MCN Asia Entertainment

MCN Asia Entertainment Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MCN Asia Entertainment, Media/News Company, Binjai 8 Premium Soho, 2, Lorong Binjai, Kuala Lumpur.

Perempuan jangan ambil ringan mengenai perkara ini. Berdosa besar jika sengaja melewatkan mandi wajib dan meninggalkan s...
20/04/2022

Perempuan jangan ambil ringan mengenai perkara ini.

Berdosa besar jika sengaja melewatkan mandi wajib dan meninggalkan solat.

Macam mana nak pastikan darah betul-betul dah berhenti mengalir?

Ini cara yang diajar oleh Ustaz Azhar Idrus.

Masa mandi, cuba duduk cangkung, guna cotton bud atau kapas kecil dan masukkan sedikit ke dalam lubang va**na, dan sapukan sekelilingnya. Jika masih ada kesan berwarna coklat kemerahan maka anda masih belum bersih.

Jika sudah tiada apa-apa atau yang ada hanya cairan jernih atau kekuningan, boleh mandi wajib.

Mudah kan? Jangan tangguh mandi wajib dah ya, nanti kena qada' semua solat yang ditinggalkan tu.

18/04/2022

Alamak baru je duduk dah patah 🤣sabor jela hahhahaha

Kes Bella akhirnya mendapat perhatian meluas dan baru-baru ini YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dan suaminya Tunku M...
18/04/2022

Kes Bella akhirnya mendapat perhatian meluas dan baru-baru ini YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam dan suaminya Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, turut menyatakan sokongan untuk mendapatkan keadilan buat Bella.

TMJ dikatakan bersedia menawarkan perkhidmatan peguam-peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) berhubung kes penderaan Bella.

Di laman Facebook baginda, TMJ bertitah,

“Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT dalam kes ini.

“Saya akan menghubungi Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian untuk kes ini.”

Isteri baginda, YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam juga turut bersuara berhubung kes berkenaan dan berjanji akan melakukan sedaya upaya untuk membantu mangsa dera tersebut.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik barisan peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Ekoran itu, ramai para netizen memberi respon gembira kerana sebelum ini kes Bella dianggap tidak akan mendapat keadilan kerana talian Siti Bainun sebagai ahli UMNO dan juga dilindungi oleh seseorang atau mungkin lebih yang terlibat di dalam skandal "cuci duit" yang dilakukan oleh Rumah Bonda.

Namun begitu, walaupun ramai yang s**a dan menganggap ia adalah kemenangan buat Bella, namun tidak kurang juga ada yang menyelar bahawa pihak diraja dan politician tidak boleh masuk campur dengan kes yang sedang dikendalikan oleh mahkamah kerana dikhuatiri akan mengaburi keputusan.

Apa pendapat anda?

P/s: Bagi min, min tahu kita tak boleh normalisasikan campur tangan keluarga diraja di dalam setiap kes jenayah, tetapi di dalam kes Siti Bainun dan Bella, min rasa campur tangan TMJ dan isteri baginda adalah satu rahmat dan pertolongan Allah kerana kita semua tahu bahawa kes ini bukan sekadar "penderaan" terhadap Bella, ia melibatkan Rumah Bonda dan organisasi yang menjalankan Rumah Bonda serta skandal-skandal yang terpalit dengannya.

Jika ia benar, seperti kes 1MDB dan kes-kes yang melibatkan status "VVIP", pelaku seringkali terlepas daripada dihukum. Menunjukkan besar kemungkinan kes Bella tidak menemui keadilan.

Jadi mungkin dengan pertolongan dan suara daripada TMJ dan isteri baginda, maka ada sinar untuk Bella mendapat keadilan yang rapuh tadi.

Rina Harun kena seru dulu ke baru nak keluar bersoladiriti mengenai Bella? 😏

Rumah Tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof Retak, Ira Kazar Dikatakan Punca Sebagai Orang Ketiga.Memang umum sudah tahu...
18/04/2022

Rumah Tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof Retak, Ira Kazar Dikatakan Punca Sebagai Orang Ketiga.

Memang umum sudah tahu mengenai hubungan Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof yang sudah tidak tinggal sebumbung.

Namun punca kepada perkara tersebut tidak diketahui sehinggalah baru-baru ini Puteri Sarah meluahkan rasa mengenai hubungan sulit antara suaminya dan seorang anak pelakon di laman Instagram beliau.

Menurut Puteri Sarah rumah tangganya sudah 4 tahun diganggu oleh Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.

Melihat status Puteri Sarah jelas dia sudah lama memendam rasa dan kecewa mengenai perkara ini. Namun akhirnya membuat keputusan untuk mendedahkan perkara ini kerana tidak tahan dengan perangai Ira Kazar yang dikatakan mula memijak kepalanya.

Kazar bapa kepada perosak rumah tangga itu juga, semasa dalam satu temuduga, bersama mstar turut mengeluarkan kenyataan panas iaitu tiada istilah curang, lelaki kan boleh kahwin 4. Sekiranya anaknya dan Syamsul Yusof pernah berkesedudukan, barulah dikira curang. Jika hanya berkawan, ia tidak kena untuk mengatakan anaknya menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

Netizen mula menyelar perbuatan Ira Kazar yang disifatkan sebagai perampas yang bersifat "manip**atif" kerana menggunakan ugutan kepada Syamsul Yusof dan menyatakan dia tidak berniat untuk membuatkan pasangan tersebut bercerai walaupun kehadiran dirinya adalah punca utama kegoyahan rumah tangga tersebut.

Selain itu, jelas seperti di dalam post Puteri Sarah, Ira Kazar dikatakan sudah mempunyai teman lelaki dan mungkin berada di sisi suaminya kerana wang.

Secekal dirinya selama 4 tahun, Puteri Sarah sempat juga menitipkan doa supaya suaminya dan Ira Kazar diberikan hidayah untuk sedar mengenai perbuatan mereka di bulan mulia ini.

p/s: Bertahan sebab sayangkan suami, bertahan sebab sayangkan keluarga dan hubungan, bertahan sebab masa depan anak-anak, tapi pada akhirnya dia sedar dirinya sudah dikhianati. Allah, berat ujian tu, Allah je tahu sakit yang ditanggung apabila suami mula menduakan.

Min respect Puteri Sarah boleh berdiam diri selama 4 tahun. Wanita cekal je mampu hadap, inshaallah teruskanlah berdoa, semoga semuanya selesai dengan baik, Allah sentiasa bersama dengan orang yang tersakiti dan dizalimi.

18/04/2022

"Suami jenis apa ni!“Netizen Berang Lihat Lelaki Siku Wanita 2 Kali Atas Motor。

Isu keganasan rumah tangga ini bukanlah perkara baru dan acap kali kita sering mendengar kisah mengenainya di media sosial.

Tak lama dulu juga pernah tular kisah seorang wanita bernama Jahidah yang hamil dan telah dipukul teruk oleh suaminya. Jahidah sehingga kini terlantar sakit lumpuh serta tidak mampu berbuat apa-apa.

Terbaru semalam, tular satu video di Twitter yang memaparkan seorang lelaki telah menyiku wanita yang didakwa isterinya sebanyak dua kali ketika sedang menunggang motosikal.

Wanita itu yang membonceng motosikal tersebut bersama seorang budak yang dipercayai anak mereka berada di tengah, dilihat telah disiku di bahagian muka. Allah… kesiannya!


Tidak pasti di mana video tersebut dirakam, ia telah menarik perhatian netizen sehingga ada yang marah dan naik angin serta ingin melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

Tak cukup dengan itu, para netizen juga menasihati wanita di luar sana untuk keluar daripada perhubungan yang toksik dan elakkan diri daripada menjadi mangsa ‘punching bag’ suami tersebut.

Harap wanita berkenaan tidak diapa-apakanlah. Risau tengok dia siku atas motor. Kalau jatuh dah jadi isu lain p**a.

Selamat pagi,Amalan mudah untuk tambah pahala di bulan mulia.Inshaallah, semoga amalan ini dapat melindungi kita pada ma...
18/04/2022

Selamat pagi,

Amalan mudah untuk tambah pahala di bulan mulia.

Inshaallah, semoga amalan ini dapat melindungi kita pada masa akan datang terutama ketika di alam barzakh.

Amin..

15/04/2022

Terlebih kreatif ni 👏

15/04/2022

Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Faktor penyebab sakit tengkuk kebanyakannya adalah kerana postur yang tidak baik.

Ia berpunca daripada kerja yang dilakukan dan persekitaran tempat bekerja.

Gejala-gejala Sakit Tengkuk :

-ketegangan/ kekerasan otot leher
-kekurangan julat pergerakan sendi leher
-kesakitan sendi leher
-sakit di bahgian belakang kepala/leher
-sakit di bahagian torasik, bahu, dan/atau rahang

Pencegahan

Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah.

Semasa baring :

1) Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher

2) Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama

3) Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.

4) Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.

5) Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.

Selain daripada mencegah, anda juga boleh melakukan senaman atau menggunakan alat mengurut untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.

Alat urut di bawah boleh melegakan;

✅ Sakit tengkuk
✅ Sakit bahu
✅ Sakit pinggang
✅ Sakit betis
✅ Sakit leher

Ia juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja anda boleh gunakan semasa di pejabat, rumah dan juga dalam kereta masa tengah kesesakan lalu lintas!

Dapatkan sekarang di sini:

>> https://bit.ly/3Mc4lfb
>> https://bit.ly/3Mc4lfb
>> https://bit.ly/3Mc4lfb

Kalau anda tengok gambar di bawah, mereka kelihatan gembira. Siti Bainun, walaupun memakai pelitup muka, anda boleh liha...
15/04/2022

Kalau anda tengok gambar di bawah, mereka kelihatan gembira. Siti Bainun, walaupun memakai pelitup muka, anda boleh lihat dari matanya dia sedang tersenyum.

Bila lihat gambar di bawah, satu perkara terdetik di dalam otak saya. Bagaimana dia boleh tersenyum saat Bella masih lagi menderita?

Bella masih menderita? Bukan dia dah berada di tempat selamat?

Menderita yang saya maksudkan adalah mental. Secara fizikal, Bella akan pulih seperti biasa kerana kini dia sudah berada di tangan yang betul.

Tetapi untuk Bella pulih daripada segi mental ia mengambil masa yang sangat lama terutama keadaan dirinya yang memang mengalami syndrome down.

Pihak peguam di bawah saya yakin berpegang kepada "Innocent until proven guilty" yang bermaksud seseorang tidak akan didapati bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah.

Benar, kamu berjuang untuk membela seseorang penjenayah yang belum jatuh hukumnya sebagai penjenayah, dan itu adalah tugas kamu sebagai peguam.

Tetapi, di dalam kes Bella, tiada sekelumitkah rasa bersalah untuk bergambar seperti ini sedangkan, hakikatnya sekalipun Siti Bainun tidak dapat dibuktikan bersalah, anda sebagai peguam tahu Bella menderita di dalam rumah itu dan dia sebagai pengasas rumah kebajikan tu tak ada ambil satu tindakan pun untuk menyelamatkan Bella!

Kalau sekalipun perkara yang terjadi seperti imaginasi anda bahawa Yasmin dan Aida yang melakukan segala penderaan, Siti Bainun sebagai pengasas patut melaporkan dan memberikan rawatan kepada Bella, menyelamatkan Bella dan melindungi Bella!

Di mana akal waras Siti Bainun?

Ya, tiada.

Dan anda sebagai peguam, boleh tersenyum dengan penjenayah ini atas kerana "kerja" dan "tanggungjawab".

Saya terkelu. Speechless.

Hakikat yang seorang budak down syndrome diseksa dan masih terseksa dari segi mental, anda yang berada di dalam gambar ini dengan tersenyum riang, saya kategorikan sebagai kejam.

Bukan kerana anda membela seorang penjenayah yang "kononnya" masih belum dibuktikan bersalah, tetapi kerana anda tiada rasa sekelumit rasa untuk bersimpati terhadap situasi Bella dan menghormati betapa beratnya kes ini pada pandangan masyarakat.

Ya, mungkin benar, saya dikawal oleh emosi. Dan disebabkan ini saya tidak boleh jadi seorang peguam tetapi hanya penulis cebisan, tetapi saya gembira dan bersyukur kerana mempunyai emosi sebegini yang menunjukkan perikemanusiaan saya masih waras dan tidak perlu membela manusia seperti Siti Bainun.

Bagi saya, for whatever reasons she have, she is clearly an evil.

Titik dan noktah.

15/04/2022

"Jangan letak dekat cermin lah"Wanita Bengang ‘Flyer’ Iklan Melekat Di Cermin Kereta

Mesti ramai yang pernah mengalami situasi dimana terdapat flyer atau pamphlet yang diletakkan di hadapan cermin kereta, betul tak?

Kalau cuaca elok, kita boleh sahaja alihkan flyer tersebut dengan mudah tetapi jika hari hujan ataupun panas terik, flyer itu boleh melekat di cermin kereta dan kita akan menghadapi masalah untuk menanggalkannya.

Itu yang terjadi kepada seorang wanita ini, sehelai flyer diletakkan di hadapan cermin keretanya dan kepingan kertas itu terlekat di cermin kereta. Pastinya, ia membuatkan wanita itu berang, netizen pun boleh relate!

“Lain kali jangan letak kat sini!”

Dalam video pendek yang dimuat naik oleh itu, kelihatan dia baru saja sampai di keretanya dan mendapati terdapat sekeping flyer promosi sebuah restoran.

“Aku nak marah ni, kau nampak cermin aku. Eh b*doh betul la, lain kali jangan letak kat sini abang-abang akak-akak kalau nak menjual pun. Hujan, habis! Eee geramnya aku!” katanya.

Apa yang membuatkan dia naik berang adalah apabila kertas flyer itu melekat di cermin depan keretanya. Flyer itu tetap melekat malah meninggalkan kesan di cermin tersebut walaupun telah digosok olehnya.

“Aku pun rasa geram sekali”

Perkara itu sememangnya sangat relatable dan ramai yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Netizen juga mencadangkan wanita tersebut untuk menuntut ganti rugi daripada restoran yang meletakkan flyer tersebut.

Tak baik naya orang bulan puasa ni tau....

15/04/2022

Where is the line where immoral becomes evil?

14/04/2022

Hahahaha habis semua kedai akak ni kacau, jangan sampai kena kejar sudah la kak 🤣

Address

Binjai 8 Premium Soho, 2, Lorong Binjai
Kuala Lumpur
50450

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MCN Asia Entertainment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share