07/12/2025
Pada minggu lepas, syarikat penerbangan AirAsia membuat pembaharuan polisi pemakaian yang membenarkan pramugari Muslim memakai tudung.
Seperti yang saya jangka, ada golongan belum Muslim cuba mengkritik tindakan ini dan merendahkan agama Islam. Tidak kurang juga yang mempolitikkan pembaharuan ini.
Namun, ada juga belum Muslim yang rasional dan logikal seperti sahabat saya Kenn Yeap. Beliau merupakan pensyarah bidang media.
Di sini, saya sertakan terjemahan ulasan beliau terhadap isu ini.
------------
Sesiapa pun boleh panggil saya “tukang bela”, tetapi mungkin apa yang saya nampak tidak sama seperti anda.
Beberapa hari lalu, AirAsia mengumumkan pembaharuan polisi uniform mereka. Selain membenarkan pramugari Muslim memilih sama ada mahu memakai tudung atau tidak (optional), mereka juga memperkenalkan pilihan memakai seluar (pants option) untuk pramugari wanita. Reformasi ini sebenarnya bertujuan memberi lebih fleksibiliti dan menghormati autonomi di tempat kerja. Namun, di bawah kanta pembesar sebahagian media dan “self media”, ia p**a diarahkan kepada naratif sensitiviti agama dan kononnya kemunduran politik.
Lebih ironi, orang ramai hanya menumpukan pada gambar bertudung; tetapi langsung mengabaikan separuh lagi reformasi ini — iaitu pramugari akhirnya boleh memilih untuk memakai seluar ketika bekerja. Perubahan yang sepatutnya berkait rapat dengan kesaksamaan di tempat kerja dan peningkatan autonomi wanita, tenggelam dalam politisasi agama.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama AirAsia membenarkan pramugari memakai tudung. Selama bertahun-tahun, di laluan khas tertentu (contohnya penerbangan membawa jemaah haji atau umrah), pramugari memang memakai tudung sebagai tanda hormat terhadap penumpang Muslim dan tuntutan ritual. Ketika itu tidak ada sesiapa berkata ia “konservatif” atau “mundur”, kerana semua faham ia adalah bentuk hormat terhadap adat dan keagamaan.
Kini, AirAsia hanya memperluas bentuk hormat itu ke laluan harian—melalui “pilihan bebas pramugari sendiri”, daripada kewajipan laluan tertentu berubah menjadi kebebasan serta hak individu. Ini ialah peluasan hak, bukan kemunduran.
Namun, laman rasmi AirAsia menulis dengan jelas: “option” — bukan paksaan (not compulsory).
Tetapi selepas maklumat itu dibungkus semula, sebahagian media dan “self media” memilih untuk mengabaikan perkataan “option” itu. Mereka menyunting isu ini menjadi label politik seperti “penyusupan agama”, “kemunduran sistem”, atau “kemunduran madani Anwar”, lalu memutarbalikkan isu autonomi tempat kerja menjadi ketakutan agama.
Hakikatnya, membenarkan pemakaian tudung dan seluar datang daripada logik yang sama: memberi wanita hak menentukan tubuh dan pakaian mereka sendiri, bukannya membiarkan institusi, budaya, atau agenda politik mengawal mereka.
Amalan ini bukan perkara baru dalam industri penerbangan — pramugari Emirates ada yang memakai tudung; Malaysia Airlines (MAS) mempunyai pramugari bertudung, berfesyen rambut Saloma, berskirt atau berseluar; EgyptAir, Saudia, Royal Brunei Airlines, NAM Air, Garuda Indonesia, Citilink serta lain-lain syarikat penerbangan dari negara majoriti Muslim seperti Indonesia, Mesir, Saudi, Iran dan sebegaianya turut mengamalkannya. Dalam syarikat penerbangan bukan Muslim juga ada perubahan. Contohnya, British Airways pada 2023 menambah pilihan hijab dalam uniform baharu mereka. Di Amerika Utara, syarikat seperti WestJet, Air Canada, US Airways dan lain-lain juga dilaporkan membenarkan hijab atas sebab agama. Kepelbagaian ini tidak menjejaskan imej profesional.
Adakah PAS akan berhenti menyerang kerana perubahan ini?
Tidak. Sama ada pramugari bertudung atau tidak, berseluar atau tidak, mereka tetap akan menjadikan isu seperti uniform ketat, minuman beralkohol dan topik “abadi” lain sebagai peluru politik mereka. Itulah teras naratif mereka.
Apa yang sebenarnya perlu dibimbangkan bukanlah tudung, bukan seluar, tetapi hakikat bahawa setiap kali simbol agama terlibat, wacana awam secara automatik masuk ke kerangka “mundur”, “tertutup”, dan terus meninggalkan pemahaman terhadap masyarakat majmuk.
Tudung boleh dipilih; seluar juga boleh dipilih. Dalam masyarakat berbilang kaum, kemajuan bukan menolak perbezaan, tetapi memberi setiap orang hak untuk memilih.
Kredit: 野田弘 Kennology
隨便任何人可以叫我洗地佬,但我或許看到的和你不一樣;
亞航日前宣布調整制服政策,除了允許穆斯林女性空服員自由選擇是否佩戴頭巾(optional),也開放褲裝(pants option)成為女性乘務員的新制服選擇。這原本是一項更彈性、更尊重職場自主的改革,但在部分媒體與自媒體的放大鏡下,卻又被硬生生導向宗教敏感與政治倒退的敘事。
更諷刺的是,大家只盯著頭巾的照片;卻完全忽略了這次改革的另一半——女性空服員終於可以選擇穿褲子工作。這本質是職場平等與自主權的提升,卻被宗教色彩的泛政治化給淹沒。
其實,亞航並非第一次讓空服員佩戴頭巾。多年以來,在特定的朝聖航線(如載送朝聖者的特定路線),空姐基於對穆斯林乘客與儀式感的尊重,本就會穿著頭巾。當時沒有人說“保守”“倒退”,因為大家都明白那是文化與宗教禮儀上的尊重。
如今,亞航只是把那份尊重擴大到日常航線的“空姐自主選擇”,從「特定航線的職責」轉變為「員工個人的自由與權利」。這是擴權,不是退步。
然而,亞航官網寫的是 “option”——不是強制(not compulsory)。
但在資訊被重新包裝後,一些媒體與附流自媒體卻選擇忽略 “option” 三個字,把整件事剪成“宗教滲透”“制度倒退”“安華昌明落後”的政治化標籤,把本來是職場自主的議題,生生扭曲成宗教恐慌。
事實上,允許頭巾、允許褲裝,是同一條邏輯:讓女性決定自己的身體與穿著,而不是被制度、文化或政治議程綁架。
航空業早已有同樣的做法——阿聯酋航空的空姐有人戴頭巾;
馬航(MAS)同時存在戴頭巾、梳 Saloma 髮型、穿裙子或褲裝的空服員;EgyptAir、Saudia、Royal Brunei Airlines、NAM Air、Garuda Indonesia、Citilink 及其他印尼、埃及、沙地、伊朗等穆斯林為主國家的航空公司。在非穆斯林國家的航空公司中,也有轉變。比如 British Airways 在 2023 年更新制服時,就加入了 hijab 選項,此外,一些北美航空公司,如 WestJet、Air Canada、US Airways 等,也被報導為允許空服員因宗教原因佩戴 hijab。 多元呈現並不會減損專業形象。
至於伊黨會不會因此停止攻擊?
不會。不管空姐戴不戴頭巾、穿不穿褲子,他們依舊會把火力指向緊身制服、酒精飲品等“常年題材”。那是他們的政治話語本體。
真正該擔心的,不是頭巾,也不是褲裝,而是:只要涉及宗教符號,輿論就自動跳入“倒退”“封閉”的簡化框架,放棄對多元文化的理解。
頭巾可以選擇;褲裝也能選擇。在多族群社會裡,進步不是否定差異,而是給每一個人選擇的權利。