
04/05/2025
KEMASKINI SYARIKAT AKAUN SIMPANAN EMAS PATUH SYARIAH
Alhamdulillah...
Setakat pengetahuan kami, kami telah kemaskini senarai syarikat-syarikat akaun simpanan emas yang telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah bertauliah masing-masing.
Apabila syarikat itu disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah masing-masing, ini bermakna syarikat dan penasihat syariah mereka telah mengambil tanggung-jawab dan memikul amanah memastikan perniagaan akaun simpanan emas mereka patuh syariah.
Jika syarikat itu TIDAK disahkan patuh syariah, bukan sahaja syarikat dan penasihat syariah mereka memikul bertanggung jawab, malah pembeli juga akan memikul tanggung jawab.
Selain daripada syarikat yang ada produk akaun simpanan emas perlu ada pengesahan patuh syariah, syarikat yang terlibat dengan jual beli emas bullion (bukan barang kemas) secara online atau ada skim bayaran emas ansuran, perlu juga ada pengesahan patuh syariah. Ini adalah untuk elak terjebak riba al-nasiah iaitu riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan emas ataupun pembayaran secara sengaja.
Pastikan anda melabur emas di syarikat-syarikat yang disahkan patuh syariah untuk selamat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Jauhi dosa besar riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya.
Insha Allah... 😬
Penafian: Post ini tidak mempromosi mana-mana syarikat, tidak menjamin keuntungan pelaburan dan tidak menjamin senarai ini adalah lengkap.
—————
Jom sertai Bengkel Bisnes Emas Patuh Syariah secara online yang akan diadakan pada 14 dan 21 Jun 2025, Insha Allah. Diskaun dan hadiah istimewa untuk 30 peserta pertama. Untuk maklumat lanjut, sila layari link ini https://ezy.la/BBisnesEmasLariba