kat Thailand tu, guna 2 atau 3 sudu kecil yang sama je. Cukup!

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mungkin kita kenal arwah, mungkin juga tidak. Mungkin saudara, adik beradik mahupu...
06/01/2024

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Mungkin kita kenal arwah, mungkin juga tidak. Mungkin saudara, adik beradik mahupun ibu bapa kita. Setiap kematian itu adalah satu peringatan buat kita. Mengingatkan kita agar sentiasa periksa amalan kita. Adakah kita sudah bersedia jika kematian datang menjemput?

05/01/2024

Kaum wanita dan minyak wangi memang tak dapat nk dipisahkan kan. Bila kita bau diri kita ni wangi terus hati tu rasa berbunga, teruja kalau boleh rasa positif habis la hari tu🥰. Tapikan, nk cari perfume yang kene dengan hidung ni satu perjuangan juga. sebab kita yang nak kene hadap bau tu kan.

Jadi daripada dok beli botol besar dulu, apa kata cuba yang botol kecik dulu. Dah tahu bau yang sedap, menarik dan tertaril kau memang da bomb, boleh la pi kaut yang botol besar p**ak. 🤭🤭🤭

Beli sini 👉 https://shope.ee/4VDUJQPcWm

Siapa dekat sini pandai pilih cili kering? Fana memang tak reti, kadang terkena cili yang pedas amat. Kadang tahan keped...
05/01/2024

Siapa dekat sini pandai pilih cili kering?

Fana memang tak reti, kadang terkena cili yang pedas amat. Kadang tahan kepedasan tu normal je. Pernah juga ikut tips yang campur cili tak pedas dengan cili kering biasa supaya tahap kepedasan tu dapat di nuetralkan.

Kalau beli dekat pasaraya sekarang dah ada label yang mana pedas dan yang mana tak pedas jadi mudah di situ. Kalau mak mertua Fana, dia akan beli cili kering dekat satu kedai ni je, dekat pasar keramat sebab peniaga dekat sini akan bagitahu cili mana yang pedas atau tak. Pun mudah dah dekat sini.

Tapi apa jadi kalau semua kemudahan ni tiada, tiba tiba label tiada? Peniaga yang biasa tu tutup p**a kedai dia? Nak tak nak kita kena juga belajar pilih sendiri kan. Jom la kita belajar jenis cili. Ini pun lepas ada auntie India dekat tesco ajar. 🤭🤭

1. Jenis yang ni jenis tak pedas langsung. Merah berkilat, gemuk dan bertangkai. Boleh guna untuk masakan sambal anak anak atau nk bagi nampak warna merah yang cantik

2. Pedas standard yang tengah tu. Jenis tak berapa merah, tak berkilat dan kerinting cili tu.

3. Yang ni jenis paling pedas. Merah, berkilat dan takde tangkai. Kalau terbeli jenis ni, berpada pada la ye. Takut karang ke kecemasan p**a.

p/s: kalau nk lagi senang, guna je Bibik Express ni https://shope.ee/7pTwNk3HSK

*gambar ehsan Google

Petang petang ni sedap kalau dapat makan kalau dapat makan Choco Jar. Lagi lagi kalau homemade punya kan. Bila tengok Ch...
04/01/2024

Petang petang ni sedap kalau dapat makan kalau dapat makan Choco Jar. Lagi lagi kalau homemade punya kan. Bila tengok Choco Jar dari CRAVEBITES ni lagi la terasa nak makan. Diet? Apa itu diet? Perut lagi pentingla. Apa tunggu jom kita grab cepat kat sini https://shope.ee/9pEzjVlXE8. Mana tahu dapat diskaun kan. 🤭🤭🤭

04/01/2024

Teringat dulu waktu sekolah ada sorg cikgu belanja kiteorg s**arelawan nasi goreng cina. Sedap dan mmg halal. Sejak dari tu Fana dok cari je kedai yang boleh dapat rasa mcm tu tp still tak sama. Lepas tu ada ternampak dekat FB ada chef dari China masak. Bahan tepat Fana tak ingat, Fana main agak je tp mmg chef tu tak guna bawang selain daun bawang je. So jadila nasi goreng cina ekspres. Try la korang.

Bahan:
4 biji telur
1 batang daun bawang
1/2 carrot
3 biji cili padi (optional)
Nasi separuh periuk
1 sudu kecil kiub ayam
1/2 sudu minyak bijan
garam secukup rasa

p/s: minyak bijan jangan banyak, nnt rasa minyak bijan tu kuat sampai tak rasa yang lain.

Address


Opening Hours

Monday 06:00 - 20:00
Tuesday 06:00 - 20:00
Wednesday 06:00 - 20:00
Thursday 06:00 - 20:00
Friday 06:00 - 20:00
Saturday 06:00 - 20:00
Sunday 06:00 - 20:00

Telephone

+60179557256

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farhana Liyana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farhana Liyana:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Media Company?

Share